In

Dynamic View. You Choose!

yeah, somehow i get bored with blogspot template. i need some fresh, new looks-view.

trying thousand times changing new template.. and yeah i love yellow. and then today i read about blogspot new thinggy. dynamic views. lets play and keep changing the template whenever get bored like me. haha.

you can directly read from here, and for the lazy one, just scroll down my entry. i will put some view below.


7 views to choose. easy, just go to template and apply for dynamic views. but you will no view all sidebar thinggy like advert, blog you follow..etc..its just your entry, feeling syok sendiri? oh yeah somehow you feel that way right...am i right? hahah.

ok thats all.. yeah i become lazy now.


Read More

Share Tweet Pin It +1

11 Comments

In

Mak Senyum-Sengih-Gembira

selepas entry semalam ditulis, zcat menghubungi aku lepas dia membacanya. jom pergi jumpa mak. kasi hati tenang. ya..ya...dia sense tentang perasaan aku yang bergelora memikirkan pasal emak.

maka semalam aku naik LRT sebab nak pergi ambil kereta dan pergi lawat emak di KD. sebelum tu before lunch aku dah call emak dan emak berbunyi gembira-ceria. maka hilanglah sedikit gundah-gulana dihatiku. mak bersemangat bercerita dah siap memasak untuk lunch bagi anak2 lelakinya. ya alhamdulillah.

pengalaman naik LRT semalam agak kelam-kabut sikit. beria-ria aku ikut si Fahada naik bas sampai LRT ampang station. kemudian dia menunggu2 aku yang terhegeh2 berjalan dengan wedges. si Nadiah dah ke depan 20 meter.

kononnya nak guna kad TNG Julie yang aku pinjam sebab tak mahu bersesak beratur beli tiket, sekali...pada pintu masuk berkali2 aku touch TNG tu dia mention kad tidak sah. 2-3 kali aku buat..ini tidak boleh jadi...orang2 dibelakang semua nak cepat sebab tren sedang menunggu. makanya aku babai je fahada...dan dia pun babai aku balik. aku pun kenalah beratur beli tiket. mesin tiket berbalut plastik semalam. tapi tak ramai orang.

hmm..aku pun kenalah tunggu LRT lagi..mujur tak lama. dan orang pun tak sesak...jadi dapat duduk dengan selesa...jadi sepanjang perjalanan aku pun main PSP..ada jugak hiburan.

sampai Chow Son Lin kenalah tukar tren ke Seri Petaling. dan sampai sana zcat datang ambil. mahu berpeluh2 jugak aku menunggu dia..haa tulah dah biasa balik rumah dalam keadaan comfort kan...sejuk je air-cond kereta, sekarang....boleh berkumuh dengan banyak.

jam pun dah 7.50malam masa tu. maka aku pun solat maghrib & isyak di rumah zcat. heppss ada parents dirumah juga adiknya ya, lepas borak2 dengan mak dia...aku pun dijamu makan...ya kali ke-3 makan nasi hari semalam. selamat berjaya!!

jam 9 malam pergilah jumpa mak aku pulak. pot-pet semua....abang2 dan adik aku pun pot-pet sama. dari cerita mak jatuh sakit sampaila cerita aku sound Syiah yang asyik berborak je dalam surau perempuan Ampang Point. kuat pulak tu. sound English tak faham..dah tu aku buat isyarat tangan je. dah aku keluar..diorang sambung borak kuat2 lagi. hampeh betul..aku memang geram dengan puak sembahyang pakai batu karbala untuk sujud ni. korang kalau nampak diorang ni sembahyang sujud atas batu kecil jangan blur2 pulak ye. itu orang syiah dan kebanyakan syiah dari Iran. dan mereka ini sesat..

jam 10 malam gitu aku gerak balik..sempat minum2 air kat Nalli. mahal seh... lepas tu balik rumah...mandi2..dan tidur taktahu jam berapa. bising macam biasa. jam 3.30pagi aku bangun ke toilet pun still ada lagu2 lagi....arghhhhhhhhhhh...sudahnya pagi ni sampai Pink call aku..ya terlewat keluar rumah 2-3 minit.

pagi ni mak aku dan abang2 pegi penang. mak nak duduk sana pulak..

