Isnin, 29 Mei 2017

Kisah Ramadhan 1438H #3

Mata nak buka susahnya nak sahur pagi tadi. Dah bunyi alarm boleh sambung tido. Laki pulak kejut jam 4.40 pagi. Haha.

Jadi dialah yang masak air dan panaskan apa patut. Sambung makan rendang semalam je. Minum teh o.

Habis makan nak kena cuci pinggan mangkuk ni, buat lepas Subuh jelah...lepas sahur aku memang selalu nak cepat2 gosok gigi.

Dah tak dapat buat solat Subuh...sambung cuci pinggan jelah...terus mood jadi ke laut dan semacam. Nak masak apa untuk berbuka pun dah macam lemau sangat..

Layan budak kecik makan roti jem 2 keping. Dia pun ajak tengok Disney Junior dia tu. Aku pulak dah macam nak lelap balik... apakah mood ni akan berlarutan seharian. Sian pulak ke laki nak makan kari ayam la.. ayam ros la..aku tengok banyak pulak step dan bahan2 nak masak ada yang takde...ermmm bertambahlah mood aku merudum.



Sudahnya hari ni laki buka puasa dengan karipap dan kasturi frozen je. Aku pun temanlah sekali. Makan sekali..hihi..

Bila Aqlan bangun bagi dia makan pasta  dengan sup cendawan serta tambahkan sedikit susu lembu Dutch Lady Full Cream milk tu. Masukkan juga brokoli. Banyak juga dia makan.

Lepas aku mandi tengok dia sedih je main2 tisu basah. Mana ipad dia tah. Rupanya buat "kerja". So kenalah tukar.. lepas tu dia masih sedih dan main tisu basah. Aku pun pelik dan tanya "tell me what happened?" Dia senyap je.. lama jugakla sampai akhirnya aku pun start main game tunggulah abah dia balik.

Kemudian turun dan tanak nasi.. kami makan jeli dan aiskrim. Lepas tu naik dan aku pun baru tengok ipad dia..la..ada muntah sepenuh-penuhnya. Aku pelik juga kenapa tadi aku macam tak nampak apa2? Patutla dia pegang tisu nak cuci ipad kot..so bersihkan jelah...nasibla ipad tu takde apa2..

Cuma apa yang aku dapat simpulkan, Aqlan tak tahan dengan susu lembu walaupun telah dimasak bersama dengan sup cendawan. Dia mungkin dah masuk angin tapi dia juga berak sekali. Dan baunya..erk erk...so kalau ikut bacaan aku yang lepas if budak tak tahan lactose, makanan tu jadi fermented dalam perut dia dan sebab tu dia punya "sisa" busuk.

Ok...i'm done giving my son susu.

2 ulasan:

  1. alah susu lembu ye aqlan...nasib ipad tu elok ye anis, dh kena muntah pun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe perut kosong pun ya jugak...aah mujur masih boleh ON.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.