Isnin, 30 Mei 2016

Kerana ZTE Dia beratur Pagi2

ZTE Blade v7 Lite telah membuat jualan istimewa pada hari pelancarannya 15 May 2016 lalu di Plaza Low Yat.

Aku dapat tahu pasal berita ni pun dari blog ben ashaari sehari sebelumnya. Jadi aku tunjuk pada Zcat. Kot dia berminat sebab hp dia dah sakit sejak kena air tumpah dalam beg..

Excitednya dia esok tu pagi2 bangun pergi Low Yat. Aku siap suruh dia buat apa yang diminta. Hashtag...like FB page dll. Dia juga ada tujuan nak ke sana nak baiki ipad yang pecah skrin sekali lagi...dan tab Aqlan yang pecah skrin separuh sebab aku terpijak..ok tak sengaja malam2 buta aku angkat aqlan pastu tak nampak...so tab tu tak mampu nak menampung berat kami berdua. Aku siap dengar bunyi krakkk dan tanya apa ek? Esok tu baru tahu apa terjadi.

Tapiiiii bila dia sampai sana orang dah 50 orang. Masa tu jam 10.30am. Dia pun terus beratur la kan..sebab ZTE bagi peluang beli 50% diskaun hari tu aje untuk 300 pelanggan pertama. Jualan hanya start jam 12.30 tengahari. Sangap la kan..nasib aku tak ikut.

Kemudian dah dapat beli baru dia beli dan settlekan benda2 lain.

Mula2 dia pakai tu banyakla komen dia. Lama2 baru dia kata ok. Maklum orang IT ni kehendak dan keperluan dia tak sama. Dia nak fully use. Macam aku....laju dan ambik gambar cantik sudah. Hahaha. Yang lain2 ada je tak habis teroka walaupun dah 3 tahun pakai smartphone.

So thanks tu Ben, hasil dari entri blognya laki aku dapat jimat banyak....

Tapi aku buat entri ni bukan semata2 sebab nak citer sangat...yelah ni pasal pembelian Zcat...kalau aku lainla..ni kan blog aku...hahaha...sebabnya ialah....

Aku tak tahu ni berita bila or suratkhabar apa..sepupu Zcat la snap dan bagi dia gambar melalui phone masa diorang berjumpa di kenduri kawin Sabtu lepas. Tak pasal2 laki glamour masuk sokabar. Hahahaha..bukan main menyengih ya sebelah amoi. Lelaki yang pakai kopiah tu pembeli pertama..laki aku nombor 50. Nasibla muka masuk advertising ZTE. Hehehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.