In

Lunch At Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Today kami makan tengahari kat Khadijah Ibrahim restoran. Who choose the lunch place? Zcat la.

So agak panas hari ini. Masuk restoran cepat2. Haha.

Dapatkan seat yang ada kipas untuk keselesaan Aqlan.

Terus capai menu book dan order. Selak2 ada sotong masak hitam. Terus order. Ini kalau dapat mengimbau zaman membesar memang terbaiklah.

Sebelum makanan sampai kasi budak kecil ni makan dulu. Eh minum. Makan dah sebelum keluar rumah tadi.

Behave sayang....

1st time jumpa restoran sotong masak hitam. 1st time ever..

Udang tempoyak. Sedap giler kottt

Kari ikan jenahak

Terung goreng

Ikan bilis ni power

Sambal belacan. Lupa snap ulam ulaman


Zcat korek kuah tempoyak udang dengan nasi.

Licin hokeyyy



Semua makanan yang kami order sedap. Feel like at home. Kenangan masa kecil terimbau. Mak aku selalu masak sotong hitam tu dulu. Kerja aku meratah je. Makan nasi sikit je.

Udang tu gulai tempoyak tahu. Sedapnya kuah dia. Ikan bilis pun. Cuma terung tu aku lebih suka dimasak kosong tanpa salutan. Tambah nasi weiiii...

Silalah pergi merasa. Tak kecewa punya.

Oh ye tengah nak makan aqlan buat perangai dia. Nangis. Sudahnya ada seorang wanita ni rasanya saudara mara Katy Ibrahim ni bawa aqlan jalan2 dalam restoran ni sambil tolak stroller. Boleh?

Pastu dah habis makan borak2 dengan Sofiah Ibrahim. Aku tak tanya nama tapi aku ingat dia adik beradik Katy Ibrahim. Semua nya pasal aqlan la. Hiiiiii attract attention sangat......borak pun pasal anak tu lah dok tersengih2 dengan diorang. Itu mood baik. Kalau moody.....habis boo layan je...

Price? Fair la. Makan semua RM83++. Ada hati nak datang lagi. Oh ya tu teemasuk kopi o ais. Ais laici. Coke. Dan bubur gandum favourite Zcat. Perghh banyak kami makan.

Patut bawa mak aku datang sini. Lalalalala.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Lunch At Suki-ya 1 Mont Kiara

Hari tu dinner. Now lunch pulak. Menu sama juga. Cuma kali ni aku makan lebih banyak. Dan lebih banyak ice cream. Gyaaaa ice cream dia sedap gilaaa sebab tak manis. Sesuai bagi anak makan nanti.

Harga lunch untuk 2 jam buffet ialah RM103++. Cam RM28.90 satu kepala pastu lena service charge bagai jadilah harga seratus tiga tu.

Yumss.

Oh kuah kimchi dan miso. Sambal cicah terbaik. Wa cakap lu.



Daging lembu

Daging kambing

Daging ayam

Makanan baru

Apabila dimasak ia jadi macam ni

All time favourite. Boleh makan berkali-kali

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Kereta Rosak Tiba2

Semalam balik dari ofis hujan turun dengan lebatnya. Berpayung berjalan ke monorail stesen bukit nanas.

Dah naik kereta terus la jemput anak. Tiba2 temperature naik. Zcat yang perasan. Of coz la dia yang drive.

Tak pernah macam ni kereta aku. Nasibla terjadi kat area rumah kedai. Sudahnya ke bengkel. Sampai je bengkel pertama katanya sibuklah. Zcat pelik. Cina jarang tolak pelanggan. So ke bengkel kedua. Ok cek semua. Kipas radiator rosak. Dan mak nenek yang lain tu memangla bersangkut paut je.

Sudahnya tinggalkan kereta dan pekerja bengkel tolong kami ambil Aqlan dan hantar balik rumah. Disebabkan ada perayaan kat tokong area rumah budak tu hantar setakat depan jalan masuk ke tokong je. Masa tu dahla hujan lebat. Ya Allah berpayunglah kami dengan mengangkat beg kerja beg susu bagai dan payung juga.
Terima kasih pada dia sebab tolong kami

Sempat dia tanya berapa bayar pengasuh anak. Cina bayar sampai RM1200 sebulan sekali dengan makan 

Dalam beg ada segalanya

Peniaga depan tokong tengok jelah kami. Maybe pelik. Ada keluarga Melayu duduk kawan depa. Haha dah 3 tahun aku dok sini. Akses paling senang nak ke mana2.

