In

8 Jamadilawal 1436

Hari ni bersusah payah menyiapkan migration system accounting yang baru. Masih juga belum siap sepenuhnya. Payment ke supplier pun nak kena buat juga.

Tengah2 buat kerja Mr. Hoo datang dan bagi angpow. Yeah first time ever. Diorang kata tahun lepas pun dapat. Tapi aku tak ingatla time tu lebih fikir nak beranak je kot. Hehe.
Angpow RM10. Dari takde kan..
Maklum jelah kami tak dapat bonus lagi. Tahun ni bonus keluar ikut bangsa. Ko rasaaaaaaaa Melayu dapat bila?

Malas cakap banyak...

Lepas Maghrib kami pergi Quill Mall. Cari tempat sejuk. Panas kan.

Kami makan kat Q Bistro. Aku makan dimsum je.

Lama nak dapat dimsum sampai Zcat dah habis makan. Fahamla dimsum. Tapi bila dah sampai sejuk je...


Dah jadi bekas biskut Aqlan 
 Kami suka ke AEON Quill Mall sebab nursing/baby room dia terbaik.









Bertambah pula weekends free parking. Weedays after 5pm baru free. Hurmmm memang jadi port kamilah. Orang pun tak ramai. Selesa sangat.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

3 Jamadilawal 1436 - Aqlan Shah Sudah Setahun

Post khas bulan Jamadilawal. Anakku dah setahun.

Bila dikenang balik...

Tak sedar diri dah mengandungkan dia 17 minggu. Buat pregnancy test sampai 3 kali.

Betapa saat2 akhir kehamilan tekanan darah tinggi yang melampau.

Bagaimanapun aku bersyukur dia dilahirkan cukup sifat dan terus diazankan papanya.

Mama dan papa love you forever.

Orang bila dah berusia 37 tahun baru nak beranak memang semacam sikit.

Layankan gambar kenangan Aqlan pada usianya meningkat setahun mengikut bulan hijrah.






Dan beberapa keping gambar pada hari Aqlan dilahirkan.








Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

2 Jamadilawal 1436

Banyak aktiviti hari ni...

Mula2 majlis bertunang Fahada di Gombak. Kami saja la lambat pergi. Nak dekat jam 12 juga. Last2 kami ni sampai sebelum pihak lelaki sampai. Elokla takyah tunggu lama2.

Yang kelakarnya Zcat duduk sebelah Fahada dah jadi macam wakil pulak. Hehehe. Jadi semua keputusan dia tahu. Aku mulanya duduk luar bersama rombongan lelaki. Kemudian bila si Aqlan dah start usik baby sebelah dia maka masuk bilikla kami.

Dah dalam bilik memang tak dengar apalah. Dan dan  je dapat email invitational majlis nikah Fahada dari Zcat. Eh lebih tahu dari empunya diri. Lawak.

Lepas dah siap bincang kami pergi makan kat dewan bawah apartment.  Sedapnya makanan. Macam2 kami makan. First time Aqlan makan puding jagung sampai tiga potong. Amboi anak....
Kasi gambar anak beranak sebelum bertolak pergi 

Percayalah takde bedak or krim. Semua tertinggal... last pakai eyeliner je..lipstick dah ditelan semasa makan.

Lepas makan macam ke hapa...means makan banyak giler....kami balik rumah kepanasan. Ya cuaca hari ni panas ya amat.. balik mandi dah tidur sebab ada program lain pulak malamnya.

Jam 7 malam kami keluar pergi Quill Mall sebab mak mertua nak beli beg Hush Puppies yang dia berkenan tulah. In the end dia beli jenis lain. Ada pulal sale 30% tapi kalau jadi member tambah 20%. Aku berjaya tak beli apa2. Adik ipar pulak yang tergoda. Pastu dapat kupon lagi. Sudahh mak tak kuasa nak shopping lagi..

Yo ooo je kan. Harusla pergi beli sesuatu untuk diri sendiri. Nampak Sorella tengaj sale 3 RM120. Mula nak ambil 2 RM89 last2 ambil 3 helai. Citttt.

Takpe..demi keselesaan diri ya jangan kedek sangat.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

1 Jamadilawal 1436

Hari Jumaat yang membahagiakan.

Dulu2 sekolah Hari Jumaat la cuti. Jadi itulah hari nak cuci baju dan berehat. Berehat kat sini maksudnya tidur dan tidur macam nak qadak semua waktu mengantuk itulah.

Bila time solat Jumaat budak lelaki dah kena pergi masjid awal sebab nak kejar khutbah.

