Monday, March 31, 2014

Sembelit

Sembelit
Memang tak daya la kalau kena. Semasa mengandung, selepas bersalin pun kena. Cuma masa di hospital nak balik tu doktor bekalkan ubat dalam bentuk cecair. Dah habis makan ubat kena balik.

Untuk elakkannya banyak2la minum air makan serat seperti sayuran dan buah-buahan.

Lebih malang kalau terkena buasir. Sentiasalah mengemut ya.


Sunday, March 30, 2014

Mandi Wiladah

Mandi Wiladah
ok sebelum lebih lanjut aku taip, aku ambil pengecualian dulu. bahawa aku bukan ahli feqah wanita.

mandi wiladah setahu aku ialah mandi wajib yang perlu dibuat selepas melahirkan anak. jadi aku tentulah tak pernah praktis sebab tak pernah beranak sebelum ni. aku tahu mandi sebab haid dan junub jer..

sebelum tu nak bagitau, dalam kubur nanti perkara pertama yang ditanya ialah bab mengangkat hadas. hadas termasuk membersihkan diri selepas buang air kecil, air besar, kering darah haid, kering darah nifas, selepas bersalin iaitu mandi wiladah, berjunub dan keluar air mani. kalau dah meninggal jadi mayat, dah tentu orang lain yang mandikan kita, berdoalah agar mayat kita disempurnakan selepas meninggal kelak.

jadi macam kes aku yang bersalin secara pembedahan, hari pertama aku terbaring je atas katil sebab badan aku bertiub bagai. lagi dah tentu tak boleh mandi dan kencing pun bertiub! memang satu hari baring.

Jadi selepas seminggu aku pun mandi wiladah. Tapi aku terlupa tentang plastik yang ditampal pada luka pembedahan. Haha. Aku mengulang lagi sebab was2 minggu berikutnya. Mandi satu baldi besar air suam. Segar je. Lepas tu aku mandi lagi sekali sebab aku still was2. Ah sudah lepas tu aku takmo mandi wiladah dah. 3 kali semuanya selepas pasti luka telah dibersihkan dulu. Niat yang penting.

Sekarang tunggu nak mandi sebab nifas pula.

Saturday, March 29, 2014

Rindu Punya Pasal

Rindu Punya Pasal
Mak datang balik. Tapi kejap je. Bagi jagung rebus. Buah oren. Bakul untuk baju busuk Aqlan. Baju t-shirt 2 helai untuk aku. Termasuk surat cinta dari MARA untuk aku. Kenapa ek? Aku kan penjamin untuk adik aku. Uish...cepat bayo...orang suruh minta free tak mahu. Padahal jadi best student untuk course terakhir dia ambil. MICPA. Adik dah ada certificate sebagai Public Accountant. Aku? Aku tak pandai sangat la eh...hehe

Masa mak datang kitorang semua tengah tido. Sian mak aku tunggu lama kat luar.

Dah dapat masuk nak tengok cucu..cucu asyik menyusu je..dah lepas sekejap terus ambil peluk cium. Sayang beno...padahal cucu mak dah 51 orang. Yelah aku kan kawin dah lambat. Belajar lama. So nak enjoy jadi orang bujang pun lama. Dah kawin pun saja plan tak mahu anak cepat nak honeymoon manjang. At least kami sambut anniversary tanpa anak kat tangan. Ada kat dalam perut je time tu. Haha. Memang tak mahu bunting pelamin..bila dah pregnant pulak tak tahu. Alih2 dah 5 bulan. Sian anak kami...aku memang mak tak sedar...masih lagi nak lari2. Hehe.

Friday, March 28, 2014

Anak-anak Buah Dan Cucu Saudara Datang Menjenguk

Anak2 buah aku ada 50 orang. Cucu saudara ada 8 orang. Kalau nak campur anak buah susuan kena tambah lagi 3. Huish banyak kan.

Tahun ni saja aku dapat seorang cucu saudara, seorang anak buah dan aku sendiri mendapat seorang anak. Anak pertama.  Alhamdulillah.

Yang datang menziarah ni adik beradik Saadiah. Saadiah ni sendiri dah ada 4 anak. Adik dia Aiman belum ada rezeki lagi dan Jabir ada 3 anak. So bayangkanlah berapa ramai yang datang. Hehe.

Melihat anak buah lebih cekap jaga anak sendiri. Aku pulak masih terkial-kial nak jaga Aqlan seorang ni. Nak mandikan pun belum lepas. Hahaha.

Rumah kami takde makanan. Mama tolong buatkan air teh o. Zcat tolong order Domino's Pizza. Habis 5 kotak.

Gambar kenangan. Muka aku takde. Sebab aku memang selekeh time pantang ni. Haha. Aqlan pun takde. Sebab time ni aku tengah menyusukan dia. Boleh pula melalak minta susu time nak borak2.


Hadiah untuk Aqlan.  Terima kasihla. Untung Aqlan ni. Kecil2 dah ada anak buah sudara 8 orang. Hahahah

Thursday, March 27, 2014

Rindu Nak Pergi Pasar Malam

Rindu Nak Pergi Pasar Malam
Haha. Dah lama tak pergi weiii. Pasar malam yang aku selalu jejak pun kat Bandar Baru Ampang tu je. Ada hari Selasa dan Khamis. Tapi aku prefer Khamis sebab size dia besar so lebih banyak pilihan.

