In

10 Rabiulakhir 1436

Akibat bengang walaupun lelah jam 1.20 pagi aku siapkan resume. Dah bertahun tak type resume. Aku pun dah lupa nak update. Tunggu masa nak hantar kat sebuah syarikat tu. Berharap dapat walaupun belum hantar lagi. Boleh?

Pada usia macam ni kalau dapat tukar kerja berayukurlah. Jadi kalau nak cari kerja baru pada usia macam ni mestilah fikir inilah kerja terakhir. Dah malas nak mencari lagi. Bukan muda pun usia. Diam tak diam lagi 2 tahun dah masuk 4 series.

Aku pun dah letih. Kerja rumah banyak tertangguh sebab keletihan ni. Banyak juga difikirkan hingga termimpi2 hal2 kerja. Which is aku tak dapat berehat dengan tenang pada hujung minggu.

Maka bila masuk kerja asyik nak geram je sebab tak cukup tidur dan rehat.

Maka aku pun berdoa.

Lepas maghrib pergi Quill Mall makan sushi. Aku suka pergi sini sebab tenang jek. Paling best bilik baby di AEON.

Saper pergi Hush Puppies sekarang ada pemberian voucher RM60. Lepas shopping dapat voucher lagi RM50 2 keping tapi untuk member card je. Fees RM12 setahun.

Yap aku cerita ni sebab aku beli barang kat dana. So aku share kan lah. Ada juga diskaun 50%, 30% dan 20% + 5% untuk member. Terbaik. Sale sempena CNY yerrr.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

9 Rabiulakhir 1436

Jumaat. Despatch kami kelakar orangnya. Asal Jumaat je dalam group WA nak makan pisang dan bentang sejadah. Katanya pisang hari Jumaat lebih berkat. Lagi2 yang diletak kat Masjid.

Orang dalam ofis memangla ada perangai last minit dan suruh juga hantar dokumen penting walau dah petang. Tapi despatch ni baik.. kelakar pun ada. Pulak orang Terengganu so kadang2 aku ghoyak dengan dia sikit. Hehe.

Mood bengang belum habis. Aku memang hanginnnn dengan satu minah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

8 Rabiulakhir 1436

Hari gila. Sebab dari pagi sampai petang aku ngadap PC jekkk.

Dahle PC aku slow. Nak kena tungkus lumus key in invoice dalam system baru dan lama. Bengang betul.

Letih sepanjang hari. Letih sangat.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

7 Rabiulakhir 1436

Pagi2 dah kena mandikan budak kecik tu. Kali ni berak dan terkencing sampai tembus. Terus kena cuci sikit alas tidur semua tulah.

Hantar pada umi katanya Aqlan dah boleh diberi bubur tanpa blend tapi still kena lecek sikit. Ahhhh dah tumbuh sebatang gigi atas sebelah kiri. Kita ni dok belek gigi bawah dia hari2 rupanya yang tumbuh gigi atas.. so cute.

So dia meragam sikitla. Nak manja2. Takde demam. Alhamdulillah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

6 Rabiulakhir 1436

Banyaknya keje menaip hari ni sampau jari rasa lenguh ya amat. Semua bensa nak kena kejar nak siapkan. Aku jugakla yang kena key in pun. Kadang2 ada je boleh buat sendiri tapi aku juga disuruhnya buat. Tak faham ke aku banyak gila dateline kot.

Balik pun dah 630pm. Sampai Cahaya dah 7 lebih. Terus balik rumah sebab Aqlan dah haus. Papa dia pergi keluar cari dinner dan kelambu. So hari ni makan pau Pak Ngah lagi. Hehehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

5 Rabiulakhir 1436

Pagi2 budak kecil dah tepuk kita nak bagitahulah tu dia berak. Okay. Jadi dia disiapkan awal hari ni. Bagus juga. Boleh keluar rumah lebih awal.

Sampai rumah uminya kata dia dah bertatih 2-3 tapak. Seeonoknya dengar. Memanglah depan kita dia berdiri je tak jalan pun. Agaknya sebab kita ni cepat kasihan terus nak dokong aja budak tu.

Sampai ofis awal sikit jadi breakfast di Subway jelah. No more white coffee for now sebab last week kepala pusing bila minum kopi or tak tahulah ada sebab lain.

