Monday, March 5, 2012

Rawatan Gigi Klinik Ampang

aku ni baru je balik dari klinik gigi Ampang. yaa..klinik kerajaan. lama? aku tak rasa lama..mungkin sebab dah biasa dengan ramai orang datang buat pemeriksaan. iyalah kat klinik kerajaan caj murah2 je. mana ada semua orang mapu nak bayar berpuluh2 atau beratus2 untuk sebatang gigi? apa lagi 2 atau banyak pula  masalahnya.

aku sehingga hari ni tak pernah dapatkan rawatan gigi di klinik swasta. entahla sebab aku rasa selesa dengan doktor gigi kerajaan. 

oklah untuk menjawab soalan Ann;-
  • klinik pergigian walk-in Isnin dan Rabu je. jangan gatal2 pergi hari lain. 
  • nak bawak kereta ada je tempat parking. tapi luar kawasan bangunan la. aku dah cek tadi rasanya tak kena saman sebab takde line kuning. aku jalan kaki je..sebab dekat sangat.
  • daftar masuk kat kaunter pergigian. kaunter banyak tau. jangan salah. tanya je petugas2 kaunter macam aku buat tadi. aku pun blur sebab 1st time ke sini. bayar RM1 je masa daftar.
  • ko agak2 boring nak tunggu nama dipanggil bawalah apa2 untuk dibaca ke..aku bawa PSP sampai tak dengar nama dipanggil. bila mesin pemanggil panggil baru aku sedar. hahaha..dah 15 minit. nasib petugas kaunter tak marah. yelah ko orang ramai sangat, bising..lagi pulak aku tengah jadi BEN 10 tadi. hahaha.
  • masa menunggu tak dapat ditentukan. sebab mereka utamakan ibu mengandung & warga tua. jadi banyak2 bersabar. itu pasal kena bawa apa2 yang boleh ko khayal bersama.
  • bila dah masuk bilik rawatan, doktor gigi macam biasa cek semua gigi ko. aku fahamla 2-3 benda je. haha.
  • kemudian dia tanya nak buat apa, sebab walk-in dia akan terus buat, tapi 1 rawatan je. masalah gigi lain..next walk-in dia cakap.
  • so aku pun nak tampal gigi sebab kalau dah sakit........memang tak boleh tidur.
  • doktor akan tanya pendapat. nak tampal/cabut..tengok kadar kerosakan. so aku nak tampal.
  • maka aku kena RM2 je. hehehe...

aku tak alami karies yang teruk, maybe aku rajin guna flos gigi akhir2 ni. jadi doktor kata aku tak perlu cuci. dulu2 aku rajin cuci masa di UKM. oh alhamdulillah. next visit aku nak tampal lagi 1 gigi yang tampalannya dah tersopek sikit. guna2 la belen cuti tahun lepas sebelum burn akhir March ni.

6 talks:

ratusiput said...

satu malaysia mmg sme sama ek hari utk gigi tu...si adik ni dah 2 goyang giginya tp tak jugak tercabut2...igt nk pegi masa cuti skolah nanti cadangnye..

Ann Ishak said...

bagus jawapan ko...harus aku print tampal dekat peti sejuk rumah aku, boleh buat panduan laki bini. thanks babe

mekchu said...

bagusnya tak pernah pegi swasta.. mekchu pulak tak pernah pegi kerajaan sbb ngeri tgk mulut kawan2 yg terkoyak.. hihihi..

Eri-chan said...

ratu; kanak2 kan selasa & khamis. jumaat diorang pergi sekolah rasanya

Eri-chan said...

ann; sila2la pergi laki bini. aku rasa klinik ni bagus. hehe jadi aku citerla. tak bagus pun aku citer gak. hehe

Eri-chan said...

mekchu; terkoyak? aiseh napa jadi mcm tu? ke sebab dentist baru2 habis blaja...

2012 Registered

8th July - ntv7 feel good run
24th June - Standard Chartered KL Marathon
21st April - Energizer Night Race
11th March - Brooks Half Marathon
4th March - World Kidney Day Run
8th January - Multi Purpose Insurance Bhd Run

5km Fun Run BSN-Putrajaya 15th Oct 2011

5km Fun Run BSN-Putrajaya 15th Oct 2011
Putrajaya

ntv7 Feel Good Run 3rd July 2011

ntv7 Feel Good Run 3rd July 2011
Seri Pentas

BSN-Putrajaya Night Marathon 2011