Tuesday, May 31, 2011

World Tallest Indoor Tube Slide At Empire

wah kalau pergi Empire mesti nak tengok slider terpanjang ni...

minimum height requirement 110cm

queue here!




phew..risau perut buncit akan stuck di dalam kolong

mereka akan letak dan tolak kamu beralaskan guni

RM12 tak sampai 15seconds. ada berani?

Monday, May 30, 2011

Bila Mood Angin Tak Ribut Tiba-Tiba

perempuan ni memang suka moody..itupun dah puas perempuan ni mengawal moody beliau. beliau cuba menjadi orang yang berterus terang atas segala perkara yang dia kecil hati. kadang benda itu remeh temeh je, tapi perempuan bila dah sayang, dia mudah terasa. kadang2 air mata dia menitik tiba2 bila lelaki dia naik ton suara tiba2. perempuan sentap dan tak mahu cakap. diam.

lelaki yang memahami perempuan akan memujuk ataupun buat tak tahu je dan anggap takde apa2 berlaku. diajak keluar macam biasa...buat muka tak bersalah tapi dalam hati dia, dia tahu perempuan bengang. cuma tak mahu ikutkan sangat karenah merajuk tak bertempat.

yang tak tahu lagi kejam. berkali2 buat dan hanya minta dirinya didengari bila berlaku perselisihan.. perempuan terpaksa memendam dan berdendam.

tapi aku? yang moody tiba2 ni? 

dapat beg kertas
8juta bakteria, coklat & 1 bekas tin untuk tambah koleksi
dan yang terakhir dapat lepas balik dari house warming rumah Amin & Hani di Setia Alam. yang paling best siap boleh pilih sendiri...hihihi..Thanks Amore!
 ye..aku memang bersyukur kerana bertemu dengan orang yang memahami perempuan macam aku ni...^_^

Saturday, May 28, 2011

Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

selepas karok, destinasi kami seterusnya ialah Klang. aku tak tahu mana dia nak drive sebab dia suka buat surprise!

and yes he surprised me. yeay!




ketam ni masak lemak cili best gak ni




kami tak ambil ikan. kami makan ketam, udang & sotong aje. nasi pun tak ambil
yeay besar kann


beratur panjang gile..padahal baru je lepas solat Isyak ni



tunggu makanan..opps perut buncit berjaya dikempiskan

kami dapat duduk betul2 tepi laut..masa ni air belum pasang

so zcat gembira sangat2..





dapat wet tissue pun dah suke


udang goreng tepung



sotong goreng tepung - zcat kata masing2 digoreng berlainan
 
ketam goreng..yeay makan goreng2 je

 

semua sekali kena RM60++ seingat aku. termasuk air kelapa 1, air jus tembikai susu. nak pesan lagi 1 air tapi tak tiba2 pulak.




sebelum balik boleh singgah gerai2 tepi jalan
alamat; (seperti pada tisu basah)
MUARA IKAN BAKAR, 
TANJUNG HARAPAN, 
JALAN SULTAN HISHAMUDIN, 
KAWASAN 29, BANDAR SULEIMAN, 
PELABUHAN KLANG UTARA, 
42000 PORT KLANG SELANGOR 
No Tel: 03-3176 6929

Friday, May 27, 2011

Nutox Range

aku sedang dalam transformasi ke Nutox. secara sikit2 aku tukar ke brand penjagaan wajah keluaran Tohtonku ni. Nutox telah memenangi Beauty Hall of Fame 2009 dari Majalah Cleo.

kenapa Nutox? sebab aku fikir penggunaan Bird Nest Collagen dalam bahan2 penjagaan wajah Nutox ni amat baik untuk kulit aku. lagi? sebab aku dah 30++ sayang...perlulah menggunakan produk yang wrinkle away..dan yang terpenting sebab apa aku suka sangat? PARABEN free! itulah ..da inilah produk yang aku tunggu selama ini. sebab aku dapati banyak penggunaan paraben dalam kosmetik kini. baca ini untuk maklumat paraben

nutox welcome myself to their paraben free world..hihi
mula aku cuma beli wriknle away cleanser..kemudian aku beli astrigent (toner). kemudian aku beli spot away ..ini paling mahal dan penting untuk kulit yang ada black spot. kemudian aku beli lagi night cream repair & eye serum. oh...sangat best menggunakan mereka2 ni..eh mereka? aku selalu alami kulit kering dan menggelupas. setakat dalm tempoh 2-3 minggu aku guna ni paling best ialah eye serum & night cream. erm...best2...tunggulah 2 bulan apa pulak hasilnya..

hari ni aku beli moisture emulsion & advanced serum pulak. tapi dalam travel pack. jadi adalah termasuk wrinkle away cleanser...nak test dulu..apakan daya gajiku belum dapat lagi bulan ini...

bilamana ku lihat Fazura jadi jurucakap untuk Nutox semakinla aku suker....iyer Fazura memang paling padan untuk jadi model Nutox...lawa..bersih..dan very simple yet modern. suker....eh aku suka artis Melayu.??? eh bukan senang aku nak puji orang la...


Wednesday, May 25, 2011

New Tin Collection..from USA!

thanks to Janice, Ping's sister for gave me souvenir from U.S.A.got all this on 10th May 2011. fuyyooo....best2..thanks again
the important thing is the TIN ehehehe...

plus some toiletries and t-shirt San Francisco

keep it..or using little by little..hehe