Lunch makan sayur kerabu. Sedapnya dah lama tak jumpa. Paling sedap sebab dalam tu ada ikan.  Uhhh i like it.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

4 Rabiulakhir 1436

Hujung minggu yang tak ke mana2 selepas puas berjalan semalam.

Masa mandi sedikit terganggu. Ada budak kecil ketuk pintu dan melalak sebab tak buka pintu. Dia tahu mamanya senyap2 pergi bilik belakang. Walaupun agak lucu tapi nampakla perkembangan dirinya dah tahu mana pintu mama dia ada. Padahal ada je satu lagi pintu keluar bilik.

So makan tengahari pun order Domino's Pizza  je. Ada diskaun 30%.

Lepas tu rehat je dalam bilik sambil lelapkan mata.

Malam kami makan kuih pau Pak Ngah di Bukit Indah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

3 Rabiulakhir 1436H - Majlis Perkahwinan Anak Sepupu Di Nilai

Hari ni pi kenduri anak kepada sepupu di Nilai. Buatnya di Masjid Putra Nilai.
Aqlan merengek suruh dukung. Aku nak melilit shawl ni. Berialah dia tengok muka aku. Yelah mamanya touch up bila nak p kenduri je. Kalau hari2 mana dan anak oiiii

Kami bertiga ikut PLUS  dan kejap je dah sampai. Tunggulah orang lain tak muncul2. Masing2 sesat. Adoii tak guna Waze ke..

So tugas kami pergi cari lokasi kereta abang lut yang membawa emak. Erm sekali dah junpa diorang tak jauh pun dari masjid. Diorang cuma tersalah lorong je. Hehe.

Sampai Masjid terus semua nak makan sebab dah lapar sangat. Kekeke. Alhamdulillah makanannya sedap.

Selepas itu sesi beramah mesra dengan sepupu sepapat yang dha bertahun tak jumpa. Muka2 masing aku pun tak kenal kalau jumpa kat pasaraya. Erk.

Last ambil gambar dengan pengantin. Lepas semua tu kami pun balik. Mahu jam 5 lebih juga baru sampai. Mengantuknya...
Kenduri kahwin merapatkan ukhuwah


Humaira dress by Minaz.

Untuk kesan yang lebih baik aku pakai corset mini dress dari Mark's and Spencer. Maklum perut buncit tak sesuai ya pakai dress ni sebab ada potongan di pinggang. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

2 Rabiulakhir 1436

Hari ni pulun key in opening balance masuk Sage. Baru satu company settled. Lepas tu aku terus kena buat 2nd company yang aku jaga. Tangan dan jejari rasa kejang asyik menaip. Ada pulak kena buat secara manual sebab IT tak dapat upload directly. Ciss Sage ni memang menyusahkan hidup aku je buat masa ni.

Malam aku lihat Aqlan start berdiri tanpa memegang apa2. Which is membuatkan aku lupa hal2 kerja yang menggila ni.

Yeah only 1 week before kami menggunakan perisian baru sepenuhnya. Tak sabar nak cuti 4 hari minggu depan.....!!

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

1 Rabiulakhir 1436

Lagi seminggu nak masuk bulan Februari so lagi seminggu ni jelah nak pulun key in to new accounting system  AccPac or Sage.

Dan seminggu tu kerja pasty pulun cuti 4 hari. Sabtu Ahad Hari Wilayah dan Thaipusam.

Horray.

Tapi baju berlambak belum dilipat. Huwaaaaa

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

30 Rabiulawal 1436

Hari terakhir bulan Rabiulawal 1436. Bulan Hijriah senang je. 30-29-30-29 kecuali dah nak sampai bulan Ramadan tu kena awas sikit.

Aku hidup dalam dunia MENUNJUK

Beli barang tunjuk
Makan apa kat mana tunjuk
Ada kekasih hati tunjuk muka, dah pisah tunjuk QUOTE
Muncung mulut mak tunjuk
Dah cantik pakai tudung buka pula nak tunjuk RAMBUT juga
Dah berubah pakai hijab atau dah makin berusia tunjuk juga gambar zaman JAHILIAH tu
Drive kereta apa tunjuk stering sambil tunjuk CINCIN - 2 in 1
dan paling tak MALU tunjuk habis auratnya

Ya Allah aku pohon tak menjadi diri tu nak menunjuk-nunjuk apa yang aku post untuk tatapan orang dengan hati yang bangga. Kerana bangga ujub itu selendangMu. Siapa aku yang berani nak memakai sifatMu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

29 Rabiulawal 1436

Hari ni dah masuk kerja. Lemau sikit. Hahahaha.

