In

Stroller, Carrier Dan Moses Basket

Alhamdulillah dengan perasaan yang sihat dan tak sakit2 sangat dah kami ke Setia Alam untuk ke Whizz Kid. Sebab ada offer barang baby.

3 benda ni memang dah berbulan rancang nak beli.  Cuma tunggu the best price we can get.

Ketiga-tiga barang ni memang totally idea Zcat. Dia yang nak brand ni, dia yang nak bayar pun. Katanya tak kisah asalkan tahan lasak untuk anak kami.

Ok Moses Basket tu tiba2 je teringin walaupun tahu penggunaannya takkan lama. Katanya senang nak angkut ke mana2. Tapi kaki takde. Kena beli asing. Dah survey ada di jual di Mother's Care. Paling tinggi boleh guna 4 bulan kot. Kenapa tak beli baby cot? Sila tanya Zcat. I temankan je. Sebab beli barang baby ni memang best kan.

Quinny xtra zap2 dipilih sebab boleh lipat sekali dengan tempat duduk. Model sebelum ni tak boleh. Lagi jimat space. Boleh guna sehingga berat mencapai 18kg. Yang penting muatla dalam kereta Myvi.

Carrier Quinny maxi cosi sebab boleh jadi rocker dan boleh dipasang ikat pada seat kereta. Tapi penggunaan setahun je. Tapi bagi kami worth it la senang nak angkut baby yang kecil dan boleh letak kat stroller.

Berapa harganya? Sebab tawaran menarik la Zcat beli. Harga asal stroller RM2299. Carrier RM999. Moses Basket lak RM289. Gila... aku memang tak mampu la nak bayar. Harga selepas diskaun memang rugi kalau tak beli. Stroller dan Carrier tu jadi RM2299. Moses Basket tu jadi RM199.

Tak sure bulan Mac ada lagi tak offer macam ni. Oh ya jaminan setahun. Gambar? Malas nak snap. Hehe. Apa pun aku pilih warna merah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Rasa Lebih Sihat

Setelah mengurangkan pengambilan dos ubat darah tinggi kepada hanya 2 kali sehari, aku rasa lebih sihat. Takdela sepanjang hari nak tidurrrrrrr je.

Alhamdulillah berjaya khatamkan Al-Quran sebelum bersalin. Lega sebab janji telah ditepati.

Malah sebelah malam aku boleh pula nak ikut pergi makan jauh. Ke Chilli's Ara Damansara.

Dah siap makan baru terfikir nak ke Wondermilk. Kedai pun dah tutup. Tak dapatla makan biskut Arab yang sangat sedap tu. Walaupun harga macam overpriced. Almond Snap or Kopi Cap Rusa pun tak dapat dibelikan untuk Zcat.

Terima kasih pada mereka yang sentiasa mendoakan untuk aku. Hilang stress memang turunla kadar ketinggian darahku.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Nando's At Home

Kerana aku yang dah makin tak mampu nak gerak jauh ni maka biarlah Zcat buat panggilan je. Biar makanan datang rumah.  Bukan kami yang keluar cari makanan.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Rutin Harian

Sejak di diagnosis ada hypertension, hari2 aku kena ambil bacaan tekanan darah. Kadang tinggi kadang tinggi sangat. Itu pasal dos dari sebiji jadi 2 biji untuk 3 kali makan.



Makan ubat ni pening kepala makin menjadi. Rasa macam berpusing duniaku. So terlentang terlepek je atas katil.

Zcat pun mc hari kedua dah. Kesian juga pada dia. Nak jaga aku, nak jaga diri sendiri. Apapun aku bersyukur sebab bukan teruk benar keadaan kesihatan kami berdua. Ujian Allah harus dihadapi dengan sabar dan redha. Banyakkan la baca surah Al-Insyirah ataupun Alam Nasyrah. Fahami maksudnya. Itulah yang afdhal.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Solat Orang Tak Sihat

Sejak kena hypertension ni aku memang banyak solat diri waktu baca fatihah dan rukuk pun masih mampu. Tapi bila time sujud aku duduk atas birai katil sebab aku akan pening sangat bila bangun. Tambah pula tangan kiri tak mampu nak tanggung berat badan. Sakit sangat. Sebab tu bila baca blog kak cik pasal dia jalani pembedahan, aku pulak fikir lagi bukan2.

