Friday, January 31, 2014

Pantang Cuti Dan Zcat Kerja

Pagi2 pergi makan roti canai 2 keping kat kedai makjah di ampang jaya. Teh tarik dan nescafe tarik. Ada la pulak soto nasi.

Dah makan2 Zcat order lagi 10 bungkus nasi lemak biasa dan 3 bungkus nasi lemak telur dan ayam juga 3 bungkus nescafe untuk anak2 buah ofis dia. Aku pula nak bungkus kuih kemboja dan tambah lagi 2 puding karamel.  Semua RM55.

Dia hantar aku balik rumah, pastu pergi kerja. Ya kerja pada tahun baru Cina. Sampai jam 3 petang pula tu.

So sepanjang dia takde aku memgemas rumah area living hall je. Punyalah banyak barang. Tah apa2. Itupun aku sort je dulu. Especially resit2. Yang kupon dah expired semua aku buang. Bila masuk running memang banyak dapat kupon. Paling banyak kupon beli kasut Brooks RM120 untuk kasut berharga RM300 dan ke atas. Tapi ikut nasihat kasut terbaik ialah Asics.

Juga kemaskan dan check up list barang baby yang nak dibawa ke hospital dan ke rumah Puchong. I nak berpantang kat sana.

Dah kemas bagai memang penat wehhhh. Last sekali dapat gak bentang karpet baru yang dibeli untuk dipakai ditukar ketika raya puasa tahun lepas. Karpet Jakel je.

Kemudian dah mengah. Tapak kaki la paling azab. Mak mertua call pun kata jangan kerja lebih. Aku lak menjawab biar senang beranak. Lagi pula Zcat takde lagi senang kerja nak buat. Semua yang hilang pun dah jumpa. Ahahaha.

Petang pergi KLIA ambil Jija. Pastu makan di Auntie Aini kat Nilai.

Malam aku nak tidur je. Alhamdulillah baby pun macam faham je kurang aktif. Hehe.


Thursday, January 30, 2014

Wednesday, January 29, 2014

Baby Sebamed

Tak tahu sabun apa paling baik untuk baby.  Jadi setelah dicadangkan aku beli Baby Sebamed.  Survey harga paling berbaloi di farmasi Cosway Berjaya Times Square.

4 barang dapat RM59.40.  Oklah tu kan. Bau dia pun best je... aku pun gatal nak try terus anti-strech mark krim. Even sekarang aku tengah pakai minyak almond L'occitane. Punya jagala perut ni. Hari ni baru ternampak strech mark kat pinggang.  Adoyai..sikit pun sudah bikin kecoh. Hahahaha.

Tuesday, January 28, 2014

Medical Card

Medical Card

Hari ni medical card yang ditanggung liability oleh company bertukar. Dari QBE ke Lonpac. Jumlah coverage setahun RM10k. Tapi setakat aku kerja ni belum pernah guna lagi.

Medical card yang berguna bagi aku sekarang ialah yang aku bayar sendirila. Prudential. Setakat ni aku dah dapat balik RM700 selepas berkahwin. Tapi..tapi ni mesti yang Prulady. Kalau yang biasa takde ok. Confirm la ada additional payment  kena buat.

Sekarang tunggu lepas bersalin.  Berapa pula atau apa pula faedah yang aku akan dapat. Hmmm

Monday, January 27, 2014

Kain Batik Tidak Berjahit

Kain batil ni pemberian semasa majlis perkahwinan lepas. Tak pakai sampai dah nak bersalin ni baru nak pakai. Sekali belum berjahit.

Bercinta juga nak jahit. Walaupun mesin jahit tu ada. Tambah nak kemas meja untuk diletakkan portable machine tu...

Adoi bilalah....

Sunday, January 26, 2014

Baby Fair Mid Valley City

Baby Fair Mid Valley City

Dah petang baru kami pergi. Sebab keletihan sepanjang minggu. Semalam Zcat kerja pun balik rumah dah jam 9pm.