Selalu ke pasar malam ni aku beli bawang, kentang, sayuran dan kuih muih. Kuih yang aku suka lately beli ialah apam balik. Sedap tau. Tapi kena pandai pilih. Ada sekali tu beli kami nak extra dan suruh buat baru. Pakcik tu tetap suruh ambil yang dah buat siap2.  Zcat hangin betul. Sudahnya banned pakcik tu. So bila jumpa penjual yang lain kami dapat apa yang dimahukan.  Extra jagung kacang dan gula. Perghh RM3.30 je. Kan ke murah tu..

Zcat pula must buy items dia ialah tongkeng ayam goreng. Kalau dapat tu muka happy semacam.. haha.

Lagi satu yang kami suka ialah bihun supm pun sedapppp sangat.

Yang saling miss sekali ialah yong taufu.
Alahai abang yang jual tu kurus kering je. Selalu gerai dia sebelah kedai tudung. Last sekali kami cek pergi dah nal sebulan takde. Bayangkan kalau dah termasuk tempoh aku pantang ni pun dia takde. Kawan aku lah yang perkenalkan gerai abang ni. Mak pun suka. Zcat pun suka. Kami risau kalau abang ni orang dengki. Sampai tak boleh berniaga kan. Ada je kedai lain tapi aku takkan belinya. Baik aku pergi Kg. Pandan punya.

Lagi satu aku suka jagung rebus. Aku tak suka jagung bakar. Tapi rasa yang paling sedap kat Param depan UPM ke Uniten tah. Haha. Best gila.

Dah banyak pulak yang aku miss nak makan ya. Sabar jelah. Masa berpantang ada lagi lebih 3 minggu kot...huehue..  

Wednesday, March 26, 2014

Ulang Tayang Apa Aku Makan Masa Berpantang

Ni sebenarnya nak tunjuk kat Mimy. Walaupun aku dah wassap kat dia. So untuk lebih terang dan jelas. Untuk rujukan masa depan juga.

Susu kambing ni tak berbau. Masa pregnant lagi minum air ni. Bagus. Sepeket ada 10 bungkus. Harga asal RM19.50

Minum susu kambing dengan jus kurma. Memang sedap. Harga RM10

Ni laju je kat tekak. Ni akibat belah perut jadi makan. Sekotak ada 6 free 1. RM32.90 kat 99speedmart. Kedai lain mahal. 

Kurma juga. Untuk tenaga. RM39.90

Ni rupa air kurma

Jeli gamat. Sedap. Percayalah.  Pun sebab belah. RM69.90

Close up. Macam makan jeli je..



Tuesday, March 25, 2014

Dapat Gaji Tanpa Bekerja

Dapat Gaji Tanpa Bekerja
1st time. Yeah. Aku bercuti sejak minggu terakhir bulan Februari lepas. Kira2 dah sebulan. Today dapat gaji. Syok.

Disebabkan dah masuk ke Ambank kenalah buat urusan pindah ke RHB sebab kat situ aku guna untuk bayar kereta, rumah sewa, insuran dan bil2.

Ambank kad atm je. Takde debit kad so memang tak banyakla gunanya..aku prefer debit kad. Senang. Tapi dah duduk rumah ni belanja tak banyak. Kecuali beli barang untuk berpantang saje.

Monday, March 24, 2014

Keluar Rumah

Keluar Rumah
Hari ni nak tak nak terpaksa keluar rumah. Sebabnya aku terluka akibat breastfeeding.

Puas juga pusing cari klinik 1 Malaysia kat Puchong Indah. Pastu jumpa klinik 1 malaysia Puchong Permai. Kat dalam bangunan flat.

Bila dah masuk dan tanya takda doktor. Ada pembantu je. Tapi staff kat situ memang membantu. Katanya aku patut pergi klinik kesihatan ibu dan anak di Batu 14. Okaylah kami pergi. Masa tu dah jam 3 petang.

Sampai je aku terus ke kaunter yang betul2 depan pintu masuk sebelah kanan. Aku pun terus bagitahu masalah. Diorang pun tanya dah daftar ke? Alahai aku bersalin kat hospital swasta dah tentu aku tak daftar dengan klinik kerajaan. Aku jawab tak. Diorang minta buku merah dan daftarkan terus.  Minachi tu ok je tengok muka aku yang separuh tak larat ni. Minah tu pulak tengok muka kerut sikit. Aku takdelah kena marah. Kang marah aku kang ada pulak yang tukang back up kat belakang. Tu yang aku risau juga.

Lepas daftar terus pergi bilik no 18. Che minah yang bawa. Screening room la ni. Ambil berat badan, BP, dan suhu badan. BP aku jelah tinggi. Pantang kan asal nak jumpa doktor je naik mencanak.

Last aku dihantar ke bilik no 25. Tunggu sekejap je. Bagus gak datang petang2. Yelah walau pun ada kipas..tetap panas. Dan bagusla tak angkut Aqlan sekali. Opah dia sanggup jagakan.

