Jumaat, 19 Januari 2018

Solaris Pro Cera Cookware Collection Only From Giant




Kalau dah jadi surirumah tu kan selain duduk jaga anak kena juga masak2. Walaupun kadang2 ada je alasan malas nak masak tu dibuat2 seperti kuali I dah tak best la... kuali i dah berkarat.. kuali i patah handle.

Aku ada macam2 jenis kuali dan periuk belanga. Memang aku suka beli. Kalau orang lain maybe kumpul pinggan mangkuk, aku suka beli kuali dan periuk. Laki aku pulak suka kumpul beli mug. Adik ipar suka kumpul tumbler. Ya ampun rak pinggan kat rumah tu penuh barang! Pasal Tupperware aku cuba tahan dirilah..haha..nasib dah collect sejak anak dara.

Ni yang offer beli ni pun laki aku. Kemain dia happy2 beli barang kat Giant dan tampal2 sticker. Yang pertama dia dapat tu hasil dia beli dan ada yang orang tanak bagi dia masa di kaunter bayaran. Bukan murah satu sticker kena belanja RM30. Kalau 5 kena belanja RM150 la. So end of December 2017 lepas aku dah claim satu. Bayarla RM99.90. Dapatlah kuali paling besar gedabak. Aku claim kat Giant Plaza Shah Alam. Harga sebenar kuali tu RM699. Laki aku cam tak caya. Ye ke ni teknologi German? Sebab sebelum ni aku banyak beli Korea punya periuk. So sampai la ni aku belum guna.



Alasan aku nak masak rendang sebab tu nak kuali besar. 32cm.

Nak jadi cerita satu hari tu puas kami cari kuali tu. Hilang tah ke mana lepas helper datang kemas rumah. Jangan korang bersangka buruk. Kami percaya dia simpan di mana2. Sebab lepas beli aku taruh depan rak pinggan konon nak pakai terus. Puas cari ni di seluruh bahagian rumah. Elok malam tu tiba2 aku nampak kotak kuali bawah rak utility. Hahaha gelak besar aku. Wei kalau hilang sedih jugak aku.

Beberapa hari kemudian laki aku muka lagi happy lepas balik dari Giant. Dia beli barang kemudian tanya kat staff kaunter nak sticker..sekali staff tu kasi banyak2. Aku pun tak tahulah kenapa dia bagi terus banyak2. Sampai aku boleh kumpul satu set Solaris Pro Cera Cookware Collection ni ha. Cuma aku belum tebus je lagi sebab berfikir2 betul ke aku nak beli semua. Cam tamak haloba. Tapi aku suka semuanya. Camner weiii..kuali dan periuk set Korea aku pun masih elok. Cuma pemegangnya yang boleh tanggal tu dah patah kedua-duanya. So aku ada alasan la ek.

Laki aku cakap belilah semua..haishhhhhh mengundang sangat ni. 

Hahaha...kuali lama aku nak bagi siapa pulak..

7 ulasan:

  1. ang mandem staff cashier tu kotttttttt.. pe mimpi dia nak bagi sticker bnyak2.. pasni boleh redem cookware lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan aku beb, laki aku yang dapat...aku duduk rumah je..tak kuasa bawak anak pergi Giant.

      Padam
  2. kalau betul berkualiti mmg berbaloi buat koleksi.

    BalasPadam
  3. Thanks for a very interesting blog. What else may I get that kind of info written in such a perfect approach? I’ve a undertaking that I am simply now operating on, and I have been at the look out for such info. non stick cookware

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.