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Hari-Hari Yang Luarbiasa

10 hari luarbiasa telah bermula semalam.

semalam juga aku balik naik bas balik kerja. pagi pergi kerja tumpang kereta Ping. kenapa tumpang? sebab tokong besar di kawasan tempat aku tinggal ada perayaan.

semalam mereka sembahyang secara besar-besaran. jalan masuk ke rumah ditutup.

esok lagi sekali mereka sembahyang. jadi esok kena balik naik bas juga.

oh ye kereta takde. kereta parking dirumah zcat. aku tak mahu pening kepal fikirkan keselamatan kereta aku. lebih baik mintak tolong dia jaga. at least aku tak risau kereta kena calar ke apa.

nak tidur malam2 pun tak senang. mereka berborak. karaoke, opera...makan....masak...segala macam aktiviti aku boleh dengar. aku pun tak sedar bila aku dah tidur. sedar2 dah jam 5:30 pagi. subuh liat2 nak bangun hakikatnya subuh 5:47 pagi tadi aku bangun jam 6:08 pagi.

solat siap, kena iron baju. sebelum kena iron, pilih baju sambil panaskan iron. iron aku cordless. panaskan 5-10 minit baru sedap iron. cari baju nak pakai pun berjam2..sekali tengok jam dah nak 6:45. lepas  iron mandi...lepas tu tak boleh tidur2 dah...kena keluar rumah tumpang kereta Ping jam 7:30 pagi. sebab, ayah dia hantar mak dia masuk kerja jam 8:00 pagi. senang keluar sekali semua. dah namanya menumpang kenalah bersedia. aku pun bukan suka membuat orang tertunggu. tunggu orang lama2 sangat pun aku naik angin nanti.

hari2 kerja minggu ni macam inilah.

hatiku tak tenang sekarang. bukan sebab kena naik bas atau tumpang kereta orang. tapi mengenangkan mak aku sakit dan aku takde kereta nak pergi tengok. weekend aku patut pergi tengok. mungkin dengan menelefon boleh aku dengar mak panggil aku....ye yang..babai sayang...jumpa lagi...

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Maxis New Advertising On TV..I Just Love It!

aku hampir tak pernah bagi komen tentang iklan di TV. selain ketidakpandaian aku nak embed youtube pada entry aku..ya memang menghalang aku banyak dari mengomen. padahal azam aku tahun ni pada blog nak buat entry komen pasal iklan2 di TV.

kenapa tiba2?

sebab aku rasa tersentuh hati dengan iklan baru2 ni. dimulakan sepasang pasangan yang tua berpegangan tangan dan si temannya menebarkan sapu tangan untuk teman perempuannya duduk. ya aku pasti mereka suami isteri. kasih mereka diflashback. sehingga semasa zaman sekolah rendah. wow semua orang mahu kekalkan dengan pasangannya sehingga akhir usia. dan romantis tu berterusan walaupun kulit tangan dah berkedut.

aku percaya - apa yang mahu hendak disampaikan. stay connected till end or stay with maxis until you get old..errr

ya, yang pasti.. lagu background buat aku suka. lagu apa ya? tengah mencari ni...erm?

