Sunday, March 21, 2010

New Hangout Place

uhuhuhuhu..semalam 20 Mar, aku jenjalan dgn adzman ke macam2 tempat.

tempat pertama dia tak bgtau pun nak pergi mana..jalan je bawak keta...aku sbg penumpang seronokla menikmati pemandangan..kalau aku drive, jgn harap..tumpuan bwk keta penting..

sedar tak sedar dah masuk LDP. dgn bantuan GPS, kitorg pun berpusing2 cari Ara Damansara. sumpah tak pernah sampai..aku mmg taktau tempat ni..dahle kena masuk terowong FAS..ape la...aku tgk2 gak tmpt ni kot2 boleh ingat next time..rounding2..tah mane2 tataula...3x pusing kat shopping complex yg macam dah terbiar..eiii cam tak best jek..titibe keta masuk parking je..dia kata dah nampak Fullhouse. biar benar, aku lgsg tak nampak..dahle takde hape kat situ...keta je byk, crowd takde.

kitorg pun kuar..masuk la dlm mall yg sunyi sepi giler..depan2 dia je ade kedai...masuk dlm sikit nampakla Restoran Fullhouse mcm dkt Sunway tu. tapi kat sini lagi le lapang..hehe..opps tgh ada penggambaran..rasanya budak2 photographer tgh study amik gambar model..

pk tanak tulis byk sebab aku mls..jadi aku try ikan dory yg best..set lunch aku RM16.90, adzman amik air longan dgn sandwich..semua sekali RM40.35. ok jek bg aku kalau or dah belanja..haha..tapi ikan dory tu mmg best, siap ada daun rosemary dicacak atas ikan..dgn cendawan yg dipanggang..mmg lazat...cuma yg tak lazat, kentang goreng pd sandwich.

kami lepak agak lama la.sambil tgk2 model dan layan lagu Korea..yg best lagu OST Boys Over Flowers keluar jugak..apa lagi..feeling kat Korea kejap..jam 5 ptg baru gerak ok..

kendian nak solat asar pulak dkt masjid area damansara uptown..lepas solat adzman tunjuk padang bola yg dia selalu pergi masa dia tinggal dkt situ..then tgk bekas rumah pakcik dia yg dah dijual harga RM1.6j..haha ooo byk kenangan ye si adzman ni nak share2..aku no hal jek..



kemudian kitorg pergi makan dessert kat +wondermilk blkg2 damansara uptown tu jugak..rupenya....aku pun taktau sebab selama ni dtg mlm je nak mencekik lamb chop dkt steven punya pasal...hahah skrg dah tau..so wondermilk ni kedai cupcakes yg comel2 tu..harga sebijik RM4.50..aku mkn sebijik jek..percaya tak..walaupun org belanje tp aku tanak mkn byk..kat sini mmg crowded la dgn org2 yg ramai..penuhla...ada plak student2 cina sambut besday bagai..mmg bising dan aku tak selesa sgt ..but anyway thanks for the cupcakes ya..

dah habis mkn..adzman nak beli sarung HTC dia pulak dkt flea market the curve..okie..jom..pusing2 tak jumpa..kendian masuk Tesco jap.nak beli sesuatu yg penting sbb dlm The Curve tak jumpa Guardian..ada watson jek..ooohohoo masa dlm watson jumpa budak perempuan yg stylo abis, siap bertudung tp pakai legging dgn kasut tinggi membeli-belah.tgk mcm student uni jek..aku kagumla kat ngko sbb aku tak mampu pakai heel..haha hari ni kuar pakai selipar bodo yg beli kat giant dgn harga RM4...lepas tu jumpa model kereta bomba.. siap amik gambar..tah pepe..mcm budak2..
so nak magrib di the curve, sementara tgu adzman, aku lepak kat sofa yg tersedia utk rehat2 depan FOS. disebabkan PMS, aku takde mood nak masuk FOS..aiyya..mcm kata adzman dewa nak nak membeli-belah tak dtg..hahah..dpt duduk rasa gembirala sbb sudah sakit perut, pinggang semua siap.

