In

Nawal & Vito Wedding Reception

cerita pergi bertandang ke majlis perkahwinan Nawal & Valentino Chavez ni dah lama..7 October 2012. aku masa tu agak sibuk dengan persiapan perkahwinan sendiri, jadi lepas majlis...gambar2 semua simpan dalam memori kad.. sampai dah terlupa nama suami Nawal yang agak jarang dijumpai, aku siap google cari blog nawal. namun hampa..takde. last2 aku jumpa cerita nawal bagaimana she met her husband. dedicated to her future children. walaweh!

hampir keseluruhan perkara dalam perkahwinan Nawal ni dibuat sendiri oleh beliau! kagum ko. aku memang tak mampula. dan dek kerana banyak buat sendiri, maka perbelanjaan sangat menjimatkan. kira ko simpan duit tahun ni, tahun depan boleh kahwin dah..itupun kalau ko simpan RM500 sebulan. tapi kalau ko keras tangan janganla buat perkahwinan kraftangan ko yang tak berapa tu, nanti dari nak jimat jadi tidak pula...

ok sebab cerita dah lama...aku letak gambar sudah. janji ada ingatan dihujung2 hari tua bila tengok balik label wedding.

majlis ini diadakan di Masjid Kg. Tunku, KL. 




















Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Mencari Dewan Resepsi - Dewan Tan Sri Abu Zahar Ujang

kembara mencari dewan ni berjalan agak lama. dari lepas raya puasa sampaila awal bulan 10. mula2 pergi area Putrajaya. katanya nak nikah di sana..penuh!.. kalau nak sepatutnya tempah 6bulan-setahun lebih awal. aiseh. planning kawin kami pun begitu cepat mana tahan tunggu setahun. hehehe. 

kemudian ke area KL. rasa mahal2.... aku dengar pun pitam. 

di tengah2 sibuk mencari dewan, seorang pakcik yang aku kenal ni offer sewa dewan di bangunan dibawah penyeliaan dia. harga RM5500. erk... tapi termasuk semua...... kecuali pelamin dan katering la. 

cari lagi dewan2 lain. semua penuh juga. in the middle of that, company Zcat nak bagi sekian2 wang untuk majlis kawin. terus call pakcik tu nak sewa bayar deposit. ah..tak sampai seminggu settle.

mama Zcat agreed with this place. yang penting ada air-cond katanya. dewan pun masih baru dan kami pasangan ke-5 yang akan menngunakan dewan tu. katering walau kena ambil dengan pilihan pihak dewan, kami tak kisah sebab sedap. sempatla mama zcat tapau untuk food testing. aku tak pergi masa food testing sebab time office hour. okayla 1 kepala caj RM15. jemputan kami 1000-1200 orang. untuk perbelanjaan dewan ni semua Zcat yang tanggung. aku tolong sikit je..

parking berbumbung dan tidak berbumbung. tandas, bilik VVIP ada 2. semua masih baru. karpet dewan pun tebal. erm...inilah dewan terbaik untuk kahwin. cuma siapa2 yang tak biasa, mesti pening nak pergi. aku sendiri pun boleh keliru. 

oh ya dewan ini terletak di tingkat 2, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin Off Lebuhraya Mahameru. berdekatan dengan Bank Negara, Padang Merbok..paling senang ikut lebuhraya Mahamerula.

pentas pelamin punyalah besar. kalau buat pelamin memang better buat sepenuhnya, kalau tak nampak janggal. hal pelamin, serahkan kepada kawan kami, Izwan pemilik perniagaan Maharisi Design.















hari ni Dewan LPP baru dirasmikan. dan kawan kami Izwan, pemilik Maharisi Design telah dilantik menjadi salah sebuah syarikat panel untuk pakej perkahwinan di Menara LPP. Kini, beliau juga sudah memiliki ruang pameran sendiri di dalam Dewan LPP. Tahniah Izwan, kami gembira dia dipilih menjadi panel setelah mendekorasikan pelamin cantik untuk kami pada 18 November 2012.



Hubungi:-


Puan Sue - 0326979400 su_knblpp@yahoo.com (pembantu pengurus)

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In

Faedah Pertama Diterima Dari Prulady Insurance By Prudential

aku membuat tabungan insurans dengan Prudential sejak tahun 2005 lagi. kemudian pada tahun 2007 aku menyertai pula plan Prulady. 

