Tuesday, November 27, 2012

12 Hari Sudah....

12 Hari Sudah....
pejam celik pejam celik sudah 12 hari ada teman tidur kat sebelah. hahahaha..begitu banyak cerita nak dicoretkan, tapi begitu berat mata melihat betapa berseleraknya ruang tamu rumah dengan barang2. banyak juga benda2 nak di adjust setelah tinggal berdua.

ringkasnya kami bernikah 1 Muharram 1434H atau 15 November 2012M di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi di Putrajaya, diikuti resepsi keluarga pihak lelaki pada 4 Muharram atau 18 November di Menara LPP, Kuala Lumpur. kemudian berbulan madu di Pulau Tioman, Pahang selama 3 hari 2 malam. 

cerita penuh....kalau sanggup tunggu, nantikanlah ye. i cover semua cerita dari mula mencari barang kahwin sampai majlis selesai... mahu pengsan nanti....but i will try to show the best pictures. our official photog is Sweetpictures.. and we hire the senior; Luqman Hakim. kalau ada sesiapa pernah guna khidmat diorang ni, maybe boleh tahu kehandalan diorang ni. kami berdua sememangnya menyukai gambar2 nikah yang ditayangkan semasa hari resepsi.

to all my family, my besties, my friends and readers, thanks for your helps, gifts & prays. love you all.

Thursday, November 15, 2012

1 Muharram 1434 Hijrah

Today at 10am, InsyaAllah akan dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Rosmadi Bin Saad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. I will marry to Adzman Shah @zcat san.

this is private moments for both of us, so only family & close friends are invited. hopefully everything happen smoothly. 

zcat said its a big step he takes in his life. me? this is the man that i should married without doubt! and we want to complete our other half of imaan.

Ya Allah, berkati dan rahmatilah hidup kami. Amin.
solemnization gift

Sunday, November 11, 2012

Selepas Sakit

pagi ahad. aku dah mula makan 3 keping roti dengan jem dan minum ar milo. ubat arang tidak dilupa telan sebelum makan.

kawan aku azrena datang rumah membawa Big Breakfast McD. percaya atau tidak, dia tinggalkan sekotak ini untuk aku makan seorang. maka dari tengahari & petang aku mengadap makanan ni.

breakfast
aku dah berselera makan sebab dah hampir seminggu makan dengan perasaan takut2.

Thursday, November 8, 2012

Drug Consuming This Week 1-8 Nov 2012

Monday perut sebu. dapat mc. hari tulah demam-muntah2.

tuesday harapnya sihat pergi kerjala. tapi mood makan takde dan takut2 nak makan pun ada. kot2 muntah balik.

Wednesday perut bergelora...ingat sebab lapar, jadi makan sushi sayur2dengan crab tanpa nasi eh kira sushi ke tu? malam perut lapar ke bergelora ke apa asyik bunyi riang2 makan nasi goreng tomyam. that it. the ULTIMATE! terus kena chibi marukochan....

thursday, lemah betul kan jadi mc la lagi.. doc Adam kata aku kena food poisoning & gastric. ha jangan tertidur dalam jamban sudah! siap siaga je aku ni.

hanya boleh makan roti. nak masak bubur nasi pun tak kuasa dah. biskut oat tu sebab nak tin dia cantik. dah lama tak beli koleksi tin, haha

kalau perasan ada 3 klinik kan....meh nak citer
1st Nov ke klinik Medizen ambil ubat mata. mata aku bengkak macam ada ketumbit. dan sebulan lebih pun jadi dapat atibiotik, ubat titis dan ubat bengkak. terbang RM70.

5th Nov ke klinik Lourdes ambil mc dapat ubat sakit perut, demam, angin, antibiotik & tahan sakit. terbang RM40 tapi company cover.

8th Nov ke klinik Mediviron ambil mc dapat ubat gastrik, serap kuman, air oren untuk chibi marukochan dan ubat angin. terbang RM70.

ko kira berapa banyak tudung Amra aku boleh beli? ceh ke situ pulak ingat ye. hehehe.

Tuesday, November 6, 2012

Sakit

Sakit
semalam mc. pagi2 je perut dah rasa sebu. tapi masih gagah ke office, ke site office. jumpa doktor, ambil ubat dan balik. ubat dapat sampai 5 jenis. demam, angin, sakit perut, antibiotik & tahan sakit. ke Giant beli 100 plus dan roti. 100 plus sampai sekarang belum minum2 lagi

sampai rumah terus tukar baju dan tidur. menggigil2. demam panas berpeluh2. berkubang dalam selimut sampai demam kebah. tambah hujan lagila nak tidur je.

dah malam rasa ok sikit nak tengok TV. zcat datang ajak pergi makan bubur. makan di PapaRich. lepas makan, muntah semuanya. elok2 je lepas telan ubat. jadi entahla kalau ubat termuntah sekali.

hari ni pergi kerja tapi dah tak mampu ke site office. bersiaran dari HQ sudah. rasa macam berada di awangan. mabuk kepayang. sudahnya mangga yang aku bedal.

sakit; samada ujian atau peringatan dari Allah.