Khamis, 4 Februari 2016

Tambah Anak

Ada sekali keluar dialog kami berdua.

Hahaha..aku gelak.

Laki tanya kenapa?

Sebab teringat Ana masa malam lepas kawin tu dia cakap dia kena bersedia laki dia nak 6 anak.

Aku? Aku tanya laki balik. U nak anak lagi ke? U rasa kita akan ada berapa anak?

Laki cakap...tahla u..i rasa anak kita seorang je. Nak start over balik..pergi hospital la klinik la...menunggu.. U nak sorang anak je kan?

Hahahaha..arwah bapak i tanya dulu2 i nak anak berapa? I cakap i nak anak 2 je..bapak terus marah..kau mana boleh mintak macam tu. Okeyla...5 aku cakap sambil dalam hati takut2 nak  beranak.

Kemudian masa belajar berlalu dan bekerja bermula. Bila fikir pasal anak aku akan takut sangat2. Takut gila okay. Takut sampai tanak kawin sebab tanak beranak punya pasal.

Laki sambung..tapi kalau boleh i nak 2 anak la. Anak perempuan. Biarlah sepasang. Sambil bawak kereta pandang ke depan memasang harapan..

Sedih pulak aku rasa. Sebab aku nak sorang anak je...jangan fikir apa2. Aku memang penakut nak beranak. Dan ya pengalaman mengandung, beranak dan membesarkan Aqlan ni amat aku ingat sangat2. Sampai aku said NO to 2nd child bila ditanya dulu oleh ahli keluarga sewaktu majlis tunang Ana.

Aku takut aku lahirkan anak yang mana nanti dia warisi perangai dan sifat2 jelik aku. Aku tahulah apa aku dah buat. Takkan aku nak cerita keaiban aku. Jadi takut2 ni menghantui aku.

Apa pun percaya atau tak aku dah ada nama untuk anak nombor 2. Hahahah. Dan aku masih harapkan seorang lelaki sebab bagi aku senang nak jaga. Dari segi auratnya ya..

Dan kalau mengandung tu tak bolehla nak marah2 ke..nak benci2 orang ke.

Aku tak mengandung okay..cuma aku dapat beberapa perkhabaran gembira. Ada kenalan yang dah pregnant.

Hahahahaha jangan aku mengandung tak sedar macam Aqlan dulu sudah...

Kalau kena darah tinggi masa mengandung macam nilah..asyik nak kena cucuk sana cucuk sini....ini masa ujian gula. Dari pagi jam 10 sampai 10 malam ulang alik jumpa nurse. Siap tunpang berehat kat rumah kak pa.

4 ulasan:

  1. jom ngandung jemaah wak..heheeh aku ni lama tunggu rezeki no.2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah akan bagi bila dia rasa kita dah bersedia dari semua aspek. Hahaha. Gitu takut aku.

      Padam
  2. Time ammar mmg surender. Mmg sakit masa menganndung beranak dan lepas beranak. Bila tanya somi pun dia x agree... tp makin x nak makin Allah bg. Tak pa bila mengandung je slow2 sakit ke apa manage kita harungi.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.