Lepas pemeriksaan doktor Minachi yang layan. Tapi doktor ni funny orangnya. Dia tanya juga kenapa aku tak ke Hospital Az-Zahrah tu. Well aku pun cakap laki aku dah start keje. Actually pun doktor kat sana sampai jam 3 petang je. And aku pun nak legakan hati sendiri tentang sakit yang aku alami.

Well doktor cakap takde apa pun. Takde ubat diberikan. Just breastfeeding macam biasa. Siap bye2 sayang kat aku. Hahaha.

Bila balik Zcat said sorry la sebab dapat doktor non-muslim. Well aku pun tak jangka.

Aurat kita pada wanita bukan Islam sama dengan aurat kita dengan lelaki ajnabi.

Dalam kes ni aku pohon Allah ampunkan kemaslahatan aku.

Inilah sebabnya mengapa aku prefer rawatan doktor klinik swasta yang aku tahu jantinanya wanita. Kalau klinik kerajaan ni kena hadap aje...

 *yang peliknya satu sen pun tak kena caj. Bukan sepatutnya masa daftar kena bayar RM1?

Sunday, March 23, 2014

Penangan Sambal Tumis Mama

Penangan Sambal Tumis Mama
Mama masak sambal tumis. Aku pun makan sikit. Dah lama tak merasa.

Sejak mama datang ni, mama selalu masakkan untuk aku. Jadi Zcat tak tapau makanan luar dah. Memang la sedap. Berseleranya makan. Siap ada sawi bunga.

Kemudian yang jadi mangsa Aqlan la. Kesian dia berak2. Taik mata bertepek balik. Ok sudah jangan makan pedas langsung ya.

Bersabar sajalah.

Saturday, March 22, 2014

Mak Balik, Mak Mertua Datang

Mak Balik, Mak Mertua Datang
Selepas mak aku balik waktu tengahari, mak mertua dengan pak mertua pula sampai waktu senja.

Pagi tu mak sempat mandikan Aqlan. Oh aku memang masih belum mampu nak mandikan dia.

Bersyukurlah sebab ada 2 emak yang sudi menjaga aku ketika pantang secara bergilir.

Kesian mak tak dapat nak bergambar dengan Aqlan sebab masa tu tengah menyusukan dia.

Next time mak. Kita jumpa lagi. Abang aku pun geram tak dapat pegang dia. Sabar tunggu dia besar sikit. Ni kecil comel je. Cam anak patung pun ada.

Friday, March 21, 2014

Shaklee..Akhirnya

Akhirnya. Ya. Hari ni baru dapat parcel. Jauh kirimannya. Takpe. Nak tolong anak buah. Harga pun dapat baik punya..

Sehari sebiji sudah.

3 sudu besar untuk 1 hidangan

Aku baru je lepas minum ESP ni dengan Ovaltine. Layan gakla. Ovaltine kurang manis berbanding milo. Bila campur dengan ESP ni terus jadi agak manis. Mak tak boleh hadap Horlicks nokk. Ni dah kira 1 usaha untuk mendapatkan lebih air susu buat si Aqlan. Kadang2 terapaksa gak bancuh Anmum 1 untuk dia. Dia jebir2 mulut tu. Dah paksa and sebab dia lapar hadapkan juga. Most likely dia suka breastfeeding. Sampai 2 jam sekali nak menyusu. Tak sempat nak generate susu dengan banyak kalau macam ni punya heavy consumption. Sekali hadap mahu nak dekat sejam. Susu tak cukup. Kadang cair. Sian anak mama.

3 liter air? Duh...masih gagal. Dah ada bekas tupperware 1.4 liter sebelah aku je. Pun tak dapat habiskan. Masa pregnant aku kuat minum air. La ni macam kurang..napelah...

Thursday, March 20, 2014

Result SPM

Result SPM
Pagi2 lagi dah tanya mak pak anak buah yang ambik result SPM hari ni.

Budak2 tu kecut. Pak dan mak doakan sudah. Usaha sudah. Exam sudah. Nak ambil result ketar lutut tak sudah2.

In the end both of Maryam & Suria got flying colours.  Tak payah nak pening dah.

Aku tak tau la camna soalan SPM la ni. Dulu2 tak sama dengan sekarang. Apa2 pun banyak tak sama dah.

Anyway congrats to both of them. Kalau ada yang lawan result pakcik me boleh kot kita belanja makan sedap. Haha angan2 la orang tengah pantang bersalin kan...

Wednesday, March 19, 2014

Waktu Pantang Makan Apa?

Waktu Pantang Makan Apa?
Hari pertama kak cupa bawakan ikan merah masak sup. Hari kedua dia bawakan ikan bawal.

Hari ketiga makan bubur nasi. Kemudian seminggu tu makan ikan siakap stim. Lepas dah Kak Ina cakap ikan siakap ikan bersisik nanti gatal - memang ada rasa tapi ingat normal je... teruskan makan ikan tenggiri pula.

Kalau dah hari2 makan ikan goreng dengam nasi putih je jemu juga. So makan ikan tenggiri masak kari mamak pulak.

Pastu teringin makan nasi beriani. 2 hari bantai makan nasi je tau. Lauk tetap ikan tenggiri or siakap lagi. Alahai. Ubat tahan sakit dah habis  semua...

