In

Aqlan Bersosial

Wah ayat macam hantar anak pergi prom night.

Lunch time pergi kenduri aqiqah anak seorang kawan ni di Shah Alam.  Umurnya beza 3 minggu dengan Aqlan. Kira aqlan tua sikitla. Hehe.  Mengantuknya sepanjang perjalanan tu tidur je. Sehinggalah dah sampai trafik light nak masuk seksyen 9.

Sampai2 isteri kawan ni ajak masuk rumah letak Aqlan. Bagi peluang aku makan. Oklah letak je Aqlan ramaila yang datang main dengan dia. Semua pulak anak dara. Pandai la kan bertukar senyuman.

Kami tak lama la. Dalam sejam gitu balik. Sebab malam yome pulak nak datang rumah.

Tukang ambil gambar Zcat jadi takdelah muka dia. Which baby yang kena akikah ni? Semua kena tapi time ni giliran Adam. Mak dia tudung coklat baju putih.


Budak ni bila time dia? Mestilah buat...cuma tarikhnya belum dipilih 
Yome cakap sebenarnya nak datang petang tapi petang dari rumah dia. Sampai rumah kami dah maghrib. So lepas solat kita melantak Domino's Pizza.
Hanii dan Aqlan. Beza umur 2 minggu. Hanii kakak la..

Hadiah untuk Aqlan. Oh terima kasih cik kema dan cik yome.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Teruk Sangat Teruk Sangat

Balik dari ofis terus ke Bukit Nanas. Nak naik monorail. Orang beratur dah sampai nak turun tangga.

1 datang penuh. Tunggu. 1 datang kosong terus laju je tak berhenti langsung. 1 datang aku naik juga walaupun beg susu hampir kena kepit dengan pintu dan encik polis bantuan bantu dengan cara cakap tolak ke dalam. Ko.?

Semakin sesak bila lalu Raja Chulan daj Bukit Bintang. Sampai Imbi terus turun dan bengang. Rasa nak nak bawa kereta balik je. Tak mahu guna monorail dah. Marah ni.

Call Zcat dia tak angkat. Mahu 5-6 kali gak baru angkat. Aishhh..sabar tu susah sebenarnya. Lagi2 kalau syaitan menghasut.

Ambil Aqlan hujan dah turun. Dah lambat semuanya. Badan penat dan sakit2.  Rasa macam lebam2 sebab kena himpit teruk dalam monorail tadi.

Rasa kecewa..tapi tengok muka anak.. cukuplah...

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Khamis Hari Makan Apam Balik

Sebab khamis je ada pasar malam yang kami nak pergi. Eh aku tak pergi dah sejak ada Aqlan. Zcat je pergi.

Dah pagi makan roti canai 2 keping. Tengahari nasi goreng. Malam apam balik sudah.

Apam balik leleh.
 

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Pelancong! Elakkan Peak Hours Naik Kenderaan Awam..

Terutamanya KL Monorail, STAR-LRT dan PUTRA-LRT.  Bukan apa...nanti korang marah2 tak dapat naik sebab kena berebut dengan kami pengguna harian kat KL ni..

Azabnya nak balik naik monorail di Bukit Nanas sekarang ni. Dulu ok je. La no kena lepaskan 1 tren baru dapat naik. Walaupun ofis aku lebih dekat dengan Raja Chulan tapi aku tak suka kat situ. Bukan 1 tren maybe 3 tren pun belum tentu dapat naik.

So kat bukit nanas ni bernafas sekejapla sebelum pengguna kat raja chulan, bukit bintang dan imbi naik. Nasib la aku tirun kat imbi. Itupun nak keluar kena jerit kadang2 tu sebab orang nak masuk tak sabar2. Geram weh..

Peak hours.? Pagi jam 730am sampai jam 9am. Petang jam 6pm hingga 7pm.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Bengkak Susu Tu Sakitnya....!!!

Sakitnya Allah je tahu. Godek2 blog orang lain pasal bengkak susu. Terbaik anak tulah kena menyusu dengan mak dia. Tuam dengan air panas yang diisi dalam botol la. Aku kalau dah sakit sangat sampai demam mahu tidur sahaja.