Kadang terfikir adakah sebab dah lama tak sujud dengan sempurna maka sebab itu darah tak masuk kat bahagian otak yang sepatutnya. Atau sebab dos tambahan? Atau timing makan tak betul. Time ambil ubat tak cukup 8 jam sekali? Atau masih terfikir hal2 kerja di ofis. Kerja nak baring je sekarang. Ya Allah mudahkanlah proses ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Makan-makan Selagi Boleh

Kalau ikut hari cadangan doc untuk sku dipaksa bersalin adalah seminggu je lagi. Tapi kalau Allah dah tentukan lebih awal bagus juga. Hehe.

Hari ahad masih di Ampang. Sarapan pagi di Kedai Mak Jah kat Ampang Jaya. Boleh pula order sekeping je roti canai. Itupun atas ihsan aku pregnant. Kalau tak semua dah ditempah. Maka pekerja yang baik hati buatkan juga sekeping untuk aku. Alhamdulillah.

Lepas tu aku mengemas beg la. Katanya nak berpantang di Puchong. Aduh banyak pula mak nenek nak kena angkut. Lepas penat tidur kejap pastu pergi makan di Dapur Penyet. Tak kuasa nak pergi jauh2. Senang kat area Bandar Baru Ampang banyak kedai makan sedap. Yang penting ber-aircond.

Lepas isyak baru balik Puchong. Terus ajak Jija pergi dinner sekali. Nak ke Chillis macam tak sempat dah jam 9:40pm walau kitchen closed jam 10:45pm.

Sudahnya ke Murni Bukit Jalil lagi. Layan walaupun fish and chips potongla malam tu. Tak habis makan. Zcat tolong habiskan.


Makanan semalam di Bandar Baru Bangi lebih menarik. Lupa pula nama kedainya.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Check Up Paling Lama

Week 37. Pagi2 datang dari Ampang. Sampai jam 830am. Ambil no 9. Pastu pergi makan kat kedai hujung roti kosong dan milo kosong. Tambah teh o ais. Pagi sebelum keluar rumah dah minum segelas susu strawberry.

Elok lepas balik breakfast no naik ialah 7. Wah aku belum buat urine test.  Baik cepat buat kalau tak kena skip. So ambiklah ujian tekanan darah, timbang berat & urine.

Dah jumpa doc Noraini kena scan macam biasa. Bacaan tekanan tinggila pula. Dah kena makan ubat darah tinggi. Ambil dos sehingga 500mg.

Fine lepas setengah jam jumpa doc lagi. Tinggi juga dalam 158. Sudahnya doc nak tengok if ada jalan keluar sudah terbuka. Arghh aku pula yang tinggi tertekan. Doc kata belum buka. Fine kena ambil kiraan denyutan baby pula.

2 kali ambil, first baring terlentang. Bacaan agak bahaya. Bila mengiring dah ok balik. Jumpa doc lagi. In the end dia suruh datang lagi waktu malam untuk ambil lagi sekali ujian denyutan jantung baby. Nurse pun tanya kurang air. Doc cakap khuatir baby lemas. So cadangan bersalin jadi lebih awal. Maybe kena induce, epidural, worst kena potongla.

Ya Allah berdoa la sebanyaknya. Pujukla baby ni. Minum air sebanyak mungkin. Ke tandas takyah cakapla berapa kali.

Malam datang jam 10pm. Pun baring melentang dan mengiring. Akhirnya bidan cakap ok boleh balik tak yah masuk wad. If tak aku dah bersalin esok. Which is mentally belum bersedia.

Jadi cuti yang diambil seminggu nanti nak relax je. Doc bagi tarikh masuk wad 3 March. Esoknya diharap bersalin. Ya Allah permudahkanla proses bersalin ni. Biarlaha normal. Biarlah semua selamat dan sihat. Amin.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Potong Rambut Gaya Miley Cyrus?

Musim panas February tahun ni memang meresahkan. Rambut aku memang pendek. Ngam2 je kat leher.  Kalau berpeluh kat situla paling hangat.

Sudahnya tak tahan pergilah kedai gunting rambut di Bukit Indah. Sampai situ je nampak model potongan rambut pendek terus nak style tu.