So hari ni tak kerjalah. Sebab tak dapat hantar Aqlan. So menjaga dia sambil kemas rumah. Feeling macam tak makan gaji dengan majikan dah.

By 12pm keta siap dibaiki. Aku tak kuasa nak pergi kerja dah. Takde istilah half day dalam ofis kami.

Zcat jelah kelam kabut ambil kereta, beli lunch makan dan bergegas ke meeting di ofis client.

Aku sambung mengemas sambil tidurkan Aqlan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

Ma'Cik Biryani At The Curve

Last week 15 September lepas ambil cuti, lapar sangat kami ke Ma'Cik Biryani di The Curve. Actually nak makan kat kedai lain tapi sebab nampak kedai ni kosong je kami pun masuk.

Katanya sajian ala istana. Sekali order makanan sampai dalam periuk. Ha ko makan dalam periuk ke?

Takdela...tentulah diberi pinggan juga. Mula kami risau juga kalau banyak sangat dan sebab ni first time aku tak berani ambil daging lain kecuali ayam. Which is standard la. Lepas tu order sayur campur iaitu terung, kacang panjang dan bendi.

Bila dah ngappp tu sedapla pulak. Dari rasa banyak ko rasa cukup je masing2 makan seperiuk. Zcat ambil biryani udang. Nasib segar uolls. Kan kalau dapat udang lama ko mesti hangin apa ni kata hidangan ala istana....












Rasanya sedap. Ada rasa saffron. Air kelapa je dapat dah tua so keras la nak korek makan isi kelapa tu. Total semua RM67.10. Nasi biryani ni memang mahal sikit la. Ada pulak service charge dan service tax. Siapa peminat biryani sila cuba.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Suki-ya Shabu Shabu At 1Mont Kiara

First time datang sini. Jija yang ajak makan. Bayangkan sarapan takde.. lunch makan keropok lekor sementelahan Zcat mengemas bilik kami untuk persediaan anak yang tak lama lagi nak merangkak. Kerja berguling saja tak tahu bahaya atau tidak.

Jam dah nak 6 petang baru bertolak dari rumah. Perut pun dah lapar sangat. Aqlan makan puri buah fuji epal dan kurma dengan muka tak berapa lazat nak nikmat. Kesian.

Makanan disediakan ialah style steamboat. So kami order daging kambing, daging lembu dan daging ayam. Tapi nak tunggu sampai kami makan sushi salmon dulu which is agak mengecewakan sebab salmon tak cukup lembab. Macam tak fresh la.

Dan dan juga Aqlan nak susu mintalah air suam. Kemain air panas dibaginya. Jija pun pergilah toilet tolong sejukkan bawah tap water. Kesian anak mama.






Dark chocolate ice cream. Aku dapat habiskan semuanya. Percayalah ianya sangat sedap dan lambat mencair padahal makan sebelah periuk panas.

Green tea ice cream. Agak bitter sikit tapi boleh layan banyak ni jelah. Yang pasti yang dark chocolate tu sampai hari ni aku dok teringat lagi. Sedap sangat kot. 

Harganya? Semua sekali termasuk service charge 10% dan tax 6% RM138.50.

Overall..sambal cicah sedap giler. Hirisan daging sangat nipis jadi sekejap je dah masak bila dicelur dalam sup panas tu. Oh kami ambil miso sup dengan apa tah lagi satu Jija yang pilih. Ada satu tauhu cheese pun sedap. Tangkap leleh la makan. Tapi aku cepat kenyang so rugila. Dua beradik tu makan bukan main lama sampai sempat aku keluar bawa Aqlan pergi shopping kat F.O.S. sekejap. Hahahaha.

Actually tempat makan panas sikitla sebab steamboat kan. Jadi kami gilir2 bawa keluar Aqlan sebab dia dah bising panas. So bila time aku tu lah aku ambil kesempatan beli seluar tidur. Lalalala.

Lebih baik dari Seoul Garden. Wa cakap lu. Tambah kuah pun tak kena caj ok.

Sekian cerita hari Ahad 14 September 2014.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Kiehl's Hydration Cream - Next Review

Yeah. After using 2 bottles of Angelica range from L'Occitane for hydration cream and still got dry face skin, I want to try something new. So I choose Kiehl's. Its more cheaper and its almost natural.

So I just bought it today. Need another 2 weeks to see the different.




Another 2 is sample for hydration cream with whitening and night serum. It was proposed to me but I will try the sample first.

The price? Not bad. RM100 for 50gm. But for the hydration cream with whitening price almost similar to Angelica hydration cream and for night serum is RM220.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...