Tak tahulah bengkak susu ni sebab tak habis pump keluar or cara menyusu tu salah sampai sakit dan luka. Aqlan Aqlan...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Zcat Memasak

Malam ni Aqlan susah nak tidur. Tiba2 je nangis macam semalam punya kes. Pujuk sikit dengan susu dia pun tidur. Jam 9pm juga...

Zcat masakkan daun celery. Biasa makan ratah je cicah sos di Chilli's. Makan dengam nasi dan daging masak hitam bekalan mama. Sedap. Kenyang. Alhamdulillah.

Aku masak nasi je.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Puas Hati Kau...

Lepas zuhur balik Ampang. Pergi ke Fiesta dan makan di Asian Taste. Lauk kari ikan bawal, telur dadar dan ayam berempah.

Masuk AEON Big dan shopping sikit groceries. Nak masak cucur udang katanya.

Balik rumah mengantuk nak tidur je. Terganggu sikit sebab Aqlan tiba2 menangis kuat. Puasla pujuk. Mata dia pula ke tinglap bilik je. Bacalah ayat Qursi. Terus senyap kau.. ni dengkila ni kacau Aqlan. Kesian anak tu dah tidur nyenyak terus melalak je. Alhamdulillah dapat diamkan. Risaula kan.

Malam projek buat cucur menjadi. Yang sedih udang tu rasa semacam sikit. Pelik tulis dibungkus 25 May guna sebelum 27 May. Hurm...macam hanyir sikit. Apa nak buat ek ada lagi separuh tak habis.

Mendobi macam biasa..lepas baju Aqlan baju kami berdua.

Lepas kemas beg Aqlan kami tidur. Ngantuk dah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Baju, Apple Pie Dan Ubahsuai Baju

Oh kami masih pergi beli baju Aqlan. Apakah.....just like every week we go to buy his new clothes. Alasan kukuh umi dia nak baju sehari 3 helai. Suka tukarkan baju kalau dah comot. Lain2 kami bukan basuh baju dia hari2. Ikut turn ok. Dah la sidai baju dalam rumah. Dengan musim hujan lambat sikit nak kering. Kali ni ke AU2 AEON la. Wah ada construction pula kat parking tingkat atas. Lama tak datang sini. Dah ada anak baru terhegeh2 cari lift dari parking area.

Dah lapar kami lunch kat Sushi King. Ini pun dah lama tak nomnom. Melantak ke apa sampai 16 piring? Makan benda yang sama..

Teh hijau dan supplement hijau








Kemudian balik Puchong ambil Jija. Pergi the curve. Terus ke kedai alter baju, Za Altera. Oh mak habis duit...so buat mukala minta Zcat bayarkan. Ahak ahak.

Selepas itu pergi cari apple pie dengan ice cream. Ini semua pasal rancangan tv Zcat dah terpengaruh. Masuk Coffee Coffee macam tak selesa keluar balik. Pergi The Apartment barula senang. Dan dan tu jugalah Aqlan nak menyusu. Kelubung pink la..



Malam makan Domino's Pizza lak. Dah jangan komplen. Aku memang kuat makan sekarang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Dah Sakit Tu MC Je!

Lepas hantar Aqlan terus ke ofis.  Makan kat Subway dan pergi je klinik kat dalam bangunan ofis.

Doktor lelaki..so boleh cerita je tak boleh tunjuk ya. Dapat mc dan balik untuk tidur.

Lepas bangun baru nak ambil Aqlan. Tak bolehla duduk rumah takde anak ni. Pelik.


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Rutin Kami Sekarang

Bermula jam 12am.

Jam 2am bangun untuk susukan anak atau pergi pump. Mesti kosongkan dan penuhkan perut anak dengan susu. Nasib baik dia terus tidur lepas menyusu. Jika tak dia ajak main. Selalu aku cakap je esok aku kerja tak larat layan. Kalau esok tak kerja aku dan Zcat sama2 layan dia. Kadang2 jam 4am pun jadi..

Jam 530am anak bangun lagi. Susukan lagi. If rak mengantuk aku terus Subuh la. If mengantuk sambung tidur sampai jam bunyi pukul 620am.

