Monday, November 24, 2014

VIP Hotel, Segamat

Kami menginap di hotel ini kerana esoknya 22 November nak ke kenduri kahwin Nadiah & Muiz di Labis.

Hotel ni terletak berdekatan dengan bandar Segamat dalam 3km. Dan dengan Labis dalam 30km.
Dapat 2 topi percuma semasa daftar masuk.
Kami mendaftar hari Jumaat jadi orang masih belum ramai. Parking kereta pun betul2 depan lobi hotel.




Dalam fridge ada minuman halal dan haram. Nak minum sila tengok menu dulu. Coke pun dah berapa jadi tunggi jelah malam karang keluar.


Ada banyak lukisan jenis macam ni dalam bilik dan luar bilik

Yang penting boleh mengesot tanpa was-was

Pancuran dia 4 segi. Punyalah laju air dia..best betul mandi


Air pili ni kena pandai adjust. Maunya laju sakit woo..


Hotel ni antara fasiliti yang aku nampakla ada wifi, swimming pool, gym dan parking. Ada hotel takde parking tau. Pandailah korang cari...lif ada 1 je. Kecil. Kami 3 beranak dengan stroller terus penuh.

Hotel ni taraf 3 bintang tapi pada aku macam lebih tinggi je. Bersih,  layanan yang mesra dan Zcat terkejut sebab diorang tak ambil tip untuk tolong angkat barang. Wahhhhh!!!!

Kami cuma tidur semalam. So ada breakfast esoknya. Aku makan bubur nasi, kuew tiaw sup, buah-buahan dan telur+kacang panggang. Caj semua RM189.
Wajib ni makan setiap kali menginap hotel. Cuma takde hash brown dan sausage je


Kononnya nak bagi dia duduk dalam baby seat tapi baby seater ni tak sesuai untuk dia yang kurus ni

Duduk jelah diam2 dalam carrier tu


Ok dah siap nak pergi kenduri kahwin. Pakai lilit je shawl tu. Dah tengok video tudungpeople dan simplehijab.my pun fail jugak. Sudahnya ikut rasa diri tu cantik pakai camtu sudah...
Aqlan pun nak bergaya juga. Kalau takde sale 70% memang ko tak merasa baju Polo tu nak. Begitulah bila dapat mak yang nak bergaya tapi beli pada harga sale.

Aku rekomen korang stay hotel ni bila pergi Segamat. Pagi2 boleh dengar ayam kokok. Feeling kampung dalam bandar. Satu hal lagi bandar ni banyak benar stesen minyak. Jadi takyahla bimbang pasal minyak habis. Contohnya sebelah kiri kanan hotel ni ada stesen minyak. Kalau lapar nak kudapan pergi jelah jalan kaki..hehe.

Sunday, November 23, 2014

Nasi Ayam Gemas Mustafah, Stesen Bas Dan Teksi Gemas

Haaa kali ni kami pi jenjalan ke Segamat kami kejap ikut highway kejap ikut jalan kampung. Kami memang suka ikut jalan kampung sebenarnya sebab lebih meriah dengan pemandangan. Kalau highway kan boring sikit. Memang  jimatlah tol cuma one way jelah nak beratur belakang lori dan motor serta kereta yang slow.

So on the way to Segamat kami masuk Gemas sebab nak makan Nasi Ayam Gemas original punya pasal. Sebelum ni aku cuma makan kat Koyan. Ye... kat kampung aku adaaaaaa...

Guna Waze je sambil baca pengalaman orang.  Katanya kat stesen bas dan teksi ini lah paling sedap. Yup kami sampai jam 2 lebih gitu. Macam dah lepas Jumaat so dapatla duduk dengan gembira. Katanya lagi kalau tak beratur jelah nak dapat seat.

So dah ada anak kecil ni kena gilir2 makan. Aku jaga dulula...mak kan..mak mak... hehe.




Ok kami tambah nasi sebab sedap sangat. Harga pun murah. Macam murahnyaaaaa.


Memang sedap sebab Cina pun datang makan.

Saturday, November 22, 2014

Herald Hotel, Melaka

Kami menginap di hotel Herald selepas pulang dari kenduri kahwin Nadiah & Muiz di Labis. Hotel ni terletak di Bandar Melaka dan kalau tengok dari luar macam tak percaya je situ adalah hotel. Yah luaran tak menggambarkan dalaman.

Kami check in agak lewat. Dah jam 5 petang. So kami masuk mandi solat dan rehat2. Kemudian hujan turun dengan lebat baik kami layan tv je.

Hotel ni ada 2 bilik. 1 bilik utama dan satu lagi bilik dengan 2 bilik. Aku.pun tak tahulah kenapa ambik sampai 2 bilik ni ha...padahal kami bertiga je.

Yang penting ada jakuzi kata Encik Sebelah. Korang kalau tak pernah guna cubalah sewa bilik yang ada jakuzi ni. Memang best. Ada urutan air..



















Sebenarnya ada kisah tertinggal nak cerita. Masa kami duduk semalam kat hotel ni esoknya nak balik cepat2 kami tertinggal bantal tidur Aqlan. Pihak hotel siap hantar by hand ke office suami which is buatkan kami terkejut sangat. Maklum selalu tertinggal barang memang jangan dikenang la hilang selamanya. Tapi bab ni, hotel Herald memang terbaik servisnya.

Sunday, November 9, 2014

Mana Nak Beli Susu Karihome Ni?

Update 3 November 2016

3 tempat je murahh..


  1. Mydin Subang RM103.40 belum masuk tol, dan parking
  2. Manjaku Bandar Baru Bangi RM104 belum masuk tol
  3. Farmasi AA Seri Petaling RM104 bayar minyak je. Paling dekat dengan rumah. 


Paling mahal aku tengok kat Guardian KLCC Sabtu lepas.

Update 15 May 2016

sebab entry ni ramai yang google, saya bagitahu berita terkini sikit. 

untuk step no. 3, kami masih teruskan dengan Karihome sebab susu lembu Aqlan tak suka. dah mencuba saiz sample akhirnya membazir. begitu juga susu soya pun akhirnya bagi pada kawan yang anaknya minum susu soya.

step no. 3 susu makin mahal ya. 900gm lebih kurang RM100. semua kedai kat bawah ni kami ada kad ahli KECUALI GIANT; sebab nak kumpul point. jimat sikit bila dah kumpul point banyak2 tu boleh dapat cash voucher atau dapat beli barang dengan diskaun tambahan.

  • AEON RM105.
  • MYDIN RM105. tapi akan didiskaunkan RM6 di kaunter bayaran tinggal RM99.
  • MANJAKU RM99.90.
  • BIG PHARMACY  RM104.
  • GIANT RM105.
semua susu Karihome ni kena ambil kat kaunter khas dan bayar kat situ KECUALI MANJAKU, AEON & BIG PHARMACY 

kami selalu beli 3 tin. sebab Aqlan minum 1 tin untuk 10 hari. satu hari consume dalam 24oz.



ENTRY ASAL 9 Nov 2014

Punya susah beno nak cari susu kambing jenama Karihome ni. Sejak Aqlan masuk umur 6 bulan kami bagi dia minum susu kambing. Tapi sebelum tu sempatla minum Anmum Langkah 2 satu kotak je.

Susu bayi especially yang bawah 1 tahun or lebih senang dipanggilnya susu formula harga dia memang mahal sangat.

Walaupun sampai la ni aku masih dapat susukan Aqlan tapi tak cukup. Aku juga dah berhenti mengepam susu sejak Aqlan masuk 7 bulan. Sebabnya bila pam dapat 2oz je.

Jadi Aqlan dapat disusukan hanya pada waktu malam time balik kerja dan time dah di atas katil. In between on that dalam jam 10 malam kena bagi another 3 or 4 oz susu kambingla.

Kalau kat umi pengasuh dia tu Aqlan minum boleh 6oz satu masa. Banyaknya ko minum nak. Dari pagi sampai petang boleh minum 5x kadang2 tu cerita uminya.

Haa lepas dah masuk 6 bulan boleh kasi makan puree kan. Aku buat juga. Susu ada juga. Dah 8 bulan baru makan rice cereal for baby. Kenapa panjang sangat cerita beli susu ni? Nak kabo yang banyak mana dia minum dan betapa payah nak cari stok susu ni.

Mula2 test Aqlan minum 1 tin seminggu. 1 tin Langkah 2 400gm je. Harga....ya mari kita cek..

AEON dan apakah nama supermarket dalam 1 Mont Kiara  RM51.20
Giant dan Jaya Grocer RM49.90
dan kata doktor yang merawat aqlan sejak lahir kat Manjaku pun ada tapi tak tahu berapa harganya.

The trick is bukan selalu ada stok susu ni. Bayangkan kalau ada ibu yang terus nak beli 10 tin. Memang ada ya. Aku baru je terlepas beli sebab dia punya pasal. Tapi nasib dah beli 4 tin masa tu di Giant Kelana Jaya.

Haaaa tak semua Giant ada. Hanya Giant yang besar2 macam Kelana Jaya tulah.

Kalau nak beli online pun ada. Tapi bila kira kos pos tu pastu minimum kena beli 4 tin. Harga lebih kurang gak. So ikutla cars korang merancang pembelian susu anak.

Style kami beli bila dah tinggal 2 tin. Mana tau kot tak jumpa lak masa tinggal setin.

Yang bagusnya susu kambing ni sejak Aqlan minum dia dah kurang muntah. Kalau tinggal semalaman pun belen susu dalam botol dia takde bau basi busuk macam susu lembu..

Aku memang tulis no kat tin. So taula dah berapa tin dia minum.

Demi keserasian aqlan kami teruskan membelinya. Sebab percaya susu kambing ialah susu terbaik selepas susu ibu. Tapi jangan bagi susu kambing biasa kat bayi bawah setahun ya. Mesti formula la.