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Soalan2 Musim Raya Kali Ni

1. dah kawen?
- aku jawab belum, dan-dan nak carikan pasangan untuk aku..dan-dan citer pasal adik akak ada seorang masih bujang,berjaya.....aku sengih ajela

2. belum ada lagi?
- aku diam sengih...terus dikatanya ni mesti memilih ni. muka dah cantik..mesti ada yang kena reject2 ni kan..aku sengih lagi

3. teman kau mana?
- aku jawab, macam biasala lone ranger..hahahaha...kau ni orang lain semua datang berpasangan...takpe aku dah biasa raya sorang2 ok

4. bila nak kawen ni?
- aku sengih lagi.....cepat2 cucu akak dah nak masuk 5 orang..dia belum kawen2 lagi...

tapi aku tak kecil hati. sebab aku percaya pada qadak dan qadar. dan bukan aku tak mencari. aku puas menemui orang yang salah. dan aku puas akhirnya menemui orang yang hampir sama pemikiran dengan aku..yang buat aku rasa tenang dan senang. tak perlu aku kerut2 dahi bila aku ajak pergi solat semasa dalam kompleks, dikatanya dia periodla, seluar kotorla, saya qadak kat rumahla....macam2 alasan..sambil buat2 muka tak malu dengan tuhan tapi malu dengan aku.

pun begitu aku bukan orang yang sempurna solatnya, tapi aku akan sentiasa mempertingkatkan kefahaman maksud2 bacaan dalam solat agar diri aku sentiasa takut kepadaNya.

perkara pertama yang aku lihat pada seseorang ialah amalan agamanya.

asal usul perempuan dari tulang rusuk lelaki, maka lelaki yang aku ingini ialah yang menjadikan aku bangga bersamanya. bukan sikap riak dan berlagak, tapi kerana dia memiliki karisma dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang lelaki. pada Allah, pada agama, pada kedua ibu bapanya, pada ahli keluarganya. jika dia pemimpin, biarlah dia seorang yang adil kerana kelak dia akan mengadili keluarganya sendiri dengan saksama.

eh boleh tahan jugak aku menulis - sebab kadang2 orang masih tak faham kenapa aku begitu memilih..

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Pose Keluarga Lagi!

sabtu lepas..aku hanya balik ke rumah lepas pergi jamuan raya oleh sepupu zcat di Seri Petaling. makan2 yang sedap seperti makaroni baked cheese. memang sangat yummeh. banyak makanan lain tapi sesungguhnya aku tak larat nak makan dah. tapi bila dengar ada bbq ayam & kambing aku pun tunggu...tapi aku dah mengantuk2 pulakkkkk..akhirnya aku minta izin nak balik. zcat balik dengan adik, mama & uncle dia la sebab semua orang pun berkumpul kat situ. siap2 nak balik mama zcat tapaukan untuk aku bbq ayam & kambing serta serawa. 

sampai rumah..rumah kakak aku dah penuh ok. kakak aku sekeluarga dari penang dah sampai da tidur dengan nyenyak...maka aku pun tidurla depan TV jek....walaupun masa tu aku nak tidur dah..(aku kan tak boleh langsung ada cahaya2 ni) anak buah aku masih layan cerita korea kat TV dan 2 orang lagi tengah main game...tapi penat punya pasal tidur jelah..........

esok pagi tu kitorang semua pun bergambarla adik-beradik untuk album family gitu. akhirnya aku berjumpa hampir semua adik beradik aku masa musim raya kali ni kecuali 4 orang.

Keluarga Kak Ted. - Abg Nan, Kak Ted, Ema, Suria & Awie. kakak aku tu kurus kering ok..

sepupu2 bergambar bersama


the greenish..except mak yang berwarna brown

ammar ni 10 tahun, dina 7 tahun. macam kembar pulak

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

6 Hands Together Gala Concert At Dewan Filharmonik PETRONAS

Aku dan zcat pergi atas jemputan seorang kawan dia yang merupakan seorang ahli perniagaan. Konsert adalah selama 2 hari, kami pergi pada hari pertama 17 September 2011.

