Thursday, April 28, 2011

Kerana Tin Itu....

aku ni memang suka kumpul bekas tin. selain dari Tupperware, bagi aku bekas tin sangat klasik. masa kecik2 dula, arwah bapak suka beli biskut meri ke biskut jagung ke dalam tin besar tu. adik beradik ramai...tin kecik apa barang....bila biskut dah habis mak akan ke kedai pulangkan tin dan dapat duit...kira tin tu macam depositla. pulang dapat duit, tak pulang tak dapat duit. sekarang kalau aku pulang tin biskut dapat duit tak?

ke Giant nak beli air sedap. tekak aku ni mengada..kalau aku bawak bekal aku nak minum air mahal..padahal beli kat Giant je...ceh....tapi kalau aku makan kat kedai, aku minum air harga RM1.30 je....keh keh....

tiba2 pandangan mataku tertoleh pada satu benda..masa ni aku dah give up nak beli air sedap dalam Giant. selalu aku beli Ribena je...takde stok tadi...

Kellog's buat promosi dua pek ni RM12.99 kat Giant.. kat kaunter kena bayar RM13. 1 sen tak dipulangkan ye... ah dahla tin ni sama besar kotak Kellog's. pastu hijau macam menawan pulak walaupun ada kaler putih....hijau for vege.. macamla aku tak makan daging kan... terpaksa la aku makan breakfast gaya sihat esokkan...

kandungan 275g emping jagung. tengok tin ni klasik...maka mana taknya aku tak grab...

sure aku pergi grab tin putih pulak lepas ni. limited edition la katakan....haha.. kalau aku rajin, aku upload gambar tin2 koleksi aku. tapi tin biskut yang biasa macam Danone tu aku tak simpan. aku buang lagi ada..siapa ada tin ukuran tak normal sila bagi aku kalau nak buang..hahaha...pelik kan hobi ni...nasibla...tapi tin bersih je..tin karat, janganla korang roger2 aku pulak..

Wednesday, April 27, 2011

Ole-ole Dari KK

cik Yuyui (fahada) balik dari KK hadiahkan aku gelang mutiara..wah terkujat jugak mendapatnya.....inilah mutiara asli...sudah tentu harga dirahsiakan..








tapi............ aku hanya sempat pakai 2 kali je sebab gelang ni muat2 je pergelangan tangan aku yang sememangnya dah kecik ni..untuk mengelakkan dari terjatuh/hilang tanpa disedari, aku pulangkan balik pada dia. yang mana dia cakap, sila kuruskan diri balik supaya muat semula.  haha..tapi aku cakap baikla dia ambil sahaja sebab nilai gelang ni mahal...aku bukanla tamak..buat apa simpan tak dapat pakai...nak tungg aku beranak pinak belum tentu bila wei....

 ini ialah kuih cincin. sangatla sedap...dah ini ialah kepingan terakhir.. barulah terhegeh-hegeh nak amibik gambar..oh sape pergi sabah belikan aku kuih ni ok.








ni pulak amplung.. eh ye ke eja? tapi aku tak minat sangat..hehe...tapi makan jugakla dah orang bagi..tak tahu bersyukur pulak..memang nak kena jentik ni..

Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih P1 WiMax!

aku pengguna P1 wimax sejak pelancarannya secara besar2an pada tahun 2009. pada masa itu aku telah gunakan duit bonus untuk daftar, mahulah kena RM400++..nangis jugak sebab sekarang aku dapat tahu semua free je..cuma bayar penggunaan internet tiap2 bulan je...lagi pulak aku dulu 3G sekarang dah upgrade 4G...tapi kemungkinan aku punya diupgradekan sebab aku selalu dapat email maintenance untuk upgrade system dari P1 wimax.

ok aku pernah dapat rebate sebab wimax problem masa maintenance time..walaupun beberapa RM saja, tapi aku gembira..sebab abang ipar aku  selalu bengang dengan perkhidmatan TM...soryyla, after service diorang teruk zaman2 streamyx baru dilancarkan. aku pernah dengar dia bertekak dengan diorang sebab hampir 2 minggu tak dapat guna internet..still kena bayar RM88. tak tahulah kalau TM bagi rebate...

pada awal bulan ni aku terima panggilan dari P1 mengatakan aku akan menerima telefon rumah percuma dari P1. aku tak perlu bayar apa2 pun. yang best ialah;-

  1. telefon analog diberi percuma
  2. tiada caj pengaktifan
  3. tiada kos penghantaran
  4. bayar RM30 untuk 200 minit masa berbual di seluruh Malaysia (RM0.15 per minit)
  5. untuk 2 bulan pertama diskaun 50%, jadi bayar RM15 sahaja (RM0.075 per minit)
  6. boleh call bila2 masa untuk menamatkan perkhidmatan
  7. boleh aktifkan bila2 masa untuk sambung perkhidmatan
  8. telefon tak perlu dipulang balik

hehe...sukanya aku....

tapi nampaknya aku punya bil jadi bertambahla...;(...takpe aku try test dulu..rasa tak ok aku terminate la...


telefon ni dicucuk terus pada modem internet aku. menggunakan elektrik.. takde lektrik...tak dapatla calling2..heh.

