In

Bangi Kopitiam, Taman Putra Sulaiman

esok semua dah nak berpuasa. jadi inilah hidangan tengahari hari ni..esok tengahari dah kena puasa. kepada yang period tu pun kalau nak makan sila cover2 jangan nak menunjukkan diri anda tak boleh berpuasa.

masa kat kampung, puas jugakla nak makan curi2..tak mahu adik tengok, anak2 buah laki tengok..abang2 tengok...sudahnya minum air je..puasa jugak..tapi bila time buka puasa tu, macam takde tempatla nak makan sama2..kata bendera merah..mak kata datang bulan...yang lain jawab.."OOOoooooOOooo"..budak2 cakap tak cukup puasa tak boleh raya...haha..kenangan berpuasa semasa di kampung memang menggamit perasaan..

ramadhan tahun ni, aku berpuasa berteman mak di rumah bujangku. kami gadis bujang ok...

walaupun batuk tapi air 3 layer selalu buat aku kalah..harus order..

dolly noodle....sedap seh

mihun untuk mak...mak kata banyak, tapi habis jugak mak makan..heheheh
selamat berpuasa semuaaa...

buka puasa ala kadar cukup. kalau pergi PaRam jangan rambang mata..nanti makanan tak habis rugi, dosa....ha...ingat tu...aku pulak memang tak berminat dah nak beli kat PaRam ni..teringat terkena makanan yang dah basi..terutamanya yang berinti kelapa atau bersantan....ikan pun dah lama boleh pulak diorang goreng2 balik. jadi aku tak heran dengan peniaga2 menipu ni bilamana makanan banyak terjual tapi tak kaya2 jugak sebabnya aku dah menyumpah lepas terkena makanan dah basi diorang ni..

lain orang, lain pengalaman. oh Ms Eri-chan mesti lebih jaga tutur kata..umpat-mengumpat sila tinggalkan...puasa nanti dapat tahan lapar dahaga je....dah rugi..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Hadiah Dari Kawan2 SeOffice

oh last friday sambut birthday kan. 9 orang sambut kali ni. ada 3 orang sebaya aku. tapi ahem, aku yang nampak paling muda. diakui oleh orang yng seusia aku. hahahah...sila jaga pemakanan dan rupa hendaklah ceria. hati tak boleh busuk. mesti muka sentiasa nampak muda..umur naik tiap2 tahun.

kek lobak best daripada Golden Oven dalam Ampang Point ni ha. tapi tak snap gambar, yang pasti aku makan banyak. hadiah apa aku dapat?

hadiahnya

apakah?





penggantung beg. yang pasti boleh ditukar bentuk lain kalau tak suka..
oh ya memang aku dah tukar pun..bukan kaler kuning tapi kaler hijau..hehehe..
tapi aku tak sempat snap lepas tukar..

dah dapat terlupa pula nak guna. bagus sangat.....pelupa!

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Kisah MC 2 Hari

ahad keluar dengan zcat lepas minum air tinge dah rasa lain macam...tapi bertahan.
isnin pergi kerja hidung dah signal..
selasa dah berhingus tapi keje maintain buat..sambil2 main psp...hahaha..malamnya pergi jumpa geng lepak2 sampai jam 11mlm...elok....
rabu datang keje tapi kepala dah berat, hingus dah tak boleh control terus pergi klinik Mediviron Ampang Point jumpa Dr Adam.

doktor tekan2 jari dia kat dahi, kat pipi..aku kata apasal?
rongga hidung sudah kena block.
u ada resdung tak?
i alah karpet...dan habuk..
so jauhkan diri dari bulu2....kucing ke, toys ke...apa2 yang berbulu..

i bagi u mc 2 hari. duduk rumah rehat ok...
yeay!..tapi dalam masa yang sama bawa balik invois nak lipat beratus2..sampai entry ni ditulis, usik pun belum...hahahahaha..

kena caj RM85
ubat memang mahal.
company aku keja ada je klinik sendiri. untuk staff macam aku, bill over RM40 kena bayar selebihnya,...
aku tak pergi sebab jauh,..paling dekat RHB Jalan Tun Razak..takpun MBF. mana larat nak drive..lagi pun aku suka doktor Adam ni..dia kelakar..jadi aku yang sakit ni pun terhibur..

kepala ting tong..tapi nak blogwalking jugak...kalau aku rajin aku balas, kalau aku baca je pun kira dah ok...buat entry pun kena edit sebab byk salah ejaan, fikiran aku bercelaru lah...esok kena keja dah? alamak..........

