Rabu, 10 Ogos 2016

Janganlah Post Gambar Bogel Anak Tu Walaupun Comel

Peringatan untuk diri sendiri. Apa2 pun sekarang ni boleh jadi viral.. niat asal buat luahan akhirnya jadi bahan kecaman kejian dan segala bentuk penistaan. Padahal dalam Quran Allah dah sebut jangan kamu ucapkan kata2 kejian. Malah lebih baik diam kalau tak dapat ucapkan kata2 yang baik. Teguran boleh tapi bukan mengaibkan.

Punyalah banyak pedophiles tersembunyi tapi aku lihat ada ibu bapa terlupa pasal itu. Masih mengepos dan share gambar anak2  separuh bogel kat media sosial. Sian budak tu. Dia tak tahu apa. So kita ibu bapa jadilah pelindung dia ya. Kadang2 aku rasa nak PM je ibu bapa ni tapi aku macam...siapalah aku..risau jugak ada orang pergi stalk IG aku ke tengok tah2 perempuan ni pun post gambar bogel anak dia. Erk..

Kadang2 bila mandikan budak ni diorang sangat adorable kan. Dalam bath tub, dalam besen.. dalam pool..comel mereka memang comel..tapi kita tanakla orang jahat ambil kesempatan atas kecomelan anak kita...kes orang luar negara yang merupakan seorang pedophile di sebalik "kebaikan" hatinya itu amat memeranjatkan. Well itu yang tertangkap. Yang berlambak dok jadi cover tah siapa2 tu adakah kita sedar. Jadi sila berhati2 ya...

Cucu ke-10 ni..anak Tolhah. Hehehe.

6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.