Lepas solat aku akan pack pump set. Zcat masak air mandi dan sediakan air mandi aqlan baru solat. Aky mandikan Aqlan dan pakaikan baju. Selalu time aku nak mandi aku saja bagi Zcat masa main dengan minta dia pakaikan mittens dan booties. Sebelum tu dia akan pack kan susu EBM dalam bag untuk hantar ke pengasuh. Oh pengasuh Aqlan bahasakan diri dia umi.

Jam 730am keluar hantar Aqlan. Sambil dalam perjalanan menyusu lagi. 10 minit sampaila. Hantar dan pergi kerja. Jam 815am sampai ofis aku kami pergi sarapan. Inilah masa dating kami.

Tengok keadaan aku akan pump dua atau sekali je masa bekerja. Timing kena baik. Settle kan kerja baru pergi supaya takdela bos tercari2 sangat. Tu pasal boleh bengkak susu kalau dah lebih masa.

Balik kerja terus jemput Aqlan. Dalam jam 705pm or paling lewat jam 720pm la sampai. Singgah kedai beli dinner dan balik. Sambung menyusu dan Zcat mandi dulu. Tapi sebelum dia mandi dia akan rendamkan semua botol dan alatan menyusu, dan simpan susu dalam peti ais. Yeah Zcat sangat membantu. Aku sangat menghargai semua part yang dia buat. Ia macam kami tahu tugas masing2. Masuk time aku kalau Aqlan tak tidur lagi Zcat sambung jaga dan zikir or borak dengan dia sampai tidur.

Lepas dia tidur barulah kami boleh makan sambil msein basuh berpusing tv terpasang dan kipas berputar.

Baik paling awal aku tidur jam 9 malam. Dan itulah yang berlaku bila aku penat sangat. Paling lewat jam 1130pm kot sebab aku kadang pump sebelum tidur.

Begitulah hari2 dan seronoknya melihat anak membesar. Lagi seronok kalau aku yang menjaganya hari2. Doa semoga rezeki kami bertambah jadi tak perlulah aku berperang emosi kat ofis tu. Makin tawar hati aku dibuatnya. Expect macam aku boleh selesaikan semua kerja yang kena dibetulkan cepat2. Huge mess. Like a bloody hell.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Alfalfa Dah Sampai!!

Akhirnya tiba. Terus sebelum lunch aku telan 3 biji. Ok jangan lebih 10 biji. Inilah salah satu usaha untuk tambahkan susu.


Sebelum dinner aku telan lagi 3 biji. Belum minum lagi ESP + Ovaltine. Tunggu suam sikit.

Masih teruskan juga minum jeli gamat dan pati ikan haruan. Dan susu kambing yang tak istiqamah.

Aqlan dah minum makin banyak. 3oz sekali waktu minum. Harap susu bertambah. Amin.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Kecewa Tak Dapat Pergi Kilang Mamee

Salah sendiri sebab tak baca email dari Nuffnang. Mulanya baca kat blog petakbunga pasal dia dapat invitation tapi dia pun tak mahu pergi sebab alasan tersendiri. Blog petakbunga ni best baca. Hehe.

Okay aku buka email hari Isnin jam 830pm kot. Punyalah busy email gmail tak buka berhari2. Sedangkan email Zcat update apa2 pun aku ambil masa berhari2 nak buka kecuali dia call suruh baca baru aku terhegeh2.  Maklum i busy sejak balik berpantang..banyak i dah tertinggal dan kena betulkan.

Aku cakap dengan Zcat pasal invitation ni Nuffnang suruh jawab before 12pm rasanya..so sudah terlepas la kan. 60 orang yang menjawab awal maybe dapatla. Tapi bila difikirkan balik aku punya alasan tersendiri pun lebih kurang sama dengan petakbunga. Aku ada anak kecil. Aku nak kemas rumah. Macam2 la.

Walau bagaimanapun aku dan Zcat adalah peminat Mamee Monster. Malah dengan sebab suka beli kami pernah ke Legoland dengan diskaun yang diberikan oleh Mamee Monster sebanyak 35%. Diskaun paling banyak yang pernah diberikan. Guna MyKad pun tak dapat sebanyak ni.

Sebagai mengubati kesedihan hati...



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Biarlah Dia Yang Jawab

Aku dah tak kuasa nak menjawab by phone and by email to this ex-tenant ni. So biarlah orang yang sepatutnya jawab.

Aku dan filing belum selesai. Begitu juga pengiraan custom tax.

Yang pasti jam 6 petang aku cabut.

Dalam tren handphone aku ringing lagu Tonight nyanyian New Kids On The Block. Maka orang keliling aku beria menengok aku. Lalalala. Aku suka oldies kot. Itu lagu zaman membesar.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Muka You Nampak...

Cerah sikit..wah baru sekali je pakai kot. Terus dia pun nak cuba juga. Tengokla hasilnya 2-3 bulan kemudian.
Tengah promosi beli mana2 toner atau cleanser 2 botol percuma satu. So aku ambil 2 cleanser 1 toner. RM68 sebotol promosi bulan ini.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Nenas Sarawak

Semalam adala staff ofis Ampang Point bawa nenas 5 biji suruh aku jual. Aku memang suka makan nenas ni. Rasa dia manis gila!

Pastu aku peningla macam mana aku nak bawa balik. Dahla aku bawa balik beg susu. Nak cuci telekung lagi. In the end 3 biji berjaya dijual. Aku lak pasrah je beli 2 biji tu. Call Zcat dia nak tak? Oh dia memang suka sejak terkena masa aku belikan untuk dia time maternity dulu.

Tumpangla kat kawan yang balik naik kereta. Lepas jemput Aqlan segerala kami pergi kutip buah tu. Haha. Satu bonet bau.

Terbaik sampai gambar tak dan ambik..rasa ada lagi sebiji...senang2 aku ambik gambar dan upload kemudian...Lalalala.

Rezeki mak mertua dan pak mertua serta adik ipar la buah tu..

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Bengang

Kerja aku banyak yang tergendala. 2 bulan cuti filing pun tak habis2. Aku pun bukan larat sangat nak dudk dalam bilik file tu. Lenguh berdiri.

Macam2 la mak nenek nak kena update. Handphone ni pun jarang nak tengok. Aku silent kan lagi senang. Kalau ada WA tu aku baca last2 waktu dah balik rumah je.

Apa yang bengang kerja ni kadang2 rasa macam aku sorang je kena tanggung. Dah tak tertahan aku pun melahar dalam email. Lepas  tu cc kat bos. Kalau dah kena pot pet dengan ex tenant yang english confirm takde campur melayu aku kenalah dengar elok2. Kena faham. Kena take notes.

Aku tak taula kenapa ada orang nak cuci tangan je. Kenapa tak habiskan kerja. Uish 2x aku kena bahan dengan mat saleh dan bininya. Lagi hari2 email aku. Dalam pada masa yang sama aku terkial2 nak settle kerja lain juga. Kadang perangai sesetengah staff company ni buat aku nak quit je.. hangin...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Menunggu Alfafa

Tak sampai2. Ordernya sudah seminggu.

Rupanya pengedarnya ada kemaslahatan keluarga. Ibunya koma.

Ada la tu hikmahnya. Sila bersabar. At least now dah ada 8 pack susu. Dulu2 payah juga nak dapat banyak tu. Minumlah susu kambing Hiraq..Ovaltine dan ESP. Juga jus kurma.

Insyaallah ada rezeki untukmu nak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Beg Susu Aqlan By Autumnz & Medela Swing Maxi Set

Sepatutnya beg mendapatkan susu bagi Aqlan. Hahahaha.

Autumnz

Beg ini hadiah masa beli pump Medela last January kat One Baby World. So penggunaannya adalah hampir setiap harilah. Ke tempat kerja ku bawa. Bila balik Puchong pun bawa.

Selalu time pump tak menentu. Pulak kadang ambil masa nak pump. Susu keluar iku mood swing aku juga. Kalau stress takdela nak keluar banyak. 1oz je. Tak ke penat pump macam tu kalau dah ambil masa sampai 10 je 15 minit?

Kadang bila bawa beg ni pergi surau dan terserempak dengan siapa2 saja yang kenal jadi malu kalau yang tegur tu lelaki. Lelaki dah berkahwin confirm tahu pasal beg ni. Kalau tak tahu aku pun tak tahulah kenapa. Hahaha.

