Isnin, 1 Januari 2018

,

Ipoh - Pergi Naik Haval, Balik Naik ETS

Pagi Isnin kami bertolak ke Ipoh hantar mama balik. Kereta dia siap servis Jumaat lepas so kali ni turn laki kena hantar balik. Hari tu yang ambik adik ipar.

Kami singgah di McD dulu beli big breakfast. Puas hati semua dapat makan siap2. Semua makan pun dalam kereta takyah nak berhenti buang masa kat R&R. Tapi untuk Aqlan, kena berhenti kat KFC pulak belikan nugget. Dia tanak makan pancakes pulak hari ni. Elok je dia cakap No Pancakes. Nuget.. masa tu dah keluar dari McD pun.

Perjalanan tenang je takde jem atau eksiden. Hujan lebat sampai ke Ipoh. Sebelum sampai rumah bungkus makanan dari Gathay. Aku order kuew tiaw je. Diorang 3 orang semua bungkus mee goreng. Aku dan mee goreng tak berkawan baik. Aku sukar sangat nak makan mee goreng ni.



Sampai rumah mama kami solat. Aku pun makan lepas dah nak bangun tidur. Ngantuk aje. Cuaca sejuk mengundang sangat mata ni lelap. Mama dan anak laki dia dah makan siap2. Aqlan baru nak makan pancakes. Tu pun tadi dia dah bantai  9 ketul nuget KFC. Kuatnya ko makan. Nasib badan sekeping.

Sebelum balik sempat petik rambutan kuning. Kemudian nak pergi beli pisang goreng sedap sebelah Masjid Cina tu..tutup pula gerainya..dekat dengan pasar ye kalau sape2 nak pergilah. Sedap gila kot pisang goreng dia sampai aku asyik teringat je dan tak ingin nak makan pisang goreng lain.

Dah takde tu kami terus jelah menuju ke KTM Ipoh. Masa tu Parking pun takdak. So kami keluar cepat2 dan Mama drive balik. Sebab masa panjang lagi sebelum tren jam 5.55pm kami bergambar sakan di dataran. Bila hujan baru masuk stesen.






Lipstik ni from Korea. Adik ipar belanja.



Sambung main 2 beranak tu. Bising dia punya gelak..nasiblah budak kan.






Ni first time Aqlan naik tren. ERL ke MRT ke LRT ke memang dia tak pernah naik langsung. So memang saja nak bagi dia pengalaman. Mula2 masuk duduk tu mata dia bulat2 juga pastu dah bosan minta Ipad. Kalau naik aeroplane genggam tangan kemain. Hehe.




Oklah kan not bad. Ada juga dia nak berdiri kat tengah2 alley tu pastu bila tren bergerak mulalah cakap Be Careful. Pandai pulak kan padahal badan tu dah senget2 tahan dengan kaki je.

Ada masa kami tidur dia pun duduk diam2. Oh tiket untuk dia RM22, kami masing2 RM36. Tak kuasa nak dokong dia sepanjang dalam perjalanan. Biar dia ada seat sendiri.

Sampai KL Sentral adik ipar jemput kami. Sempatlah tapau makanan di Sam Grocery.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ok sangat. Cuma kecil dari Myvi. Best sebab tinggi senang dia nak drive. Oh Haval ada banyak jenis yang MIL pakai hat kecikkk..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.