Mak mertua masih belum discaj. Ada lagi pemeriksaan lanjutan. Hopefully semua akan baik. Banyak doa dititipkan untuknya.

Balik tumpang anak jiran. Sampai rumah nampak Aqlan didukung papanya. Begitu happy. Itulah anak kecil.

Masuk rumah baru nak baring2 dia datang menjilat. Kat muka. Rupanya...berak.

Jam 830pm dah tidur. Aduh cepatnya masa untuk bermain dengan dia. Sebab tu anda yang ada baby...luangkan masa dengan mereka. Sebab mereka lekas membesar dan akhirnya tak mahu bermain dan bermanja dengan kita lagi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

28 Rabiulawal 1436H - Ke Institut Jantung Negara

Ambik cuti. Aqlan pun dihantar lewat sebab semalam tidur lewat sangat jadi menfantuknya memang payah nak buka mata. Sudahnya dah dihulur punggung yang berbau tu terpaksalah juga bangun dan mandikan dia terus.

Selepas hantar ke rumah Umi dia (IJN tak benarkan kanak2 bawah 5 tahun masuk kecuali selepas jam 6 petang) baru kami bertolak ke sana.

Mama cuma ditolak masuk jam 1.15 petang. So baru kami pergi makan. Dah habis makan solat semua masih belum keluar. Jadi kami lepak sampai pergi minum petang pulak. Baru je nak makan katanya dah keluar. Ok habiskan je makanan. Aku makan kek keju je. Dan air coklat dari Gloria Jeans.



Rupanya jam 4.30 petang baru settle semua. Jam 5 kami balik ambil Aqlan sambil harung jammed depan Titiwangsa. Aku tidur.

Sampai rumah lepas maghrib tidur sampai jam 11 malam. Mengemas sikit dan tidur lagi. Wah ngantuknya.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

27 Rabiulawal 1436

hari ni bersiap nak hantar Mama masuk IJN. sudahnya aku, Aqlan dan Jija pergi KLCC. Zcat settlekan semua pendaftaran Mama.

di KLCC ingat tak ramai orang. hurm penuh kemain. cari makanan Aqlan. tu je yang penting pun. masuk Isetan dan Cold Storage. singgah Kiehls. dan terkejut tengok Lovisa dah pindah ke Concourse. nak shopping tapi tak boleh. tak sempat.

jam 4 macam tu sampai IJN. ok nak lawat bawa baby lepas jam 6 petang. okayyyyyy. nasibla IJN ni cantik dan sejuk. pusing2 la dan makan di Gloria Jeans.
Pintu lift yang cantik

Ruang menunggu

Sink dalam bilik Mama

Deco

Nampak Menara Yayasan Selangor

Dalam Bilik ni ada bilik air tapi takdela pulak aku nak ambil gambar macam stay kat hotel. Overall bersih dan luas gila. Katil tambahan boleh simpan tutup jadi almari. Caj bilik ni RM200 sehari. Gomen taja RM20 je. Bilik 5 orang lebih murah tapi kami rasa Mama perlukan peaceful place.

Mama dijadualkan surgeri hari esok. Semoga tiada apa2 komplikasi, katanya bacaan buah pinggang tak berapa cantik. jam 630 petang kami balik. esok datang lagi. Zcat dapat parking free sebab bawa pesakit admit. Jija kenalah caj RM4. okaylah tu.

balik rumah nak rehat je. end up aku layan Facing Up With Fazura Marathon sambil pindah gambar ke netbook dari hp. dah nazak sangat hp tu ada 18k gambar. ko mampu?

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

26 Rabiulawal 1436

Sabtu pagi. berehat atau mengemas rumah? dua2 pun kena buat. sebab masa hujung minggu nilah nak wrap semua. konon.

in the end dah jam 12 lebih baru kami keluar rumah. hantar forzen food ke Puchong dan bertolak ke IOI Mall City. Putrajaya. katanya. tengok lesen semua Majlis Daerah Sepang. hahahahaha.