Plan ni lebih kepada kemaslahatan pihak perempuan, penyakit2 yang biasa dialami pihak perempuan seperti breast cancer, ovary cancer dan sebagainya. 

apa yang membuat aku terjebak sebab agen insuran aku kata sekiranya aku berkahwin juga dapat claim duit. ini sudah bagus! maka aku pun sertai plan ni dengan bayaran hampir RM500 setahun. tapi setelah 2 tahun baru boleh claim.. oh masa tu memang tiada plan nak kahwin pun.

in the end, lepas kahwin aku pun buat tntuntan. just fax/email ke agen dan dia uruskan semuanya. alhamdulillah dapat RM750. itulah duit cuti2 perhentian masa CNY lepas. hehehe..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Saya Keseorangan Malam Ini

tajuk macam sepi sangat. macam tak pernah hidup sendiri. drama kan. hahaha.. biar.. dulu masa bujang memang lain. dah kahwin memang lain sikit. 

selalu balik rumah dah ada orang lepak atas sofa. tak pun kita lepak dulu. tunggu LB balik sambil mengemas apa yang patut. dah lepas maghrib selalu akan masak atau keluar makan. masak memang ringkas2 je. sama je masa zaman bujang. resipi nasi goreng, cucur bawang + ikan bilis, lempeng.. itulah yang selalu repeat pun.

malam ni haaa makanla seorang diri. LB kena temankan adik ipar yang demam panas. katanya terlentang terbongkang tak makan2 sejak balik dari klinik. itu katanya sebelum balik dari office tadi.

katanya nak balik kejap mungkin nak jumpa ajak makan diluar. yelah dia pun dah mereng kot...hahahaha...baru berapa jam je. tapi sebab hujan yang lebat tadi dan jammed ya, maka kita tak bagi dia balik. beside kalau adik ipar tu memerlukan sokongan, lebih baik abang dia ada.

teringat zaman sakit2 seorang diri dulu, kadang2 rasa sedih juga. sebab bila tak daya semua pun kena buat sendiri. tapi Allah tetap bagi kekuatan untuk buat apa yang patut supaya diri sendiri tak terpengsan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Aerobic Or Yoga?

1st time joined yoga class just before i get married. think that i can't control my healthy diet properly, i should try yoga. and yeah it was so painful. imagine your bones being folded! i can only attend 1 time before get married, and after that yoga class that being organized by our HR was discontinue. reason? less of participant. oh no!

i attend yoga class again when my LB ask to join him to attend body jam at Fitness First. it was fun, but must be with good instructor, Ucop.  i did body jam before, but i was long time ago with Bernard. after body jam. i attend yoga class by Emily. argh...the spine, the hamstring, abdomen, especially my tummy..really going to explode. 

but for fitness, i do like yoga class.

and yes, till today both of us still not register for any marathon yet for this year. he said let register for 10km? are you kidding me? i need to walk at least 5-7km per week. um... do mallhoping is 1 kind of walking for fitness? hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Bunga Telur


Aku sebenarnya tak bercadang membuat bunga telur, tapi setelah berbincang dengan mak, aku sepatutnya memberikan bunga telur kepada pihak keluarga Zcat.  Sebelum ni Ann dah berniat nak sponsor bunga telur, tapi aku telah menolaknya dengan baik. Sekarang aku kena buat muka kesian balik kepada dia. Hehe. Akhirnya bunga telur aku beli siap dari Kedai Fah Lean di Balakong. Dapat diskaun lagi menambah unsur gembira. Instead of RM110, aku dapat diskaun 10% - RM99 untuk 50 kuntum. Senang, tak perlulah aku membuat bunga. Tinggal beli telur dan rebus dan gantung.

Berkenaan telur aku memilih untuk berikan telur masin. Insipirasi ni aku dapat setelah menghadiri majlis nikah kawanku Masni di Manjung. Menarik juga sebab aku tak pernah tengok orang buat. Meskipun telur masin mahal, tapi disebabkan warna kulitnya yang putih dan tahan lebih lama, jadi aku pun bercadang membelinya. aku beli 60 biji telur sebab risau ada yang pecah. juga mesti ada family aku yang nak makan sambil2 buat kerja. 50 biji satu kotak kena RM34. memang murah. yang tambah 10 biji tu mahal sikit pulak. ada juga macam tu. aku beli telur asin ni sama tempat dengan aku beli air mineral di kedai area Hentian Stesen Kajang. tak ingat pula nama kedai tapi barangnya memang murah. yang aku ingat signboard kedai warna kuning ke hijau tapi bukan kedai 99 speedmart la.