Pagi2 dia hantar Jija ke KLIA. Aku pulak tak ikut bantai tido sampai jam 1130am. Penat dan mengantuk gila. Breakfast dah jadi brunch. Makan croissant kemudian order pula Domino's Pizza.

Dah jam 6pm baru gerak. Lapar lagi makan kat Chili's. Maghrib siap2 pastu baru hunting.  Yang tak boleh blah diorang dah start bungkus. Last day kan.

Sempatla beli baby handkerchiefs, set bantal peluk tilam, barut, dan bantal tidur.

Yang paling lama mengadap stroller dekat Mamours. Sambil suruh penjual tu lipat pasangla. Tapi tak beli juga sebab hold dulu. Survey katanya. Pastu ada satu couple ni datang dengan baby kecil. Terus ada life demo. Haha. Best juga. Amboi budak kecil tu bukan main best baring. Kami pun beranganla nanti baby kami macam tu.

Next visit baby thinggy ni nak ke fabulous mom pulak. Pun ada diskaun gila2.

Saturday, January 25, 2014

Dapur Penyet Bandar Baru Ampang

Tak ke mana. Cancel pergi beli barang baby.  Zcat kena pergi kerja. Aku lak tak larat keletihan. Minggu ni 4 hari balik lewat.

Lunch time Zcat balik bawa aku pergi makan. Itulah masanya pun dia nak lari kejap dari kerja. Dari tempat client.

Jalan sangat jammed. Nak ke rose 911 pun tak lepas. Sudahnya ke BBB je. Mencuba kali pertama di  Dapur Penyet. Sedap gak makan kat sini. Ayam sedap. Tauhu sedap. Soda gembira sedap. Ada hati lagi nak datang sini.

Friday, January 24, 2014

Menu RM45 Di Dome KLCC

Malam ni kami mencuba hidangan bernilai RM45 untuk satu set. Ada sup mushroom, kentang or salad dan main course.

Pilihan aku salmom steak. Zcat spicy olio dan Jija beef dengan soup. Semua kelihatan yummeh.

Aku dah minum kafein berbagai jenis hari ni. Pagi nescafe. Lunch tea ice. Malam ice lemon tea. Kat sini peppermint tea pulak. Pastu harap mata tetap boleh lelap.

Perut pula meragam or baby meragam sekali? Hehe.

Wednesday, January 22, 2014

Tuesday, January 21, 2014

Mengadu Pada Allah

Mengadu Pada Allah

Hari ni agak Stressed.  Dengan audit, dengan rakan sekerja, dengan supervisor.
Ya Allah pada kau saja aku mengadu. Bahawa kadang2 aku dah tak mampu hadapinya.

Bersyukur padaMu kerana diberi kenikmatan hidup bersama seorang yang amat memahami perasaanku.  Lebih2 lagi di saat2 ini.

My other half, Adzman, thanks for being so supportive, .....and let the special words we understood just between us.

Monday, January 20, 2014

Ambil Ubat Lagi

Ambil Ubat Lagi

Heyyy dah masuk minggu ke-2 aku selsema dan batuk makin menjadi waktu tidur malam. 

Hari ni pergi klinik Lourdes je. Kena bebel sikit dengan doktor. Haha.  Sebab aku makan ubat sebelum ni tak ikut turutan jadi lambatla sihatnya.

Tak pasal2 kena minum ubat batuk. Itulah makin menjadi pula sakit time dah sarat ni. Adalah tu dosanya... semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Amin.

Sunday, January 19, 2014

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Hari ni last day Zcat berkursus. Kami masih lagi disediakan makan tengahari. Which is ianya lebih sedap dari hari-hari sebelumnya.

Check out lambat sikit sebab makan dulu. Zcat punya kursus pun habis jam 1230pm. Kan ke lambat tu. So aku dah santap dulu.  Lapar.