yah sudah lama tak masuk DFP. kali pertama dulu semasa aku masih berkerja sebagai volunteer di Petrosains, dan ketika itu juga masih belajar di UKM. tahun itu, 2002 aku ke DFP juga atas jemputan seorang kawan yang bekerja dengan DFP. Jadi tiket cuma RM15. namun first time pergi pun dah jatuh cinta dengan Malaysia Philharmonic Orchestra. yay aku memang suka muzik2 begini. 

nak cerita pasal harga tiket memang ada mahal ada yang mampu. kalau murah duduk bawahla dan dekat je dengan pentas. tempat duduk mahal di ruang tengah ruang bawah dan di dalam box. ok malam tu pergi takde mask..kalau tak boleh main cak2..haha..

sampai je sana kami makan2 dulu. Gala dinner katanya. katering Delicious. memangla sedap ya amat. makan berkali2..dan tak peduli...oh itu zcat dia dah jadi hantu udang malam tu..aku pulak sangat suka dengan spaghetti & mini pavlova. ok kasi tengok gambarla baru cerita..kan...kan...

dimulakan dengan gambar2 bila kami sampai di depan Selvatore Ferragamo. nak collect tiket..sebelum dapat bergambar dulula...

dengan feena

zcat & shahrin

formal habis..nasib ada baju batik!

gorgeous husband & wife
dapat tiket..sila lihat nama pemain paling cilik..Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal...umur 13 tahun. bangga tau anak Melayu
google pics. muzik yang dibawakan Irfan best. he is talented, gifted.

flyer

yeah here we come!
jadi tetamu terawal cedok!


kesukaan zcat

oh yeah sila control suara di sini. di sini semua orang bisnes...i orang yang gila2..hehehe



pada waktu Maghrib, kitorang pergi bersolat. tempat solat pheww lawa...

surau perempuan. aku solat belakang tiang jek

espresso..

sessi tayang kasut dibeli khas..walaupun tinggi tapi pijak karpet tebal..memangla selesa...tapi jalan biasa selesa jugak..


macam biasa aku suka isi borang kajiselidik

special kan tempat letak gelas di kerusi

rehat kejap tunggu masuk masa interval ni..ada 20 minit je sebelum 2 persembahan lagi

Gendang Suite. kami sempat sign buku pelawat. oh yeah! dikatakan box kami malam itu paling mahal..oh yeah semua nampak. Tun Mahathir pun kitorang nampak.



konsert habis dalam jam 11 malam. puas hati wor....tiket RM150 memang aku tak mampu beli. Thanks to kawan sekolah zcat. nama beliau dan isteri terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Blogger

Jamuan Birthday & Aidilfitri di Rumah Pepel

aku selama ni dok mengomen blog pepel ni. dia seorang yang lawak bila menulis entry blog. dari amani dikandungkan sampai dah setahunla si amani tu sambut birthday 17th September lepas, aku masih follow blog dia. tag word dia paling lucu ialah...HOKE..aku pasti gelak kalau ada perkataan tu dalam entry  dia..hahahha..

oklah aku agak kelam kabut pergi dan balik. rupanya rumah dia dekat je dengan rumah mak angkat kat Lestari Perdana 8. oh rumahnya di PUJ.

ok mari layan gambar lepas makan2. aku paling suka nasi dengan sambal buatan maktok amani dan kuih karipap ikan tu...apa tah nama dia,..aku selalu makan kat Terengganu dulu. kuih cincin sabah tu sedap tapi dah lemau la pepel woiii.. takpe aku geget jugak...

aku macam biasa datang sendirian..harap tahun depan tidak...uiks..

aku taktau kenapa muka mimy jadi macam tu...oh si ibu dibelakang sudah lupa nama dia.. mintak maafla pada rakan blogger lain, i pemalu hari tu....sampai Ina pun pelik...hihi

ok tambah muka awien pulak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Raya Di Kg Jiboi, Negeri Sembilan

lepas ziarah fairuz, aku dan family pergi N9. nak raya rumah anak kenalan mak bapak aku. disebabkan kitorang tak raya Koyan tahun ni, maka ziarah raya kali ni jauh2 jugakla dari rumah...takpe asalkan tak putus silaturrahim.