our next head on to Mont Kiara...cewahh tak pernah pergi ni..selalu tgk dr jauh je bila masuk DUKE. owhh dah nampak Wisma Azair- property Ungku Aziz and family. then masuk SOHO KL jap jalan2..jakun kejap tp tmpt ni tak happening..crowd takde, mebi siang ramaila org dtg mkn..tp mahal2 la..tgk Tenji, buffet satu kepala lunch dah RM49.90..uh..restoran Jepun..then mcm rusa masuk bandar tgk pemandangan dr tingkat atas nampakle lebuhraya bersimpang-siur..dgn KLCC semuala nampak..best2..

dah habis pusing, terdengar pulak lagu backstreet boys, layan kejap sambil nyanyi2..hehe..kemudian pergi minum kopi sedap kat Dr. Cafe..duduk atas sofa mmg pantang, siap dgn ada tempat letak kaki..lagila aku nak belunjur je manjang..tak boleh amik gambar kat sini..aku kena tegur..tp...kemudian aku still amik guna hp aku..kekekeke..


Sunday, March 14, 2010

Akikah anak sulung Kamarul

lepas pergi kenduri si fidah, trs ke rumah kamarul liwong. umah mak mertuanya la..kenduri akikah anak sulung beliau yg comel.. ujan rahmat pulak turun lepas tu. makan pun aku amik sikit jek sebab dah puas melantak kat kenduri fidah..hehe..borak punya borak jam 530 ptg gak baru nak balik..

kamarul ni kawan baik syuk, selalu dtg opis lama kitorg kat stagno dulu after 6pm..sebabnya?? nak main game dan online apa2 jelah..haha..dia keje bank, bank mane boleh internet2 ni..bukan aku taktau...layan tgk gamba dia dgn anak dia..selembut2 kamarul, keluar jugak seorg anak. segagah2 lelaki..ada gak yg tak boleh buat anak.opsss!!

senyum dgn abi

Insp. Rafidah & Insp. Nazimi Receiption

Venue: PULAPOL, Jalan Semarak
Date: 13th March 2010, Saturday

Selamat sudah kawanku fidah mengakhiri zaman bujang dia bersama jejaka pilihan..aku sebagai kawan yg mengetahui cerita2 cinta dia sebelum ini mendoakan hanya yang terbaik utk dia, dan Nazimi is the best man- cakap mcm la pernah borak dgn mamat ni, tp tgk air muka tu, mcm baik2la kan..ok malas nak lebih2. si Mimi dah hapdate byk..gamba pun bukan tamoo upload tp google dengki tanak kasi...haha
 fida kawin lalu bwh pedang..korg berangan la...

yg bestnya masa pergi jumpala kawan2 opis lama..Stagno Tech ler..sampai je nampak Muhaimi dulu..dah 2 thn benti keje rupenya, then dth si Hanif with wife pun dah benti gak..then Bakar & wife, then barulah Mimi & fiance..pastu muncul Najib sengsorang..wakakaka..tinggal Bakar je keje dgn Stagno.. kontrak mati kot..anyway kemesraan tetap ada..tp takle lebey2..ok..laki org semuanya....aku dgn ann gak yg takde partner dat day..
laki sapa tah yg sungguh kasihan kena pgg beg tgn oren

Sunday, March 7, 2010

rahsia BESAR punya

rahsia BESAR punya
bila dapat tahu rahsia besar seseorang yang anda kenali, apa anda fikirkan?
1. terus otomatik cakap tak sangkala...
2. nak cerita kat org lain
3. bertambah minat nak korek rahsia seterusnya
4. jaga rahsia tu baik2 sebab risau kalau rahsia anda semdiri terbongkar nanti..kot2la terlepas cakap~menutup keaiban seseorang, InsyaAllah aib anda dijaga Allah..
5. berfikir2 setiap masa sebab masih tak percaya..