Balik rumah, Zcat cakap rambut style Miley Cyrus. Aku pulak perasan rambut gaya Bunga Cinta Lestari waktu dia mengandung dulu. Ahaha. Lantakla yang penting rasa ringan je rambut.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Majalah Pa&Ma

Sejak dah besar perut ni baru terhegeh2 cari bahan bacaan dengan kehamilan, anak dan yang berkaitan.

Baca kat website kecik je rasa kalau dari screen handphone. Kalau beli majalah boleh belek banyak kali. Tak perlu risau kepanasan handphone akibat terlalu lama online.

Selalu jadi rujukan ialah kedai yang jual barangan bayi. Tengok diskaun best je pergi terjah.

Teringat lak dulu2 masa nak kahwin tiap2 bulan beli majalah Pengantin. Buat hantaran gubahan sendiri. Dah habis majlis kahwin semua majalah dah tak ambil peduli. Hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Tukar Kad Ahli Watsons

Dah tukar kad ahli Watsons yang baru? Aku dah. Bayar RM6 je. Kemudian akan diberi kad baru yang juga ada kemudahan untuk menggunakan touch n go. Tapi jangan lupa activate kan dulu sebelum guna.

Aku sendiri belum aktifkan touch n go tu. Sebab aku masih ada kad touch n go yang lama. Nak buat pengaktifan pun nak kena baca betul2. Kang hilang balance duit dalam kad lama rugi juga.

Yang aku dah aktifkan cuma kad Watsons dan balance point dah selamat dipindahkan.

Selamat menukar kad baru. Ada point tambahan 2x ganda sekiranya membeli barangan jenama Watsons itu sendiri.

Yang penting kad baru lebih fresh dan cantik!


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Emergency Leave

Ah sudah EL pula hari ni sebab aku rasa tak sihat. Zcat cakap takyah ambil mc la.. dia pun pergi jumpa doktor dia kat Bandar Tasik Selatan tinggalkan aku sorang2.

Duduk rumah nak terbaring je tak boleh jadi juga. Ada jelah kerja rumah nak buat yang mampu. Basuh kain lipat kain itu jelah. Lunch makan di Asia Taste kat Axis Atrium sedap sebab dimasak panas2. Erm beranganla nak masak style macam tu untuk Zcat satu hari nanti.

Malam makan bua-buahan je. Kenyang. Lepas tu ngadap toilet ajelah...huhu

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Tertangguh

Lama dah tak jumpa mak. Selalu mak panggil datang makan time tak kena. Hari ni gagahkan juga walaupun pening kepala dah separuh hari.

Mak jamu nasi lemak dengan sambal udang. Lepas tu aku terus tidur tak mampu dah tanggung azab.

Lepas isyak balik mak tak lupa bagi buah tangan. Aku bawa par tingkat mak dan setokin lutut. Tinggal tak sempat belikan kurma je.

Aku ni dah kira menunggu hari je. Penat ya sangat. Apa pun baby aktif macam biasa. Hai anak nanti dah keluar ke dunia tak boleh masuk dalam perut dah..

Penatnya kerja hari ni. Letih dengan orang yang macam tak faham aku ni tak larat berfikir panjang dah. ..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Brunch At Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur

Yeah i know... 36 going to 37 weeks..but i got invitation to attend this brunch meeting at level 38.

Zcat and friends brunch meeting. Yeah. Lots of laugh and also all the rewind stories of how their relationship growing until today.

So we the ladies just listening to the our chairman today, Dato' Hazani telling the stories. Add on by fellowship of the table attendee.

We talked we ate we laughed we talked back we ate over and over again until our stomach fully reserved.  So just imagine my stomach with fetus inside.

So the best dishes goes to oyster from Ireland. Just landed yesterday at 11pm. Warghhhh.....

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Murni, Bukit Jalil

Ok ni branch Murni paling dekat dengan rumah. Orang penuh sebab ada bola. Biasala.

Aku makan Nasi Goreng Beckham dengan air I Miss You. Which ia nasi goreng tu ada ikan masin sebenarnya. Sosej cheese dan ayam. Air tu pula ialah gabungan passion fruit soda dan laici. Yums.

Makanan aku paling awal sampai. Makan jelah. Selalu portion besar tapi malam ni dapat just nice. Ehehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Taska Ke?

