In

Bila Balik Kaca Tingkap Hilang

semalam lepas balik kerja macam biasa lepas angkat sandal letak atas rak kasut aku mesti pergi cuci tangan di sinki dapur. kemudian terkejut tengok sekeping kaca tingkap hilang. betul2 di bahagian mangga pintu dapur. aku musykil pagi tadi masa aku tengok takdela unsur2 retak menanti belah. kemudian aku tengok habis jatuh berus pinggan dan kain alas batu tumbuk dan pemegang periuk aku jatuh. erkk..

aku cari jugalah kot2 ada serpihan kaca...sekali aku belek pemegang kaca tu dah lurus ~ mean ada orang kopek dan keluarkan kaca tingkap. semua tingkap rumah memang ada besi penghadang. jadi aku rasa ada orang cuba pecah masuk rumah dan nak buka mangga pintu belakang. tapi niatnya mati. kenapa?

aku call zcat, dia tak angkat. aku call pengurus rumah dia tak angkat. aku call Ping, line maxis dia mati-hidup-mati. aku pun terduduk memikirkan apa nak buat.

in the end Ping call suruh tanya mak dia kot2 ada kaca tingkap lebih boleh pinjam-beli-bayar-kemudian. hahahaha.. okey. kemudian pengurus rumah call balik..kemudian aku kena call balik sebab dah putus masa aku masih berborak dengan Ping.

aku pun cerita....dia pun datang selepas jam 8:42pm. dia pun tolong gantikan kaca tingkap yang hilang. kemudian tanya2 samada aku ada menyimpan emas permata. ah..paling tinggi tabung syiling akula.. korek2 mahu RM50-60 je kot. dia kata pasangla mangga lagi satu. mangga yang aku gunakan sekarang memang mangga yang mahal mahu nak dekat RM100 harganya.... aku rasa itu pasal orang jahat itu mati niatnya sebab dia takde alatan canggih...namun aku risau jugakla..

well beberapa bulan lepas seorang jiran yang ada bisnes homeopathy kena rompak. sama jugak kena kopek pintu belakang. habis barang kemas dan wang ringgit cecah RM20k. makkkkkkk aii..... sampai polis datang semua bagai. dan dia suspect orang dalam kawasan ini jugak...

berkenaan dengan jiran dalam kawasan ni memang ada seorang yang agak merisaukan. kadang2 dia tengok aku semacam je bila aku parking kereta. pernahla puntung rokok dia bertepek kat tepi tingkap kereta aku. muka pun dah macam gangster.

anyway memagarkan kawasan rumah dengan ayat Qursi itulah yang zcat ingatkan semalam. rupanya BB dia buat hal...itu pasal tak dapat call dan sms tak berbalas.

now aku ni tak keruan. sebab pagi tadi baru perasan rupanya pintu grill belakang dah terbuka. mungkin dah lama aku je yang tak perasan, sebab aku ingatkan pintu grill jiran sebelah.

aku tunggu zcat datangla tolong pasang lagi satu selak kat pintu dapur.

walaupun rumah aku takde barang berharga, tapi aku risau sangat kalau laptop aku tiada....boleh sakit jantung tau. sebab macam2 benda ada...huhu.. sedey..sedey..

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Kopi 'O' Klasik At KWC

selepas merayau2 sikit kat KWC, kami pergi singgah minum air jap.






3 layer tea tak dapat lawan Coffee Box la..

rumah kat Koyan dulu2 ada benda2 ni. zaman lampu pakai generator. zaman jam 6 petang sampai 12 malam ada api.

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Zapata At Pavilion

ah nak makan chips sebelum movie time? mari try Zapata. sangat sedap. tereletak di area food court Pavilion. bermacam jenis chips ada untuk dikudap2.

terlebih cahaya. masa ni baru belajar nak guna kamera Samsung milik autie zcat - diberi kepada zcat - diberi pinjam kepada aku. now dah ada kamera compact...seronok.

ok inilah rupa sebenar. harga? dah tak ingat. tapi memang sedap. macam makan nachos la..





Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Bihun Kicap At Coffee Box

aku suka benar makan bihun kicap ni sejak menumpang rasa kat pinggan Ann. kalai pergi Coffee Box mesti nak order sebab dah ketagih. hihi..
tempting kan...

lemon ice kegemaran zcat

3 layer tea. sedap bangat. RM5.00


makanan wajib order. tapi kalau datang lepas jam 10 belum tentu adala...selalu dah habis je time tu..
tapi baru2 ni aku pergi, bihun kicap dah takde. buku menu dah barula...ada makanan baru...aku macam biasa order jugak makanan kat atas tu. hihi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Menghidu Udara Segar

satu hari tu naik ke Bukit Antarabangsa. makan2 di Restoran Haji Shahrin Low. lepas makan jalan2 sikit nak feeling hidu udara bersih. hakikatnya last week (sabtu 16 Jun 2012) kan jerebu sangat teruk.

cuaca yang macam mendung2 ni mendamaikan hati. walau hakikat tak elok ko bernafas jerebu..boleh dapat selsema...

akhirnya berjaya jugak belajar buat watermark ni. apala lembab nooo aku belajar. bukan susah pun... aku guna Batch Photo Watermarker 3.



 

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

My Best Running Photo

credit to Hooha Asia Sdn Bhd. 
hihi puas belek 1-1 gambar kat photos...kat video takder....huhu..