Walaupun jadi berat bila dah ada isian tapi ku gagah juga naik monorel. Memang sakit bahu ni. Tapi lakukan juga demi anak. Berdoa sangat pada Allah agar dapat susukan anak. Jadi ni salah satu cara bila hantar dia ke pengasuh. Dan walaupun sikit ku gagah juga pump. At least 5 to 6 oz sekali pump sekarang. Berbanding mula2 dulu. Especially kalau dah bengkak lagila banyak susu dapat di pump.

Syukurla setakat ni tak kena tegur dengan Superior pergi pump susu ikut dan aku je..



Untuk pengetahuan Calma set ni anti colic. Masa mula nak guna agak kelam kabut gakla sebab unik sangat. Nasibla kalau nak tukar puting je RM30. Tapi kalau nak satu set ni RM85.  

Nasibla baik masa beli harga promo RM1499 untuk set Medela ni. Ada kedai jual lebih mahal. Diakui beli kat kedai yang ada online business juga banyak jimat. Lupakan kedai2 dalam mall. Mahal gila.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

13 May 2014

Cuti. Kalau dah cuti maksudnya mengemas rumah. Alih perabot. Semuanya bermula macam ni..

Ingat nak keluar je tanpa buat apa2. Bila Aqlan dah berak dan tak sempat aku cuci dia dah mengesot keluar dari alas getah dan sepenuhnya terkeluar..dah kena cuci cadar. Sebabnya dah tembus. Punyalah banyak berak kali ni.

Dah tukar cadar. Pasang karpet panjang dalam bilik. Dah last2 Zcat cakap jom alihkan petabot. Almari dan meja dressing aku. Sudahnya jam 1 petang baru siap. Vacuum dan cuci kain baju juga. Huh penat tapi happy bilik jadi luas bila keluarkan almari baju letak kat bilik belakang. Ambil karpet depan masuk bilik. Tukar karpet la sebenarnya.

Lepas tu kami ke GE Mall. Nak makan kat Cozy. Makan ayam butter milk, telur dadar udang, sayur brokoli. Nasi dan air. Semua RM75. Zcat cakap walaupun overpriced tapi kami puas hati dengan rasa makanan tu.

Kemudian pergi Cold Storage. Boost dan last sekali Alexis. Pavlova la. Sepanjang masa tu Aqlan tidur. Dah masuk kereta baru bangun. Haha kesian.

Malam makan roti sardin je. Tapi sebab campuran sardin dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Zcat maka rasanya sedap tak terhingga. Tambah lagi spread butter. Diakhiri dengan pavlova Alexis. Yay!

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Cuti Pun Nak Datang Kerja

Ada orang cuti tapi nak datang half day. Aku pun tak faham. Kalai dah cuti tu cuti jelah. So aku pun takdelah tercari2 dia lepas lunch. Dahla cuti bila tak pernah bagitahu. Alih2 takde je. Kalau ada kes macam mana.

Apa pun bagus gak aku tak control dah cek. Ada cerita dengar beberapa kali overdrawn sebab bank balance tak cukup. Hahahah. Macam clown pula. Cuma tak best benda tu jadi time dia cuti. Sudahnya orang lain kena maki. Nasibla aku masih belum habis cuti maternity time tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Shopping Tanpa Aqlan

Opah aqlan datang hari ni. Dengan atok kak adik dan nabil. Makan tengahari berlauk sambal petai ikan bilis yanga ada terung kecil2 tu. Pastu ikan goreng kerisi dan jenahak. Sayur sawi. Sedap.

Lepas makan dan solat semua kami berdua keluar lagi pergi cari barang aqlan dan aku lah... kami keluar dua orang je. Since dah opah ada..bukan sengaja nak tinggalkan..diorang pun suka sangat nak main2 dengan Aqlan yang dah pandai borak. Hehe.

Mula2 ke IOI Mall cari pasangan baju aqlan yang takde seluar. Jumpa sehelai je. 2 helai lagi misi next time jelah. Kemudian pergi Cosway. Mak mertua sejak dah guna ubat gigi herba yang kaler hijau tu dia sula pula. So orderla..tapi barang yang aku nak macam takde..so tunggu dulu la.

Kemudian ke Fabulous Mom. Aku suka dekat dengan area situ juga. Beli nursing bra jenama Kelly.  Best la. Aku suka. Dah ada 4 brand ni. So cukupla nursing bra 8 helai. Berapa banyak bra da..bra berwire semua tak boleh pakai. Begitu juga yang biasa aku pakai. Susah nak feeding dan pumping nanti.