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Keghairahan Telah Melanda

psp..kemana2 sahaja aku bawa..

ke ofis, ke restoran jumpa kawan, ke bilik tidur jugak. ke jamban je tidak!

sambil buat invoice

masa ni dah nak lunch

aku khayal la si Ping asyik snap gambar

Luxor..hahahahah

aku harap adik aku baca entry ni kasi beliau jeles...hahahaha

kepada anak2 buahku..makcik memang suka kuning..tudung pun sekali kuning...sebab tu korang panggil cikneng..kekekekkeke

aku pulak dah explore beberapa benda dalam psp ni. boleh wifi, makanya aku baca blog melalui psp jek..kalau nak facebook ke hape ke boleh je..cuma nak menaip tu agak lambat..maklum macam first time type sms dulu2 la...jari tak pikap lagi...hatiku senang..skrin besar..baca komen korang pun best dari baca melalui android phone. kekekeke...oh i luv my psp..

Read More

Share Tweet Pin It +1

11 Comments

In

Hadiah Dari Reen

ah....bulan seronok2 mendapat hadiah..yay memang suka....

thanks reen for the present. you definitely making me happy..hahaha....

semua hadiah dapat pasti suka pun kan... sape tak suka dapat hadiah tu macam tak bersyukur je ek...

hadiah panas tadi masa lepak2 kat simpang empire perabot.

apakah maksudnya La SENZA itu? sensational kah?

diikat rapi

tengok tag jelah ek...akekekekke

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

Hadiah Dari Zcat San

ya encik zcat dah bagi hadiah...sejak awal july dia tanya nak hadiah apa..erm..dari pavilion kami masuk macam2 kedai tengok barang2 cantik. tapi hati takde kenan pun...ada pulak dia nak buat cabutan sampul surat macam ni;

sampul 1; microwave
sampul 2; $$$
sampul 3..dan sampai 5 ke 6...macam2 la dia nak suruh cabut. so kalau cabut yang best dapatla....hahahah..tapi nampaknya kuasa veto ditangan Eri-chan...kekekekeke

maka akhirnya zcat san bagi $$$...apa yang hajat dihati bolehla dibeli..tak cukup sila tambah dari poket tabung sendiri....

sebab kena ambik jugak share dari tabung, kenalah tunggu resit dari bengkel kereta. agak2 ada belen baru nak beli...tapi hati dah tekad kan..

jadi pada 24 July barulah membuat misi mencari hadiah...

dari lot 10, ke sg wang. 1 kedai ke 1 kedai bertanyakan harga dan warna....akhirnya...

bright yellow....ah yellow...nasib baik tak ambil purple ada muka hanna montana..bluwekkkk

come..come..my fingers cannot tahan lagi nak picit2

sarung saja RM20

balik rumah cepat2 nak on kan. kena caj 2 jam dulu

yeay koleksi kuning yang terbaru....zcat cakap aku macam teragak2 masa nak beli takde muka excited. sebenarnya aku dah tergamam. sebab puas aku cari kaler kuning takde. aku dah pasrah nak ambil ungu sebab aku suka jugak..last2 jumpa yang kaler kuning lepas tu stok last sekali...

background pun kuning..haha..oh yang atas tu adik zcat san punya..tapi version 1000. aku nye version 3000..jadi ringan sikit...yay pasni boleh main antaramuka...hahahah suka suka..... 

orang yang tak kenal aku mesti tertanya2 kenapa mintak hadiah macam ni..ada yang tanya kenapa tak mintak cincin..hahah..aku penggemar game okey..aku main game sudah berpuluh2 tahunla....

bukan aku tak boleh beli je masa dapat bonus, tapi kepala otak aku ni selalu fikir benda yang perlu dulu sebelum memenuhi kehendak diri. so ini ialah kehendak...dan kehendak telah tercapai...

buntang mata main game jelah pasni....drama tv pun tak tengok dah nanti...

Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In

Saba' Restaurant, Setiawangsa

dah try makan saba' kat cyberjaya 2x. kali ni try kat setiawangsa lak...tukar feel.. lagipun cyberjaya amat jauh.kat sini depan Putra-LRT setiawangsa je..senang nak cari pun..





bajet nak kuruskan bentuk muka yg dah membulat cam telor..

 

RM25. nasi dengan kambing - kabsya

tea RM6. ada macam2 rasa,...sedap lak

disebalik tea, ada gigi yg tgh menyengih

kuih arab..lupa lak nama RM10.60

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Mexican Canteena, Pavilion; My 34th Birthday Celebration

oh ni memang sudah 2 minggu berlalu..tapi baru je dapat gambar2nya dari Zcat. mahu je tidur..tapi keterujaan tu agak tinggi untuk entry. hihi..

ok citer bergambar. senang. takyah nak fikir nak type2 apa...haha..












saya terharu

dia buat muka tak tahu

ok jangan nak feeling2 lebih..
harga jangan tanya aku. kata zcat, hari tu aku boleh mintak apa saja...oh nasib tak tamak..makan2 pun dah kenyang...seronoknya bercuti pada hari Isnin, ketika orang lain sibuk bekerja.

lepas makan, kitorang sambung tengok Transformer 3 pulak...best..tempat duduk paling baik punya....

haha..kenalah entry blog dari tarikh 11 July dulu...