Makn di Little Penang. Orang sangat ramai. kali ke-2 datang, tapi still tak suka. Zcat pula asyik bau bahan kimia. masalahnya dia seorang je bau. dah tukar baju pun masih bau. masuk kereta bau. sudahnya nak bau benda baru tak jadi, balik. tapi sempat juga tangan ni capai sehalai baju dari Uniqlo. macam sedap je.

Di rumah tidur tak sedar diri, alih2 dah nak jam 9 malam. eh eh..mengantuk gila. especially Zcat. penat dia ke hulur ke hilir minggu ni.

bangun tidur suap Aqlan makan bubur dan kami pun makan sandwich sardin. sedap. Mama buatkan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

25 Rabiulawal 1436

Kebahagiaan.

Itu yang semua orang cari tapi dalam bentuk yang berbeza mengikut keinginan masing2. 

Bahagia menjadi kaya. Bahagia duit banyak. Bahagia bersama keluarga. Apa2 jelah. Nak type banyak sangat. 

So tadi naik kereta seorang kawan dari ofis sampai Pandan Jaya. Teguran pertama aku pada dia...wahhh u dah tukar kereta.. mana MyVi? Sudah jual. Wah kereta ni best...tapi biasalah mata observer macam aku ni cepat je detect ni kereta baru ke recon. 

Kemudian dia tanya u balik husband u jemput ke. I kata no. Dulu u drive MyVi u sekarang tak drive? Sampuk lawan lain ohhh husband dia hantar dia maaa hari2. 

I kata yes my husband hantar hari2. Balik i naik monorail sampai BTS. But now i kata Takpe i turun Cahaya sebab u nak masuk KL jammed teruk. My husband said i kesian kat u. Hari2 tanya dapat duduk tak. I kata tak dapat, berdiri dari Raja Chulan sampai Cahaya.

wah bestnya husband u tanya macam tu. seorang menyampuk husband langsung tak tanya apa2. yeah little thing but yes girl need that. you know.

setelah beberapa masa akhirnya kebahagiaan dia ialah sesuatu yang dia tak sedar pun. i mean salah satu kebahagiaan yang dia dapatlah. which is sejak tukar kereta dia tak tahu berapa jumlah petrol yang dibayar. sebab aku tanya dah pakai kereta besar tentulah kos minyak lagi besar. hahahaha. yup kadang2 manusia lupa. maybe dia nampak kebahagiaan pada jumlah emas yang diberi. berapa banyak wang dimasukkan dalaam akaun untuk dibuat belanja bulanan. hurm...

kebahagiaan aku? banyak. tidakla hendak di share secara direct di sini ya.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

24 Rabiulawal 1436

Hari ni kerja tak tertekan sangat. Training GST  lagi tapi 1 jam. Cerita pasal property dan investment bukan banyak sangat.

Hari ni birthday anak buah. Dah 22 tahun umurnya.

Selipar jamban yang baru. Scholl ke 4 dan yang paling baru. Yang lain semua dah buang. Memang tahan lama jenama ni. Boleh dipercayai.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

23 Rabiulawal 1436

Kadang2 kita memang nak sorang2. Kita tanak ramai2. Kita nak layan blues. Kita tak mahu dengar Cerita pasal anak orang. Apa anak dia dah pandai. Zcat cakap cara membesarkan anak2 ni bukan competition. Kalau asyik dengar itu ini nanti kita rasa Eh betul ke cara aku besarkan anak ni?

Isnin depan kita minta cuti sebab MIL kita masuk IJN Ahad tu. Doakan yang terbaik untuk beliau.

Kisahnya petang tadi papa dia jemput dari Rumah umi pastu elok masuk kereta dah tidur.



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

22 Rabiulawal 1436

Hari ni sampai rumah awal. 6.37 petang. Cam tak caya je. Maklum tumpang kereta jiran. Sudahnya Zcat ambil Aqlan lagi. Wah dah berjaya ambil hampir setiap hari. Si anak tu pun dah mula buat muka happy bila papanya datang ambil. Kalau tak buat muka cam tak percaya. So now bila jumpa kita Aqlan akan happy semacam dan nak memerap.

Dinner makan bubur nasi pagi tadi.  Bekal Zcat tapi dia tak makan. Sudahnya kita yang makan siap dengan sambal telur puyuh RM2 untuk 8 biji. Dibeli didepan ofis Zcat.

Tak pasal gigi or gusi berdenyut sakit semasa makan bubur. Aduh kumur dengan air biru. Air ubat kumur.

