Sabtu, 10 Disember 2016

Kedai Asam Pedas Kepala Ikan Jeti Telok Nipah Warisan Hajah Mona Melaka

Tujuan asal bangun awal hari dan keluar pagi2 sebab nak ke MAHA. dah sampai tengok terlampau panjang jammed jadi terus ke Bangi pergi Manjaku beli barang2 keperluan Aqlan.

Kemudian ke RackZone hantar baju untuk ditempah. Baju aku dan baju Mama. Tapi owner pergi umrah, yang jaga tu part timer. Jadi dia tak berani nak ambil tempahan sebab aku pun nak sampaikan pesanan Mama.

On the way keluar dari Bangi sekali lagi attempt nak ke MAHA tapi masihhh jammed. Nampak signboard parking RM25. Tapi tak tahu kat mana. Valet ke premium ke....

Sudahnya Zcat ajak ke Pulau Indah. Dia nak makan ikan sembilang masak asam pedas..

Asam pedas yang pedas gila!!!! Tapi sedap ikan tak hanyir langsung!

Inilah catatan perjalanan nak dapatkan ikan masak asam pedas tu...




Jauhnya Pulau Indah...kena tol RM8.10 ko....pastu ke pasar ikan segar dulu beli lauk pauk untuk seminggu terus. Dapatla beli RM85 untuk udang yang besar2, sotong, ikan jenahak dan ikan bawal emas. Kalau kat pasar kat dalam bandar ni mahu RM100++ kot sebab saiznya besar2.













Then baru ke Kedai Asam Pedas.. tapi ikan sembilang takde..so yang kami pilih ikan jenahak jelah. Sementara tu aku bawak Aqlan pergi jeti tengok orang memancing. Kemudian ajak ke kedai dia nangis sikit. Lama tu Abah dia bawak pulak..dah lama tu ajak balik kemain nangis dia. Disebabkan tak henti2 nangis kami tak jadi makan tapau sahaja. Memang agak lama tunggu makanan masak. Sebab dia masak satu satu bila pelanggan order. So fresh ya. Total dengan nasi+telur asin+timun, telur dadar untuk Aqlan dan air sirap limau dah teh o ais, RM38. Zcat happy gila. Ikan asam pedas cuma RM30 seekor. Ikan jenahak tau...

Kemudian kami pergi solat kat masjid berhampiran. Mandikan Aqlan terus sebab masa dia nangis2 tu boleh pulak terduduk atas air lopak. Nasib tak basah sangat sebab cepat2 angkat.



Kemudian ingat nak bawak pergi park dia tertidur pulak..balik rumah jelah..makan nasi...

Takde kena dengan tajuk tapi pakai lipstick matte ni best sangat. Cepat kering tak merekah dan tak lekat di botol air! #SleekMatteMe

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.