Kemudian makan juga nasi goreng dengan lauk ikan yang dicarik2 kecil.

Kuih? Sampai la ni tak dapat makan apam sebab hanya kuih berasaskan tepung beras je boleh makan.

Tapi alhamdulillah setelah 2 minggu makan Hiraq Karmila dan Jeli Gamat dah takde rasa menyucuk kat luka jahitan. Oh ya pati ikan haruan tetap teruskan ya. Ni semua dah nak habis stok. Kena belu lagi.

Semuanya habis dalam tempoh seminggu. Polleney ikan haruan tu tengah promo beli 6 percuma 1.

Harga?

Hiraq Karmila tu RM39.90. Hiraq Jeli Gamat RM69.90. Polleney tu RM32.90. Tapi aku dah jadi member Hiraq tu so dapat 10% diskaun.

So kalau ada sesiapa nak try produk yang aku makan ni tryla especially untuk mereka yang kena belah perut. Kalau tak belah makan Hiraq Karmila sudah.. bagi pulihkan tenaga.

Tuesday, March 18, 2014

Daftar Nama Anak Baru Lahir

Hari ni baru pergi daftar. Kat JPN Putrajaya.

Hoh tepat2 2 minggu umur Aqlan. Nama pun ringkas.

Aqlan Shah.

Tapi Mykid tak dapat. JPN hentikan pengeluaran sehingga May 2014. Jadi bawa balik sijil kelahiran je.

Zcat macam tak percaya. Dah ada orang yang telah dibinkan kepada namanya.

Habis dah kawin dan beranak pinak semua dah tentu ada penyambung nasabnya.

Sebagai pengubat rindu.

Hehe comel tak lapik plastik ni? Beli kat Tesco je. Bosan la kaler biru pink tu. Ni harga dalam RM20 je. Yang penting ceria ada kaler kuning.  Hehe.

Monday, March 17, 2014

Hajat Dihati

Hajat Dihati

  • Buka satu2 blog follower nak baca entry blog diorg pulak. Tapi kalau dah guna hp ni memang tak puas.


  • Tukar skin template konon habis hilang advert nuffnang aku. Dah cuba nak biat balik gagal je. Cam biol2 pun ada. Macam tak biasa masukkan ad.
  • Cuba buat satu hari 1 entry. Pastu memanjang la draft sebab tak masukkan gambar or tak habis karang. Udahnya bila publish dah seminggu kebelakang. Haha.

#Ngomel
Guna netbook Asus keyboard dia tak best.
Laptop Lenovo kipas dia rosak. Bising bunyi macam helikopter.
S4 ni kecik tak puas sikitla. Mobile view ok. Masuk web view cam kacau sikitla.
Pinjam Ipad Mini Zcat nak type kalau salah tu jadi biul2. Kena retype. Pastu asyik betulkan wording jadi english..menci.

#Nasihat
Sila bersyukur. Macam2 gajet ada. 

Sunday, March 16, 2014

Berita Buruk

Berita Buruk
Kata Zcat setelah dia menyampaikan banyak berita gembira dan setelah pulang dari rumah sewa kat Ampang.

Berita gembira. Belikan susu strawberry dutch lady yang aku suka sangat tu. Nak tunggu Shaklee sampai bila tahhhh... lepas tu berjaya cari dan beli Ovaltine. Katanya milk booster juga. Aku tak lalu Horlicks. Yang pasti dah 2 hari Aqlan berjaya disusukan sepenuhnya tanpa susu formula. Pergh..kerja keras mata aku menyusukan dia. Nak mengepam pun tak sempat lah.

Juga ada Polleney Pati Ikan Haruan. Alcohol swab untuk cuci pusat.

Mencari sijil nikah macam orang gila. Rupa-rupanya dah bawa balik ke sini terselit dalam poket beg tarik. Haii cepatlah daftar nama anak kita Encik Adzman...kesian pulak chickenpox tak baik2 lagi.

Oh berita buruknya apa ya? Sewa rumah naik. Jadi aku bayar harga lama la. So kena tambah la. Tapi aku belum buat bayaran lagi. Tunggula kejap. Aku penyewa yang bagus ok. Bayaran cantik. Kali ni je mana tahu dapat notis sebab dah duduk Puchong 3 minggu dah.

Agak2 ada tak penghuni yang cabut tak mampu nak bayar dah? Hurmmm..jiran sebelah rumah dah lama pindah.

Saturday, March 15, 2014

Ulang Tahun Ke-10 Alam Pekerjaan

Ulang Tahun Ke-10 Alam Pekerjaan
Aku mulakan kerja secara professional pada 15 Mac 2004. Syarikat pertama aku bertugas ialah ST dotCom SB. Jawatan pertama Junior Account Exec dengan gaji cuma seribu sebulan. Apasal aku terima kerja ni walaupun gaji kecil? Sebab aku terdesak untuk bekerja. Ofis di Wisma Central Jalan Ampang tingkat 6 tak silap aku.

Tahun yang sama bulan 10 aku dipindahkan ke HQ. So kerja dengan parent company Stagno Tech SB.

15 Ogos 2007 aku bekerja dengan Nadin Group di Ampang Point Shopping Centre pula. Gaji hampir 2 ribu. Oklah aku pun mampu beli kereta bulan Mei tahun berikutnya.

