In

2nd Year Anniversary Treat - Kokopelli PJ

Dah 2 tahun dah kawin. Alhamdulillah. Jadi haruslah pergi makan2 sedap.

Keluarga yang kecil. Seorang anak yang masih lagi terbaring duduk dalam stroller.

Kami bertiga pergi ke Kokopelli. Punyalah sesat mencarinya  wei. Mengikut alamat di Waze salah. Sekali baca blog seorang ni ada update dari pihak  berkenaan yang lokasi kedai telah berubah.

Kokopelli adalah restaurant rumah banglo di PJ. Dimana?




Haaa terus je aku ambil alamat guna gambar. Kalau sesat juga aku tak tahulah.

Now nak pilih makanan pulak. Tak mahu daging  dah sebab rabu lepas dah makan. Air nak teh tarik sebab minuman ni cuma dibuat pada hari....tertentu.


Tunjuk gigi arnab katanya

Aqlan tak tahu anniversary tu apa. Dia tahu naik kereta dan nomnomnom je.


Butterfly Shawl RM19.90 and innerneck RM12 Jasmina. Blouse Nichii RM69.90

Wedges by Nichii RM79.90 pants also by Nichii RM79.90
Ya saya peminat pakaian Nichii. Dulu tidak. Sekarang ya. Sebab seluarnya tak perlu di alter. Just ngam2 dengan kepanjangan kaki.

Now tunggu pembuka selera.

Tehnya tidakla sesedap mana...

Mushrooms baguettes sedap

Sotong ni sedap jugak

Salmon ni Sedap tapi ada tulang. So fail kat situ

Apa nama makanan ni...dah lupa la. Sebab Zcat yang punya


Kemudian kami nak order dessert tapi takde dalam menu. Dah nak bayar baru nampak kat dalam ruang khas dekat pintu masuk rumah ni. Hurmmm fail di situ.

Jadi layankan jelah gambar kami. Sebelum kami bergegas balik sebab nak cari masjid bulat di area tu. Dah Maghrib.




Moga panjang jodoh kami hingga ke Syurga. Kat sana takde orang hudoh tua atau gemok. Semua muda remaja.

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In

1 Muharram 1436H - Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-2

dia semasa bujang

mak dan aku sama2 bujang time tu

selepas dinikahkan...tak bujang dah

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Berapa Banyak 5 Sen Yang Tidak Dipulangkan

Yeah berapa banyak kedai yang tak pulangkan 5 sen. Takde alasan.
Tup tup kira balik duit baki tak cukup 5 sen. Aghh 5 sen pun berkira? Eh of koz la. Kalau 10 orang dah 50sen kot. Kalau hari2 ko collect  5 sen kemudian dalam mesin daftar tunai kau tekan rm12.95 tapi ko tak pulangkan pun 5 sen tu.... ko ambik ke oiiii..

Ko tahu ke hukumny oiii. Alasan takde 5 sen tu tak boleh pakai sangat. Lagipun ko takde minta halal pun. Ko buat muka bodoh je. Ko fikir setiap orang tu halalkan duit 5 sen tu.

Adalah  tugas  ko untuk menyediakan  duit 5 sen tu. Tukarla kat bank.

Antara kedai2 yang aku terkena baru2 ni itupun sebab aku kira balance ialah Boost Berjaya Times Square dan KFC Menara.

So now aku lak dok kumpul 5 sen ni supaya aku boleh bagi diorang so diorang tak boleh senang2 ambil.

Citt 5 sen pun berkira..dah dulu zaman 1 sen tu lagi la banyak kena jugakkkk..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Wagyu Steak At Me'nate - Happy Birthday!!!

21st October @ 1 Ramadhan is his birthday. So tanya hadiah nak apa berhari2 tak dapat fikir so kita hold je kat situ. Hahaha.

Pagi 21 tu makan apam beras je. Tu pun kena share dengan aku. Tu pun nasib jumpa makanan buat sarapan kalau tidak memang tak sarapan pagi tu.

Malam nak keluar dinner. Cam hujan. So tengok cuaca  la. Kalau berhenti hujan jauh sikit pergi. Macam2 difikirkan. Ingat nak makan salmon or kod je kat Fresco Jaya Grocer di Intermark. Last2....

Ke Me'nate je. Dekat dengan rumah. Lagipun dah lama tak pergi.

Lepas  isyak  kami bertiga pun pergi. Hujan dah berhenti. Dapat parking pun senang je.

Nak dapat  meja kena beratur.  So tunggula setengah jam. Masa tu dah jam 9 malam. Kedai tutup jam 10 malam. Lalalala.

Kami pun duduk dan pilih daging. Oh yeah ku pilih Wagyu tenderloin. Berapa gram? Entah tak tengok pulak...nak ambik isi dan cukup untuk 2 orang makan.

Bila order steak kat sini air free flow. Kalau tak habis charge per glass. Okehhhhh.

Aku minum kopi. Ya sedappppp minum kopi malam2 sebab esoknya tak kerja.

Mari layan gambar. Kat instagram dah upload 2 hari lepas.

video
video

Harga daging Wagyu tu memang mahal sikit. Aku pilih harga RM175. Nikmatnya makan daging ni. Terbaik sepanjang aku hidup kat dunia ni. Zcat  cakap  kat Syurga nanti makan pisang pun setahun. Begitu sedap  makanan di dunia dah tentu sedap berganda2 makanan di syurga.

Lepas makan katanya tak perlu beli hadiah dah. Ok take  note. Haha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

EL Lagi......

Bukan aku sengaja tapi itulah bila dah  jadi mak mak ni anak lagi utama dari kerjaya.

Kali ni umi pengasuh Aqlan  kena hantar  suaminya ke hospital. Aku tak tahu sakit apa. Katanya jam 1 petang dia balik. Tapi ofis aku bukan boleh half day  so better aku cuti sehari terus. Hahaha.

Eloklah budak Aqlan  ni berak 2x hari ni. Bila masa baring sibuk datang kat aku nak menjilat kaki tangan. Adoyai.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...