In

12 Sya'aban1436H - The Khan At PV128

Cuaca panas kan hari ni. Kami keluar jam 5 petang pergi lunch. BBQ steamboat kat The Khan.
Model papan tanda tak berbayar.

Kira kamilah pelanggan pertama diorang. Sebab seorang pun takde dan makanan semua masih cantik tak berusik. Terus minta duduk bawah kipas. Panas..ya panas lagi di sana tapi mintalah dilitupi awan bila di sana.

Jadi apa yang kami makan?












Harga RM38 seorang. Lauk pauk banyak. Tapi sambal tak sedap sangat kena pandai campurkan.

Air free flow. Minumlah banyak2 tak rugi pun.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

10 Sya'aban 1436H - Kaw D Burger, Ampang Waterfront 2

Lokasi kedai burger ni tak jauh dari rumah. Sebelum ni kedai Sekinchan Ikan Bakar. Jadi bila masuk tu aku dok perati ada tak kesan tinggalan dekorasi Sekinchan tu. Ya mata aku ni kadang memang suka tengok jauh mendalam.



Ok ada 2 or 3 pelanggan je itu pun satu meja. Jadi harap kami dapat burger dengan cepat. Dah masuk maghrib pun time tu. Hish. Nak makan laju2 dan blah cepat.


Air sampai dulu. Nyamuk dah banyak menggigit tapi burger tak sampai2 juga. Dah 20 minit baru sampai makanan. Aku tengok jam dan 740pm. Hish nak kena makan gaya apa ni?


Alhamdulillah sedap. Aku pilih burger kambing apa tah. Dalam RM14. Memang kenyang dan sedap. Roti dia win. Kunyah2 kasi budak kecil makan roti je sikit. Selebihnya dia tengok TV je. Nyamuk banyak weii.. agak lama juga baru aircond nak di on kan. Aduiii.

Burger patut dimasak dengan lebih cepat. Nasibla tak soggy.

Air minuman dia harga murah pada pendapat akulah. Mojito lime tu RM3.50. Takpe nak minum banyak kita buat sendiri nanti..

Nyamuk. Tolonglah. banyak gila kot. Macam pesta je diorang dapat gigit kaki aku.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

3 Sya'aban 1436H - Aku Tahu Siapa Ganti Kerjaku

Jadi dia adalah bekas group kami yang lepas. Orang yang dikatakan takde kerja jadi dia kena buat kerja parking aku. Lah kalau betul dia yang dimaksudkan kenapa tak dihantar dia tu ke meja aku untuk ku ajar dan tunjuk apa yang patut patut. Atau mereka fikir kerja ni sap sap soi je.

Anyway aku masih update apa yang patut. Hoiii hari2 tengok file parking boleh pinar biji mata.

Satu lagi renewal lesen pun belum dapat feedback.

Pasal kastam punya hal pun aku belum minta explanation.

GST..bukan tak boleh accept. Cuma nak isi form memang tak diajar. Tengok kat website kastam. tapi sebab berapa hari je lagi jadi aku pun malas nak ambil port. Aku pun dah tak diundang untuk penerangan GST.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

24 Rejab 1436H - Tambah Umur Meningkat 38 Tahun

Weeeee..dulu aku tak ambil peduli sangat sambut tahun kelahiran mengikut kalendar Hijriah ni. Tapi aku rasa seronok juga menggunanya sejak aku bernikah 1 Muharam 1434H.

Aqlan Shah dilahirkan pada 3 Jamadilawal 1435H. Manakala Encik Sebelah 1 Ramadhan. Ermm sian mama kena ganti puasa..macamla mak aku lahirkan adik aku 4 Ramadhan.

Buka tutup mata tak lama lagi bulan puasa. Tak sabar nak tunggu bulan puasa. Banyak plan ni. Semoga plan berjalan lancar dan diberkati Allah. Amin.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

23 Rejab 1436H - Belum Rasmi Tapi Dah Tahu

Jadi aku sudah confirm berhenti kerja

Seorang staff HR bagitahu aku kena serve 1 month. Meaning takde cuti boleh tolak. Siap kata akan dibayar. Kalau nak extend sampai end of June pun ok. jawapan aku sorryla..NO WAY!

So perlahan2 la aku mengemas barang peribadi dan cepat2 settlekan kerja tertangguh. Ofis aku ni bagi je notis sebulan tapi tetap kena kerja macam biasa. Takdelah nak diajar si pengganti. Kerja aku kalau list down, memang banyak....

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

22 Rejab 1436H - Sent My Resignation Letter

11 Mei. Ya lagi 2 bulan usia menjejak 38 tahun. Tapi ikut bulan Islam lagi 2 hari je..

Keputusan menghantar surat berhenti kerja diambil setelah memikirkannya selama berbulan-bulan. Dah tak tertanggung tekanan kerja dan akibat dari tekanan kerja tekanan lain yang datang. Jadi sebelum aku naik darah tinggi baik aku ambil langkah drastik.

Hati kena tetap. Tegas menghadap bos yang tanya kenapa? Dah dapat kerja lain ke? I need a break. Then, just take a break settle your personal issues. No..i really need a looooooooong break. Just accept my resignation.

Mampu je mulut ni mengucapkan kata2 begitu depan GFC.

Tengah buat kerja kena panggil dengan GA pulak. You dah dapat kerja ke? H tanya you berhenti nak jadi surirumah ke? Alahai...once again...just accept my resignation because i will not telling you anything. Full stop.

Jadi salah satu plan aku ialah duduk rumah sebulan sepanjang Ramadan ni. Haaaaaa leganya. YA ALLAH terima kasih atas nikmatMu ini.

Berhenti kerja nikmat ok. Kena keep positive. Ada rezeki..aku kerjalah balik nanti. Tak pun jadi suri rumah sepenuh masa. Wakkk wakkk...

Thanks to my dear Encik Sebelah yang sanggup menadah telinga mendengar keluh kesah bekerja sepanjang 2 tahun ni. Hari2 beliau kena dengar. Maklum sangat kita ni moody je akhir2 ni...mulut muncung je bila balik kerja..ada je tak kena.

My baby Aqlan pun lepas ni kita leh lepak sama2 atas katil. Goleks dan goling.

Haishhhhhh leganya dah tender tunggu tindakan HR la pulak esok...

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...