sebab aku dah biasa jadi tempat dicurahkan perasaan;  akibat ada rahsia besar la..kadang2 takut jugak kalau titiba terlepas cakap. Ingat kepercayaan amat penting dlm hubungan persahabatan. tapi aku mengaku kadang2 aku ada buat kiasan tp tidak memberitahu nama. contoh mcm utk bercerita tentang perkara tak elok yg dibuat si anu pada si anu, jadi jgn kau ikut pulak..

aku sentiasa berharap anak2 saudaraku yg menyambung pelajaran ke universiti/kolej atau di high school supaya jangan..jangan..jangan.. tersalah langkah. aku dah puas dengar begitu banyak kisah keruntuhan akhlak kawan2 sebaya sewaktu belajar..pada aku zaman Uni adalah zaman paling mencabar. terutama kepada pelajar2 dr kwsn kg seperti aku. namun aku bersyukur sebab aku dibekalkan dgn pengetahuan yg cukup luas..nasihat arwah bapakku sentiasa kemas dlm kotak fikiran. nasihat ustazah masih terngiang2 ditelinga.

kata arwah bapakku, walau jahat macam mana sekalipun seorg anak itu, tp kalau ibu bapanya berjaya menerapkan dirinya dgn ilmu agama, satu hari nanti dia tetap akan pulang ke pangkuan jalan. maka aku sendiri terfikir2 setiap perbuatan nakal aku..dan aku bersyukur kerana aku masih belum terpesong/terbabas dari jalanNya. dan aku percaya doa ibuku sentiasa mengiringi hidupku, dan adik-beradikku yg sentiasa risau dgn langkah panjangku.

setiap rahsia besar yg memalukan, aku ambil iktibar dari apa yg diceritakan.Istighfar panjang aku dibuatnya. dan aku mengaku kadang2 perkara ini membuatku memandang rendah kepada sipelakunya. tetapi sekiranya dia adalah teman rapat aku, maka aku doakan utknya semoga Allah mengampuni dia.

beban membawa rahsia besar ini amat menyiksakan kdg2. aku mls nak fikirkan, tp kdg2 teringat..kadang2 boleh terlepas ckp..

jadi kalau kamu ada rahsia, kalau kamu nak kongsi, boleh. tapi kalau rahsia tu hanya memalukan kamu, lebih baik kamu simpan. bercerita tentang keburukan perangai sendiri amat menjengkelkan, lebih2 lagi bila si pelaku begitu bangga dgn perbuatan memalukan itu. sebab itu hanya membuat org menyampah tgk muka kamu yg tak tau malu. kalau kamu mengaku pernah berbuat satu dosa besar, kemudian kamu insaf dan bertaubat nasuha, maka kamu boleh cerita supaya org lain boleh ambil iktibar. tetapi masih kena pilih org yg betul2 boleh dipercayai kerana selalunya ramai org suka menabur fitnah dr perbuatan salah kita yg lepas2. padahal kamu dah tak mahu mengulanginya..hidup mesti kuat, iman mesti kuat, cabaran menghadapi realiti hidup ni paling besar, paling memerlukan keazaman.

maka sahabatku sekelian, benar menanggung sendiri rahsia besar kdg2 menyiksakan, pelu diluahkan..tp jgn silap buat luahan, dan jgn salah memilih kawan.

Saturday, March 6, 2010

Secret Recipe Save Lunch Promo-RM10

asal ada promo je laju je langkah..pulak2 bab makan ni..so pada hari Jumaat kitorg 12 org wakil dtg mkn di SR Ampg Point. RM10 add on RM2 for ice lemon tea tambah service tax dan govt. tax kenala dlm RM14 sorg..


aku order ayam bbq, lambat giler sampai order nak dkt 30 minit kot. alasan, pekerja dapur keliru..keliru????eish kalau tak sedap mmg dah lama aku berambos, byr air jek sebab terlalu lama tgu..dahla lapar baru balik dr MBF.
 walaupun lapar dan marah, tetap nak kontrol senyum..ceh~