Tengah nak keluar tu dapat call dari receptionist kata kami kena denda RM100 sebab lambat. Masa tu jam 1:15pm. Aku yang jawab call kata ok je. Sebab company Zcat yang bayar semua. Jadi kami takde bagi apa2 deposit pun. Aku pun pertama kali hadap situasi macam ni. Sebelum ni aku ke hotel lain tak pernah pula diingatkan macam tu sekali.

Secara keseluruhan ikut pengalaman aku yang tengah sarat ni...hotel ni..

aku letak 3 bintang. Lobby panas. Pantai jauh sikit. Tepi kolam renang kawasan park boat.

kami dapat bilik dengan 2 katil super single dan satu katil tepi tingkap which is kami guna letak telekong dan kain pelekat je. Nak baring atas tu takdela bila tengok kaki katil tu..halus jer..

toiletries boleh tahan. Sabun wangi gak tapi aku tetap guna shampoo dan conditioner sendiri. Rambut kami sensitif. Eh kulit kepala kami. Berus gigi pun tak guna diorang punya. Ada la juga shower cap, cotton buds, sanitary bag, dan sabun ketul. Tak faham bagi conditioner 3 botol shampoo 1 botol je.

Yang lain dari segi kebersihan ok. Cuma takde pili dalam shower. Pili kat toilet je.

Makanan sepanjang kursus pun sedap je. Cuma disediakan teh kopi air kosong je.. air jus waktu breakfast je. Tu pasal bila balik KL kami terus pergi KLCC cari air jus sedap.

Overall hotel ni untuk kursus sesuai kot. Nak bercuti takdela nak ke sini. Sebab pantai jauh. Camner nak mandi laut kan. Takat mandi kolam renang je..

Tapi bagi sesiapa yang suka untuk bercuti kat sini terpulangla. Ini pendapat aku je sebab aku kalau dah duduk hotel tepi pantai mestila nak jalan2 tepi gigi pantai.  Cuma time pergi ni aku tengah sarat dan tak sihat pulak bantai tidur jelah.

Saturday, January 18, 2014

Tengok Matahari

Zcat masih dengan jadual kursus yang padat.  Aku pulak asyik terbaring kat katil. Alhamdulillah sakit pun dah nak baik.

Waktu Zcat pergi kursus aku tengok tv, main game solitaire atau ice age. Pening. Haha.

Gambar2 yang awesome sangatla konon kat kamera godang Zcat. Dia lak ke hulu ke hilir dengan kamera tu. By the way ada satu benda yang menarik perhatian aku kat sini.

Aku tak tahu ada banyak private boat. Bila dah keluar ke dewan makan baru nampak. Zcat la yang beria tunjuk melalui kamera. Ku ingat mula2 lawak je. Rupanya betul2 ada!

Aku bukan peduli dengan boat ni. Cuma ada satu nama boat yang menarik perhatian. Boat big boss. Dah tampal iklan nak jual pun. Aku tergelak dan teringat betapa banyak wang telah dihabiskan untuk maintenance boat ni. Baguslah jual. Membebankan kot. 

Friday, January 17, 2014

Berhujung Minggu Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Berhujung Minggu Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Zcat kena pergi kursus ketika orang lain bercuti sempena Thaipusam. 3 hari kursus di PD. Mulanya tak tahu dimana, maklum last minit. Best tak best pun tak tahulah tempat ni, yang pasti aku nak merehatkan diri saja. lagi badan masih belum sihat. ubat2 masih perlu dimakan. 8-9 biji juga.

Kami bertolak jam 1030 pagi selepas sarapan di kedai Mak Jah. aku makan nasi lemak dengan rendang daging. hari ni takde roti canai yang sedap..

Kami ke PD ikut LEKAS. kata nak lekas sampai. kata jam 11am kena ada. haha. harapanla kan. jam 1215pm baru kami sampai. punyalah lama menunggu untuk check in sampai mengantuk. jam 230pm baru boleh check in. sambil tunggu tu lepak atas katil di lobby hotel. ya ada katil ok.