Hujung April 2012 aku dipindahkan ke Menara MBf. Dan pada 1 Disember 2012 aku dipindahkan pula dibawah MBf Holdings Bhd.

Yang sebenarnya aku rindu dengan suasana bekerja di Petrosains KLCC. Aku menjadi volunteer disana bermula April 2001. Cari duit poket semasa menuntut di UKM dulu.

Friday, March 14, 2014

Urut Selepas Bersalin Secara C-zer Dan Pantang Larang Serta Petua

Urut Selepas Bersalin Secara C-zer Dan Pantang Larang Serta Petua
Apakan daya. Harap normal anakku nak keluar ikut tingkap gak. Tingkap pun tingkapla asalkan ko selamat nak.

Sebab mama ko dah kena belah nak berurut pun bukan boleh pakai urut je. Nak kena tunggu seminggu. Jadi hari ke-8 barulah Kak Ina tukang urut datang.

Mula2 aku nak kenalkan siapa kak ini ni. Aku pun pening kepala gak nak cari tukang urut lepas buat keputusan nak berpantang di Puchong. Sekali aku teringat akak ni. Akak ni best friend Kak Cuma, kakak aku. Kitorang sekampung sefelda Sg. Koyan tu. Siap rumah dia dulu tempat aku main buaya2 lah. Pergi makan lunch la. Petang2 datang minum teh o la. Muka tembok kan. Sebab aku selalu datang main dengan anak buah dia. Hehe. Ok dah.

Disebabkan kenal lama maka takla malu sangat nak berurut.

Jam 10pagi dia muncul.  Mengurut tangan kaki dan belakang badan je. Kat perut mana bleh. Kata mak potong. Denyut2 masih ada..

Pastu bertungku pun kat pinggang paling lama. Sebab aku tak boleh baring. Aku memang tidur menyandar dinding je. Sakit memangla. Belum masuk time menyusu pun boleh duduk je. Tak dapat nak mengiring bagai sebab bisa.

3 hari berturutan aku diurut. Bertungku start hari ke2 je sebab akula mula2 tanak. Pastu bila dah kena...sedap pulak.

Kat tangan kiri paling banyak angin sebab tangan aku sakit dah lama. Tambah plak aku kena dokong Aqlan setiap kali menyusu. Aqlan ni nampal kecik je tapi antan kata Kak Ina.  Maksudnya tulang berat. Kalau dah melayan menyusu tu mahu 1 hingga 2 jam. Kenapa lama ek.

Ok..sebelum mengurut walaupun ada susu tapi sikit. Cair dan tak mengenyangkan. Jadi kena la bancuh susu formula.  Jadi lepas dah diurut breast tu barula susu keluar lebih. Aku cubala menyusukan tanpa  bantuan susu formula.  At least 2 auns je kena bagi. Aqlan ni menyusu kuat betul. Marah la pulak kalau tak kenyang susu. Udah aku nak kena beli makanan tambahan pulak. Katanya brand Shaklee
bagus.

Pastu discover macam2....

Aqlan taik mata bertepek sejak 3 hari lepas. Jadi petuanya titiskan susu dari breast sebelah kiri. Kata Kak Ina susu sebelah kiri mewakili air. Sebelah kanan, nasi atau makanan pepejal.

Luka aku masih berdenyut2. Aku makan sup ikan je sejak bersalin. Ikan merah, ikan bawal, ikan siakap. Attention ikan yang bersisik tak boleh makan oiii rupanya. Itu pasal luka aku bisa. Bila  Kak Ina datang dia suruh aku makan ikan tenggiri atau selar je.

Jadi aku pun makan ikan tenggiri goreng. Sedap sikit. Bisa pun hilang. Makan pula dengan nasi panas dan lada hitam. Pergh terbaik. Yang tak baiknya terlebih makan lada hitam, Aqlan pulak kena berak2 dan taik mata makin banyak.  Ok take note kurangkan pepper or jangan makan langsung sebab susu aku jadi panas..anak aku lak yang sakit. Cian. Cian..

Masa Kak Ina tukarkan lampin pulak baru dia teringat yang anak ni kena tuamkan nonet dia untuk elakkan angin pasang. Maka ubatnya ialah habbatus sauda atau jintan hitam. Masukkan dalam kain perca buat macam uncang sup adabi gitu. Hangatkan pada iron dan tuamkan perlahan2 2x sehari selepas mandi. Ok...

Kepala baby pun nak dicover supaya tak masul angin.  Aku selalu biarkan je sebab Aqlan ni sudah kena ruam. Panas tak boleh langsung budak ni. Aircond 24jam la ek..

Bab minum air sampai 3 liter tu aku tak dapat buat. Selalu gagal mencapai target. Yang pasti ubat doktor dah nak habis aku telan. Ada orang cakap jangan minum banyak nanti kembang urat. Masalahnya aku tak minum kering tekak wei.. azabnya bila batuk, bersin dan ketawa kalau tekak kering.

