In

Nak makan nasi impit dengan kuah kacang.

aku ni memang nak makan je kalau dah ada teman makan. lagi2 bila permintaan dilayan. wah memang terbaik layanan yang diberikan. mengapa layan saya begitu baik........kan....

 saya nak makan nasi impit je...dia makan satay dan macam2..
 dah nampak kan. satay Haji Sahmuri cawangan R&R Awan Besar

air minuman. masa ni simptom demam dah kelihatan tapi gagah nak habiskan 12 jam bersama2. hehe..

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Eton Mess @ the apartment, The Curve

nak makan cake la....
******
i memang tunggu u sebut nak makan cake. jom.


 beria2la belek menu.. nak tengok kek yang sedap

 lampu lilin ni dah terpadam pulak. change it please!
tiba2 suasana bertukar jadi romantik. eh tak plan pun nak makan romantik dengan zcat..
 rupanya hari sambutan Earth Hour da...
so air raspberry (RM11.00) i pun menyala2...sama menyalanya perasaan pada malam itu. eh? betul2 tak sangka..
 air minuman zcat pun nak menyala jugak..lupala air apa dia minum. hehe
eton mess ni macam kek pavlovalova di Alexis. ada maringue. apakah itu? bila dah makan korang tahulah rasanya..
bila dah selalu mintak cake, dan selalu dilayan permintaan ni..lama2 nanti menjadi peminat cake pulak aku ni. 
 ini gambar cerah semacam from my SE la..
sangat sedap. try it. RM12.90
 thanks! kena kasi kredit pada orang yang rajin snap pictures for my blog and sebab selalu belanja makan..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Pejabat Pos Dekat Mana?

wah bila dah petang2, kami berdua lapar lagi selepas isi borang. hehe..nak tunggu jam 5:50pm untuk masuk wayang lambat lagi. jadi kami jalan2 dan pergi makan.

 kami tertanya2 manala terletaknya pejabat pos ni. nombor ditayangkan di Uncle's Lim.


 encik comel tengah tunggu sesuatu.
 aku pulak dah dapat half boil eggs terus lupa dia.
 yang tukang pecahkan telur pun dia.
 licin. sedap. nikmat makan ketika sihat.
 inilah pejabat posnya...laaaaaa...
sebelah kedai Shimino. ok lain kali dah tak susah nak cari2 lagi. pejabat pos tutup jam 6 petang pada hari Sabtu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Mengisi Borang

isi borang apa? borang perakuan bujang? borang permohonan nikah? boleh jalan dah...haha..

kami pergi beli tiket wayang Rango di Cathay, Cineleisure. kemudian ada pulak borang peraduan. dah lama tak masuk contest2 ni sebab dah tepu idea. lagi2 yang perlukan slogan, memang aku tak pandaila...

tapi dah alang2 beli tiket dan katanya peraduan sampai 31 March 2011, kami pun try la nasib. mana tahu. harga tiket RM22 untuk 2 orang. mahal tu, lebih baik mencuba nasib dari buang je tiket tu ataupun frame buat kenangan. eh!...haha..

senang je peraduan tu, cari nama2 pelakon untuk filem Rango. kacang!..tapi bila bab isi slogan, aku serahkan pada zcat. dia pun memerah otak di Boarders. kami duduk2 sambil memikir..eh dia jelah yang memikir, aku pulak cari2 buku dan baca2 la konon macam rajin sangat baca buku.
 Bismillah. semoga menang....mana tahu kan...bersungguh mengisi borang..hehehehe


 dah siap simpan elok2 dalam beg, lepas tengok movie kita hantar

selepas dah siap semua, mulalah tergagau nak cari stapler. ok, pinjam je dengan staff boarders. diorang memang kasi. walaupun kami tak beli apa2. datang nak duduk2 dan buat2 baca buku. haha..

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Little Penang Luncheon

Owh dah lama tak berjumpa, makan bersama2..kenyataannya 3 minggu.

tak rasa lapar pun, dengan hati kudus pergi jemput zcat dirumahnya. bawak kereta pun tak laju. tak merempit. tak macam orang kemaruk rindu nak jumpa. cool sahaja dengan matahari terik atas kepala.

sampai2 je, kepala dah pening. tukar seat memang confirm!.. cadangnya zcat nak makan nasi ayam, tapi kelihatannya aku perlukan tempat makan berhawa dingin. erm betapa mengertinya dia.

dan sesudah dia collect baju dan nombor untuk marathon Energizer April ini, kami pun pergi makan di Little Penang, The Curve.