bunga telur aku beli dari Fah Lean, Balakong. dan ya bunga ni ditaja oleh cikPuan Ann. hehe terima kasih.

yang tolong cucikan telur2 ni ialah Yuhana & Mak. Yang tukang rebus, Kak Cupa. Yang tukang bungkus, Kak Hasni isteri Abang Bad. aku ada tolong sikit2 je, telur asin kan besar, sarung telur pun macam ngam2 jek. aku dapar rasa sikit je telur ni. memang sedapla...

sesudah dibungkus, nak angkat memang tak daya. jadi masa nilah gunanya tenaga anak2 buah lelaki dan abang2 sekelian. hehe. terima kasih.

telur yang diberikan kepada zcat, bila berlebih dipulangkan balik. maka berebut2la mereka2 yang nak dapatkan telur tu sebab bunganya cantik dan telur asin...aku pun simpan 1 je buat kenangan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Ada Atau Tiada Adalah Soalan Yang Menyakitkan Hati

aku cuma bosan dengan orang2 sekeliling yang tanya soalan basa-basi ni. adakah setiap minggu aku kena jawab soalan ni atau lebih teruk setiap hari?

aku tidak pernah berharap untuk terus mengandung hanya selepas sekali intercourse. aku juga tak mengharap bunting pelamin, atau selepas cuti honeymoon.

malah aku tak pernah merancangnya bila, atau mencuba makan pil perancang untuk menangguhnya atau mencuba cara tradisional untuk cepat mengandung.

aku tak sentap pun kawan2 aku mengandung awal. beranak 5 orang ke. bagi aku itu dah bahagiannya. bahagian aku tak perlu nak dipersoalkan.

antara statement lapuk ialah;- kau dah tua lambat mengandung nanti bahaya, anak kau akan berpenyakit, mungkin kena sindrom mata besar (malas aku nak type secara saintifiknya)..

helo helo.. Sarah isteri Nabi Ibrahim fikir dia seorang mandul, hingga akhirnya melahirkan Nabi Ishak pada usia 90 tahun. oh ya orang zaman dulu umur mungkin beratus2 tahun. jadi 90 tahun agaknya macam 40 tahun?

aku mungkin tak hidup lama, mungkin hidup lama. jadi itu dah masuk soal qada' & qadar. jadi jangan persoalkan. diam2 jaga keluarga sendiri. tak perlu berbangga dengan deretan anak pada usia muda. sesungguhnya Allah berikan kita nikmat atau dugaan mengikut keupayaan kita. jadi mungkin aku masih belum layak mendapat anak buat masa ni.

bila tiba masanya, pandaila aku handle situasi tu memandangkan aku ni selalu je jadi nanny pada anak2 buah aku bila mana kakak2 aku melahirkan anak. selalu kena jaga, nasibla ada upahnya juga. hehehehe.

dan ya, birthday party budak? aku memang tak berapa minat nak attend unless aku ada seorang budak untuk dibawa. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

5 Comments

In

Pelamin Oleh Maharisi Design

pelamin yang cantik dihias indah oleh kawan gym Zcat, Izwan. beliau memang memiliki perniagaan membuat pelamin. cuma buat masa ni beliau bekerja dari rumah. maksudnya belum ada kedai lagi. selain dari itu beliau selalu menyertai ekspo seperti Kraftangan Malaysia. boleh melihat hasil kerjatangan beliau membuat pelbagai aksesori wanita dan lelaki. 

kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja beliau boleh search di Facebook Maharisi Design ya. kat situ banyak lagi gambar2 pelamin yang fabulous. 

yang penting, dekorasi pelamin tak akan ada ulang tayang. jadi anda berhak rasa istimewa pada hari istimewa anda. hehe.










kredit gambar2 dari facebook Maharisi Design. To Izwan, thanks again for wonderful & beautiful pelamin.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Kelebihan Kawan Kerja Kerajaan

apa yang lebihnya?

soalan direct yang aku selalu tanya bila aku tak tahu apa2 benda. maksudnya aku tak faham dengan penjelasan dalam website rasmi, jadi lebih mudah aku tanya kawan2 yang bekerja dengan kerajaaan.