Now Aqlan pun dah tidur dipinggang. Kita pun dah ngantuk ingat nak basuh kain. Ermmmm bercinta.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

21 Rabiulawal 1436

Yess dapat keluar rumah jam 8 pagi hari ni demi mengharungi 2 buah sekolah sebelum sampai rumah umi Aqlan. 

Breakfast kuih muih. Masuk ofis baru teringat lupa nak bawa selipar jamban baru. Cissss.

Makan cereal tak sedap la pulak. Maybe patut guna susu coklat baru sedap. 

Kawan yang MC sebab buang fibroid sambung MC lagi 2 minggu. Banyakla kerja nak kena tolong siapkan. Aku mampu buat invoice dan bank recon je. 

Balik rumah tengok Zcat dah basuh baju see round cuma belum bersidai. Basuh lagi see round dan boleh guna air cond. Kami takde air cond tergantung. Air cond kami boleh alih2. Ada roda.

Panas kan..?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

20 Rabiulawal 1436

Hari ni renew Cosway membership dan borong hampir RM200 nilai barang tapi bayar tak sampai RM100. Sebab apa? Sebab memang bila renew kita layak dapat diskaun 50%. Cuma rugilah tahun lepas RM500 nilai barang tapi aku beli sikit je sebab time tu dah sarat. So mostly yang aku borong ialah toiletries especially for Aqlan. Macam bottle cleanser dia la..

And then akhirnya tercapai hasrat beli selipar jamban untuk kegunaan di pejabat. So bolehla buang yang dah putus sebelah tu. Beli di AEON Quill Mall ada members day so dapatla voucher RM20. Beli barang Aqlan juga yang banyak. Handbag tak dapat. Sedih warna terakhir itulah yang display. Ku berkenaan electric blue nanti nak match payah sikit. So nak ambil hitam dah tinggal display je. Kecewa.

Perfume? Ah beli online jelah.

So sebenarnya kat Quill Mall tu surau harap surau AEON jelah?

Ok nak cek beg tu ada tak jual online..

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

19 Rabiulawal 1436

Kesian Aqlan kena gigit dengan pijat. Bengkak tangan dia...

Disebabkan tidurnya terganggu dia bantai tidur petang lama. Sudahnya jam 4 petang baru kami keluar cari lunch. Gigih lunch di Bandar Baru Bangi sebab nak shopping di Minaz.

Selepas makan di Jemari baru pergi Minaz So dah jam 5 petang dah terlepas happy hour ada diskaun tambahan. By the way tengok yang baju untuk happy hour tu tak berkenan sangat kat mata ni.

Aku cuba sehelai pakaian je. Terus nak. Dan yang itulah helaian terakhir. Nak pakai pergi mana pun tak tahu lagi. Maybe outing tak pun kenduri kahwin. Haaaa aku pun tengah tunggu seseorang ni bagi aku kad jemputannya. By WA dah dijemput. Hihi.

Kemudian ke Bangi Gateway sebab nak tengok Tudung People. Ermmm Sudahnya minum dan makan kek je. AZRAA FLUER dah tinggal size M je. Tengok material kain pun tak kenan.
Kek lobak kegemaran Zcat

Nak cari puting susu Aqlan pun tak jumpa yang diperlukan. Dah habis jenis yang aku nak.

After tapau pastri balik jelah....

I am happy with this material.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

18 Rabiulawal 1436

Sampai lewat ke office hari ni. Jam 9.19 pagi. Hujan dan accident reported ahead kata makcik Waze.

Jam 2 petang ada seminar GST lagi. Topik tak berkenaan dengan scope kerja aku tapi dengar jelah. Dah disuruh pergi. Sekali ha kau keluar macam2 perkataan baru untuk aviation industry. Aku tahu akaun ni complicated sikit.
standard rated
exempted
zero rated

Ok done. Sudahnya topik untuk financing for property dibuat lain kali je. Adoi.

Yang pasti GST boleh dikenakan kepada company yang mendaftar GST sahaja iaitu due date dia dah due pun 31 Disember 2014. Every lewat day kena denda RM10 kalau tak silap kata auditor tu.

Jualan melebihi RM500,000 setahun je ye. Kalau RM499,999.99 tak kena GST dan tak boleh kenakan pelanggan atau end customer.