Hahaha. Lepas check up datang rumah kak pa. Belikan aiskrim nak bagi anak2 buah makan. Nak jumpa kakak seorang yang turun dari KT tapi dia pergi merayap pula.

Eh banyak pula budak kecil kat rumah.  Ada tambahan. Last Wednesday datang  takde pun...

Dengan anak kak pa sendiri ada la Ayub dan Yuhana. Anak kak ma pula ada Fatimah, Abdullah & Sofiyah. Lepas tu baby kecil dan kakak dia yang tak mahu ke sekolah.

Warghhh.... kesian kak pa. Tapi kak pa ni memang relax dan cool je. Tetap dijaga macam biasa. Yelah sendiri anak ada 9 orang. Nasibla budak2 ni tak buat perangai sangat.

Aku lak sampai2 terus bedal aiskrim. Haha. Pastu baru tengok budak2 ni.

Wargh kempunan juga nak ambil Yuhana jadi baby sitter sementara dia dipanggil kerja. Anak buah seorang ni jadi kebanggaan kami semua. Bakal bertugas menjadi doktor gigi. Memang ya ampun lamanya dia belajar. Umur nak masuk 26 tahun dah.

Lepas dah borak sikit kami pun balik. Sempatla ambil gambar kanak2 riang kat rumah tu. Aku pun happy je lepas tengok budak2 ni. Lain sungguh perasaan lepas dah mengandung 9 bulan ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Hype Again

Today is not good. My blood pressure reading is 147. Aish. Was really regret with the food consumed yesterday.  I even don't have so much energy to going out.  But now my stomach getting keroncong.

I even to drink milk or sandwich or waffle or anything to eat.

I need to eat.

Yup. So hungry. Last foodies consumed at 4pm.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

BSP 12 FEB 2014

Dah lama tak buat ujian bsp. Atau blood sugar profile. Kali ni hari bekerja jadi nak ke Az-Zahrah tu agak jammed.

Lepas jam 8pg makan lontong. Lepas jam 12 tengahari makan ayam nandos. Lepas jam 6ptg makan roti. Final jam 10mlm ha ko 6.1 bacaannya. Sila ngadap gynea Jumaat ni. Abis... paling tinggi. Sepatutnya tak boleh lebih 6. Pastu pujuk diri sendiri ada kawan kena 8. Eh dia takde hypertension ok.

Sudah. Itulah pergi lagi minum jus skala besar kat Gloria Jean's tadi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Kisah Hypertension, Mimpi, Dan Panas

Bacaan sampai 170 masa mula2 dikesan di Klinik Mediveron. Surat rujukan dikeluarkan untuk Hospital Ampang.

Masa tu pula aku baru lepas lunch makan daging salai dan udang masak cili di Restoran Rose 911. Ermmm memang bagusla itulah last makan daging woi..

Tapi aku tak ke Hospital Ampang. Sebaliknya aku ke Hospital Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi sebab lebih mudah. Gynea aku kat sana.

Bila dah di sana MO ambil tekanan darah masih tinggi.  Urine test menunjukkan kehadiran adanya darah tinggi. So kena masuk wad. Diorang juga bagi makan sebiji pil darah tinggi sementara menunggu nak masuk wad.

Deposit nak masuk RM1000. Uish agak besar. Zcat dah tanya pula bagaimana kalau nak ke hospital kerajaan.  Maka MO buat beberapa panggilan.  Tapi tak berjaya diterima kes sebab bayi dah lebih 2.5kg jadi tak kritikal.

Akhirnya masuk jugalah wad dan bayar deposit RM1500.00 Zcat dah pening if kena wad 2 hari. Erk erk...

So sepanjang duduk wad, tekanan darah diambil. Urine, darah, dan suntikan untuk mematangkan paru2 baby dilakukan.  Doc Noraini hanya datang esok paginya jam 730am. Jam 10am baru result keluar.

Aku dengar jelah akibat dari hypertension ni. Ibu boleh kena sawan, baby boleh lemas dan mati dalam perut.  Jadi doc cadangkan aku lahirkan anak minggu ke-38. Kalau tak aku akan kena induce. Aishhh.

Maka hari2 la berdoa semoga baby kami selamat dilahirkan.  Secara normal dan kalau boleh tak perlulah forceps ke induce ke or kena potong ke. Jadi sila belajar cara2 nak melahirkan anak. Which hakikatnya sampai sekarang aku belum layan video untuk lahirkan anak. Kelas tak pergi kan. Pemeriksaan je buat.

Maka mc 1 minggu diberi dan doc mahu aku rehat je. Adus. Aku ni pulak banyak fikir pasal kerja. Biasalah kawan2 ofis tanya dah bersalin ke. Yelah dah admit kan. Nasibla eaoknya dah boleh keluar. Tinggal jaga makan dan rehat secukupnya.

Ahad aku balik Ampang dan bagi pada Ping surat dari doc. Kang ofis ingat aku saja nak mc. Hakikatnya memang tak sihat weii..

Panggilan dan mesej dari rakan ofis fasal kerja aku jawab sikit2 je. Dengan cuaca panas aku nak berfikir banyak pun dah pening. Nak suruh lagi ingat pasal kerja..adehh.

Tidur pun terganggu dengan mimpi yang tak berkesudahan.  Sehingga letih rasanya sebab otak aku just like non stop berfikir. Mimpi pula pasal ahli keluarga kerja dan rakan sekerja.  Aku berharap untuk tidak bermimpi sebab penatnya setelah bangun.

Musim panas yang semacam tahun ni menambah ketidakselesaan mengandung.  Panas jadi double la. Kipas siling dan berdiri dibuka. Still berpeluh2.

Air sejuk minum berbotol2. Diselang seli dengan air jus.. wah datang gila aku nak makan aiskrim dan minum air gas je...

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Baci Citta Mall

Hari yang masih panas. YA Allah turunkanlah hujan...

Pagi2 rutin ambil blood pressure. Alhamdulillah ada penurunan sikit.

Lunch di de arab cafe. Agak kecewa sikit.

Dinner di Baci. Yums. Actually pergi sana nak beli kuih di Wondermilk. Kuih yang aku nak dah habis pula.

Layan Baci.








Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Kek Kahwin Kami

Hehe. Dah setahun lebih kek ni tersimpan dalam peti ais. Sungguh aku baru tahu ia disimpan begitu lama oleh Zcat. Hari ni baru nak buang. Semua gara2 nak bersihkan peti ais. Semuanya sebab nak bersihkan rumah. Nak menyambut ahli baru keluarga tak lama lagi. 2 atau 3 minggu lagi. Aku memang dah tak daya nak kemas.

Kali terakhir aku kemas kemudian aku sakit. Ok dah sarat buat jelah gaya mengandung. Tak payah nak menunjuk hebat sangat kalau dah termengah-mengah lepas tu kaki bukan main gemuk. Hahaha.

Ok nak ucap selamat tinggal pada kek kahwin kami.



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

35 Weeks

Lunch di Ayam Penyet AP Mydin Mall. Kemudian mencuba minum coconut shake Teabag. Ermmm memang sedap. Lagi2 ditambah aiskrim.


Pastu aku duduk je menunggu Zcat dan Jija shopping.  Eh terasa pelik sebab aku tak pernah duduk menunggu orang shopping. Tapi disebabkan kaki aku bengkak duduk jelah ye.

Balik rumah dah penat. Nak baring je. Bila rehat sikit bahagaian anggota badan yang bengkak akan surut sikit.

Malam makan di Restoran Risyadh je. Pastu balik Ampang. Ambil baju. MC seminggu. Nak duduk Puchong je. Sejuk sikit.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Happy

Dah balik rumah. Masuk bilik je dah berkemas.!!! Zcat dah mop dan vacuum.

Mc seminggu. Ya seminggu. Gynea suruh duduk rumah diam2.

Auditor? Good luck!

Report weekly pada manager? Hope you can settle it.

Penyakit apa? Sehingga minggu depan final result baru reveal la. Yang pasti aku sangat memerlukan rehat. Kerana kaki dah bengkak2. Dan tak boleh pressure.

Happy kan dirilah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Tidak Bekerja Kerana...



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Cucu Saudara Terbaru

Hari ni isteri anak buah bersalin. Anak perempuan. Nama pun sudah diberi. Nurul Fatihah binti Muhammad Illyas.

Last 2012 masa resepsi kami, Illyas yang bacakan doa. Februari 2013 dia berkahwin dengan pasangannya Maryam ketika cuti tahun baru cina.  Kami tak dapat hadir sebab berada di Pulau Perhentian.

Ini adalah cucu ke-8. Tunggu ada lagi 2 bayi akan dilahirkan dalam tempoh sebulan ni. Semoga selamat semuanya.


NURUL FATIHAH 2.8kg. Dilahirkan secara pembedahan. Due date 29 Januari.  Tapi baby ni dah janji nak ke dunia 5 Februari.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Makan Bersama2

Mak mertua dan pak mertua sampai dari Ipoh hari ni. Untuk rawatan susulan di klinik Putrajaya esoknya.

Malam kami berjumpa di KL Sentral. Selepas maghrib kami makan di Chicken Rice Shop. Sambil tunggu makanan sampai, mama keluarkan buah rambutan yang dibawa dari Ipoh. Kami pun ngadap..

Satu gambar pun tak ambil. Makan macam lapar sungguh. Lepas tu mulalah nak ke toilet. Masuk toilet berbayar. Sebab yang tak berbayar memang rasa azab.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

34 Weeks, Sambal Hijau, KLCC

Check up hari ni datang lambat untuk daftar. Sampai jam 9:20am ha dapatlah no 15. Dah nak jam 1 ptg baru settled. Baby sudah turun kepala. Berat sudah 2.59kg. Aku pun sudah 76.2kg. Wawawawawa.

Lapar terus pergi try tempat makan baru nak merasa. Sambal Hijau di Kg Sg Penchala. Punyalah panas dan penuh. Makanan dia biasa2 je. Air teh ais out.

Balik kami minum teh botol beli kat kedai runcit seberang jalan.  Lagi puas.  Nak singgah Melaka Corner kat 1 Utama tengok trafik macam azab. Terus balik rumah.

Malam pergi KLCC cari minuman gembira. Cuaca panas kan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Fabulous Mom - Survey Je Dulu

Ahad dengan lenggang kangkong kami pergi Tesco Puchong nak cari minyak baby seperti yang tertera dalam majalah PaMa bulan Februari.  Puasla pusing tak jumpa2. Last2 masuk Tesco beli lagi barang keperluan baby. Ok dah hampir complete.

Lepas tu ke Fabulous Mom berhadapan dengan IOI Business Park. Kena masuk sebelah IOI Mall la. Puas pusing sekali depan mata je. Di atas bengkel yang bertanda iklan Wiltek.

Sale ada sehingga 50%. Aku beli sehelai nursing shirt yang cantik. 20% off. Jadilah. Nak beli stroller masih lagi berkira.  Sale sehingga 9 February. Tapi ikut majalah sehingga 28 February. Tahla.

Pastu Zcat nampak Moses hanging basket cam berkenan. Tapi kaki dia tak jual. Alah nak kena tempah ke...

Bantal nursing isi tak best. Kena pergi Little Dje gak. Kekabu.

Malam pulak pergi Giant. Tapi kat sini tak beli barang baby.  Ingat nak beli hanging dryer je. Tapi hold la dulu.  Pastu nampak rak2 untuk dapur. Dah keje kami jadi mencanak harga je..aii macam2 nak kena beli...

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Kenduri Kahwin Ain & Pasangannya

Lama dah tak pergi kenduri. Last time bulan 11. Maka baju diulang tayang. Sebabnya dengan perut macam ni tak yah nak memilih sangat. Selagi muat pakai aje.


Majlis ni di area Gombak. Di Ideal convention centre. Dengan Waze, kami sampaila ikut LDP dan MRR2.

Sampai ngam2 je dengan rombongan pengantin laki. So tengokla dia kena tol. Pintu lak satu je kenalah tunggu dia masuk dewan baru kami dapat masuk.


Dah masuk tu nak cari tempat duduk makan lak. Agak kecil la ruang. Takpe orang mudah kasihan dengan perempuan mengandung ni. Dapat je duduk pastu pergi ambil makanan. Time Zcat ambil punyalah queue dah panjang.

Selepas tu barulah bergambar dengan pengantin. Ain ni ex staff Nadin. Beria dia cari aku nak bagi kad. Jadi tentulah berat dihati nak datang kenduri dia.

Ini jelah kot kenduri last before bersalin. Aku memang nak duduk aje...haha. tak mampu wei...



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...