contohnya aku tanya pasal tax. kemudian aku tanya pasal apa jadi ye dengan mereka yang kahwin sindiket ( aku ada keraguan kat situ), macam mana proses diorang mendapatkan kad pengenalan mengatakan sudah bernikah. wah aku memang suka bila kawan aku bagi penjelasan. lebih mesra. hehehe.

tapi sekarang aku pening kepala sebab aku takde kawan kerja kat PTPTN. aku tahu ada diskaun 20% untuk yang bayar lump sum bermula dari 31 Oktober 2012. kemudian ada diskaun 10% untuk pembayar yang tak pernah lupa nak membayar setiap bulan. which is aku lah orangnya. kalau nak dicongak aku masih lagi berhutang dalam RM5000++. interest pun dah dalam RM15++ setiap bulan. kalau ku bayar lump sum dapat tak diskaun tu terus 20% atau PTPTN akan pulangkan balik. 

cumanya aku ni tak ambil ujrah 1% sebab aku marahkan kalau diorang sibuk2 nak tahu akaun KWSP dan kena pulak sign up surat kebenaran untuk benarkan mereka tengok kedudukan kewangan kita. wah ini rahsia! aku memang sudah mahu sign up sejak awal tahun lepas tapi bila tengok tang kerahsiaan tu, aku rela kena 3%.

jadi ada sesiapa tahu pasal diskaun ni tak?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

CNY 2013 - Tahun Ular Air

tahun ni CNY pergi jumpa ikan2. InsyaAllah. perancangan dah lama buat.. harap perjalanan pergi balik lancar.

free and easy je, takdenya amik pakej macam biasa buat. sebab kali ni ramai. 5 pasangan atau 6? tak tahulah yang ke-6 tu ada pasangan ke tak... yang pasti kitorang masing2 pergi sendiri ikut time masing2. ada yang dah bertolak malam ni naik keretapi, ada yang naik bas. kami naik flight esok. dah sampai sana nanti berjumpala masing2. 

berharap sangat cuaca cantik semasa pergi dan balik, sebab nak naik bot pulak lepas tu. kalau dah cuaca tak mengizinkan, kami berenang dalam bilik je...

tapi rugi juga kalau tak jumpa ikan2, penyu2...sponge, timun laut, ikan dori dan macam2 haiwan laut. sebab dah prepare baju burqini, goggles berkuasa 2.00 dan juga penyumbat telinga. tak lupa juga disposable panties. penting....tak kuasa nak mengeringkan pakaian, bawak baju ngam2 pergi balik..jadi memang takdela yang nak kena cuci kecuali terpaksala...

pek barang pun dalam plastik. pastu baru masuk back pack. sebab apa?sebab dulu pernah hujan dan basah beg, baju pun kena jemur dulu...huahua...

selipar fipper dan kasut plastik adidas, seluar dan baju nak dipakai pun yang biasa2 je sebab katanya nak naik bot, harus basah masa kena turun ke tepi pantai. confirm. pengalaman. bot tak berhenti kat gigi air ok. ko kena jugak jalan 100 - 200 meter.

kat rumah dah ada sebekas tart nenas, auntie mui bagi. makan sikit2. limau dapat dari supplier pun aku tak mahu makan. takdela aku nak mendemamkan diri. kata allergic..  

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Selamat Bergelar Suami Kepada Illyas

aku tujukan entry ni khas untuk anak buah aku yang merupakan cucu ke-4 mak dan anak sulung kakak aku, Kak Cuma. 

pernikahan akan berlangsung di Jertih, Terengganu pada 10 Februari 2013 bersamaan dengn 29 Rabiul Awwal 1434. aku doakan semoga perjalanan ahli2 keluarga ke sana lancar dan selamat, majlis berlangsung penuh barakah dan rahmat.

anak buah aku, Illyas 25 tahun, akan mendirikan rumahtangga selepas mendoakan kami berdua di majlis resepsi hari tu. aku sebagai orang yang baru je masuk alam rumahtangga ni takdela boleh nak bagi nasihat lebih2. yang penting, kalau boleh jumpa semua tetamu yang hadir. salam dan tengok mata mereka. sebab apa suruh salam tengok mata, kerana dari situlah kita dapat melihat "isi hati" mereka.

atas sebab2 tertentu, aku tak dapat hadir ke majlis pernikahan Illyas, tapi InsyaAllah akan hadir kenduri dirumah Kak Cuma di Losong nanti.

aku doakan Illyas dan bakal isteri, dipermudahkan perjalanan menjadi pasangan hidup yang sah, kekal jodohnya, baik keturunannya, rahmat melimpah sepanjang hidup. mereka berdua ialah hafiz dan hafizah, sangat ringan tulang.

