Sunday, March 31, 2013

Nasi Ayam Gemas Sg. Koyan

ini memang menarik. i'm impressed kata Zcat. right, aku pun tak tahu bila kedai ni wujud. katanya dah lama tak balik. so sebelum jalan2 kami minum air dulu. panas nak cari abc dah tutup kedainya. lepas tu ternampak kedai ni sebelah kedai koperasi. aku punyalah ingat ni extension kedai koperasi. rupanya kedai makan.










esoknya kami datang lagi. kali ni nak merasa nasi ayamnya. zcat kata dia pernah makan nasi ayam gemas ni di MAHA 3 tahun lepas. 








yang bestnya ada delivery ke rumah. caj RM2. ala2 McD gitu. yes i impressed! 

Keliling FELDA Sungai Koyan

last week balik Koyan. punyalah dah lama tak balik sejak raya puasa tahun lepas. haa bukan tak sedar diri ya tapi mak kita memang suka pergi ke rumah anak2 dia. jap rumah kakak ni, jap rumah abang ni jadi macam mana nak balik Koyan kalau mak pun takde kat rumah.

maka inilah first time balik setelah menjadi girlfriend berlesen kepada Zcat,..huehue..

bila nak balik tu kena confirm dulu dengan mak, buatnya mak menyinggah ke rumah jiran2 pulak ataupun ke bandar2 berdekatan....masa balik tu ada kenduri kawin 2 hari berturut2, maka kami buat keputusan pergi 1 jelah. yang sama dengan blok rumah mak. baju pun bawa sepasang je takkan nak repeat esoknya walaupun pakai sejam je... cuaca punyalah panas...

sesudah jam 5 petang barulah pergi keliling Koyan dengan motor. kereta parking agak jauh sikit sebab khemah kenduri dah blok jalan ke rumah. lagipun senang sikit. oh terasa berhoneymoon gitu naik motor dengan LB. hehehe..yelah masa ke Tioman pun keliling kampung dengan motor.

maka kalian layankan jelah gambar Koyan yang terbaru ni...

hurm...agaknya apalah yang Zcat dok fikirkan..

projek kerajaan untuk membina semula masjid Sg Koyan. buat masa ni penduduk solat di  dewan orang ramai

dah runtuh masjid lama..penuh memori terutama masa raya

gambar dari atas motor yang bergerak jadi nak di zoomkan malas...maka nampak bulan sabit merah sudahla...

kat sini pun pernah solat raya bila masjid penuh

tempat mengundi esok... tak pernah belajar di sekolah ni. maklumla dah duduk asrama sejak umur 9 tahun. pergi bersukan adalah..lari sambil bawa bola ping pong. dapatlah hadiah bekas pensil 4 segi panjang tu siap dengan alatulis. itupun dah gembira..

kena balik Koyan lagi bila masa mengundi esok

sudah maju..dulu takde pun terminal. duduk bawah pokok je tunggu bas.

cam paparazi pun ada aku hari tu, diorang ni pun perasan aku dan zcat pusing2 ambil gambar. ala2 tourist gitu. haha


lain benar rasanya tengok sekolah ni. 2 tahun je sekolah pun.

motor arwah bapak. next..mana motor ni nak pergi?

jom jalan2 lagi...

Saturday, March 23, 2013

Berita Tergempar!

Berita Tergempar!
semalam jam 6 petang GM panggil semua staff meeting tergempar. apa yang gempar sangat tu dah dengar sikit2 dari Auntie, dari Richard...dan bisik2 kawan2 belakang meja.

aku yang dok control parking kat situ, sekarang aku yang kena memikir mana aku nak parking...adus.... adakah aku kena naik public transport semula... adakah aku kena bangun pagi2 buta... adakah aku tak boleh tidur semula....arghhhhhhhhhhhhhhhhhh..segala keselesaan selama 5 tahun berakhir? arghhhhhhh tidak... di Jalan Sultan Ismail, Jalan Perak, Jalan Bukit Bintang....bukanla jalan se jammed Bandar Baru Ampang.... jalan itu jalan yang SUPER DUPER JAMMED! 

sila plan..sila bajet.. sila bersedia...

di tengah2 meeting ada pula yang bertanya bilakah bonus akan diberikan? bilakah increment? ditengah kucar kacir ni kan..berita gembira pasti melegakan staff2 yang terlibat dengan pemindahan...ya kami dan MBF Holdings akan bersatu. akan tinggal bersama...

bonus tak dapat bulan ni...bulan depan confirm dengan increment. yeay! boleh la bayar insuran kereta awal bulan 5 ni...

bersedia..kena.... suasana baru, ofis baru, rakan sekerja baru...bos baru? entah. tapi aku suka belajar benda baru. sebab otak aku jemu dengan benda yang sama. takpa push diri untuk tuntut ilmu, asal berguna.