Last sekali ke Giant Kinrara. Kat situ barula masuk Cosway beli barang2. Termasuk pencuci muka dan toner. Aku baru nak try je. Sudah setahun guna L'occitane tukar lainla. Tapi krim muka dan shampoo still belum habis jadi tak perlu gatal nak beli. Banyak lagi stok.

Semuanya diambil 2 jam. Balik rumah terus susukan Aqlan sebab mama dah buat susu Anmum pun dia tak mahu minum. Tahu je mama ye ada ya...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Mengemas Rumah Macam Nak Rak Kononnya

Hari sabtu bangun awal. Zcat belikan nasi lemak buat sarapan. Makan sampai kenyang. Kereta hantar servis. Jam 1 petang pun belum balik lagi. Pastu alarm buat hal.

Ingat nak keluar lepas zuhur. Hujan lebat pula. Tunggula sampai tertidur. Penat minggu pertama bekerja. Campur penat mengemas katanya.

Jam 630pm baru keluar. Pergi cek alarm pula. Dah lambat next time je. Terus ke 1 Utama. Misi? Beli baju Aqlan di AEON.

Dah beli ke luar tunggu Zcat pergi toilet. Lama sangat.....rupanya beli baju lagi..excited betul dia. Demi anak. Syukur alhamdulillah.

New hair cut. Hari tu serabai..marah kena catu air katanya
Haha


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Cerita Hari Jumaat

Jumaat tak perlu pakai work wear. Pakai casual sudah. Yang ada baby kecil macam aku ni lagila. Kalau boleh semua pakaian tak perlu diseterika. Senang.
Comel tak? Haha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Terkial-kial Buat Kerja

Macam2 benda nak kena siapkan. Tapi aku tetap balik jam 6 petang.

Benda paling penting buatla pagi2. Jawab call semua kata wah u dah balik. Anak laki ke pompuan. Sapa jaga anak u? Dan macam2la. Yang paling tak boleh blah. Lega u dah balik..haha..

Kadang2 aku lupa nama season parkers ni. Baru dua bulan dah lupa. Well kalau dah beratus orang nak kena ingat..

Try to catch up everything back..

Ada juga muka baru. Dan muka lama yang takkan kembali lagi. .

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Sarapan Pagi Ialah Waktu Dating Kami Sekarang

Sejak dah masuk kerja semula ni dan hantar Aqlan pada pengasuh seawal jam 730pagi dah keluar rumah, kami boleh sampai ke area ofis aku dalam jam 810pagi.
Boleh tahan awal jadi kami pergi breakfast kat kedai berdekatan.

Satu bistro mamak ni jual breakfast deal dia agak murah.  Roti kosong RM1 sekeping dan teh tarik RM1.50. Pastu dah 2 hari kat situ bosanla.  Kami ke kantin Bank Islam. Murahla. Hehe.

Sambil makan sarapan kami cerita pasal anak. Yang mana aku kadang2 mengalir air mata bila kenangkan dia. Terutama kalau hantar dia tak tidur so dia nampak aku pergi tinggalkan dia dirumah pengasuh. Huhu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Banyaknya Kerja Tertangguh. .

Sedih betul aku. Balik ofis keje masih banyak tak diselesaikan. Jadi sesi tak puas hati asyik berlaku. Paling panas telinga dengar tunggu aku balik dari tempoh berpantang baru nak selesaikan.

Bosannn...tapi tetap buat..kau mampu bank recon 4 bulan tak recon...tapi yang best aku tak perlu hantar report dah. Hahaha..

Back to work..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

First Day 1st Time

1st day kerja setelah 9 minggu cuti. 1st time hantar anak ke pengasuh. Tak dapat tidur sejak jam 3:30 pagi. Macam2 difikirkan. Apa dah siap buat apa yang belum.


Relax je budak ni. Padahal hati kita...

Malam mama call Zcat suruh aku cek badan budak ni. Kot lebam...aduh...

