Sabtu, 30 Julai 2016

Ambil Wudhuk Dari Kolah Masjid Lapangan Terbang

First time ke masjid ni seumur hidup. Masa tengok laki melangkah ke tempat ambil wudhuk aku kata bestla ambil dari kolah. Celup2 tangan.. ratakan air..




Ingat kat tempat lelaki je ada kolah..sekali kat tempat perempuan ada 2 kolah juga yang sangat besar dan panjang. Aku pun tengok air kolah bersih je. Tak nampak pun tahi cicak terapung ke. Masjid ni bersih. Tandas pun bersih. Walaupun masjid lama tapi sebab ada nostalgia macam duduk asrama dulu2.

Biasa kalau air kolah penuh dan hujan kami selamba masuk mandi dan berendam dalam tu. Takde istilah geli. Pandailah kau jangan nak terkencing pulak ya.

Sebelum tu Shopping barang dapur dan toiletries kat Hero Nova Saujana. Kan esok last day buku kupon member. Yang paling aku suka tempat ni kat bahagian barang basah macam ikan dan segala hasil lautan tu terjaga rapi dan bersih. Syok gila datang shopping kat sini..

Pastu minum kopi free sedap. Ehehehe...malam buat sandwich roti je. Dengan segala sayuran segar dan kepingan daging yang dihiris nipis. Ahhhhhhh.... memang takdelah gambar.

Masak sarapan pagi yang membawa ke makan tengahari.  Keropok ikan parang tu sedap sangat...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.