Wednesday, March 20, 2013

Consuming Drugs

Consuming Drugs

Phenylephrine - nasal blockage
Uphamol 650mg - flu, fever
Mefenamic Acid 500mg - menstrual, migraine
Paracetamol 500mg - headache, flu, fever
Prednisolone (micronised) 5mg - swelling (bengkak)
Celecoxib 200mg -  osteoarthritis (sendi tulang), menstrual
Gaviscon - gastric, heartburn

DEALMATES - NO MORE DEAL AFTER THIS

DEALMATES - NO MORE DEAL AFTER THIS

Barang online yang sudah dibayar masih belum tiba. Hari2 tengok email if ada parcel notification dari Dealmates. Haram. Asyik yang ada new things je. Ah jangan harap aku nak beli selagi tak dapat berus mekap Bobbi Brown. Dah la kawan aku si Ulfa tu pun tumpang beli…juga termasuk bekas berus Bobbi Brown..jadi RM yang dah ditolak dari akaun aku sudah terbang RM400 lebih. Aduh geramnya.

Bertambah geram scarf Zara color fuchsia pun tak tiba2.

Hari tu ada borak dengan Zcat pasal Dealmates. Dia kata nak beli power bank sebab murah tapi cancel. Katanya lagi perasan kalau order barang dengan Dealmates dan barang itu akan dihantar oleh pihak diorang sendiri (office kat MidValley) mesti lambat. Mesti ada problem. Kami saspek diorang ni ambil order banyak2 dulu baru diorang pergi beli dalam jumlah yang besar. Katakan barang tu dari U.S. mesti nak kena shipping kan lepastu kena tax kastam bagai..

In the end orang macam aku ni yang dah order sejak bulan Jan 2013 tak dapat2. Apa cerita? Out of stock katanya….kenapa jadi macam ni? Sila jelaskan…..!

Dibawah ini adalah email terakhir yang dibalas Dealmates pada 22nd February 2013

This is Your Dealmates Care Leya,
Hi,
Kindly be informed that there slightly delay for this item due to shipment issue.
We will deliver this item ASAP once the item arrived at our office early March.
ßASAP KATANYA
Please disregard if you received any reminder to redeem your certificate.

We truly apologize for the inconvenience caused due to this delay.
Thank you
Your Friendly Dealmates Care,
Leya
DealMates.com


Yelah aku pun tiba2 teringat masa order mascara Max Factor tu mahu nak 3 bulan baru dapat. Gila. Lepastu kes Bobbi Brown aku ni pun sama juga. Kan,…macam mana aku boleh terkena sekali lagi ni. Nampaknya kemampuan menganalisis aku dah kurang. Sebab kalau order barang, tapi dihantar pihak ketiga…cepat je aku dapat. Kalau balas email pun cepat. Kat Dealmates ni kena tunggu masuk server dulu…adala auto reply email. Lepas tu berhari-hari baru dapat email balasan. Yang tak boleh blah siap tanya aku apa pendapat aku atas time laps balas jawab yang diterima,....no no no je… aku memang tak puas hati. Lembab!

Tapi sampai sekarang aku tak call diorang tanya khabar barang2 aku sebab aku malas. Malas nak bertekak. Aku masih bersabar…

Dealmates Care Help Center
Mar 7 (13 days ago)

Thank you for your email. Your communication is important to us.
This is an automated email to let you know that your email has been received by our customer support team and will be attended to shortly.
Your request (#65525) has been received, and is being reviewed by our Dealmates Care staff. 
We will get back to you within 2 working days.
ß2 WORKING DAYS KATANYA

anis abdullah, Mar 07 11:11 (MYT):
This is a follow-up to your previous request #62610"Delivery Status : BOBBI BROWN"
Hi,
i still not received anything yet..

Bila Dirampas

Bila Dirampas
kekayaan yang dimiliki melimpah ruah, wang berkodi2. kereta2 mahal menjalar di depan rumah. berhibur setiap minggu di kelab2 ekslusif.

kemudian suatu hari, hilang. semuanya.

mula2 hilang kepercayaan, hilang kekayaan dan hilang kawan2.

hidup menjadi sangat sedih. miskin tiba2.

mampukah lagi berdiri dengan megah, berjalan dengan baju berkafling, memarahi orang di telefon dengan suara yang kuat, meminta orang menghormati diri dengan sebab kebijaksanaan, kekayaan?

ku ingin melihat rupamu. yang pernah memandangku dengan penuh sifat ujub. adakah sekarang kau memandang dengan wajah minta kasihan? tentu tidak kerana egomu begitu tercalar.

bila hidup dipuncak, jangan lupa pernah duduk semeja dengan orang yang biasa2 hartanya, sebab bila dah jatuh, hidup terasa sungguh hina.

Friday, March 15, 2013

4 Bulan Dah

4 Bulan Dah
hari ni 4 bulan dah. bukan nak kecoh tapi masih ada banyak lagi perkara baru untuk dipelajari / dipercepatkan (asyik menangguh) :-
  1. jahit butang langsir (itu step terakhir sebelum digantung dalam bilik tidur..langsir express agak jarang, LB tak suka masuk cahaya matahari direct kat muka dia....)
  2. jahit seluar koyak (dah lama letak kat rak menjahit..mesin jahit pun dah lama rehat...)
  3. jahit beg untuk tikar yoga (asyik pinjam gym punya..kadang2 rasa geli jugak dengan kesan peluh pengguna terdahulu)
  4. jahit seluar tidur (kena beli kain dulu la.. ingat nak beli yang reja dulu..belajar buat 1-2 dulu)


weekend dah ada aktiviti dirancang. harap semua berjalan dengan lancar.

Thursday, March 14, 2013

Petrol Paid From May 2008 Until Dec 2012

Petrol Paid From May 2008 Until Dec 2012
10,271.86 selama 4 tahun 8 bulan.
183.42 purata sebulan.

petrol yang pernah di pam melalui zaman turun naik harga. yang paling menakutkan iaitu RM2.70 iaitu pada tahun 2008.

sekarang dah adapt dengan harga RM1.90 seliter. dan bersyukur sebab masih mampu dengan gaji yang diterima. dan lebih bersyukur sebab sejak berkahwin, LB yang pump kan minyak.

perjalanan paling jauh boleh dibuat oleh myBaby ialah 504.3km dari Jalan Munshi Abdullah, Melaka ke Segamat dan balik semula ke Bandar Baru Ampang. 

teringin nak drive sampai ke JB. dan juga hingga ke Perlis. wah baru lengkap.. oh kena masukkan juga KB

Wednesday, March 13, 2013

Syukur, Dia Sudah Bersolat!

Syukur, Dia Sudah Bersolat!
hari ni aku bersyukur melihat seorang kawan yang tak pernah kelihatan di surau, terkedek-kedek datang mencari telekong.

walaupun aku tak pernah menasihatinya, namun aku gembira dengan sesiapa yang telah menyedarkannya.

cuma ada beberapa orang lagi yang masih liat untuk menunaikan kewajipan ibadah solat ini. kata kakak, solatla ibadah paling senang, tapi begitu ramai yang malas melakukannya.

mari berdoa semoga saudara seagama yang masih belum menemui indahnya solat dan bacaannya itu akan mendapat hidayah dari Allah secepatnya.

kerana esok, belum tentu masih ada sisa nyawa.

Sunday, March 10, 2013

Hari Ini

Hari Ini
kaki kiri sakit lepas kena mengurut first time semalam. lebam2. tengok pun ngeri..sudahnya terbaring atas katil.

selepas zuhur, layan animasi Bleach yang dirakam. LB, mama & uncle ke majlis kahwin di Ampang Hilir.

Jumaat lepas migrain selepas makan pudding rainbow yang dibuat. tak tahu adakah sebab food coloring atau apa...disebabkan itu tak ikut LB collect album kahwin dengan Rudy Sweetpictures di KLCC.

tengah malam ahad, panggilan dari France agak kecewa dengan soundnya. suara putus2. tune maxis ke maxis terus bunyi clear.

lepas tu sambung tengok gambar dari burned DVD.

yeah tak sabar nak post gambar kahwin dari our official photog. nice job Luqman & the geng.

ok sekarang dengan kaki bengkak nak pergi cari Chatime.

Friday, March 1, 2013

Pulau Tioman - 3rd Day

hari terakhir kami breakfast di kafe hotel. nak juga merasa kan..dah hari2 pergi makan kat area kampung, hari ni nak test western. lagipun dah takde motor nak pergi jauh2.

siap2 mandi terus pergi makan. 1030pagi last. karang tak sempat makan..rugi..hehe.. jadi ini tak termasuk penginapan, jadi bayar di kaunter sebelum makan. buffet. makan memang banyak kali sampai orang kemas restoran...hahaha tapi yang sempat tu semua sebelum makanla...lepas dah abis ambik yang baru. takde dah nak ambik lagi. makanan memang sedap.. berbaloi2. 






dah siap breakfast, pack barang untuk balik. cuaca pun dah start hujan.....jadi kami lepak di lounge dan menikmati air percuma. actually ni welcome drink, tapi masa first day kami tak claim. hehehe..simpan kupon sampai nak balik baru guna.




kemudian baru ke lobi untuk check-out. sambil menunggu bas untuk ke air-port.




mahu balik sudah

dah nak naik airplane

Ruang menunggu yang kecik je

 

bye bye Pulau Tioman