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Maxi Hitam

maxi hitam ni aku tak akan pakai dia sahaja tanpa apa2 tambahan baju lain di atasnya. sebab ia jatuh terletak cantik dan segala figura body shape aku akan kelihatan. oh tak sanggup. jadi aku pakai dengan baju kurung yang kainnya agak jarang. selalu aku pakai dengan inner dan kain batik cantik. tapi kain batik  cantik sudah tidak muat dipakai. aku dah mengembang ...

gila sedey muka aku nak pergi ofis. kenapa ek? sebab hip aku dah membesar..kain2 tak muat nak dizipkan...??wawawawa...
yang pasti kain maxi ni sedap. nak kata macam inner..lebih kepada kain2 yang biasa orang buat seluar2 besar tu..apa? tiba2 aku blank pulak. padahal aku ada je seluar tu..

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Vivo 1 Utama

lepas lari2 dalam hujan dan basah lencun, laparla pulak. mari menuju ke 1 Utama untuk dapatkan teh panas sedap dari Melaka Corner dulu. lepastu baru cari makanan sedap.
teh panas RM3 se. tapi tetap sedaaaaaaaaaaaaaaaaap

terpusing2 di dalam kedai2 yang sangat banyak...akhirnya kami ke Vivo.




ini sangat yummy!

ini sangat spicy. zcat suka betul
lepas makan aku dah macam malas2..ngantuk..hehe..

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Restoran Al-Rawsha

selalu sangat lalu tepi Kg. Pandan tengok restoran ini. setiap kali lalu mesti sebut nak datang..nak makan. akhirnya tercapai juga.

roti

aku tak boleh makan makanan ni...

last2 aku mengadap teh. nak makan nasi dah tengah malam.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Team Malaysia Fan Run 2012

last Sunday pergi main lari-jalan-lari..jalan banyak di Dataran Merdeka. cuaca yang berjerebu tak menghalang hampir 7000 peserta.

jam 8 pagi baru start running. sebelum tu diperkenalkan atili2 negara yang akan menyertai Road To Olympic di London. kemudian 7km runners berlepas. masa menunggu tu nampakla pakcik veteran yang pernah berlari 42km tersenyum pada zcat. dan aksi2 peminat pakcik yang tua tapi hebat pun bermula dengan panahan flash2 kamera yang bermacam jenama. okay aku bosan tiba2 tengok 1 budak perempuan spoil di pampered lebih2 oleh ibu bapanya.

bila tembakan dilepaskan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, kami semua berlari sambil2 aku cuba buat muka Mr. Photogenic Guy during marathon. haha. lepas tak nampak diorang, dah aku jalan je..penat.

tengah2 jalan, guruh berdentum..diikuti hujan renyai2 dan tiba2 terus lebat selebatnya. aku pun jalan jelah sebab nak tiba juga di garisan penamat. zcat sampai lambat sikit, kaki dia sakit.

aku berteduh di Bangunan Mahkamah bersama runners lain. kami semua kebasahan. Kuyup!

setelah hujan reda, kami pun pergi collect goodie bag. dan aku dapat 2 goodie bag. yay!
baju dibungkus cantik last week ambik di Wisma OCM


beg ni sangat besar...




hehehe aku muka sememeh. baju basah lencun. gatal2 wei..spek aku dah berkabus teruk..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Energizer Night Race At Sepang 2012

larian ni sudah lama berlalu. tapi baru dapat gambar2. nak cerita tak bergambar tak best pulak...rasa hambar je....hehehe

pekena 2 biji telur setengah masak kat kedai Ali Maju tepi highway nak masuk Sepang circuit.

hehehe..i am ready for 5km run




with Tina, kawan zcat

and Yana
sukanya dapat sijil. malam tu lari sangat best. nyaman je..
 
trademark lepas habis lari
tnanks to zcat for supporting me..and also sponsored me, hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Online Shopping

Wizzit

ha beli lagi barang online.. Khamis lepas baru dapat je..rasanya dah lama order sampai dah tak ingat..haha..lepastu bila cek di MilkADeal, baru teringat..eh aku beli bila haa...?

parcel agak besar. sekali....

RM39 via online. belum cuba lagi. bateri 2 biji AAA tak disertakan.

barang percuma ada macam2 bendalah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Bumbu Desa @ The Curve

last week kitorang jalan2 cari makanan Indonesia. zcat pun ajak masuk Bumbu Desa. sebelum ni aku ada baca blog Neena & Ann pasal diorang pergi makan di restoran ini. eh tapi diorang makan dekat KLCC rasanya...jap2 nak ingat...

dengan cuaca panas terik kitorang sendiri tarik pintu nak masuk bila dah tengok makanan di luar pintu. ada je seat di luar, tapi kitorang mahukan air-cond.

dah duduk2 tengok menu tak tahu nak pilih apa pulak. ingat nak makan ayam pop..takde pulak. last2 pergila ke meja lauk pauk hidangan untuk hari itu. sudahnya...
tempe bacem, paru goreng, terung berlado & ikan patin

air soda gembira sayaaaa

nasi putih..harum letak atas daun pisang..dan lembik2 sikit

licin

serius gila zcat ambil gambar makanan...
anyway tempe bacem tu sedap sangat..lembab2 je bila rasanya..huhu..ikan patin tu jangan cakapla...memang sedapppppp.....semua sedapla..

promosi ketika pergi tu belanja RM50 dan dapat kad ahli percuma. jadi kitorang makan kena RM51.30 jadi dapatla jadi ahli. next visit dapatla 10% diskaun dan pada bulan harijadi dapat 20% diskaun. berbaloila...kan...

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain