Monday, February 27, 2012

Hi-Tea Taman Sari Brasserie, Hotel Istana

Last Saturday ke Hotel Istana untuk hi-tea dengan zcat san. banyak kali dah tunda..sebab ada aje rancangan lain tak pun kesihatan tak mengizinkan.

elok je masuk parking hotel ini, mata aku ke arah charges dulu. haaa RM6 sejam yang pertama. sejam yang kemudian ialah RM4 dan seterusnya. oklah..takpe..mungkin kalau makan dekat dalam ini nanti ada diskaun khas ke.

parking adalah penuh sehingga kami perlu parking di B4. uh..agak sunyi la pulak..

aku pun suruh zcat parking dekat dengan pintu masuk. oklah..elok je nak masuk dah terserempak dengan pekerja hotel yang sedang tolak troli. aku tak kisah nak tolak pintu tu..tapi dia siap tunggu bukakan sehingga aku dan zcat lepas nak tunggu lift pulak.

kami terus ke meja pendaftaran di Taman Sari Brasserie untuk menyerahkan resit pembelian.

staff hotel terus membawa kami ke meja yang berdekatan dengan meja hidangan buffet. kalau toleh tepi terus nampakla... seorang pelayan pula dengan ramahnya bernama Vishnu (aku rasa) offer pada kami untuk ambilkan air atau order minuman. kami tersenyum sebab kami mahu duduk2 dulu. 

oklah terus ambil makanan dulu sebab perut memang kosong, saja simpan. kebanyakan namanya sangatla Inggeris sehingga aku tak berdaya mengingatinya.

sup jagung + ayam

popiah, gegelang bawang & ayam serai

nasi beriyani, sambal terung, + indian dhal, ikan masak assam pedas dan apa lagi ye..?

satay & keropok2



ada sukun! yay!

teh tarik sangat sedap. tapi manis bagi tekak aku

cheese kek itu amat heaven bila kena kat lidah. hehehe





keju sangat banyak......

marshmallow celup coklat  dan..dan...?

pita
aku suka sangat dengan bekas2 ni. adoiiiii


 

muka happy.


aiskrim

blueberry crumble..sedap tak terkata




buah melaka

nenas dalam jeli & kek mangga

kuih cara

kami makan dari jam 1 petang sehingga jam 330 petang. hi-tea start jam 1230 tengahari.

layanan 5 bintang dari zcat dan aku. servis makanan - i mean top-up, sangatla cepat. sudu2 dan garfu yang dah diguna, mereka ambil dan ganti dengan yang baru seiap kali kami pergi ambil makanan baru. kalau salah pilih sudu yang betul, mereka datang ke meja dan berikan sudu yang betul. contohnya sudu aiskrim. zcat salah bagi sudu abc kat aku, terus pelayan tu datang kat meja bagi sudu kecil yang betul. mata kami sangat wow!!!! pelangi keluar ok..sebab layanan terbaik. zcat cakap; i feel like a king.

ketika kami mula sibuk mengambil gambar2 kami & makanan untuk diletak pada blog, Vishnu sekali lagi bertanya jika kami mahu ambil gambar berdua. untuk tidak hampakan dia..

last..minum lagi segelas teh tarik. sedap sangat

ya kami sangat berpuas hati dengan makanan dan layanan di sini. memang terbaik! ada kemungkinan besar untuk datang makan lagi.

next entry aku cerita sambungan lagi kisah di sini.

7 talks:

ratusiput said...

trus teringat kisah kena suruh angkat balik tilam kat sri malaysia melaka.mmg monyet betul...

azieazah said...

Kak Azie keja Bkt Bintang, 9 tahun. Tak pernah masuk Istana Hotel. Tapi hotel ni 5 bintang, kan?. For sure layanan marvelous!

HiTea ni, kalu nak puas, memang kena rasa semua tp ambik sikit sikit jer. Berbaloi kan?

Next time, U try Renaissance Hotel or Park Royal. Not bad.

Eri-chan said...

ratu; layanan monyet macam tu mesti war2kan dalam blog.. hahaha biar orang tahu perangai staff kaunter yang kekwat tu

Eri-chan said...

kak azie, memang 5 bintang. layanan memang tip-top...

pasal suggestion akak tu..ok ada rezeki mahu cuba.

Ann Ishak said...

lepas ni ko pegi cuba makan dekat Hilton PJ, lunch memang meletop sedap especially sup tulangnya alahaiiiii

Pauline Tan said...

Dear All,

I accidentally bought extra 3 vouchers. expired on 15 July 2012. Who want to buy over from me? If yes, please email me paulinetan888@gmail.com

thanks

Pauline Tan said...

Dear All,

I accidentally bought extra 3 vouchers. expired on 15 July 2012. Who want to buy over from me? If yes, please email me paulinetan888@gmail.com

thanks

2012 Registered

8th July - ntv7 feel good run
24th June - Standard Chartered KL Marathon
21st April - Energizer Night Race
11th March - Brooks Half Marathon
4th March - World Kidney Day Run
8th January - Multi Purpose Insurance Bhd Run

5km Fun Run BSN-Putrajaya 15th Oct 2011

5km Fun Run BSN-Putrajaya 15th Oct 2011
Putrajaya

ntv7 Feel Good Run 3rd July 2011

ntv7 Feel Good Run 3rd July 2011
Seri Pentas

BSN-Putrajaya Night Marathon 2011