Bagaimanapun sekiranya jualan selepas 1 April 2015 mencapai RM500,000 setahun maka dia boleh dikenakan GST tapi mesti mendaftar. Sebab tu pendaftaran GST tetap digalakkan.

Ok cukuplah pasal GST dulu. Nak ingat ilmu baru ni perlu latihan hari2.

Petang sampai rumah pun dah maghrib. Kemas rumah sikit basuh baju dan balik Puchong. Ada mertua. Rindu cucu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

17 Rabiulawal 1436

Masuk kerja dah kena pergi seminar GST run by PKF di tingkat 9. Pusing kepala kejap.




Jam 10.30 pagi ada tea break. Dan sambubg semula jam 2 petang. Mengantuk juga walau dah bergelas minum Nescafe.

Balik ambik Aqlan hujan. Tapau nasi goreng kicap je.

Penat kepala ni beratur dalam kepala perkataan baru untuk GST.
Standard rate
Zero rate
Out of scope
Exemption

Tiba2... kenapa aku ambil accounting course. Kenapa?

Dah jangan nak menyesal. Hadap je.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

16 Rabiulawal 1436

Pagi2 selepas hantar Aqlan kami beli kuih didepan rumah pengasuh. Sambil meredah jammed sambil makan karipap, kuih badak, keria, kuih bom dan kasturi.

Jalan masih lapang jadi selamba je naik AKLEH dah jam 8.42 pagi.

Balik kerja masak. Wahhhh dah lama tak masak penne carbonara. Aqlan ditidurkan papa dia so senangla aku nak memasak kalau tak memang melekat jelah budak kecul tu ajak main.

Lepas makan tunggu kain pulak siap dibasuh untuk disidai. Aku memang sidai baju dalam rumah sebab kat luar banyak anjing yang suka buang najis merata-rata.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

15 Rabiulawal 1436

Ok hari kedua bekerja dalam tahun 2015. Macam biasa tak datang kerja penuh meja dengan nombor2 yang nak kena key in dan update. Tu takpe lagi. Yang bencinya ada orang guna pc aku dan tak log out keluar. Eiii memangla tu pc company tapi aku tetap tak suka orang macam ni. Heyyyyy...
Dah letak jadi desktop wallpaper pun tak dipedulikan..

Hujan lebat tengahari jadi aku makan Subway je. Alahai dah tak banyak offer murah macam dulu2. Belasah jelah kang lapar pulak.

Hujan reda aku pun keluar ofis buat kerja menampal. Hehe. Letak notis di pintu masuk yang memerlukan kad akses.

Malam masak filet ikan talapia dan goreng pop corn size hash brown.

Ngantuk dah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

14 Rabiulawal 1436

Pagi ni rasa tak sihat. Cramp dan kepala pusing. Maybe sebab keuzuran. Jadinya lepas hantar Aqlan pergi jumpa doktor Adam di Klinik Mediveron Ampang Point. Dapat ubat pergi breakfast kat Mak Jah. Makan soto nasi dan teh tarik. Padahal lepas hantar Aqlan dah makan kuih 5 biji.

Balik rumah makan ubat tidur sampai jam 1 lebih. Jam 3 petang baru start mengemas balik. Aiiii banyak betul pay nak mengemas.

Buang semua makanan tercemar. Expired dan resit. Yeah aku suka simpan resit dan tags barang. Konon nak buat kenangan.

1 thing about keeping or hoarding... bukan boleh bawak mati pun. Full stop terus aku buang je benda2 yang menyemak tu. But yes aku masih menyimpan tin dan ada je koleksi baru sebab ya...limited. Ya tak boleh bawak mati. Tapi boleh simpan benda lain dalam tin tu.

Habis mengemas jam 11 malam. Penat tapi puas.

Sambung lagi bila tiada gangguan Aqlan. Hahaha dia pun suka mengemas. My sweet baby 10 bulan hari ni kalau ikut Tahun Masihi. Love him so much.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

13 Rabiulawal 1436

Bestnya tidur pagi Ahad! Tambah best golek guling dengan anak dan suami. Tapi bila si anak dah bangun dan kejut kita nak tak nak kena bangun juga. Nak kena beri makan. So hari ni Aqlan makan nasi bubur tanpa di blend.

Lunch ikan salmon di Fresco Empire. Sebelum sempat lunch Aqlan dah muntah selepas disuap makan oleh Jija.. nampak gaya Aqlan belum sedia dengan bubur biasa. Mesti diblend juga. So menjadi cabaran mencari balik baby room. Jumpa di tingkat 1.