Zcat sampai dah lapar balik. nasibla ada disediakan makan tengahari. nasi bungkus lauk ayam. jadilah.. aku pulak kepanasan. jadi mood aku memang takde la... open air lobby. last2 kami turun ke tingkat bawah sedap sikit melayan angin sepoi2 bahasa.

lepas asar Zcat dah start kursus. aku pun bantai tengok TV, main Ipad dan tidur. anak dalam perut ni tetapla aktif walaupun mak dia sakit2. bagusla tak effect.

masa makan malam jam 7pm kami makan di dewan yang khas disediakan untuk peserta kursus dari syarikat Zcat. ada 4 ke 5 syarikat buat kursus serentak. aku makan je. nak bersosial tiada.. semua peserta pun bawa ahli keluarga masing2. jadi memang penuh dan riuh.

Thursday, January 16, 2014

Berita Tak Best

Berita Tak Best

Masuk kerja hari ni walaupun tak sihat sepenuhnya. Audit nak kena hadap. Payment nak kena buat. Filing nak kena susun. Aii macam2.

Aku mampu buat audit pun takat sampai jam 6pm. Takdela nak stay cam zaman anak dara.

Dapat call pulak kata ada staff bawa makanan non-halal dan simpan dalam fridge? mungkin juga dah re-heat guna microwave. Aku sekadar email pada kawan2 seagama.  Maklum sekarang majoriti bukan seagama.

Kadang aku terfikir tahap sensitiviti diorang ni. Maybe diorang tak peduli pun. Walaupun share span pencuci dan sudu garfu?

Er er.. bab ni yang aku malas. Karang ada yang bawa span sendiri..

Wednesday, January 15, 2014

Kaki Gemuk

Sejak kandungan dah cecah 7 bulan kaki aku dah membengkak.  Well kasut sarung semua dah tak muat pakai. Haruslah beli sandal.  Saiz pun 8. Seluar pregnant yang dibeli ketika kandungan umur 5 bulan pun dah ketat. Semuanya membesar.
Nak jalan pun dah slow. Jalan macam penguin.  Hahah. Tapi bila rasa tendangan baby, hati gembira. Inilah yang membuatkan aku teringat pada mak yang mengandung sehingga 14 orang. 11 selamat. 1 meninggal dalam perut. 2 tak sempat.
Jadi begitu besar jasa ibu ni. Hanya dah merasa pengalaman ni baru tahu betapa susah payahnya mengharungi bulan2 ketika hamil. Alhamdulillah buat masa ni semua baik2 saja.
Zcat pun sangat memahami. Sehingga kuku kaki aku pun ditolong potong. Aku tak sampai tangan dah nak potong sendiri. Kerja2 rumah pun banyak dia tolong. Aku mampu buat, lambat2 la. Dah sakit2 ni lagila lambat.

Tuesday, January 14, 2014

Cuti Maulidur Rasul, Tak Ke Mana Pun

Cuti Maulidur Rasul, Tak Ke Mana Pun
cuti sempena kelahiran Nabi Muhammad aku tak ke mana pun sebab tak sihat. demam selsema & sakit tekak. adakah sebab minum asam boi limau semalam atau aku memang tak tahan dengan cuaca yang berubah-ubah----> which is memang aku selalu demam kalau cuaca ni.

baru berangan2 nak kemas rumah mop bagai pastu dah tak daya. rasa nak baring je.

sudahnya duduk rumah je. keluar untuk lunch di Rose 911 makan daging salai sedap. lepas maghrib pergi klinik Mediviron di Ampang Point, dapatkan mc dan balik. lepas tu makan malam di Studio 5. makan satay, hehe.

Monday, January 13, 2014

Dating The Hobbit

Setahun dah tak tengok wayang. Last time tengok The Hobbit tahun 2012. La ni dah tahun 2014 baru nak tengok The Hobbit 2nd.

The Hobbit pun dah sebulan ditayangkan. Jadi tak semua panggung tayangkan. Maka kami ke GSC Signature kat The Gardens.

Tak tahulaj apa kisahnya kali ni. Tak ambil pot. Tapi yang pasti sebelum tengok wayang jam 1035pm nanti kami nak sisip pepermint tea 1 pot.