Monday, April 25, 2011

Domino's New Recipe

last friday pergi makan dengan kawan2 ofis kat Domino's Ampang Point. sambil tunggu pizza sampai, puaslah mata menjamu wanita2 berpakaian cantik di hari Jumaat dan lelaki2 Islam yang selamba ponteng solat Jumaat. Ya Allah bagilah taufik dan hidayah kepada mereka ni.

aku dan julie..tiba2 baju yang dipakai lebih kurang warnanya.

kami ambil set pizza 2 keping, roti garlic, onion ring & kek lava coklat. aku bantai bagi nama je.. semua sekali hanya RM55 dan jimat lebih RM20++..huh...share2 bayar memasing kena RM13.75 je..takdela dinnyatakan tax mak nenek yang dikenakan. or maybe harga dah siap2 kira tax.


fahada dengan nadia kat sebelah lupa pulak nak snap muka dia...;p sorryla ek...tak dapat letak kat blog yang biasa2 ni..

inilah coklat lava kek itu..RM5.80 kalau add on..harga sebenar mahal le...tapi set yang kami ambil tu dah termasuk kek ni..

gula kastor je ditabur. kecik je kek ni tapi rasa dia marvellous...masa belah tu meleleh2 isi coklatnya..pekat dan warm...uishhh recommend la...

Saturday, April 23, 2011

Terima Kasih Lagi!

zcat gemar memberi hadiah. selalu ade je benda dia nak bagi. walaupun kecil2 dan apa2 sahaja, pasti dia akan bagi bila berjumpa.

kalau nak listkan kat sini memang menunjuk2 sangatkan...tapi antara yang aku terkujat ketika menerimanya;-

Al-Quran beserta tafsir serta keterangannya. masa dapat ni hati aku rasa lain macam sangat. terpinga2 dan terkejut yang amat sangat. namun aku bersyukur sebab ini adalah hadiah pertama perkenalan.

perfume elizabeth arden special edition. serius terkejut. rasa diri busuk tiba2.. hahaha..

baru2 ni dia bagi aku..

1 beg hadiah

dalamnya ada lampu dahi hasil rembatan dia mengikut Energizer run baru2 ni..10120 orang masuk...dia amik 5.5km

kemudian buku ini..


Apakah Namanya?

cuba makanan baru dekat food court ampang point. tengok kawan2 makan bukan main selera..

inilah lauk pauknya..dlm RM6 termasuk nasi & sup.

aku suka sebab ia dimasak panas2..tak suka makanan yang sejuk..suam2 aku sukala...



gambar pinggan lagi satu..sebab aku ni makan berteman...aku tak makan kobis je...paling suka kacang panjang sebab sangat crunchy. tak dimasak langsung. tempe tu of coz la kegemaran..darah jawa kan rak boleh dipisahkan..
supnya cuma sup rasa bawang. tapi oklah dari tercekik makan. nasinya beras yang biasa2 je..takdelah beras mewangi.....

Friday, April 22, 2011

Uncle "K" Kopitiam - TTDI

last sunday tengok jalan2 cari makan di TV3 dengan Ping.. pergh..tempat2 makan macam menarik je...tak senang duduk tengok Qi makan dengan banyaknya..weh Qi pesal masih kurus kering?

lalu bila zcat datang ajak teman beli kain merah nak buat seluar, aku pun buat permintaan nak makan kat tempat2 tu. pilih nak pergi food court Batu caves atau uncle K kopitiam..last2 pergi uncle K la sebab dah gagal cari food court tu even guna GPS.   tapi nanti nak cari jugak sebab butter prawn kat kedai dalam tu RM12 je..huhuhu..murah ok..

3 layer tea..dah jadi kegilaan aku pulak sekarang ni
setia dengan air mineral RM2.70 ok...
untuk pastikan apa yang Qi cakap tu betul pasal kesedapan nasi goreng kambing, aku pun tryla..zcat ambil nasi goreng ikan apa tah..lupa pulak..yang pastinya..dia punya biasa2 je..aku punya..wa memang tabik u la..oh owner restoran ni Syazliana seperti yang ditayang kat dalam rancangan itulah..penyanyi Malaysia..yang dulu2 tapi tak lama dulu la..untuk branch lain aku tak tahu sebab masa google tu ada lagi 2-3 branch.


nasi goreng untuk zcat..ikan apa tah...

nasi goreng kambing terbaik you..RM12.50 tak silap aku la... tapi berbaloi2..
 
dah habis makan lap mulut dengan tisu..kat tisu ini ada address branch2 lain..alamat branch TTdi lak..

Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur

sebelah al-Rajhi bank..

Thursday, April 21, 2011

Kegilaan Membeli Kain

tujuan untuk bershopping telah termakbul..nasib tak dapat bonus semasa pergi bercuti..jika tidak mahula habis borong kain dan jadi penjual kain kat ofis..mahu kena sound setepek dengan HR hahaha..

mari tengok kain2...(mood shooping belum mati..masih ada hati nak beli kain bila gaji..mahu pergi jalan TAR).

ini dikirim Ping

ini sendiri gatal nak buat stok

biru kasi sama zcat, coklat simpan buat2 ingatan

harganya memang pengsan!


selepas ditawar RM200 je tinggal..itulah untung beli time weekdays..weekend? tak taulah den..
sila ke kedai ni ye kalau teringin nak beli kain macam tu jugak...aku kan terpesona dengan batik & bling2..hehe...

sejadah ni kaler ungu sebenarnya, SE dah buta warna
 
shawl untk semarakkan baju plain...kasi meriah sikit tang kepala

kuning kesukaan aku...tapi..tapi...

kombinasi pink dengan kuning ni paling sukala..

takde baju kaler biru..so mari buat baju kaler biru...
sebenarnya tabung telah pecah RM400..tidakkkkk lagi tambah RM200 untuk petrol & toll & makan2....jadi kalau nak bercuti tu setkan betul2 apa nak beli supaya tak terover..aku yang untungnya tidur rumah adik-beradik...jadila tak keluar duit untuk penginapan...adik beradik ramai kan..jadi boleh transit mana2..heehe..

Cermin Berbunga-bunga

setiap kali aku pergi pantai timur, wajibla aku menyinggah rumah abang aku di Cherating, Kuantan, Pahang. nak rilek2 kan kaki yang kejang..nak makan minum free..nak tido2..hehe...

abang aku beli rumah dekat dengan area pantai..kekadang aku menyinggah nak mandi laut..saje lepas gian pantai bersih..orang tak ramai..

ini penghias dinding yang terbaru..4 ni je dah RM100++


aku ni suka tengok abang Bad & kak ipar aku kak Hasni hias rumah diorang. tapi tentulah yang kuat menghias kak ipar aku. dia ni cakap jujur je...nak mende2 hobi ni kena beli/dapatkan sendiri. abang aku tak layan. jadi sebagai housewife dia pun jagalah anak2 jiran..so dapatlah memenuhi keinginan dia..


sambil2 tinjau rumah diorang ni aku pun minum la air laici sejuk..sedap ko tengah2 musim panas membakar ni...

rasa nak minum banyak2 tak larat pulak nanti kena berhenti je nak wee wee..
sebagai tanda, aku dan mak share beli cermin bunga2 rose ni untuk rumah diorang ni. rumah diorang ni pun kira baru la....

kak ipar aku ni malu pulak nak bergaya kat depan cermin hikmat ni....cermin ni RM20 je  kat pasar payang.. kalau yang ada macam tingkap tu RM30 jer...aku siap cakap kat makcik tu..."ooo satu tingkap RM5 la...."







kendian aku pun cuba2 nak  bergaya kat cermin ni..  hahahah apa barang muka pemilik blog tak masuk blog dia sendiri..

Wednesday, April 20, 2011

Melawat Kawan Lama

Aura Afham new born baby
alang2 berjalan biar kalau boleh semua rumah kawan kita datang bertandang. aku pun plan nak pergi rumah Norma tengok dia. sementelahan pula dia ada baby baru. last 2009 aku jumpa baby sulung masih kena dukung lagi..tup-tup ada new born baby...

selepas round2 Jalan Pasir Panjang, aku sengajala teruskan perjalanan tinjau2 laluan bas sekolah aku dulu2..pergh kenangan lama terpahat di kepala otak..


Audi dan mak saudaranya. eh..kecil eh mak saudara dia..hehehe

Audi Afham gambar tahun 2009
rumah Norma ini pun aku ingat2 lupa je. bila dah sampai dekat Sekolah Bandar, barulah aku telefon dia...rupa2nya dia siap dapat mengintai aku dari tingkap rumah. semua dah berubah..jalan2...hm..dah lain...

Norma ni nama penuh dia Normazila Mohd Zin. dia satu kelas dengan aku. bekas penolong ketua pengawas sekolah. aku bermula kawan dengan dia kes aku tak pandai Matematik. dia ni memang bijak dalam subjek tu..aku pulak buat tukaran untuk Prinsip Akaun. 

tamat Form 5, dia sambung belajar di UPM, aku di UKM. dia ni ranking no 2 dalam sekolah..