Jumaat, 20 Februari 2015

1 Jamadilawal 1436

Hari Jumaat yang membahagiakan.

Dulu2 sekolah Hari Jumaat la cuti. Jadi itulah hari nak cuci baju dan berehat. Berehat kat sini maksudnya tidur dan tidur macam nak qadak semua waktu mengantuk itulah.

Bila time solat Jumaat budak lelaki dah kena pergi masjid awal sebab nak kejar khutbah.

Budak perempuan pulak time tulah kami nak pergi guna air kolah budak lelaki yang selalunya lebih besar dan guna dengan gembira.

Kalau musim takde air kami ke sungai yang agak jauh dari asrama dan mandi puas2. Nam mandi sungai pun ada turn budak laki dan budak perempuan. Begitu sekali dijaga aurat dan pergaulan kami semua.

Begitu banyak memori zaman sekolah di asrama. Dan asrama ya macam2 asrama aku duduk. Macam2  peristiwa aku alami dan lihat.

Ketabahan duduk asrama ni yang menjadikan aku seperti hari ini. Dan itu juga buat aku tak mahu anakku duduk tinggal di asrama. Biarlah dia membesar depan mata..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.