Sunday, January 12, 2014

Medela, Autumnz At One Baby World

Dengan berpandukan majalah PaMa edisi January 2014, aku dan Zcat ke One Baby World untuk mendapatkan barang keperluan bayi dan ibu pada harga yang murah. Sempat juga aku tunjukkan pada kawan di ofis yang dah berpengalaman membeli barang bayi.

Mula2 pergi 1 January kedai tutup di Taman Permata.  Kemudian 11 January cuba pergi di cawangan Shah Alam Seksyen 13. Oh buka. Muka happy. Kepenatan balik dari maternity check up, tetap aku nak pergi juga.

Kalau mengikut majalah tu harga jualan amatla berbaloi selepas diskaun dan hadiah sampingan. Aku cari2 kat rak macam takde je.. alamak dah habis ke... rugi besar ni. Selepas bertanya rupanya mereka akan ambilkan satu2. Bukan dah dibungkus siap2. Oklah...

Aku rasa kalau orang tak tahu yang OBW ni tengah buat sale mesti mereka rasa rugi. Sale sehingga 31 January 2014.

Nilai barangan yang kami beli tu mencecah lebih RM2800. Tapi kami hanya bayar RM1370. Breast pump Medela je dah RM1499. Kan untung tu. Yang lain aku tu harga pun ratus dan puluh la. Pembelian ini termasuk sterilizer, ice pack, 10 botol penyimpanan susu, beg botol, breast padding dan nursing bra.

Hadiah sampingan insuran Zurich bernilai RM10,0000 tapi aku belum daftar online lagi. Ada receiving blanket, drying rack dan voucher. PWP lebih RM100 dapat pula beli barang2 lain dengan harga murah. Erhhhhh...

Oh dah beli lebih RM500 boleh jadi ahli dan dapatkan diskaun 25% untuk next purchase. Tapi kena daftar online dan lepas 3 minggu baru aktif. Untuk lebih lanjut dapatkan majalah PaMa bulan Januari ye. Sebab aku tadi baru pergi Manjaku di Bandar Baru Bangi memang tak dapatla harga penjimatan tak ingat ni..

Yup jadi rambang mata tengok barang. baby ni. Haha. Itupun sempatla aku beli lagi sikit barang untuk dibawa dalam beg pergi bersalin nanti.

Hmmm masih ada list belum beli. Tapi hari ni baru basuh pakaian baby. 

Saturday, January 11, 2014

2nd Time Maternity Appointment

Ni kali ke-2 aku jumpa Dr. Noraini, seorang doktor pakar di Hospital Az-Zahrah. Appointment jam 10 pagi, kami sampai jam 8:30 pagi.. dengan harapan cepat dapat jumpa doktor dan cepat balik.

Bacaan BP agak tinggi. Aku tak dapat tidur semalam. Sudahnya aku bangun melipat kain dan mencari sijil nikah. Nanti nak daftar anak semua nak kena guna.

Jam 10 pagi memang baru dapat jumpa doktor. Semua ok. Baby dah 1.95kg. Aku punya berat dah 75.5kg. Oh oh ada 2 bulan lagi ni sebelum bersalin. Sekarang minggu ke-31.

Tengah syok doktor scan aku dia dah terbagi tahu jantina baby. Padahal aku nak surprise.  Oh takpela.. Allah dah suruh sedia je kot. Begitulah Zcat memujuk diri. Apa pun tetap rahsia... sebab Allah tu Maha Kuasa.  Apa pun boleh jadi. Yang penting kami sihat, selamat, dan mudah bersalin. Itu lah doa hari2.

Lepas tu kami pergi makan kat Shah Alam sebab nak beli belah barang bayi kami di One Baby World.

Belian kali ni ialah breast pump set. Story will be covering tomorrow la. Sebab tak belek lagi barang-barangnya. Yang penting dapat jadi ahli..hehe.