Anak ni sihat dan selamat. Hujan lebat kami sampai rumah pengasuh pun lambat. Jam 7:20pm baru tiba. Jangan kena caj overtime sudah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Mangga Perlis

Makan mangga dikirim dari abang ipar yang pergi ke ladang mangga di Perlis. Sedap. Buah mangga tak sempat ambil gambar dah. Terus ngap lepas potong.



Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Ke Kenduri Kahwin Jadi Dating

Penat bersiap bagai dengan make up yang dah berbulan tak taruh kat muka..end up Zcat said ooOoo kenduri ni malam la. Ketibaan pengantin jam 8:30 malam. Haha.

Sebab dah duduk semua elok dalam kereta, aku cakap dah jom pergi makan. Takmo tukar baju dah lewat. Lapar.

Kami pun ke Sunway. Makan di Restoran Tarbush.





Kuih kacang kuda

Cicah kuih



Kalau dah menangis tu tak kira tempat kenalah susukan juga
Lepas maghrib kami balik Ampang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

HIAZ - Cucuk Aqlan Untuk Bulan Ke 2

Sepatutnya 5 May baru appointment. Tapi aku minta dipercepatkan ke 2hb. Sebab 5 May aku dah masuk kerja. Kalau Aqlan meragam lepas cucuk at least Sabtu Ahad aku boleh jaga dia. Kasi tenang..

Doktor Pakar Kanak2 di tingkat 1. Ada 2 doktor je. Doktor Nik Rose sebelah kiri Doktor Nazim sebelah kanan


Muka happy tunggu giliran

Hari ni punyalah ramai patient Dr Nik Ros. Aqlan masuk pun dah jam 12:50. Kejap je kena cucuk dah menangis. Menangis pun kejap. Mula doktor ni cucuk 1 jenis je pastu aku tanya bukan kena lagi 2? Oh rupanya yang dua lagi tak cover masuk GL. So aku suruh gak doktor tu cucuk aku bayar pakai debit kad je. Haha duit tak cukup. Sebab yang ni memang mahal sikit. Takpe beli pakaian mahal tak berkira ni untuk kesihatan anak baik jangan berkira. Nasib baik boleh claim dengan company Zcat.

Lepas dah kena 2 cucuk dan satu ubat kena minum. Kata doktor ubat manis macam minum air gula.
  
Rotavirus 1 dan Pneumococcal 1. Ubat ni tak tahulah klinik kerajaan ada bagi ke tak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Urut Sengkak Rahim Part 1

Aduh ada part 1 confirm ada part 2 tak lama lagi. Memang pun.

Oleh kerana aku ni caesarean maka mana boleh urut sengkak rahim tu masa dalam pantang.

Hari ni Kak Ina datang lagi urut seluruh badan aku. Yang sengkak rahim tu sikit je buat. Next lagi 2 bulan. Luka pembedahan pun elok katanya. Lepas dah kena urut tu sakit dan sedap badan sama naik.

Kemudian kami pergi Chilli's Citta Mall. Punyalah ramai orang sampai tak afa tempat parking. Ala ni yang tak best srbab kami suka datang sini. Dulu orang kurang tapi sejak dah pelbagai restoran makanan dibuka makin ramai orang datang. Mall ni chillax je. Sebab tu kami suka. Last2 pusing dapat parking belakang Chilli's.

Ramai orang jadi kena tunggu turn untuk dapat meja. Meja perlu kat bahagian yang sesuai untuk menyusu.  

1st time kami bergambar bertiga. Should next time dokong je budak kecil tu.

Ke sini sebab nak belanja Jija. Birthday dia 21hb April lepas. Apapun Zcat yang bayar guna Citibank CC sebab nak kejar rebat up to RM150. Takpela as long as bayar benda perlu. Aku memang takde credit card.

Kemudian jalam kejap jumpa kedai barangan kanak2 di tingkat 1. Tak ingat namanya. Mahal juga.

So ke Parent's Room untuk diaper changing. Lebih luas berbanding AEON 1 Utama. Selesa la.

Sebelum balik jenguk jap jualan gudang Elle ke Esprit. Tu pasal la jammed ya. Out of season la.

Masuk Wondermilk pun tiba2 rasa bosan. Last2 beli gelato. Gelato maksudnya ialah aiskrim dalam bahasa Itali. Sedap. Ambil mini chocolate dan mini vanila.


  

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...