 Little Penang selepas renovation. dulu aku ada pergi makan kat sini, silalah review-reread-recommends jika nak.

 otak-otak
 tengok muka orang teruja dapat makan otak-otak.
 nasi lemak penang. okay ada udang macam terbako kan..ada sambal ikan bilis(ikan bilis liat-liut aku nak mengunyahnya), sambal ikan tenggiri, sambal belacan dan 3 keping hirisan timun.
 kuew tiaw ialah kegemaran zcat. tapi memang sedap pun. sotong besar2 ok. puas hatila.
3 layer tea. sejak2 ada air ni kat kedai2..ni jelah yang aku nak order. sedap weh..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Hubungan Pada Tahap Selesa

berapa lama masa yang diperlukan untuk rasa selesa dengan hubungan yang baru berputik? 6 bulan? setahun? 2 tahun agaknya?

setiap orang berbeza2. rasa selesa itu hadir perlahan2. bila semakin banyak cerita atau pengalaman lalu dapat dikongsi bersama. luahan cerita dan cara bercerita memainkan peranan penting untuk mengekalkan satu2 hubungan.
benar. jangan berkongsi semua cerita dengan teman istimewa anda. cerita hanya sekadarnya sahaja. cukup untuk dia mengetahui serba sedikit situasi pada waktu yang lalu. mengimbau kenangan pahit dengan bekas kekasih dengan bercerita pada pacar semasa amat bahaya. 

anda mungkin hendak tahu kenapa mereka berpisah. kenapa dia memilih anda akhirnya. apa kelebihan dan kelemahan ex dia? tidak. jangan membandingkan hubungan itu. lebih2 lagi dari segi fizikal, gaya hidup dan pendidikan. ia amat mengganggu. perasaan rendah diri atau membangga diri mungkin merosakkan hubungan kini.

rasa selesa? ya rasa selesa kini sebab dapat luahkan apa yang dirasai. what i feel now about this relationship. kepercayaan, memahami, berkongsi masalah, membuat perkara2 gila bersama dan merancang.
apa yang dirancang, tidak mahu dinyatakan di sini. kerana manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

setelah keras begitu lama, perlahan2 my heart was melting by your understanding.

nanti kita pergi karaoke ya. i demam sekarang ni. selsema dan sakit tekak. tak dapat teman semalam.

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Updated! FOS 70% off sales - Ampang Point

updated tambahan baju2....sebab ada orang tanya kat FB kan. meh aku nak tunjuk apa lagi aku rembat..

 seluar tidur, tak dan2 dah kering terus pakai..RM19..menjadi........?
 kardigan. warna dia cantik. oh nak kena cuba gaya baru..RM43 menjadi....
 t-shirt putih. aku suka sangat, kain lembut je...RM25..lepas diskaun...aaa mana kalkulator eh?
baju ni belang dark blue bukan black. tapi itulah ambil pic tak guna pencahayaan yang betul. yang ni RM23..

selepas dikira...hanya bayar RM33 je...lalalalalala..

kesimpulannya....
7 items bayar RM43.80. terbaik...
purata..RM6.25.. walawehhhhhhh

semua dah kedut2 sebab basuh masuk washing machine. sekian..

 ***************************************

sekarang FOS tengah on sale. hanya di Ampang Point. 70% off discount untuk semua harga pakaian. aku yang dah takde duit makan di hujung bulan ni pun terjebak. dengarnya sebab nak tutup branch di situ. maka ketika lunch aku pun pergila menapak
beg plastik baru FOS.
RM12 sehelai. lepas diskaun jadi RM3.60. hahahaha..suka...boleh pakai dengan kardigan, bolero, jacket atau kat rumah di waktu malam atau dihujung minggu.

apalagi Mimy, terus aku teringat dia pernah cakap FOS sales bagitahu dia. ok dah call, sekarang entry blog lagi.

ada banyak pakaian. seluar2 kerja. kalau korang biasa pergi FOS korang tahulah apa yang dijual. tapi nak bagitahu jugak, yang tinggal tak semua yang vogue la. aku suka t-shirt cotton. allergic kan...kulit terlampau manja.

Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In

Jualan Langsir/Sarung Kusyen dan seangkatan dengannya di Ampang Point

ah tak pasal2 aku jadi promoter untuk sales2 terkini di Ampang Point. sajala nak share dengan pembaca blog merapu ni. kan mana tahu ada orang nak tukar langsir baru, sarung kusyen ke...bedding ke...sales sehingga 80% di atrium, ground floor Ampang Point.

aku dah pergi tengok2 tadi. sebab aku ni memang nak cari langsir. kata sejak pindah, langsir2 yang digunakan hasil sedekah adik-beradik/kawan2 yang bermurah hati. jadi ikutkan plan asal nak pergi beli kain langsir lepas tu jahitla. mesin jahit pulak ingat nak pinjam auntie Mui - mak Ping.

bila tengok sales yang gila2 jatuh harga ni, harus aku menebuk tabungan aku.. hahaha..

ok..ok..sales sehingga 5 April 2011. jadi ada masa pergilah singgah. buat kawan2 aku yang baru masuk rumah baru ke, rumah sewa baru ke atau dah bosan dengan yang lama, sila tukar yang baru...aku tahu korang dah dapat gaji. aku yang belum ni itu fasal kena tebuk tabung. hahahaha..gila sanggup kan. lepas dapat gaji, sila ganti balik duit tabungan untuk emergency itu ya!

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Panggilan Kekasih

panggil sayang, maka kata nanti melayang

panggil mataair, mak kata nanti keluar air mata

********************

jadi, panggilan yang diguna...
pumpkin, munchkin, chomell, sweety,..
********************

darling dahla. ada gak macam gaya2 filem melayu lama2. macam si arwah AR Tompel panggil.."er..darling, i dah nak keluar ni. u dah siap ke belum?

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Kita Sentiasa Anak Kecil Emak

aku dah pun nak mencecah 34 tahun pada Julai tahun ni. 34 tahun. kertu tahu. tapi pada pandangan emak, umur aku belum akil baligh lagi. tengok situasi ini.

bila mak balik kampung atau pergi rumah kakak2 dan abang2 aku yang jauh2 tu, kalau aku call,  mak akan tanya, " dah makan ke?" kalau aku jawab belum, mak suruh aku makan biar gemuk. jadi aku kadang2 tipu emak yang aku dah makan, hakikatnya aku tak makan lagi. terutamanya makan malam aku selalu skip. sebab mak suka cakap aku dah gemuk jadi aku tak suka gemuk, jadi aku tak mahu makan.

bila aku balik kampung, setiap kali itulah aku akan kena cari tuala aku yang aku biasa pakai di tempat yang berbeza2. mak suka alihkan barang/pakaian aku dan aku selalu kena tanya mak mana benda2 tu. hakikatnya kalau mak tak alihkan, aku pasti tahu tempat terakhir aku letak benda2 tu. dah jadi macam aku perlukan mak untuk cari barang2 aku. macam budak2 pulak rasanya.

bila mak ada di rumah aku, mak akan masak makan malam dan aku terpaksa rela je makan. sebab kalau tak makan, mak pun tak mahu makan. dan esoknya nasi yang dimasak jadi nasi goreng. aku kan tak mahu makan malam. mak aku tak faham istilah aku tanak gemuk agaknya. dia tahu aku mesti makan. baju aku dah kena alter tak pasal2.

kadang2 mak aku ni memang terlebih rajin. mak memang susrirumah yang pembersih. jangan harap nak jumpa bakul sampah dalam rumah. tak tahulah mana pergi tong sampahnya, jadi setiap kali aku nak buang sampah, aku masukkan dalam beg plastik. beberapa jam kemudian, beg plastik sampah tu akan berada diluar rumah untuk dibuang. itu kalau siangla. kalau malam, simpan lagila.

jadi bila mak duduk serumah dengan aku, mak akan lipat baju2 aku dari ampaian, lap dan bersihkan dapur aku. bukan lantai dapur. mak aku dah tak larat mop. setiap kali mop dapur rumah mak sendiri, mak akan bising kepenatan. dapur besar sangat. dapur aku kecil je. kemudian periuk belanga, sudu garfu, sudip pisau, pinggan mangkuk, gelas cawan, bekas & tupperware aku bila dah kering mak mesti simpan luar dari dapur aku. aku ni pemalas, semua benda nak depan mata. tengah2 nak bancuh air, sudu takde, kena menapak tempat lain. nak memasak, alatan memasak semua kena ambil luar dari dapur. aku cakap dengan mak jangan alihkan barang2 tu tapi mak cakap biarlah..semak je. 

jika kamu fikir aku macam tak bersyukur ada mak yang rajin begini kamu salah. aku cuma mahu jadi dewasa dan lebih bertanggungjawab. jika mak selalu membantu aku, lama2 aku naik lemak dan tak mencapai apa2 dalam kehidupan. aku tak mahu jadi anak manja emak. aku cuma nak berkuasa dalam rumah aku sendiri. mak cukuplah jadi tetamu dalam rumah aku. dan aku memang berterima kasih dengan emak kerana sudi jadi peneman hidup aku dikala usia2 yang begini. (ayat menyentap perasaan: " biarlah aku duduk dengan engkau, kau takde family, adik-beradik kau yang lain semua dah berkeluarga. hidup kau sunyi. kesian makan sorang2") ok aku sentap..nak menangis pun ada. sila tahan airmata.