Ok beli barangan baby memang seronok. Semuanya comel2. Harga je yang kena timbang tara. Pastikan tak membazir.

Friday, January 10, 2014

Dilemma To Be Fully Housewife Or Earn Salary From Work As Usual

Dilemma To Be Fully Housewife Or Earn Salary From Work As Usual

Its been around my mind over the months. It started when i was confirmed pregnant my first child.

Discussed with Zcat, he giving me green light to be fully housewife.

Stressful come and go when you work with idiots. The people who reject other advise to follow the standard procedure. Add some emotional feeling with professional thing.

Really.. i rather keep an eye for my family needs than the documents that messed up by "forgot" excuse.

Being scolded for something that I don't handle it really make me sick.

Thursday, January 9, 2014

Jantina Anak Pun Jadi Bahan Betting

Disebabkan aku tak mahu tahu jantina anak yang dikandung, adalah 2 orang kenalan Cina ni nak bet anak aku jantina apa. Tak tahulah berapa jumlah diorang bet. Ada aku kisah?

Masa aku beli kereta dulu pun ada juga Cina yang aku kenal beli nombor plat kereta aku. Haish.. kalau dah kaki judi tu... memangla...kan..

Cerita ofis hari ni kami bertungkus lumus sangat la kan untuk audit 2013 bermula esok. Good luck to myself for interco balance. Haha every year pun problem kat jurnal payroll. Menyampah betul.

Nasibla kalau auditor tak settle kalau time aku nak melahirkan anak dah tiba. Lagi pula ex boss nak kena pindah department. Memang nganga sikit kot manager baru tu nanti.

Makan malam hari ni beli kat pasar malam je. Bihun sup, apam balik extra manis, putu buluh dan buah duku kegemaranku..hehe.

Wednesday, January 8, 2014

Manager Baru Dah Start Manage

Hari ni bos lama dah tak mau terima dokumen dan cek yang aku buat. Kena bagi manager baru. Oklah. First day aku memang tak dak apa nak cakap. Aku akur dan ada juga mempertahankan pendapat aku sendiri. Haha.

Hari ni juga aku cakap dengan bos aku tak mahu pergi bank dah. Tapi pergi cari makanan aku tak kisah. Hahaha. Kaki bengkak okay. Sandal aku saiz 8 sekarang ni. Bunting padi pun dah jadi macam ubi kayu je betis aku ni ha.

Balik kerja Zcat jemput. Yay. Masuk ikut KLCC dan sampai rumah sebelum jam 7 malam. Wah awal ok.

Lepas tu duk makan aiskrim.

Malam ni kami makan nugget yang dibakar je.

Tuesday, January 7, 2014

Koleksi Tin Oreo

Hari ni jalan dah jammed. Tapi sampai tetap awal. Sampai je potong buah. Nomnomnom.

Lepas tu bekerja dengan slow sebab tak larat.  Kaki dah bengkak..

Seorang admin dipindahkan secara tiba2. Manager baru dah masuk. Boss aku belum pindah. Bilik dia tak siap lagi kat tingkat 17 nun.

Petang hujan. Balik naik monorail. Semasa tunggu aku dan kawan2 kat belakang sekali beratur. Bila  monorail datang, polis bantuan bagi aku pass semua orang untuk duduk. Oh terima kasih sangat..

Sampai BTS renew Cosway VIP member card. Masuk Cold Storage beli bahan nak buat sandwich. Jumpa la tin bas sekolah oreo. Yay! Tin sebelum ini beli di The Zon, JB.

Malam Zcat buatkan sandwich.  Sedap.  Thanks sebab melayan I.. huhu

Monday, January 6, 2014

Hadiah Terawal

Hari ni pergi kerja jalan masih ok. Sampai dalam 20 minit. Lepas tu lift rosak pulak. Ada 3 lift je untuk ke tingkat aku bekerja. Rosak 1 tinggal 2. Alhamdulillah tak perlu tunggu lama.

Kerja macam biasa. Nak filing pv tak mampu je... buat yang senang je.