Illyas sedang duduk depan sekali sebelah kiri mendukung Hannan yang tengah menangis
# anak buah aku seramai 49 orang belum termasuk suami/isteri anak2 buah yang dah kahwin. ni belum cukup semuanya berkumpul. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

Kemalangan Motor Di Depan Mata

pagi2 lagi hari ni dah tengok accident di simpang 4 Jalan Sultan Ismail. kalau dah merah jangan teruskan. sila sabar. semua orang pun nak cepat pergi kerja. orang yang tak berkenaan pun terpalit sama. aku yang paling depan sekali nampak semuanya. tapi sebab aku ni jenis bukan suka tengok kemalangan dan perbalahan yang berlaku, aku pun drive je pergi ke tepi. yang bencinya motor2 pun berhenti nak tengok. angin gak aku nak jalan pun tak dapat. jadi kereta2 kat belakang pun main horn2 je.

pemandu2 motor ni memang kadang2 ingat semua orang nak tengok dia 24 jam. semua orang kena bagi dia laluan walaupun time tu bukan masa untuk dia cross the road ke. asal boleh selit. dah accident menyusahkan orang, merosakkan harta orang.

aku punya side mirror berapa kali kena langgar sipi, nasib je belun jatuh pecah. kat body kereta calar jangan cakap kalau ada motor selit2 time jammed tak ingat. geram memang geram, dan kadang2 aku takde hati sangat nak kasihan kat motor2 yang terlibat dengan accident.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Katering Nikah & Resepsi


Memilih caterer agak tricky juga. Bermacam2 nombor telefon aku dapat. Dari Kak Pa, dari Zcat dan juga dari blog2. Aku bercadang menjemput 150 tetamu dan aku memang berharap dapat menghidangkan makanan yang sedap dan diingati. Awal bajet aku ialah RM20 satu kepala. Maka aku harus hati2 dan berbincang dengan ahli keluarga.

setelah membuat 2-3 sebutharga akhirnya aku memilih Kak Ina. ipar Abang Musa yang memang ada perniagaan caterer bertempat di Kajang. lagi bagus, takdela kena caj penghantaran. dengan Kak Ina, aku dicaj RM13 satu kepala. menu yang diberikan ialah; nasi putih, ikan keli & ikan kembung bakar. air asam, buah tembikai, 2 jenis kuih & ayam goreng berempah. juga ada telur dadar, dan minuman panas. aku pula membeli air mineral dalam cawan, senang untuk para tetamu nak minum. dalam RM9 satu kotak ada 24 cawan, aku beli 4 kotak terus. ha kan untung dan senang.

pada hari majlis nikah berlaku sikitla kekeliruan. dah habis nikah, caterer tak sampai2. aku dah pening. rupa2nya, Kak Ina tu cakap majlis makan untuk Maal Hijrah, padahal sepatutnya Majlis Nikah. jadi pihak pengurusan masjid tak mahu bagi masuk. padahal mereka dah sampai jam 1030 pagi. elokla surat kebenaran mengadakan majlis, aku bagi kak Ted pegang, handphone pulak aku bagi Fairuz pegang. in the end, Yuhana & Fairuz yang kelam kabut jumpa mereka di basement parking. itulah teladan.

bagaimanapun Alhamdulillah sebab rata2 tetamu suka makan ala kampung yang dipilih. ada juga tetamu dah balik dulu sebab ada urusan, jadi mereka tak makan. jadi makanan lebih, semua tapau. senang. untuk pengetahuan, aku bayar RM100 je untuk sewa tempah nikah & alatan nikah seperti mikrofon, meja dan karpet dan tempat makan adalah percuma (termasuk meja makan dan kerusi untuk tetamu yang uzur dan selebihnya ada tikar).

untuk resepsi, semua urusan katering diuruskan Zcat & family. memang mula2 rasa pitam harga RM15 1 kepala. nak jemput 1000 orang tetamu. congak2 dah RM15,000. saat2 akhir tambah pula lagi 150 orang, risau tak cukup. niat kami memang nak bagi tetamu makan sedap2 dan diingati. tak mahu diingati makan kenduri kami, cibi marukochan bagai, tak sedapla, nasi mentahla..memang tak tahu kan apa nak jadi.