hati aku sakit bila aku rasa aku salah menegur perbuatan baik emak terhadap aku. aku cuma tak mahu susahkan dia. mak sudah menjaga 11 orang anak, dan seorang suami sehingga akhir usianya. mak perlu berehat. aku suka mak dengan alat2 jahitannya. tak habis2 jahit saprah dan buat bunga2 kain. membaca buku2 agama dan menonton rancangan agama pagi2.

usia aku dengan emak jauh. 38 tahun ok. ah umur aku bila dah cecah 38 tahun nanti akan ada anak ke? kalau perangai dia macam aku...yang buruk2 tulah..habissssssss.....

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Mencari Kekasih

kekasih tak perlu dicari. jika dicari dia takkan muncul. yang muncul ialah si pencuri hati. yang melayan dan melimpahkan hadiah dan budi untuk dikenang. yang sentiasa bermurah hati dengan senyuman, kasih sayang dan aksesori tambahan.

adakah mudah untuk jatuh hati? tidak. adakah mudah memberi hati? tidak. tetapi adakah mudah menjadi orang yang tak kenang budi? tidak. 

jika hari2 diisi dengan panggilan pagi untuk bertanya sudah sarapan? sihat? pasti akan rasa sesuatu yang kehilangan bila tiba2 amalan itu dihentikan. dari rasa meluat timbul suka, kemudian curiga. dia suka atau nak mempermainkan sahaja?

mungkin telah dating 5-7 kali dengan orang berbeza. tapi tidak semestinya orang pertama ialah cinta pandang pertama. mungkin orang ke-4 ialah cinta sebenar? tapi disebabkan layanan berbeza2, yang pertama paling sukar dilupakan. yang ke-3 paling benci untuk diingati dan ke-6 mungki paling banyak moment lucu dicipta?

berapa ramai yang menyukai dan benar2 mencintai kita sebenarnya? hanya menunggu peluang dan masa untuk ditinggalkan atau mengucapkan kata2 yang ditunggu sejak sekian lama.

" kita berpisah"

"i love you"

"kita hanya kawan"

untuk lelaki yang paling kita tak harapkan cintanya, kita mahu dia ucapkan, KITA HANYA KAWAN. fuh lega. sebab selama ini kita perasan layanannya amat mesra. amat mengambil berat. jika dia hantar sampai ke stesen LRT, dia harap kita sms dan bagitahu yang kita dah selamat sampai. jika kawan2 lelakinya tiada untuk teman makan, dia mahu kita teman dia makan. jika dia mahu shopping dan kawan2nya kata "kau ni macam perempuan" dia harapkan kita menemaninya. its ok. its friend only. dia mungkin akan selamatkan kita dari lautan manusia bila harus balik lepas tengok konsert sambutan tahun baru di KLCC.

tetapi berapa ramai lelaki yang sudi katakan I LOVE YOU bila telah lama keluar dengan kita? mereka mungkin tak ucapkannya. mereka harap kita faham. tapi dari tindak tanduk mereka, kita tahu mereka mahu ucapkan dari perbuatannya. bukan secara lisan.dan kadang2 kita terpaksa memaksa mereka ucapkannya bila kita bosan menunggu. dan paksaan boleh mengundang padah menjadi KITA BERPISAH SAHAJA.

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Pisang Montel

last time pergi pasar malam dengan mak aku beli pisang. dah lama tak makan. harga pisang pun mahal. lagi2 pisang yang sedap dan manis. ewwww..

pisang ni besar. tapi harganya cum RM5. kalau beli kat Giant setelah ditimbang kati mahu RM7 kot..semalam tengok kat Giant satu sisir adalah dalam 4-5 batang nak dekat RM5. huh mahal..mahal..

so korang suka tak pisang ni?
ok makan sampai habis. puas hati. pergi pasar boleh beli lagi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Kuih Kacang Bulat

oh inilah biskut yang paling aku suka makan - dari kacang. kalau makan penuh bahagia..makan dan makan sampai habis satu bekas. hehehe
next time pergi kedai, kena cari dan beli biskut ni buat stok. makan sampai bosan. tapi mungkin tak jadi bosan. sama tahap suka makan biskut tart nenas. huhu

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...