Pergi bank, masih ada kumpulan pekerja atau bekas pekerja bank yang masih membuat demonstrasi bantahan. Dah hampir sebulan. Last week je takde.

Balik kerja lapar makan Nando's.

Balik rumah buka hadiah dari mak untuk bakal anak. Tak tahu semuanya dari mak atau ada campuran dari Kak Ted. Apa pun terima kasih.

Minggu ni plan nak basuh baju baby. Hari ni baby asyikla bergerak. Aktif sungguh. Ada pulak kawan cakap aku maybe bersalin awal. Adeh deh deh... macam2 perasaan bercampur baur.. semoga semuanya dipermudahkan Allah.  Amin.

Sunday, January 5, 2014

Johnny Rockets Hamburger, The Curve

Hari ni tido lepas subuh lena betul. Maybe kepenatan pasal check up semalam.  Bangun je lapar makan 2 biji pisang.

Lunch di The Curve.  Layankan permintaan adik ipar. Kena beratur.  Mujur kejap je. Harga makanan agak mahal. Tapi ada hiburan sikit. Pelayan menari ikut lagu dimainkan hehe. Most pelayan adalah Pinoy.

Selepas tu shopping sikit di Daiso. Belilah mak nenek barang rumah. Kemudian balik dan tido lagi. Uish ngantuk aja. Cuaca pulak mendung je..

Malam kami ingat nak ke Showru tapi dah takde!!! Semua gerai hilang! Macam ada apokolips pulak! In the end makan di Jemari je. Dekat area Giant Kelana Jaya.

Balik rumah hujan lebat..sangatt...oklah apa lagi good nite jelah..

 

Saturday, January 4, 2014

2nd Time Buat Ujian Gula Dalam Darah

hari ni buat ujian darah lagi. 4x. pagi2 keluar rumah ke Hospital Az-Zahrah, Bangi. naik lift, tiba2 itulah servis akhir. sebablift nak dibaiki 2 hari. sedihla sikit konon nak kena naik tangga turun tangga ambil darah kat tingkat 2.

first ambil jam 830 pagi bacaan 5.3. okay...semalam last makan burger kambing, ice lemon tea dan kentang goreng.

second jam 1030 pagi bacaan 5.2. aku breakfast makan nasi lemak telur mata dengan teh tarik. lepas tu pergi rumah kak pa. ngantuk.

thrid time jam 630 petang bacaan 7.3. aku lunch nasi putih dengan soft shell crab with salted egg dan brokoli. air ribena special. ada buah-buahan di Homst, Bangi Gateway. sedapp woo.. pastu balik puchong ngantuk gila tidur sampai petang,

dah ambil darah petang tu aku makan dimsum dengan spring roll kat Restoran Mohd Chan di Bandar Baru Bangi. kenyangnya. lepas tu pergi lepak rumah fairuz sampai jam 10 malam. banyakla mak nenek soalan pasal baby, suntikan, barang baby, tukang urut, jamu dan sebagainya persediaan nak jadi mak-mak ni. haha.

jam 1030 malam last bacaan 5.1. uhoooo... jadi aku tunggu jelah next appointment dengan Dr, Noraini. dan dan je lepas tu aku lapar makan roti  Gardenia sampai 2 bungkus. lapar betul.lapar jenis tak boleh tahan.

Friday, January 3, 2014

Fuel Shack At KLCC

Pagi ni sempat buat kopi untuk Zcat dan susu kambing + madu untuk aku. Zcat sempat masak nugget untuk aku. Dibakar as usual.

