In

13 Ramadhan 1436H - Percubaan Buat Kek Sayur Ala Ikea

Selepas berhenti kerja hari tu aku agak banyak berjalan. Khamis pergi Kedai Fixi dan tengok Jurassic World. Jumaat pergi Ikea makan meatballs dan kek sayur.

Cerita pasal kek sayur ni rasanya hidangan baru kot. Aku tak pernah nampak sebelum ni ke sebab aku dah 6 bulan tak pergi Ikea?

Nampak macam tak menarik tapi aku nak cuba juga. Aku ambil 2 keping. Sekali bila dah makan rasa menyesal. Sebab sedap sangat nak beratur sekali lagi orang dah ramai. Hari tu kami sampai jam 11 pagi macam tu.

Jadi hari ni aku cuba buat setelah tengok juga resipi veggie patty Itali kat YouTube. Aku dah modified resipi ikut bahan apa yang ada.

Jadi aku rebus:-
Lobak 2 batang, zukini 3 batang, satu brokoli, dan 5 biji kentang Holland.

Dah tu lenyek. Masukkan 1 paket bread crumbs dalam 100gm dan 80gm keju Mozarella. Aku nak cepat beli yang dah siap sagat. Tak guna untuk pizza punya. Gaul semua dan buat patty simpan dalam peti ais. Ye takde garam sebab Mozarella dah membantu bagi rasa. Aku memang kurangkan garam pun dalam semua masakan aku. So kalau tak masin cicah garam meja. Hahaha.

Result.
Menghasilkan 22 keping patties.

Goreng tohor guna minyak zaitun. Sangat sesuai. 


Compare to Ikea Veggie Cake.
Ikea mesti pakai alat pembentuk sebab bulat je 

Untuk dressing aku makan Kewpie je. Nak buat resipi sos tu banyak pulak bahan tak cukup kat rumah ni..
Caesar dressing tu sesuai sebab dia masam2 sikit.

Kata Encik Sebelah.. sedap. Anak pun makan dengan happy. Boleh buat lagi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

12 Ramadhan 1436H - Cuci Dapur Guna Bikarbonat Soda

Dapur memasak atau stove aku memang dah lama tak cuci. Aku nak buat kerja pencucian ni semua boleh bila Aqlan tidur atau khayal main. Kalau tak dia datang pada aku dan buat gangguan comel yang menyebabkan kerja tak jadi. Itulah anak kecil umur 1 tahun 3 bulan punya peรจl.

Jadi aku scroll kat website macam mana nak cuci..sebab dah azab sangat. Tengok dapur Mak dan Mama cantik je. Ni kalau Mak aku tengok mesti dia bebel. Nasibla dia tak duduk serumah dan kerap datang macam masa aku bujang dulu. Macam2 kerja rumah dia buat sementara aku pergi kerja. Sekarang aku dah duduk rumah ni baik aku buat kerja sikit2. Nak buat sekali harung memang tak larat. Kang lapar dan haus semacam je tengok air...haahaa..

Ok inilah stove yang sedih tu. Dah lama tak cuci wei sejak beranak ni..bayangkanlah kedegilan kotorannya. Paling menyumbang kekotoran stove ialah bila masak sardin yang meletop2 dalam kuali dan masak sup ayam yang Kemudian bila didih dia meleleh. Hishhhh memang menahan je aku tengok dapur ni.


Kemudian alas memasak yang rentung ni rasanya tak boleh diselamatkan dah. Baik beli baru je..aku try cuci pun tak jalan.

                    

Inilah hasil cuci stove menggunakan 2 sudu teh bikarbonat soda, 2 sudu teh cuka dan secawan air mendidih dan setengah sudu teh cecair pencuci pinggan. Aku pakai Sunlight. Yang kat meja tu kesan kotoran akibat lelehan dari perkakas masakan. Itu mesti sental dengan lebih padu. Maybe guna Cosway punya pencuci je.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

9 Ramadhan 1436H - Balik Ke Ipoh Da...

Selepas habis tempoh 3 hari 2 malam kami bertolak balik ke Ipoh. Dah jadi kelaziman untuk berbuka dan bersahur dengan Mama sejak aku berkahwin dengan Encik Sebelah. Cuma kali ni kami ada anak yang dah dapat kaki so kerja dia nak berjalan jelah..