Thursday, March 13, 2014

Wednesday, March 12, 2014

Tuesday, March 11, 2014

Monday, March 10, 2014

Supplement Yang Diambil Ketika Berpantang

Setelah bersalin selalu orang makan jamu lah letak pilis param bagai kan. Aku ni ada unsur moden sikit bab tu. Jadi aku sebelum bersalin dah order beli barang keluaran Hiraq.

Hiraq ni owner dia Raja Mazian bekas pengacara/pembaca berita kat TV3 dulu. Jadi barang keluaran dia aku boleh percaya sikit. Katanya makanan mengikut sunnah. Salah satunya kurma. Aku ni kurma susah sikit nak makan. Kalau dah jadi jus aku boleh telan. Sebab aku memilih sangat jenis kurma. Aku suka kurma bertangkai actually.  Haha.

Jadi aku pun beli Karmila 3 botol. Susu kambing dalam bentuk sachet 10 bungkus. Rempah mandian.  Sabun untuk hilangkan kesan hitam akibat mengandung. Tapi... bila aku dah kena belah ni aku.perlulan jeli gamat. So aku beli 2 botol. Hari ni baru dapat jeli gamat tu.

So bila dah beli cecah RM200 automatik jadi ahli. So dapat diskaun.  Setakat ni aku kirim dengan Maria je. Kawan ofis. Tak pernah lagi beli sendiri sebab kalau beli kat stokis dapat diskaun.  Kalau kat kedai2 jamu tu
 taktaula kan. Sebab aku pernah mencuba beli dulu masa belum jadi ahli memang bayar harga asal la.

Susu kambing Hiraq ni tak berbau. Minum sepeket cukup. Air dalam 200ml je. Tapi aku tetap suka tambah dengan jus kurma yang aku beli kat kedai Mehnaz Shah Alam. Aku minum pun sejak pregnant.  Walaupun ada gak aku ponteng minum. Haha. Dah bersalin ni nak jaga kan...jadi aku wajibkan diri minum hari2. Tapi aku start minum semua ni Jumaat lepas je. Masa kat hospital tak bawa.

Apa yang aku rasa aku agak bertenaga sikit. Aku turun naik tangga walaupun macam sloth lambatnya sejak aku balik. Walaupun
 ada yang bising tapi kadang2 ada benda aku nak time tu, nak minta tolong takde orang. Jadi aku selamba je.

Karmila tu lebih kepada rasa kurma. Ni kena makan 3x sehari sebelum makan. Cukup 1 sudu besar je. Makan sebeleum makan. Sama gak dengan jeli gamat tu.

Jeli gamat tu ada campuran roselle. Jadi rasanya sedap. 2x sehari je. 2 sudu besar. Lepas makan ni kesannya aku rasa perut aku mengempis sikit. Yelah lepas bersalin kan perut buncit macam 6 bulan mengandung kekdahnya.

Herba mandian dalam uncang. Ada 10 je. Sedap gak badan pas mandi. Nak tunggu daun2 direbus belum dapat lagi daun2nya. Jadi mandi je pakai apa yang ada.

Sabun untuk hilangkan kesan daki tu pulak sampai la ni aku belum try. Aku pun asyik dok lupa.



Last sekali aku minum pati ikan haruan. Katanya nak sembuhkan luka dalaman. Zcat belikan brand Polleney. Yang ni bagus juga. Aku mula2 tutup hidung takut tak boleh telan. Sekali dah telan ok je. Apa1 jelah asalkan aku sihat dan boleh menguruskan rumahtangga kami. Hehe. Dah lama tak masak2 dan kemas rumah. Mampu tengok je...

Sunday, March 9, 2014

Mak Datang Membantu

Masa kat hospital hari tu mak tak sempat nak dokong baby. Lewat datang lawat baby dah masuk bilik nursing. Jadi macam ada unsur tak sabar dan geram nak dokong cucunya yang ke-51.

Zcat walaupun kena chickenpox pergi jemput emak di Kota Damansara dengan Jija. SIL tu pulak baru je balik lari 21km dalam tempoh 3 jam. Mampu ke aku bak kejar ni pas dah habis pantang bagai? Penat tak habis dah kena tolong jemput mak aku. Anyway thanks sangat2. Actually dalam hati ni macam ada perasaan bilala aku bak drive balik. Lama weiii..

So kat rumah Aqlan ada opah dan nenek. Mummy dia Jija dan papa. Werhhh semua orang berkumpul melayan budak kecil ni. Ah memang kelam kabut hidup kitorang.  Lagi2 setiap kali Aqlan menangis. Tu belum Oggy dan Jack2 pun pelik siapala ahli baru ni?

Aqlan inside Moses Basket Bumble Bee. Rocking made easy

 

Saturday, March 8, 2014

Lahir Ber - aircond Balik Rumah Masuk Popcorn

Lahir Ber - aircond Balik Rumah Masuk Popcorn
Itulah kata opahnya Aqlan. Mak mertua aku jauh datang dari Ipoh nak tengok cucu pertamanya. Penyambung zuriat arwah pak mertua yang tak pernah aku jumpa - beliau sudah lama meninggal dunia.

Muka opahnya bersinar2 tengok si Aqlan. Masa menyusukan dan memandikan paling dia suka.

Aku tentulah bersyukur mak mertua tolong jaga anak aku. Nak mandikan Aqlan yang kecil dan panjang ni ngeri tambah pula aku bukan boleh duduk atas lantai. Bisa pembedahan masih terasa..

Disebabkan cuaca yang panas sekarang ni mak mertua suruh anak lakinya beli aircond. Kesian kat cucunya muka merah2 tahan kepanasan.  Alolololo... kipas pasang sampai 2 pun masih hangat rumah kami ni. Dok berbincang akhirnya aircond berjaya dibeli jenama Mitsubishi. Opahnya sanggup bayar separuh. Ya Allah terima kasih rezeki untuk si anak ni..

Itu rezeki baik. Ujian pula hari ni papanya kena chickenpox.  Kenalah pulak tidur berasingan. Dudukla Zcat kat tingkat bawah. Kami berdua menerima dengan sabar. Kami berdua berdoa anak kami tak kena penyakit berjangkit.  Biar kami je dapat sakit. Betapa hebat perasaan kasih bila dah jadi ibu bapa. Tengok muka si Aqlan ni pun kadang2 aku menangis sendiri. Entah.  Terlalu bersyukur dengan kehadirannya.

Dah jadi mak mak memang keja nak tayang muka anak. Tapi takpelah hold dulu.  Nak pergi belek buku nama untuk anak. Kot biarlah ada 2 nama.

Friday, March 7, 2014

Achievement Unlock - Breastfeeding Successful

Ah memang sedih lepas lahirkan anak tak dapat susukan dia. Kemudian bila budak kecil tu dah melalak terpaksa tingtong panggil nurse. Sedih. Tekanan perasaan lagi menaikkan BP aku.

Selepas masuk hari ke-3 di ward segala drip dah dibuang. Aku pun kenala belajar pergi tandas balik. Ah ya boleh tengok baby. Kalau tak intai dari atas katil je. Sedih betul. Dahle tempat letak baby tu tinggi.

Pada hari ke-4 gynea datang cek. Tekanan BP masih tinggi. Katanya adakah aku nak stay lagi.? Aku blur jap. Zcat ajak balik je. Ok masalah selesai. Lepas tu tunggu doktor baby pulak datang cek. Setelah diperiksa ok baru kami boleh balik.

Selepas solat Jumaat dan rehat sebentar barulah kami naik ke tingkat 3 untuk sign surat mengambil anak kami. Carrier dibawa tapi tak guna sebab nurse dokong ll dan bawa hingga masuk dalam kereta. Fuhh dasyat. Harus tulis entry khas kenapa aku pilih hospital ini.

Carrier Quinny. Macam ada mata sepet tengah senyum kat situ

Dalam perjalanan aku dokong Aqlan.  Sebab carrier tu macam tak selesa je. Tak cukup alas.

Hari panas terik tapi Aqlan relax je tidur. Sampai rumah opahnya menyambut dengan gembiranya.

Bila dia start nangis aku pun test juga nak bagi breastfeeding. Sambil tu minta mama tolong buatkan susu. Try try akhirnya keluar susu belah kiri dulu. Ah aku dan Zcat gembira kemain. Within one hour sebelah kanan pun dah keluar susu pertama. Apa lagi paksa Aqlan minum. Walaupun lepas tu kena minum susu formula gak. Ya ikut je apa doktor bagi. Susu Anmum Infacare 1.

Thursday, March 6, 2014

Pengalaman Melahirkan Aqlan

Pengalaman Melahirkan Aqlan
Saat nak merisik kumpul duit. Nak menikah kumpul duit. Nak resepsi kawin menyimpan lagi. Yang penting jangan berhutang...

Begitulah bila dah kahwin mesti nak dapatkan anak. Kos membesarkan anak jangan fikir banyak sebab rezeki anak ni Allah dah tentukan. Tak payahla terlampau nak berkira. Rezeki datang dari sumber tak terduga. Bacalah ayat 1000 dinar dan fahami ceritanya. Bacalah surah Al-Insyirah dan fahami juga cerita di sebalik penurunan ayat ni. Juga ingatlah rukun iman yang ke enam iaitu percaya kepada qadak dan qadar. Pastu hati pasti tenang kalau boleh terima ketentuannya.

Panjang ek mukadimah kos...

Disebabkan aku mengidap hypertension jadi aku dijadualkan awal untuk bersalin. Kata gynea to avoid baby lemas. Jadi 4hb jam 12 malam aku check-in masuk bilik hospital nama Jebat. Bilik untuk seorang pesakit. Pilihan Zcat. Jadi dia boleh temankan aku sepanjang masa dirawat.

Company Zcat hanya tanggung RM2500 untuk kos bersalin. Kalau lebih kena tanggung sendiri. Tapi yang bestnya company dia akan bayarkan semua kos dulu dan akan potong gaji untuk bayar balik secara ansuran. Jadi kami berdua dah lega di situ.

Maka aku pun menerima rawatan. Yang pertama induce untuk paksa bersalin secara normal. Maka aku pun merasakan pengalaman contraction selama 6 jam. Setelah dicek maka bukaan hanya 1cm. Loh kena induce lagi. And bila cek bukaan 1.2cm je. Loh...kena lagi. The last induce aku alami contraction hampir setiap 7 minit. Maka harapan nak melahirkan secara normal tu tinggi. Jam 6 pagi 5hb tu kena cek bukaan ialah 1.5cm. Gynea pun cakap. Ok Anis kita go for caesarean ya. Aku pun blur....air selusuh dah. Yang tak ingat nak buat minum air akar fatimah dan tak sempat pun lagi bila dapat petua minum kopi dengam telur mentah. Aku dijadual masuk ke bilik pembedahan jam 730am.