Ke tempat kerja sangat la lapang jalan tu. Sampai ofis aku buat lagi 1 mug teh dan makan nugget.
Tiba2 dapat call dari Nazri nak suruh aku turun GF ambil nanas Sarawak yang aku kirim. Ada 5 biji. Oit patutkah aku makan sampai 5 biji kalau nengidam pun. Lagi sebiji- biji dah 2kg. Akhirnya ada gak yang berjaya dipujuk untuk beli nanas. Yalah nak naik tren lagi...adusss...dahla bau manis semerbak. Ambil letak kat pantry. Sudah berbungkus siap dengan harga. Hehe.  Oklah aku bayar RM6.90 untuk 2.3kg.
Buat kerja itu ini dah petang. Hujan lebat. Aku call Zcat. Macam mana ni ada nenas dan hujan. Ok Zcat datang ambil. Lewat sikit. Aku pun relax je sambung buat report ageing.  Last week cuti seminggu.  Ambik ko 2 minggu punya report aku pulun.

Kemudian kami terus ke KLCC. Aku lapar macam gila tiba2. Nak makan burger yang orang beratur panjang. McDonald's tanak pandang you... baby nak makan burger kambing..

Pusing2 cari tempat duduk dan omnomnom.  Bahagia betul.  Harga RM14 campur RM2 dapat air dan fries. Wehooo.

Burger ni memang sedap gila ok. Macam nak lagi je.. nak try resipi yang lain pula. Yums! Happy.

Thursday, January 2, 2014

Karipap Emak

Semalam tak nyenyak tidur. Pagi mengantuk sangat. Jam 7 pagi lapar sangat. Zcat masakkan nugget dalam oven. Bakar. Sedap.

Pergi kerja settlekan kerja tertangguh. Bos dah cakap next week kami dapat bos baru. Okay. Aku kenal orang tu. Bos aku naik tingkat atas.

Aku juga pulangkan appraisal form dan MC kepada yang patut.

Petang mak called suruh datang.  Mak masak banyak.  Ok lepas kerja kami datang. Ingat jalan lapang. Masuk KD je dah 50 minit buang masa. Jammed gila.

Sampai rumah solat maghrib dulu. Pastu nomnomnom. Kenyang. Dah serupa ikan buntal. Haha.

Wednesday, January 1, 2014

1 January 2014 Wednesday - Cash Voucher Isetan For Today Only

Hari ni cuaca panas kan. Pagi aku bangun masak roti celup telur omega. Kenapa telur omega? Sebab lebih berkhasiat.

Lunch makan di Restoran Nasi Ayam Damansara kat Ampang Point.

Kemudian ke One Baby World di Taman Permata. Ingat nak usha stroller dan breast pump tapi kedai tutup pulak.

Kepanasan kami ke KLCC nak minum air jus sedap.. Boost. Layan sampai brain freeze beberapa kali.

Masuk Watson sebab nak beli air untuk lenses. Aku prefer guna brand Alcon. Sebab sesuai dengan lenses dan mata aku. Tak mudah kering. Lembab je. Tambah la shavers.  Ingat nak beli razor dia je sekali harga mahalnya. RM35 untuk 4 katrij! Last aku beli yang pakai buang tapi still brand Gillette Venus. 3 dalam RM20. Dan beli juga lip balm brand Mentholentum RM14.

Masa balik lalu Isetan nampak lenses yang aku pakai Air Optic by Ciba Vision 4 kotak RM180. Boleh pakai 6 bulan. Terus masuk kedai. Lagi la yang aku tengah pakai ni the last pieces. Harga sekotak sebenar RM69. Kan dah jimat RM96!

Lepas tu girl yanv layan aku tu cakap hari ni dapat cash voucher RM5 untuk pembelian RM100. Hari ni saja.. untuk member. Sudah aku pun pergi mencari barang lagi untuk cukupkan dapat RM10 cash voucher.

So ke supermarket cari susu dan kopi CBTL untuk Zcat. Happy dapat vouchers! Actually ada lagi benda menarik kat Isetan ni. Ada mystery bag! Tapi tak join pergi beli sebab Zcat dah pening. Kesian dia dah pening 4 hari dah. Makan ubat tapi perlahan je progress.

Last kami balik rumah je. Oh AKLEH pun bagi diskaun 20%. So tol hari ni RM1.20 je. Parking pun patut dapat diskaun tapi sebab dah guna TNG tak dapatla claim. Best pula shopping kat Isetan hari ni.