Lepas makan terus balik Puchong. Terlupa dah nak shopping untuk diri sendiri selepas beli barang untuk Aqlan.

Tidur ajelah kami.

Lepas Isyak balik Ampang. Dah 3 hari tak makan malam. Takde mood even lapar juga.

Nampak gayanya kena pakai lagi selipar separuh putus ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

12 Rabiulawal 1436

Oh pagi2 dah datang. 10 bulan jugakla tunggu dia datang. Tapi bukan kisah pun. Cuma bila dah datang tu macam leceh pulak rasa. Erk..

Misi jumpa Mak berjaya hari ni. Hari tu tak berjaya sebab mak balik kampung tengok cucu Mak dari abang sulung kami bertunang. Kalau dah jodoh cucu tu akan bernikahla tahun ini juga. Alhamdulillah. Eh dah jodoh tu juga cucu kawan mak di sebelah blok kampung je. Haha.

Masa nak pergi jumpa mak punyalah panjang. Sebab Aqlan dah tidur aku sambung kemas rumah dan pack pakaian dan kasut untuk disedekahkan. Bukan boleh pakai dah pun. Kaki dan badan sama naik mengembang. Adusss.

Dah siap semua kami pergi makan kat Nu Sentral makan di Puffy Buffy. Aku try nasi ayam nenek dan Adzman makan nasi daging salai. Hidangan tengahari tambah RM2 dapat teh tarik atau ice lemon tea dan 2 keping kuih. Kuih yang dapat kuih Seri Muka. Semua sekali kena RM45 teemasuk 10% service charge dan 6% tax.




Sampai rumah mak hujan lebat. Baru duduk2 dapat panggilan dari adik ipar katanya Mama sakit. Jadi Adzman dan adiknya terus plan nak jemput mama balik ke Puchong. So aku tak ikut sebab mereka nak balik hari. Dengan keadaan aku yang uzur dan aku rasa lebih baik spend masa dengan mak. Aqlan juga tak perlu travel dengan masa yang macam tu. Yelah dah pergi balik tu dijangka 11.30 malam baru sampai Kota Damansara semula.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

11 Rabiulawal 1436

Jumaat.

Rasa macam Isnin sebab semalam cuti hari ni kerja balik.

1st day hari bekerja untuk tahun 2015. Tetap gagal nak buat filing 2014. Bank slip je lepas. Yang lain semua dah membukit.

Cuaca mendung di KL. Tak hujan sehingga sampai di rumah selepas menjemput anak.

Plan kemas rumah tergendala sebab Aqlan nak tidur berteman. Merengek nak rasa mama dia ada sebelah. Kesian juga.

2nd time bangun masa aku baru nak habis cuci pinggan. Rupanya berak. Hahaha.

Malam2 budak ni aku pakaikan Pet Pet Night Tape. Lebih tebal jadi tak payah bangun banyak kali tukar diapers. Papa dia juga yang syorkan. Tapi kalau dah berak.... Kenalah juga tukar. Kesian kan. Geli.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

1 Januari 2015, 10 Rabiulawal 1436

Planning:
Jumpa mak.
Pergi Jakel beli kain langsir.
Beli diapers dan susu Aqlan.

Achievement:
Beli susu Aqlan 8 tin di Giant Taman Permata.
Susu ni selalu takde stok. Cashier pun cakap macam tu. Nak tunggu umur Aqlan setahun ni lagi 2 bulan.
Sebelum tu cari di Giant Kota Damansara takde stok.
Dapat beli diapers jenama Pureen 84 keping. Baru nak cuba. Mengikut kata seorang ibu Pureen terbaik. Buat masa ni Aqlan takde masalah guna Pet Pet pun. Mamanya gatal nak cuba yang lain.

Lain2 yang takde dalam plan..tapi dapat:
Beli telekung warna merah cili. Dah lama sangat mengidamnya. Kata hadiah hari jadi tahun lepas. Masih ada lagi satu hutang hadiah..heheheh...tuntut mesti tuntut.

Dah Aqlan tidur barulah dapat kemas rumah sikit. Rumah kecil tapi banyak barang. Perlukan daya kreatif nak susunnya. Ada juga yang mahu diberi dan dibuang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...