Sebelum keluar bilik hotel pun nak selfie. Perkataan self-us atau self-we macam tak kena kan?





Pastu kami nak p beli jeruk Pak Ali. Tapi jeruk Pak Ali tutup sebab solat Jumaat. Ya kami masih dalam musafir, jadi dia tak buat solat Jumaat.

Jadi beli jeruk kat kedai sebelah tu je tak tutup lak. Aku tak keluar dari kereta pun sebab nak bancuh air Ribena Aqlan.

Sampai Ipoh dah petang sikit terus nampak buah rambutan kuning dah terliur.

Malam tidur dalam bilik Mama sebab dia nak bagi cucunya sejuk. Rumah ada aircond dalam bilik dia je. Ermmm sayang cucu ni. Pasal nak suruh tidur pun boleh bertelagah sebab Mama selalu kepanasan jadi kami rasa takpe je tidur bilik belakang. Pakai kipas angin biasa je...last2 anak laki dia yang tidur bilik tu. Syokla kami bertiga tidur dalam bilik beraircond. Tapi Mama tidur bawah sebab risau Aqlan lasak hempap kaki dia yang sakit..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

8 Ramadhan 1436H - Mencari Nasi Kandar

Ah ye dah sampai Penang haruslah makan nasi kandar kata Encik Sebelah. Aku tak minat sangat makan. Tapi bolehla temankan. Tapi itu semua cerita malam lepas Isyak.

Siangnya dia masih bekerja dan aku baca buku cerita. Haaa time macam inilah nak baca buku cerita sampai habis. Bawa 2 buku je. Romantis dan Love In Penang. Buku2  cerita yang dibeli sejak lahirkan budak kecil masih banyak belum dibaca. Pastu bila ada keluaran baru beli lagi. Ada juga yang masih ditahan belinya.

Buka puasa masih dirumah kakak di Jalan Kilat. Masak bubur lambuk. Erm sedapnya. Boleh bagi budak kecil makan. Kakak buat tak pedas.

Selepas solat semua baru kami ke pulau nak cari nasi kandar. Abang ipar bagi macam2 cadangan. Sebab dah lama dia dok penang so macam2 kedai nasi kandar dia dah test.

In the end pilihan Encik Sebelah ialah Restoran Deen. Nasi Kandar Yang Terkenal Di Pulau Pinang. Ye ker weh orang Penang?

Aku minum teh tarik je..memang kaw2. Sebab sah makan bubur lambuk banyak sangat. Aku la ni tak suka makan sampai perut penuh. Tak suka sebu2 dan bloated ni. So aku ni memang tak sesuai sangat makan buffet Ramadhan especially.

Pagi bangun sahur lewat sikit dari semalam sebab mengantuk giler. Budak kecil lepas balik hotel dia jadi aktif. Haa dok melayan dia la...nasibla esok papa ko dah cuti esoknya nak.

Kami makan sekadarnya sahaja dan kali ni budak kecil tidur tak bangun dari stroller dia.




Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

7 Ramadhan 1436H - Premier Room Sunway Hotel Seberang Jaya

Ini bukan suka suki pergi tidur hotel bulan puasa tapi ini adalah sebab tugas. Tugas sebagai seorang isteri yang mengikut perintah suaminya. Encik Sebelah kena attend meeting di pelabuhan sana. Maka bermulalah satu perjalanan di bulan puasa hari Rabu 24 Jun 2015.

Kami bertolak jam 10 pagi juga walaupun plan asal yang beria-rianya semalam dia.kata jam 830am. Sekali tidut lepas Subuh ala tak sedar diri. Kita pun tak kejutkan dia sebab kita tahu dia penat.