kami ke rumah Chek Ah. apa nama sebenar dia aku pun tak tahu. dulu last aku pergi rumah dia kat Taman Melawati masa adik dia kawin. lepas tu rumah tu dah disewakan orang. kat rumah itulah mak dia meninggal. arwah bapak dan ayah dia pakcik Jais tu kawan Navy.

pasembor

bubur kacang

laksa

aik paasembor lagi tapi aku tak makan sebab perut sakit..pedas

air sirap oren

mak dengan kak watie

dengan kak sabariah

ada fountain air depan rumah

gazebo pun ada

chek ah 4 dari kiri


aku dah ajak balik mak masih nak borak..kakak aku pun sama kata nak singgah setengah jam dah jadi sejam...hahahah

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Raya Di Taman Tropika, Kajang

hari Jumaat kan cuti Hari Malaysia. pagi2 layan perbarisan kat TV je..rasa2 nak muntah upload pics..hehe

nak pergi Rumah Mimy...dah janji dengan family kat Kajang. Lagi pulak jalan ke arah Gombak punyalah jem. tapi aku...lancar je laluan ke Kajang. 30 minit dengan 100km/j.

kek lobak Golden Oven RM13.50. ni je aku mampu bawak

yummeh

adik aku tiba dengar motor umur sehari. CBR dah kena jual..isteri da sarat sangat tak dapat ikut. dia pun baru balik dari luncheon dengan Deloitte Kassim Chan di Starhill

terus ajak pergi rumah Fairuz

paksa adik aku makan lunch keluarga Fairuz sebab dia kata dia muntah makan ikan salmon..oh luncheon di Japanese restaurant..kesian adik aku ni..perut Melayu ke perut Jawa?

laki bini pensyarah dengan anak hyperactive. Fairuz, Kasyfi & Kamal

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Update!-Restoran Ayam Penyet Best Desa Pandan

ada orang lapar...datang dari jauh. sementelahan puasa makan kurma je..kesian dia.

hari khamis jem amat di waktu malam...walaupun dah lepas Isyak. pulak2 ada yang bawa macam hantu. sudahnya langgar kereta orang yang bawa slow sebab jammed di flyover depan Ampang Point. plan nak makan di Pak Li Danau Kota, atau Coffee Box Selayang terus cancel. kitorang pun masuk kiri lepas Petronas dan cari alternatif lain.

banyak jugak gerai2 tepi jalan..nampak nasi lemak bungkus macam terliur. hujan rintik2 lagiii..tapi akhirnya kami pilih nak makan dalam restoran. siap tanya ambil order lagi tak sebab dah nak jam 10 malam. ok aku takde alamat sebab mana tah resitnya...puas dah cari..hilang pulakkk...yang pasti senang je nak pergi..

teh ais ni memang best...buihnya kekal sampai ke sudah. RM2.50

orang buka puasa minum teh o je RM1.50

terung penyet RM3.00

ayam penyet RM7.50. ayam dia sedapnya...lazat..

nasi ni ngam2 perut aku tak habis bagi pinggan orang sebelah..kalau dia ambil 2 pinggan untuk dia saja dah membazir pulak RM1.20

lele penyet aku RM6.50..sambal dia pedas ya amattt

limau asamboi ni ssedap weii

check in fousquare tak habis2...

nak jadi mayor tokong lepas ni..haha
restoran ini pemiliknya Indonesian. tapi restorannya bersih dan makanannya lazat jadi aku rekomen pada kawan2 yang suka try test makanan macam kitorang..

aku update sebab dah jumpa resit..heheheh..mari terjah

No 16G Jalan 1/76C
Desa Pandan
55100 KL
ayampenyetbest@gmail.com - kelas kau..tapi takde pulak no telefon

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...