In

Pelita Ampang Point

Date:wednesday 22 july 2009
venue:pelita ampg point
attended: mimi, dyla, masni, anis & ann

5 perempuan single lg bz dgn keje akhirnya buat pertemuan. Port, baik punya..aku dah siap mkn separuh pinggan maggi goreng kena alih tempat lak..yelar menunggu ann tak kunjung tiba sampai dah solat magrib la..jgn taktau surau pelita punyalah bersih..tandas, tmpt wuduk...kelas!

3 perempuan solat, sorg jaga tempat..elok2 kami balik dr solat br ann tiba. Rupenya dia blk rumah siap2 mandi, solat..ceh kitorg berempat gak yg busuk..eh mane ade busuk.. Kitorg takde peluh masam tau...masing2 ade skincare sendiri...

Potpet2 mukaddimah mimi dah citer pasal sabun papaya..yg buka citer si masni la.. Pastu aku sambung taharah, eumora, dyla tambah mior..kuar pulak sabun kesed aka sabun celah!mmg havoc sbb kecoh..mimi ingat nie ofis ke nak bising2 siap buat demo pakai sabun papaya dia..aku mmg tak tahan gelak..apa lg kena bahan dgn dyla dan masni..hahahaha..

Sayang, kitorg tak amik gambar lak mcm selalu..tah semua gile nak borak sampai perkara yg plg disukai mimi tak dibuat..jd takdelah attachment gambar yer..tp leh mskkan muka2 kitorg yg very the ladies niee..

Mmg cerita nak bg body cun balik nie kalau tak kutuk, gelakkan member. Masing2 dah besar..semua citer nak luahkan.aku plak tak pasal2 asyik promote sabun celah. Masni dgn tudung, mimi-crocs, dyla kire pengguna yg suka try2..ann time tu tak dtg lg..tp bile buka citer eksiden..haru...takde sape sanggup bagi laki bwk keta sendiri beb..sayang..

Cerita pasal keta, nama keta kena bg..nama laptop, nama kamera..adoii mimi la mcm2 nama kat harta dia bg. Aku takat baby & buffy. Mimi dgm lappy aka leper(laptop) darling(kereta) cammy(kamera)..adoh tak boleh tahan..sudahnya yg lain kena balik pk nak bg nama ape kat keta masing2. Dan-dan dyla nye persona nama persia..tak tahan aku dowh gelak mmg tak hingat sampai org sebelah2 tgk2 anak dara 5 org ni gelak leh pecah pelita!kalau betul guna lampu pelita leh retak! Hahaha

pastu nak jumpa utk besday bash pulak..msg2 schedule penuh. Ann ckp mcm bulan pose je br on takpun mlm sabtu..sbb masing2 weekends ade jer plan personal..yelar single2 gak, family, bf odw kena layan gak..hahaha

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Karnival Petronas + Satay Haji Sahmuri aka Satay Kajang

Perjumpaan dengan kawan2 lama memang amat ditunggu2. Setelah berminggu jugaklah planning nak jumpa, buat aktiviti ape, akhirnya berjaya gak niat kitorg ni.

Dengan niat suci dyla..hehe thanks dyla sbb berjaya himpunkan kitorg walaupun cik ann tak dpt join this time reunion..kitorg pun berjumpa di karnival keluarga petronas 2009. Agaknya kalau takde faizal tahir, aku rela berendam dlm kolam renang kat umah kot..ehek..

Jumpa, borak, ngutuk, ngumpat..aduh..duh..mcm2 potpet keluar dari mulut aku, mimi, dyla dan masni..kat konsert citer pasal artis, kat downton belek baju murah2..aku sempat rembat 3 helai inner kih kih...pasu minum2 baca paper..
Balik umah masni, belek majalah, muka masing2 dah penat bawak blk durian naik atas umah masni tingkat 4. Potpet potpet aku tdo jam 5..diorg semua tdo dulu, aku lyn astro tgk citer pasal mj jekkkk...

Sok pagi2 tdo bgn jam 9 lebih..ngantuk dowh...pastu leh layan durian lagi 2-3 bijik gak maunya sampai burping bwk durian..pastu memasing tolak menolak sape nak mandi dulu..last2 yg mandi dulu mimi, then masni, then dyla..last sekali akula..

Dah siap semua, kitorg pun menuju ke satay sahmuri kat tmn melati-alasan tgk jln2 cari mkn kat kedai satay..hebat..sampai2 ujan lebat gler..pastu smbg lg potpet2..

Dah reda potpet tibala masa utk confession..dyla akhirnya buka mulut pasal someone yg dia likes tp terlepas..pastu akula kena sbb still melayan bok! Diorg concern risau akhirnya nanti aku yg merana sebab maybe bok hanya anggap aku kwn, aku je yg masih menyimpan perasaan..actually hal ni dah dibincangkan dgn bok ye kengkawanku...dia mmg ckp hanya syg aku sbg kwn, aku je yg tak terlepas2 perasaan..maybe sbb aku blm jumpa org yg lebih baik dr bok..yg boleh share minat..tahla..sbb until today kitorg sometimes kuar tgk wayang dan mkn2..aku dah try kuar dgn org lain tp sbb takde minat yg sama aku bosanla...

Mimi walaupun telah diingatkan 15 minit je ckp pasal diri sendiri tp dia ckp byk gak pasal dia..lebih2 lg time odw aku hantar dia blk rumah..haha chaiyok kat aku sbb aku tak sesat ke rumah mimi..hehehe..

Oklah next time leh jumpa lg...and borak2 sbb masni tak abis citer pasal dia nie..ann lak takde..tak cukup korum dan tak terungkap byk confession nie..huhu

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

My Little Brother Learning How To Drive Safely


It was my Tuesday - hari untuk menonton rancangan televisyen. Selepas memasak bubur nasi - nak test power la sebelum bagi kawan2 makan - ada satu gerakan di kaca televisyen. Well selalunya kalau ada panggilan/msg masuk, tv kecilku akan membuat satu wavelength lepastu jadi 2 or 3..tapi entah kenapa aku tak peduli. Mungkin handphone org lain yg tgh on call.

Selepas jam 11 mlm barula aku nak belek handphone tu tgk ade mesej dr adikku.
"me eksiden, telefon kema, dekat Hospital Serting Jempol."

ringkas tp cukup buat aku terkejut. Aku pun menelefon kema berkali2 tp tak dijawab. Kemudian aku telefon adikku pun tak dijawab. Akhirnya setelah aku hampir masuk tidur br aku dpt buat panggilan ke telefon kema. Kema berusaha menjawab dlm keadaan kelam kabut hendak menghantar aina ke Hospital Kuala Pilah. Anak saudaraku aina, patah paha kanan selepas terbabit dlm kemalangan di Serting. 5km lagi ke rumah wannya. Kema baru keguguran jadi yome becadang menghantarnya ke kampung untuk pantang selepas keguguran.

Aku terkedu tengah fikir nak kol mak dan adik beradikku yg lain. Jam hampir 12 mlm tp aku tetap kuatkan semangat untuk menelefon emak di Koyan. Aku fikir emak sudah tidur waktu ni, tapi maybe mak tengah tengok midnight movie..jadi aku try2 jelah...

Akhirnya panggilanku diangkat. Aku mintak mak bersabar byk2..lalu aku sampaikan berita sedih tentang adikku sekeluarga ditimpa kemalangan. Keretanya melanggar kereta dilorong sebelah semasa hendak memotong kereta hadapan yg sudahpun masuk separuh kesimpang sebelah kiri.

Pagi Rabu, 24 jun 2009 - esoknya hari jadi adikku yang ke-27, aku menunggu emak, abg lut adan kak aya dr Koyan untuk menjemputku ke Kuala Pilah. Kami sampai ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah pada jam 1230 tengahari. Hanya kema dan aina di wad2 katil no18.
aina yang patah kaki kanan

Kema tak dpat bercerita lebih jelas kerana dia tergamam, dan rengekan aina akibat kakinya yang patah telah disimen agak mengganggu perbualan kami.aina sudahpun boleh berjalan, dan aku dgn emak baru bercadang hendak melawat keluarga adikku bulan julai depan. Sekarang aina terpaksa berbaring sahaja. Memang kasihan si kecil aina.

aina merengek nak bapak dia dukung jee...


Setelah tamat tempoh melawat jam 2ptg, kami keluar untuk bersolat dan makan. Kemudian dtg balik sblm waktu lawatan seterusnya jam 430 ptg. Aku tertidur sekejap sebab terlalu mengantuk.

Jam 430pm pintu gate dibuka utk lawatan.aku dpt info kanak2 bwh 12 thn dilarang masuk kerana kes h1n1 sudah ada tiga di hospital berkenaan. Alhamdulillah aina tak demam..

Aku kemudian berjumpa adikku dan dia telah membuat demonstrasi bagaimana kemalangan itu berlaku. Adikku patah gigi geraham, lutut kanan berlubang dan dijahit - katanya dia boleh nampak tulang lutut...errr tak sanggup dengar..aina dlm pangkuan kema di kerusi sebelah. Akibat hentaman, aina terhantuk kaki di dashboard, sebab itu kakinya patah. Kema pula lebam2 je.

Kereta yg dilanggar adikku dipandu org asli seramai 5 penumpang ada. Seorang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seremban, seorg pengsan. Peliknya sehingga adikku membuat laporan, mereka masih tidak dtg membuat laporan.



Kasihan adikku, keretanya hancur didepan, kereta yg mengelak masuk ke longkang kering. Kata org tempat tu mmg selalu berlaku kemalangan. Adikku fikir yg didepannya motor sebab ada satu lampu menyala, rupanya kereta. Bagusnya kereta tu dpt elak kerata adik dan terus chow cepat sementara kereta dibelakang tak sempat elak lalu dilanggar adikku sebelum terjunam dlm longkang.mujur aje adik kata dia bw dlm 70km sejam, tapi dah nak jadi agaknya. Aku harap dia selepas ini lebih berhati2. Kesiannya mereka takde kereta lagi. Kereta tu pulak lg setahun je baru habis byr. Katanya layak dibuat skrap atau potong bahagian enjin sahaja. Mungkin dpt dijual dlm rm10k sahaja.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Rumahku - tempatku melepak

Sejak tamat zaman belajar, aku mula2 tinggal dengan keluarga Kak Cupa di Bangsar. Masa lepas abis blaja kat UKM tahun 2003, aku sambung keje aku di Petrosains hinggalah aku dpt keje dengan sub-con Petrosains iaitu Stagno Tech. Ulangalik ke Bangsar-Ampang amatla meletihkan . Naik tren dan bas aje pergi balik mau makan 2 jam. Hari2 aku tgk org berlainan dlm tren, bermacam kisah aku tengok live! Kendian bila dpt keje dekat Nadin, aku masih menumpang di rumah kak Cupa-excuse me, bayar rental tau..

 
nilah bilik aku tinggal...bilik orang gaji hehe 


Then, satu hari kak Cupa ckp, abg Musa ditukarkan ke KTM Bukit Mertajam, jadi diorang semua kena ikut pindah. Aku time tu tergamam gak, nampaknye kenalah aku berpindah..yang comelnya, Muhammad dan Dina tanya aku Cik Neng ikut kitorg pindah sekali tak? aku senyum jelah kat anak2 sedara kesayanganku ni..

tahun 2008 atau lebih tepat 30 december 2007 aku pindah ke bandar baru ampang..cari punya cari dapat bilik lot rumah kedai..tak kisahlah janji senang pergi kerja kat ampg point. mula2 nak hidup sendiri ni sedih gak, mlm pertama dah kena kacau dek "ceplos". terkejut gak aku, terus bangun ambil wudhuk.

nak makan satu hal la..kenala pandai cari port makan..dahle aku cerewet..so nak senang mkn kfc or burger dekat giler dgn umah. sebab kak Cupa akan berpindah pada 18 Januari, aku pun bila hjg minggu balikla Bangsar. Rindu kat budak2 kecik yang bising dan comel. Pastu mkn makanan rumah..erm siksanya dok sorang2..

Disebabkan asyik terperuk je dalam bilik, aku makin lama makin tak tahan.. pulak2 lepas kes lampu spotlight keta kena curi aku dah tak senang duduk tinggal di area situ. so aku pun pindah lagi ke pangsapuri kemboja..tingkat 8 pada 30 November 2008. dekat sini selamatla Baby aku sebab ada guard. Tapi aku still terperuk dlm bilik terutamanya bila housemate bawak balik BF or sedara mare dia dtg..erm tak tahan..aku nak ke bilik air pun payah nie..

satu hari yang baik, mak angkat aku call tanya aku nak pindah rumah tak.sebab dia pun tak suka aku tinggal dekat situ..even mak aku pun aku tak bg dtg..masa kat umah kedai dulu mak dtg jugak tgk2 aku..hehe aku pun sbnrnya mls nak pindah tp sebab aku pk aku leh jd dosa sama ni sbb terlibat dgn aktiviti rumah tu walaupun aku tak rela....!



so 29 Mar 2009 aku pindah ke apartment seri baiduri di bukit indah..wow marvelous tempat nie.. nie barulah boleh jadi rumahku syurgaku...tempat lepakku. thanks to Yanti dan mak angkatku sebab mengambil berat tentang tinggalku. ada swimming pool..walaupun agak penatla tingkat 4 naik tangga lagi..kalau tak kurus taktaula aku..apapun aku enjoy tinggal sini..dan mula kumpul harta..beli mesin basuh dan ice box..pasni ingat nak sofa pulak,err bebaru ni dah beli dapur gas..yehaaaa...aku suka rumah ni sampai akhirnya aku masukkan internet..so bolehla lyn games..uhuhuhu

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...