Maka aku pun mandi kali terakhir pagi tu. Cuci rambut dan tengok perut.  Asalkan ko selamat nak..

Lepas solat subuh aku pun bersiapla. Jam 730am nurse datang bawaku pergi. Aku tak mahu naik wheelchair dan itu memang keputusan yang tepat.

Perasaan masuk bilik pembedahan ni memang bercampur baur rasanya.

Mula2 kena tukar baju.
Kemudian duduk dikatil dan ditanya adakah memakai sebarang barang kemas, pernahkah menjalani pembedahan, ada allergic kepada mana2 ubat, kemudian menunjukkan surat akuan untuk menjalankan pembedahan ke atas diri aku.
Lepas tu aku dicucuk untuk drip air. Mula2 sebelah kiri tak lepas pastu dicuba bahagian lain kiri juga. Aku cakap tanganku sakit sebelah kiri jadi sebelah kananla kena.
Ubat bius disuntik pada tulang belakang. Takdelah sakit mana. Bukan epidural ya. Aku tak ambil.
Urine bag dipasang. Water drip juga.
Selepas dibius aku dibaringkan. Kaki dah rasa kebas sampai separuh badan barulah gynea aku masuk untuk mulakan prosedur. Ah berdoalah banyak2. Betapa getarnya jantung.
Aku separuh sedar bikini line aku dibelah. Aku sedar pembantu2 doktor menolak dari atas dada untuk mengeluarkan bayiku. Zcat dipanggil masuk untuk menyaksikan sendiri kelahiran bayi kami. Kemudian aku dengar tangisan. 3 kali. Dan Zcat azan. Airmata mengalir. Bayi ditunjuk untuk menunjukkan jantinanya. Ya lelaki seperti yang aku harapkan.
Kemudian aku diberi ubat tidur. Aku mamai2 je semasa sampai di bilik dan sedar Jija menyarungkan stokin. Kemudian semuanya gelap.

Saat gembira ketika bayi kami diletakkan di sebelah katil. Aku cuma mampu lihat dari katil kerana tak berdaya untuk bangun. Ya aku tak ingat jam berapa aku sedar. Yang aku tahu Jija sudah mahu ke ofis dan Zcat terus setia menemaniku.

Huhu.

Wednesday, March 5, 2014

Jemput Datang Anakku!

Alhamdulillah syukur pada Allah atas kelahiran anak kami yang pertama.

Dilahirkan pada jam 8:25am melalui pembedahan. Dengan berat 2.5kg dan sepanjang 50cm.

Buat masa ni kami panggil dia Aqlan. Nama lengkap belum ada lagi.

Masih di hospital sebab tekanan darah tinggi masih belum surut.

Susu pun belum ada tapi usaha menyusu tetap dibuat.

Just born

At Jebat's room

Tuesday, March 4, 2014

Monday, March 3, 2014

Menanti

Menanti

Baby dalam perut bila nak keluar?
Dah masuk ward ke?
Dah rasa sakit2 ke?

Sebenarnya disebabkan gynea aku cuti sejak Sabtu lepas sampai hari ni, jadi aku tak buat check-up. Jadi tak tahu perkembangan baby.

Baby masih aktif especially lepas makan aiskrim vanilla petang tadi. Haha.

Tengah pujuk dia ni. Aku punya time contraction tu jauh2. Bukan selang 10 minit ke. Nak tau jalan dah terbuka ke belum pun tak tahu. Sebab tu harap dapat jumpa gynea. Masuk ward malam ni jam 10 malam. Hurmmm...

Sunday, March 2, 2014

Jalan-jalan Sebelum Bersalin

Kan kata orang yang berpengalaman jalan2 ni bagus. Mudahkan proses bersalin.

Hari ni jalan2 ke Subang Parade sebab nak makan. Kami ke Uncle's Lim. Dah nak habis ternampak ex colleague, cepat2 habiskan makan dah blah. Haha.

Assam laksa aku yang nak makan

Nasi lemak rendang Zcat

Uncle's Lim laksa Jija

Lepas makan ke Mother's Care nak beli kaki Moses Basket tu. Habis lak...

Kemudian Zcat nak buat sandwich untuk malam diorang 2 beradik tu pergi Parkson. Aku penat pergi Baskin Robbins makan aiskrim. Ehehe.


Masuk kereta terus tidur. Sampai rumah naik sofa sambung tidur. Bangun dah jam 6 lebih. Tanda2 sudah keluar. Ya Allah mudahkanlah proses nak bersalin ni. Amin.

Saturday, March 1, 2014

Lèko Iga Penyet @curve

Kali pertama ke sini atas permintaan Zcat. Dia yang teringin nak makan speciality resipi si kedai ni.

Makanan yang kami pesan memang sedap. Boleh diulang makan. Cuma aku dah nak bersalin ni takdela nak pergi buat masa pantang nanti.