Read More

Share Tweet Pin It +1

9 Comments

In

Jeng..jeng..jeng....

bukan gonjeng, apatah lagi hanjeng..

okla bulan ni memang banyak aku spent duit. orang yang spent banyak kat aku pun ada....

aku memang bersyukur sebab rezekiku murah, harap tak jadi insan yang lupa daratan, lupa asal-usul, lupa hidup zaman susah..sebab semua tu...tanpanya aku tak jadi orang yang bersyukur..

buat emak, doa dari beliau paling mustajab...sentiasa doakan yang baik2 untuk anak daranya yang seorang ini..

untuk kawan2 yang mengeluarkan sejumlah wang belanja untuk memberikan aku hadiah, terima kasih tak terhingga.

update cerita hadiah yang paling baru dapat next entry la gamaknya....punyalah lama aku idamkan selama ini...kali ni baru dapat..

baby pun dah bercat baru dan siap berpolish bagai...mesti kena menjaga dengan penuh kasih sayang..sian dia hujan abis kena mandi kaw2...hihi...



Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Hadiah Dari Ann

hadiah ke-3 dari Ann. masa lepak2 dekat alexis, tiba2 Ann keluarkan sesuatu untuk aku..yay...apakah...

bekasnya comel je...
hihi menambah koleksi mekap aku. lipgloss & celak mata. lipgloss ni rasa buah plum dan celak mata tu punyalah best disapukan dibawah kelopak mata bawah..oh jatuh cinta dengan estee lauder kah?
kalau aku pergi ofis tak pakai mekap, orang akan tegur muka aku pucat. kalau aku pakai sepanjang hari orang ingat aku period...aku ni sebenarnya mekap ikut mood. datang hari nak melawa, sanggup lepas solat pakai mekap balik. datang hari malas..pagi2 nak pergi kerja tu sapu sunblock je.....kekekeke

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Hadiah Dari Mimy

oh tak update2 kan apa barang dapat dari kawan2. ok yang paling awal bagi memangla Ping, tapi aku dah pun tunjuk rasanya. hehe bulan 6 kan dah lama...sekarang nak masuk bulan 8 dah.eh cepatnya masa kan..

masa makan2 pot luck tu time2 Mimy nak balik dia hulur hadiah. Mimy memang sempoi. kekekek...hadiah pun takyah balut2 dah. jimat, bagus...

apa Mimy bagi?



beg ni kan tengah popular sekarang..aku tak tahu pasal brand. lantak. yang penting aku tak beli. kawan aku bagi..kaler ungu pulak tu. my fav color gak ni...beg ni boleh dibuka jadi lebih besar. yang gambar2 ni nampak macam kecik je kan..ha senang nak simpan. aku sekarang dah ada bekas penyimpanan beg2. beg aku banyak...tapi bukan beg mahal2 or branded pun. hahaha. cuma nak pastikan beg2 ni terjaga dan tak berhabuk.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Istana Bamboo, Tepi Jalan MRR2.

last thursday cik Puan Ann ajak kami2 ke Istana Bamboo. nak belanja katanya. rezeki murah kawanku ni. last month belanja kat tomyam gombak tu..tapi dah pesan awal2..kalau terlebih bil, sila top-up. no hal la my fren...yang penting makan berjemaah.gitu.

aku pada mulanya akan ke sana dengan Ann. yelah takde keta seminggu memang pancit. tiba2 zcat kata nak datang..aku pun ajak la dia sekali join. senang cerita akhirnya zcat yang bawak aku pergi sana. kami sampai jam 830mlm. masa tu ann dengan bujal je yang ada. okayla aku tak jadi orang last.

elok parking, reen & family sampai. mimy the last. alasan terkhayal tengok bola. katanya dah dapat astro free semua saluran. adik dia jadi staff astro. aku sampai sekarang takde astro walaupun diejek2...harap je tv leper. hahahaha...sorila aku ni memang berkira bab2 nak subscribe ni..

oklah mari jamu mata. dah lama takde entry bergambar...

yeah ke Istana Bamboo la kita menapak

ini menu book bukan bamboo ya

percaya tak?


ini meja santapan..kami tak duduk bersila untuk keselesaan kawan2 yang susah bersila






RM8

nasib pinggan mangkuk kelass

ayam goreng lemon

black pepper beef

brokoli with mushroom

tomyam seafood memang kaw.....pedas gile. ada crab lagi



main angklung lepas dah habis makan
secara keseluruhan, makanan yang kami pesan sedap2. tapi kata Ann tak puas makan sebab tak banyak choice. harga memang mahal semua sekali RM248.30.

aku pun minum air kosong je malam tu. harga air memang mahal. ok la sekali je pergi...dari tak pergi2 langsung kan. confirm bulan puasa penuh...

selepas restoran tutup kami pergi minum lagi. aku ke Old Town dengan zcat kejap sebelum lepak dengan diorang balik kat Pelita Ampang Point. sampai rumah jam 2 pagi..sangap....

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...