Alhamdulillah, bila majlisnya berlangsung, makanan memang sedap dan banyak. dan lagi berbaloi2 sebab banyaknya makanan. makanan dicaj termasuk untuk tetamu, meja pengantin, meja VIP. kuih muih dan air minuman. makanan sentiasa pula ditambah dari semasa ke semasa. caterer kami ialah Selera Emas Katering yang merupakan caterer pilihan untuk dewan yang kami sewa. means kalau nak sewa dewan tu kenalah ambil caterer pilihan pihak pengurusan dewan.

kami memang berpuashati dengan pengurusan caterer ni. memang tip-top. memang tak rugi ambil mereka ni. malahan beberapa tetamu juga bercadang nak ambil nombor telefon mereka sebab makanan sedap dan murah. so sesiapa nak nombor mereka ni silalah ke laman webnya ya. sebab aku tak simpan..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Barang Hantaran Nikah


Untuk nikah kami juga bersetuju menghantar 7 berbalas 5. Jadi pencarian pertama kami ke Lovely Place Wedding di belakang TESCO Ampang. Dulang2 hantaran dijual lebih murah dari Fah Lean, Balakong.

Kemudian kami ke Festival City dan memasuki Kanson untuk melihat segala jenis barang dan hadiah yang boleh dijadikan hantaran. Menarik tetapi mahal.

Sebelum minggu itu kami ke Ikea kerana aku mahu mencari galvanize pail. Bentuknya agak kurang sesuai tetapi aku sukakan idea2 pelik menggunakan baldi timba perigi sebagai bekas hantaran. Haha. Warna yang aku impikan untuk hantaran ialah kuning, silver & putih. Bunga2 mestilah kuning. Alas dulang silver dan putih? Boleh jadi reben..

bile difikirkan idea2 untuk dulang hantaran ni memang banyak. tambah2 lagi aku asyikla membeli majalah Inspirasi Perkahwinan & Pengantin. ada juga aku meminjam majalah edisi perkahwinan kepunyaan kawan2.

in the end bagi aku bunga tisu paling cantik, kesan aku lihat hasil tangan kawanku yang baru berkahwin juga, Masni. gigihla ke Ikea membeli tisu dan memborong dawai2 dan segala mak nenek bahan2 diperlukan di Kedai Bunga Reben. pasti tak kecewa!

jujur, barang hantaran kami biasa2 je takdela gajet2 canggih macam tablet ke smartphone ke. kami takde masa nak tengok hantaran tu sepanjang majlis (akibat dengar kes2 kecurian barang hantaran waktu orang sibuk2). yang penting, jaga duit maskahwin je... itu..itu...simbolik harga diri pengantin perempuan kan..

haruman, kaca mata hitam, jam tangan, seluar slack, sandal, biskut coklat dan  sehelai baju panas tanpa lengan dan juga  bunga telur asin untuk ahli keluarga Zcat

popcorn, sepasang kasut yang akan dipakai ketika resepsi, make-up & haruman dan kaca mata hitam dari Zcat 

maskahwin dalam bentuk bunga ros. sampai hari ni aku tak sanggup nak buka...

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Urusan Mengisi Borang Nikah


Hanya dengan mendownload borang2, aku tak perlu ke Pejabat Agama untuk mendapatkannya. Memilih untuk bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, aku perlu dapatkan borang kebenaran nikah di Kuala Lumpur. Untuk memudahkan urusan, aku menggunakan alamat KL. Dan urusan akuan pemastautin hanya dari Masjid Muqarrabin. Berjumpa dengan Ustaz Kamal amat menyenangkan. Aku ke sana bersama Zcat dan abang sulungku, Abang Choi. Urusan 20 minit sahaja. Selesai urusan pada tarikh itu 2 October 2012.

Esoknya kami ke Jakim di sebelah masjid Negara untuk membuat wakalah. Wakalah ini ialah akad untuk memindahkan kerja menikahkan dari wali pihak perempuan kepada jurunikah bertauliah. Memandangkan abang choi hendak ke india sehingga 14 november, dikhuatiri beliau tidak sempat balik untuk menikahkan aku. Jadi urusan wakalah mesti dilakukan dengan 2 saksi. Aku membaca kandungan wakalah diikuti oleh abang choi dengan disaksikan oleh seorang ustaz, 2 saksi dari Jakim dan Zcat. semua ni berlaku kurang sejam!

Selesai menghantar borang permohonan, aku dan abang choi dipanggil untuk tujuan pengesahan wali. Memandangkan bapakku sudah tiada, semua pakcik2 sebelah bapak juga sudah tiada, maka abang choi ialah yang paling layak menjadi wali. Pengetahuan tentang hal ini penting bagi memelihara nasab. Ini bukan perkara mudah. Walaupun abang choi cakap urusan perkahwinan agak leceh sekarang tetapi ini adalah untuk memelihara kesahan upacara pernikahan.

selesai wakalah, esoknya ke Jakim Putrajaya untuk mendapatkan surat kebenaran nikah di Masjid. setelah membayar fee bernilai RM25, kami pun balik.

kepada bakal pengantin, urusan perkahwinan pihak perempuan hanya boleh dibuat setelah borang permohonan pernikahan pihak lelaki siap. (Zcat mengambil masa seminggu untuk diselesaikan. borangnya dari Jabatan Agama Islam Perak).

Nota ditulis berdasarkan pengalaman:-

  1. hantar borang permohonan MESTI kena copy IC
  2. tak perlu copy bil2 elektrik/air untuk pengesahan pemastautin. cukup dapatkan surat dari pihak Masjid Kariah tempat tinggal
  3. urusan kebenaran nikah boleh siap sehari kalau semuanya lengkap - sijil kursus nikah, HIV test letter, copy I/C, borang permohanan nikah pengantin lelaki, surat nikah ibu bapa atau surat cerai ibu bapa, surat kematian ibu bapa (jika berkenaan), surat wakalah (jika ingin menggunakan khidmat jurunikah akibat ketiadaan wali - bapa, datuk sebelah bapa, pakcik sebelah bapa atau adik beradik kandung lelaki)
  4. ujian HIV mesti diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari pernikahan. kami buat bulan 10.
  5. sijil kursus nikah laku untuk selama-lamanya. cukupla ambil sekali. lepas dah selesai kursus jangan pula lupa nak ambil. kalau hilangkan, kena repeat kursus balik. walaupun yuran RM80, duit juga.
  6. berdoa banyak2 agar Allah permudahkan urusan. kalau perkahwinan direstui memang lancar semuanya. Alhamdulillah itulah yang kami berdua rasakan. 



Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Online Shopping

Dealmates Oh Dealmates...


Aku pembeli tegar online akhir2 ni. Actually aku dah start sejak tahun lepas lagi. Benda yang mula2 aku beli ialah rawatan spa kaki. Lepas tu aku dah semakin teruja….asyik beli..beli..

Kebanyakan barang aku beli online melalui Dealmates sebab bagi aku mudah. Aku ni banyak2 kedai online, malas sikit nak log-in bagai. Jadi selalula dapat update newsletter dari diorang ni.

Setakat ni semua barang2 yang aku order memang dapat cepat. 1st experience lambat dapat mascara jenama Max Factor. Bila aku email pihak dealmates diorang cakap barang kena checking by custom sebab dianggap senjata berbahaya? Haha. Kemudian disebabkan lambat lagi sampai nak 2 bulan, mereka bagi aku credit RM10 untuk next purchase.

Okay sebenarnya aku marah ni sebab ada ke patut scarf Zara yang aku beli 2 helai dia hantar sehelai jek. dahlah asyik delayed memanjang. Aku beli pada 8 dec 2012, semalam 31 jan 2013 dah petang baru sampai. Lepas tu sehelai jekkkk..eee geramnya aku. Terus aku email beritahu aku beli two (2) lahhhhhh…. Siap aku copy paste transaksi i-pay resit bayaran online. Kemudian tak dijawabnya.  Panas hati.

Emel terakhir aku terima menyatakan barang dalam penghantaran pada waktu pagi 31 Jan 2013. Aku terus jawab, ok thanks tapi aku beli 2 helai tau bukan 1 helai, jadi aku lampirkan sekali certificate pembelian. Kemudian dia balas kata barang akan dihantar lagi bila ada stok terbaru. Chettt… sampai hari ni setiap kali buka emel aku tunggu balasan dari diorang. Aku ni jadi tawar hati sikit bila dah jadi macam ni. Aku beli 2 helai dengan harga RM35. Kalau tak sehelai RM20. Kan ke rugi beli sehelai.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...