Budak perempuan pulak time tulah kami nak pergi guna air kolah budak lelaki yang selalunya lebih besar dan guna dengan gembira.

Kalau musim takde air kami ke sungai yang agak jauh dari asrama dan mandi puas2. Nam mandi sungai pun ada turn budak laki dan budak perempuan. Begitu sekali dijaga aurat dan pergaulan kami semua.

Begitu banyak memori zaman sekolah di asrama. Dan asrama ya macam2 asrama aku duduk. Macam2  peristiwa aku alami dan lihat.

Ketabahan duduk asrama ni yang menjadikan aku seperti hari ini. Dan itu juga buat aku tak mahu anakku duduk tinggal di asrama. Biarlah dia membesar depan mata..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

14 Rabiulakhir 1436

Dah 4 hari cuti tiba2 kena kerja balik memang sangapla kan. Nak hadap muka2 yang tak berkenan di ofis tu. Kena hadap juga sebab dah pilih nak kerja makan gaji. Kadang2 rasa susahnya nak ikhlaskan hati.

Tapi ada orang boleh claim cakap "saya buat dengan ikhlas". Rasa ikhlas tu Allah je yang tahu. Tak perlu nak bagitahulah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

13 Rabiulakhir 1436

Pagi pergi sarap kat kedai mamak. Tengahari panas terik tu pergi jualan gudang Hush Puppies di Taman Perindustrian Kinrara. Ramainya orang nak parking pun payah. Aqlan pulak tido so kami perlu bergilir. So aku first.

Masuk terus cari baju untuk Aqlan. Cari bahagian 12 to 18 months. Baju budak lelaki tak banyak. Baik aku cepat. Tunggu jugalah beberapa orang depa  aku sedang membelek. Kemudian aku terjah jelah cari baju. Dapat 4 helai baju dan 2 seluar. Satu lagi baju monyet je aku panggil. Korang panggil apa aku tak tahulah.

Dah habis cari baju anak baru cari untuk diri sendiri. Jumpa sehelai je yang berkenan. Carilah jalan keluar nak buat bayaran. Sebelum sampai cashier nampak susunan cermin mata gelap brand giordano. Nak beli tapi malas nak belek sebab ramai. Tengok mainan pun semua tak menarik. Last2 aku bayar jelah apa yang sempat grab.

Total semua kurang RM200. Yelah potongan sampai 70% mana tak semua orang berebut beli.
Dah takyah fikir pasal baju bila umur masuk setahun. Eh ye ke....? Tak percaya dengan diri sendiri. Baju budak memang adorable kan.

Dah masuk kereta turn Zcat pulak. Bila dia balik dia cuma dapat beli cermin mata gelap dan singlet. Dah hari last memang tak banyakla tinggal. Cuma untungnya bila last day semakin bertambah diskaunnya.

Kami pun balik tidur jelah lepas tu sebab panas sangat.

Musim panas ni mengingatkan tahun lepas ketika sarat mengandung dan air tiada. Alhamdulillah bekalan air masih ada setakat ini.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

12 Rabiulakhir 1436

Tak ke mana. Nak pergi jualan gudang Hush Puppies pun delay esok je.

Jam 4 pergi makan di Taipan. Restoran Pakistan. Makanan dia boleh tahan mahal tapi sedap. Original Pakistani katanya.

Dalam kereta mak mertua tanya harga beg kita. Eh dia berkenan tu..

Kita berkenan sebab beg tu ringan. Enough la for beg gabak or beg kulit or beg yang belum ko isi barang dah rasa 1kg. Puas hati walaupun kecil muat masuk bag organizer which is boleh selit diapers Aqlan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

1 Februari 2015 11 Rabiulakhir 1436

Ngantuk aja. Nak tidoooo aja kejenya. Gitewwwww. Lepas bangun gigih pergi NZ Wangsa Maju nak tengok darwishrichdesign. Takde saiz baby la. Dapat name card je...waaa..

Balik puchong sambung tido la. Lepas maghrib baru keluar pergi Paradigm. Nak cari baju kerja. Nak tukar sikit.

Gembira shopping di Nichii. Walaupun aku dah lupa no ID Triumph Kad...sebab dapat diskaun 50% untuk next baju. Baju sebelum tu 30%. Ahahaha mak suka mak suka sangat.

Lepas tu makan mengkam dan ikan siakap stim kat Alissara. Maafla malam ni siakap stim dia banyak naaa asam boii. Potong betul.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain