In

1st Day

pergi kerja jam 8 pagi hari ni.. dah sampai bangunan ofis pekena kopi subway dulu. bila petang hujan lebat. zcat tetap datang ambil. kemudian pergi makan satay Nur kat Jalan Kerja Ayer Lama. makan juga nasi lemak singgit studio 5 yang sedap.

balik rumah penat. alhamdulillah ada teman hidup pergi balik kerja berjemput.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Berkemas

hari ni last day di ofis Ampang Point.

dah jadi macam tempat pelarian meja aku.. penuh kotak. sampai sekarang belum siap pack.

esok pulak nak jenjalan dah. itupun belum kemas baju. malam ni kita pulun.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Hal-Hal Nikah Kahwin Wajib Google

wah wah aku tengok seminggu dua ni popular post aku pasal kawin ajer.. loh ye time nak kawin dulu aku pun bergugel 24 jam carik hal2 pasal nikah kawin ni. 

oh banyak gila.. mungkin tak terdaya nak post satu2. aku recap sudah. hehe.. bukan apa, saja nak share dengan orang yang tengah mencari2. memang puas mata bersengkang siang malam, tengah kerja, balik kerja, hujung minggu. alhamdulillah le zcat tak pernah boring nak melayan. kerana katanya perkahwinan ni kerja kahwinnya hanya sekali. jadi mari kita sama2 rasa perjalanan menuju ke arahnya. yep..aku memang sentiasa dengan dia mencari barang kahwin. tak pernah dengan kawan. kecuali Ulfa dan Ping yang temankan aku masa nak buat ukuran baju dan memilih aksesori baju. itu memang zcat angkat tangan.

yang wajib dicari;-

  1. tempat kursus nikah - dekat dengan tempat tinggal. takyahla nak kursus sampai kat kampung halaman padahal kerja kat KL. jimatka cuti. tapi masa aku kursus ada yang datang dari Melaka sebab kat sana dah penuh, kena tunggu sebulan baru dapat tempat. timing dia kalau boleh weekend je, pastu pagi sampai petang. ada makan2. aku kat LPP. kalau bawak keta parking tu tiketnya boleh cop so dapat harga flat rate. 
  2. borang kahwin - download sudah dari website jabatan agama negeri korang nak nikah. aku download pahang dan KL. sekali KL jadi pilihan, tu je yang aku print.
  3. prosedur mengisi borang kahwin - jangan salah isi dan hantar. elakkan buat kerja 2-3 kali. cik abang isi dulu, pastu cik adik baru boleh boleh proses. kes aku? hantar kat masjid tempat tinggal untuk dapatkan kebenaran kahwin. pastu pergi jakim, takde wali terus buat wakalah, bawak wali siap2. aku bawak abang sulung aku. sebab aku dah takde datuk, pakcik sebelah bapak semua dah meninggal. sebab wakalah? abang aku ke luar negara tak dapat nikahkan aku. adik-beradik laki lain? semua duduk jauh2. pastu hantar kat jakim putrajaya sebab nak nikah kat masjid besi sana..
  4. design baju kahwin - sila pilih design yang betul dengan bentuk badan. jangan salah dan kedek. sebab anda akan dilihat oleh beribu orang pada hari tu. rajin2la baca artikel berkenaan tubuh badan. jangan perasan tegok kat majalah model cantik terus nak buat baju sama, padahal shape badan tak sama. aku ni badan pear. lebar di bawah pinggang...
  5. tempahan baju kahwin - ikut kemampuan masing2. asal mapu, asal tak mencekik dan gaduh pasal harga.
  6. aksesori pakaian - penting ni. kalau takde, ko mesti sedih. macam aku nak juga beli rantai dokoh. padahal boleh je sewa. bukan apa rantai dokoh tu evergreen. boleh suai padan dengan baju kurung biasa pun. sewa pun pastikan sesuai dengan pakaian niah/resepsi. yang penting nampak elegan.
  7. bride lingerie - silalah jangan kedekut nak beli ek. aku beli body suit dari Marks & Spencer RM169. memang boleh sorok segala macam lebihan kulit. lepas kahwin ko masih boleh pakai. nak beli spanx sampai harga RM400 takdelah aku. ikut mampu aku je...korset Cosway pun aku ada beli, pakai masa nikah. lagi satu, silalah beli pakaian dalam yang baru dan cantik untuk dipakai especially minggu2 awal kahwin..ko janganla pakai panties lubang2 atau bra yang dah loose talinya. pilih matching bra dan panties. terbaik ko. pilih gak sehelai dua sexy sleepwear.
  8. kasut - jangan terlalu sama dengan baju kahwin. jangan tinggi sangat nak jalan susah. lainla ko nak duduk jadi patung cendana atas pelamin. aku dan zcat nak jalan jumpa tetamu. so kasut aku 4 inch je kots. 5 inch tu nak pengsanla...atas karpet takpe lagi, atas simen, jalan tar..memang pancit. jadi beli skin socks ok.
  9. hiasan hantaran - aku baut sendiri itu pasal kena gugel.
  10. DIY barang hantaran - bukan semua idea boleh ditiru, tapi cuba buat kelainan, biar ringkas asal selamat, jangan serabut lepas tu susah nak angkat.
  11. selendang nikah - buat sendiri. beli kain kat Gulatis. chiffon silk terbaik. jangan kedekut. ko boleh pakai balik. veil aku beli siap sebab tak mampu nak jahit manik....aku kira kos beli kain dan tempah, lagi jimat beli kat Gulatis, cantik je manik2 dia.
  12. cara-cara memakai selendang - haha gila tricky. kalau salah memang lemas ko belit2.
  13. dewan resepsi - kalau dewan komuniti 6-12 bulan kena tempah. percayalah, lagilah ko nak kahwin time cuti sekolah..
  14. katering - buat food testing. dan tanya apa makanan percuma dia bagi. kami pergi macam2 pameran kerja kahwin. test semua. 
  15. photographer - kami ambil senior photog sebab tu mahal sikit kot? 2 majlis tu cover kena RM2800.00 dari sweetpictures.
  16. make-up artist / jurumekap perkahwinan - aku suruh Ulfa je. sorryla no lelaki..sebab aku jaga wudhuk dan aurat. kahwin ni nak dapat pahala, kalau dah sentuh2 muka bagai...pakai tudung selama ni pastu tiba2 sebab nak mekap kahwin semua, aku tak sanggup nak dedahkan. jadi ya aku takde gambar ketika dipakaikan mekap. aku bersyukur dapat jaga aurat rambut dan leher.
  17. kedai jual barang cenderahati - nak bagi banyak mana terpulang. pada aku bajet..bajet..bajet dan long lasting. sebab tu bagi tin dan mug.
  18. kedai jual barang kahwin - kedai manik, labuci, span, kain dan segala keperluan DIY. better go to Kedai Bunga Reben. puas hati.







Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

All New, Not At All

update!!!

just a few minutes i mumbling about this, my boss call me and inform that i was one from first batch to move to new office. the date? 26 april, friday!

erkkkkkkkkk....that day i will be on leave. tadaaa...see you on 30th april guys!

------------------------------------------------------------------------------------------->

new environment
new manager
new big boss..
new work place - end of May 2013

old boss
old colleges
old pc

new me?
- more fat

old me?
- my age

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Bridal Make-up By Marieya

oh memang cantik rasa 2 hari tu. terus sinar2 muka. maklum tak pernah mekap setebal ini. dulu mekap tebal untuk acara night camp di Petrosains. ala 2 putri bunian gitu takpun penunggang kuda dari cerita 3 musketeers. 

i dan jurumekap yang tengah sarat nak bersalin. time tu dah 6 bulan ko.. sekarang dia dah bersalin  pun. baby pun dah 2 bulan..
boleh hubungi cik puan ni di 012-652 1680. dia boleh mekap untuk apa2 saja acara dengan upah yang berpatutan. anda pasti gembira.

cerita pasal mekap ni memang banyak.

masa hari nikah jam 730 pagi dia sampai kat rumah kawan aku Fairuz, aku belum mandi lagi. hahaha. yelah malam tu aku berinai bagai nak tunggu kering punyalah bersengkang mata. dia makan, aku pun madi. gitu punya pengantin pun ada...siap mekap jam 930 pagi. ko aku nikah jam 10 pagi sharp ni. ha jangan main2 dengan tok kadi. terus meluru ke kereta Ann dan sampai tepat2 jam 10 pagi kat Masjid Besi. dengan hujan lebat, punyalah rahmat hari tu...ditambah lagi dengan hari dipilih iaitu 1 Muharram - senang asal anniversary je, cuti umum ko..

kisah permulaan hari resepsi pun ada sedikit geram. itu pasal timing nak datang. akulah yang paling awal sampai. orang lain semua belum sampai. my friends yang nak teman semua pun datang lain2 jadinya. lagi pulak haru, serkup yang berawning kecil tak dibawa. dalam beg plastik lain. sudahnya aku pakai serkup yang memang beli untuk resepsi tapi tak jadi - kemudian kena guna dia juga akhirnya. itulah nak jadi cerita.

aku bertolak dari rumah dengan wudhuk. sebab nak solat zuhur dulu sebelum acara masuk dewan. selang setengah jam, ulfa (panggilan nama di ofis - dia ni duduk depan meja aku je) datang dengan husband. terus mekap. wah..punyalah aku menjaga diri dari terkentut ko. 

hasilnya memang berbeza dari mekap nipis biasa yang aku gunakan bila ke ofis. maklumla tengok beg mekap dan berus mekap dia je buat mata aku terjegil. gila banyak.

yang penting i berseri u olls. dan dia touch up mekap aku sampai ke petang sebelum photo shoot outdoor. touch up touch up, siap tinggalkan sponge dan cermin muka untuk aku belek2.. hehe thanks Ulfa for your komitmen. gitu dari 10 pagi sampai jam 4.30 petang. ko ada tak jurumekap yang tunggu macam tu punya lama???

gambar? nanti korek lagi. publish ni dulu. cerita sudah 5 bulan ok...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Krisis Air 12 April 2013

meruncing jadinya. mana taknya kalau hampir 1 juta orang terjejas. semalam aku baca kenyataan rasmi dari laman web Puspel. katanya hari ni fix. paip pecah akibat hujan lebat. yah masa hujan lebat tiada siapa nak tadah air hujan dari atap rumah macam dulu2.

rumah kami tiada air di pagi hari nak mandi dan gosok gigi. mujurla semalam tu - Rabu, dah cuci kain sampai 3 kali round. semuanya air lalu. air tangki memang untuk mandi dan lepaskan hajat. itupun setelah terkena krisis air masa awal tahun hari tu. kalau tak sebelum tu punca air basuh kain dari air tangki. memang habis kalau dah cuci 3 round.

semalam jam 10 malam balik ke Kinrara. sebelum tu singgah McDonald Taman Putra nak beli fresh orange. air habis...ada coke je...kira kedai makan tutupla? Kinrara memang ada air elok je.. pergi kerja keluar pagi2 sebab jauh nak ke Ampang.

hari ni dengar cerita, kat bangunan ofis ni ada pulak yang mandi dan tadah air. okey memang dah kronik. memo pun akan dikeluarkan. memastikan pengguna berjimat. adus.. kalau yang kena cirit-birit, yang period nak cuci bagai tu..aduh............ boleh MC dibuatnya Isnin ni kalau belum fix. 

4-5 hari baru pulih? pitamsss..aku rela takde elektrik dari takde air. rumah korang terjejas?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Audit Dalaman Dan Luaran

dikala musim audit yang melanda hampir semua benda tertangguh. i mean dah lebihkan kerja permintaan juruaudit yang dilantik syarikat.

dikala musim audit dalaman dan luaran, segala mak nenek mesti diperbetulkan. maka aku teringat zaman praktikal dulu, staff audit tempat aku bekerja tu berkata, nanti dah habis belajar mohonla kerja audit dengan kitorang. aku pernah mohon, tapi aku mohon akaun eksekutif je. itu je pun yang aku ada pengalaman. dan juga dengar keluh kesah juruaudit takde kawan. tak disukai orang. kerana kerja mereka membetulkan kesalahan catatan dan catitan akaun oleh orang lain.

audit dunia - segala mak nenek kesalahan akan terbuka serta merta.
audit amalan kita - kena buat tiap2 hari sebelum tidur, jika mampu bertaubat dan minta ampun cepat2.
audit selepas mati ada 3 - waktu dicabut nyawa ditanya izrail, dalam kubur ditanya munkar & nankir, di akhirat, ditanya Allah bersaksikan anggota tubuh badan kita. dimana mulut dan lidah kelu, bisu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Reunion Kawan Sekolah LB

selepas balik dari Tioman, kawan sejak sekolah zcat ajak datang jumpa ramai2. maka ke rumah Che Mat lah kami pergi di Bandar Utama.

kami datang takdelah lambat sangat, tapi memang ya balik je dari Tioman, esoknya ke rumah Che Mat ni pulak. kira aktiviti tanpa henti sejak majlis nikah. gitu banyak tenaga..katanya nak tengok LG zcat which is aku la..hehehe..terbaru katanya...














kami bawak apam balik pasar Sg. Besi je


masakan Che Mat, katerer katanya. harusla juara memasak.

lauk pauk nasi kat atas tadi. eh nasi ke?
walaupun tak berapa kenal semuanya, tapi yang datang masa kenduri ingat2 juga lupa. except BFF zcat, shahrin & wife fina,..memang selalu kami keluar lepak.

waktu kejadian - 24 November 2012, Sabtu.


Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...