Jadi dia drive dulu baru kita drive bermula dari R&R . Ahhhh dah lama tak drive atas hiway. 110km pulak tu. Gila ah..dulu bawak keta cam laju sangat sebab tak fikir apa sangat..fikir mati tu ye ada..fikir mak. Tapi ikut nafsu laju je kaki tekan pedal minyak. 140km pun boleh dengan My Baby yang mas tu baru2 lagi umurnya. La ni...memang taklah...dah ada zuriat seorang dah ada peneman hidup seorang.

Bila kita drive dia tidur lak...eh eh.. banyakla..kita pun automatic mengantuk. Apa lagi...tukar driver balik.
Bukan tanak letak dia kat kiri atau kanan. Kamj letak dia kat tengah sebab bila bawa kereta ke kanan carrier dia pun ke kanan. Begitulah sebaliknya. Bila letak tengah lagi selamat sebab boleh ikat seatbelt kiri kanan dan tengah. Memang tak mampu nak dokong dia macam dulu2 lagipun perjalanan jauh. Lebih selamat dia duduk dalam carrier. 

Nak meeting jam 230pm. So sampai rumah kakak kat Jalan Kilat nun solat terus dia pergi. Maka aku dan anak duduk2 dalam bilik tetamu sampai tidur.

Alih2 bangun tahu nak makan je ek.. kakak aku masak spaghetti aglio olio. Ah sedap lak dengan cajun.

Kemudian habis semua solat Jamak kami pergilah check in. Senang cerita semua booking dah dibuat oleh anak buah dia. Anak buah ni staff ofis dialah..

Kami pun dudukla tunggu kat lobi..nampak masih ada masih makan buffet dan lagu2 semua ada.

Settle semua...memang dia akan panggil pekerja hotel untuk angkat barang kami yang makin bertambah sejak ada anak ni...dan tidak dilupa beri tips supaya orang pun happy dan rasa dihargai. Jangan kedek sangat k. Itu yang aku belajar dari dialah..

Ermm masuk hotel yang paling gembira budak kecik lah. Dia ni ada sense tahu kami akan keluar berjalan bila aku pack2 baju dalam beg. Muka dia akan sentiasa happy dan siap tolong tarik beg bawa ke depan dari dalam bilik. Bijak2..

Macam biasa aku suka ambil gambar sebelum bilik menjadi sepah. Dan katil menjadi komot.








Huh tidur ajalah esok pagi jam 430am nak sahur pula.

Bila bangun sahur wajiblah bawak budak kecil ikut nail stroller dia. Takkan nak dokong memang tak makanla dengan selesa nanti. Tapi kenalah buat susu untuk dia siap2.

Sambil makan suap juga muffin ke mulut dia sebab sibukla dia nak sahur sekali.

Habis makan kami susup sikit Muffin untuk dia makan pagi nanti. Kang lapar. Kami puasa dia takkkk...

Lepas Subuh kenalah iron baju untuk Encik Sebelah nak pergi meeting jam 10am. Pastu sambung tidur dalam bilik yang nyaman... Sehinggalah budak kecil bangun minta susu. Ahh mandikan dia dulu. Elok je siap2 cleaner datang bersihkan bilik. Erm dapat tuala baru.

Oh sebenarnya allocation untuk kami bilik berharga bawah RM200 ke bawah. Tapi kami check in lewat bilik harga tu dah habis jadi kami dapat bilik premium which is higher than RM200 tapi tak perlu top up. Ah untunglah...

Maka kami dapat minum air free dalam fridge bilik. Dan di top up lagi jam 2.30pm. Nyesal lak tak habiskan semua minuman tu..hehe.

Ermmm lagi satu masa mula masuk je kawasan hotel dah kena ambil tiket parking. Tapi sebab tidur hotel jadi free la parking tu..tak tahulah berapa jumlah kena kalau tak tidur kat situ.

Perjalanan berbayar kata Encik Sebelah. Jadi manfaatkan ya. Lagi katanya dia kena meeting ke sana 2 minggu selepas raya. Tapi kali tu dia nak naik flight je. Penat drive la..so akulah kena hantar dia pergi balik ke airport nanti. Ah struggle gakla difikirkan nak bawak budak kecil juga. Ataupun tinggalkan budak kecil sat kat nenek dia...hehehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Jaya Shopping Centre PJ Berwajah Baru

11 Jun 2015 ke sini untuk dapatkan Buku Fixi.

Aku pertama kali ke sini. Kata Encik Sebelah dulu tempat ni teruk. Maybe dah ada pengurusan baru jadi sudah dinaiktaraf?

Tambahan aktiviti brunch dan tengok Jurassic World di TGV.

Jalan2 tengok2 je...

Disudahi dengan minum kopi dan duduk bersebelahan dengan Shahrizan. Salah seorang peserta nyanyian dulu yang rupanya sedikit Cina. Last aku tahu dia jadi hos di Hot On 2, RTM2.



Food court yang belum beroperasi tapi dah siap
Tempat ambil wudhuk
Ruang Kasut

Kami brunch di Nosh Up selepas beli buku dan hantar ke kereta siap2 sebab nak pergi tengok wayang kan tak kuasa nak angkat buku2 yang banyak tu.












Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

24 Sya'aban 1436H - Kedai Fixi

First time pergi Kedai Fixi ni. Kat Jaya Shopping Centre. Senang je cari guna waze.

Hajat dihati Encik Sebelah hantar kita p sorang2 la. Sebab Aqlan still dihantar pada baby sitter nak cukupkan setengah bulan upah jaga dia..jadi bolehlah kita bershopping dengan mudah. Sekali dia ambil cuti nak join sekali. Nak dating arrr..

Jam 10 pagi dah terpacak. Hehe. Terus cari kedai tu walaupun ni first time ke Mall ni. Oii banyaknya Jaya. Jangan silap masuk Mall sudah. Ada Jaya 33 dan Jaya One. Perghh.. seingat aku Jaya dulu ada kat Raub pastu bankrap bapak aku cakap orang dalam pecah amanah. Tapi yang Jaya ni tataula siapa punya..sama owner ke tidak tak pulak aku nak korek..malas nak google wehh...tapi masa kecil kalau p Jaya tu macam orang kaya2 lah. Ingat lagi aku beli notebook colourful. Mahal weh guna duit raya ke bapak belanja dah lupa. Masa tu sekolah rendah lagi..

Terusla aku cari 9 buku.

Pelanggan pertama pagi tu. Gambar dari Instagram Kedai Fixi. Kedai buku ni gila menarik. Urban yooo..

Nasibla..hari tu kalau beli buku over RM100 percuma 1 buku yang takkan dicetak. Tapi kena mintak. Aku pun ambil buku Kougar yang bertandatangan penulisnya Shaz Johar
 


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

22 Sya'aban 1436H - Another day to go

So. This is it.

The feeling is like i really don't care anymore.

Sayonara dunia pekerjaan korporat.

Kerana meninggalkan pekerjaan ini lebih baik untukku.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In Hobby

17 Sya'aban 1436H - Tin Biskut Sempena Kelahiran Anak Kedua Prince William

Aohhhhh dah lama tak beli tin. Collector la sangat. Haruslah beli yang special edition je. Kalau mampu...Cis tutup mata.

Ok new tin collection ialah tin biskut dari Mark's and Spencer sempena kelahiran anak kedua Duke and Duchess of Cambridge; William dan Kate Middleton. Anak perempuan mereka dinamakan Charlotte Elizabeth Diana.

Ok mak angkat tangan masuk poket cek dan keluarkan duit. RM60. Baki RM1.


Saiz biskut tu....10 sen Sebagai penanda..



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe