Monday, November 30, 2015

18 Safar 1437H - Ke Pasar Segar Segi Balakong Kali Pertama

Laki dah pergi last 2 weeks dengan mak mertua. Kali ni aku pulak dapat peluang pergi.

Ok bukan dekat ye dari rumah. Lagi dekat Pasar Borong Seri Kembangan tu. Tapi sebab pasar ni operation hours dia lagi lama..so kami.ke sini.

Ye kami pergi pasar hari Isnin. Weekend sibuk manjang dengan aktiviti. Balik penat nak tidur aje.

Mula2 kami pergi bahagian susu dan barang2 kering lain. Bawang. Kentang. Sayuran. Last sekali ikan. Eh last sekali rempah ratus.

Takde gambar pula. Syok punya pasal.

Total RM148.50.

Ikan tenggiri 3 keping.
Ikan kembung 3 ekor.
Udang 10 ekor.
Sotong 15 ekor.
Ayam kiub.
Ayam filet 15 keping.
Brokoli.
Sayur sawi Cina.
Labu Air.
Labu Manis separuh.
Tomato.
Cili Merah.
Cili Padi.
Kentang 1 guni kecil.
Bawang Merah.
Bawang Putih 5 labu.
Bawang Kuning.
Bawang Kecil.
Lobak 3 batang.
Mint Leaves.
Kacang Buncis.
Terung Pendek.
Kayu Manis.
Bunga Cengkih.
Bunga Lawang.
Susu Dutch Lady 250ml 6 kotak.
Jem Chivers Marmalades.
Super glue free knife.
Lemon 2 biji.
Kacang Dhal.
Halia.
Rockmelon siap dimakan.

Gambar dari website rasmi Segi Fresh. Tapi aku edit sikitla..

Ah banyak kan. Husband cakap kalau kat Giant mahu 200++. Ok jangan malas masak ya.

Ternampak2 dah resipi apa nak masak berdasarkan apa yang dibeli.

Ah ya. Saya suka gantikan santan dengan susu lemak berkrim. Santan kelapa sawit tahu tak kat mana nak beli ek?

Sunday, November 29, 2015

17 Safar 1437H - Meja Budak Cap Ikea

Aqlan ni perlukan meja untuk guna buat main. Kalau tak katil, kepala katil dan meja solek akulah jadi lapangan dia. Parking segala jenis kereta.

So lepas makan nasi bungkus dan layan Taken 3 kami boleh pulak pasang meja dia. Aku pegang sikit je. Mostly abah dia la pasangkan. Dulu2 bujang aku memang suka je pasang2 barang ni. Perabot pasang sendiri. Now aku tengok Adzman is more excited memasang...jadi biarkan dia buat. Hahaha. Aku duduk tukang ambil momen indah je.





Dah siap pasang elok je dia duduk. Aku pun happyla. Layanla kejap. Sebab before that dia terbangun dari tido melalak cari aku yang ada dalam bilik air. Nak melepaskan hajat pun tak tenang camni.

Ingat lepas habis main, parking kereta atas meja. Tidak.....atas meja mekap aku jugak dia parking.

Saturday, November 28, 2015

Warung Cikgu Akhirnya Sampai Jua Tapi...

Setelah baca di blog anajingga.com, kami teringin nak pergi try. Lagipun kalau ikut lokasi tak jauh pun dari rumah kami. So malam kami lapar nak pergilah. Lauk kenduri dah habis hadam.

On the way ke sana Aqlan tidur. Aku siap dah angkut dia masuk kedai dan pekerja kedai dah lap meja. Laki pun dah ambil baby chair Ikea tu..tapi..

Sebab kesian pada aku nanti kena dokong dia sepanjang menjamah perut. Maka kami tapau aje sudahnya. Makan kat rumah la.



Bungkus coconut shake dan nasi bungkus ayam cincang special. Sempat juga ke McDonald's drive thru order nuggets dan big Mac yang dah tak BIG tu.

Sampai rumah tidurkan Aqlan balik. Pastu baru makan. Tak ambil gambar nasi sebab handphone aku ni buat baby alarm. In case dia menangis kami akan dapat panggilan ke handphone Abah dia. Oh yaaa Aqlan panggil papa dia Abah. So kenalah Adzman tukar bahasakan diri jadi Abah. Never call Papa. Aku ada gak dipanggil Ma..ma..

Nasi dia....mengimbau nasi kenduri zaman kanak2 dulu. Telling you the truth..anything yang mengingatkan pada zaman kanak2 WIN!!!

So next time kami nak pergi siang pulak. Nak rasa ABC. Nak minum air kelapa baldi. Haa.

16 Safar 1437H - Kenduri Anak Buah Kawan

Hai cuti sekolah hujung tahun dah tiba..maka banyakla undangan majlis perkahwinan. Tinggal lagi sihat ke tidak je nak datang tu.

Kalau ikutkan jadual...

Minggu ni anak buah kawan di Taman Melawati.
Minggu depan anak buah sendiri di Bangi.
Minggu depan lagi cucu jiran keluarga kawan baik sepusat sepusing arwah bapak di Rembau.

Ok tu je buat masa ni. Haha tak banyak mana pun. Cuma sebab semua bilangan ahli keluarga masing2 ramai jadi kemeriahan terasa sangat.

Hari ni kat Wisma LJT. Dewan intan berlian semua ada 4 Wedding  hari ni. Jangan silap masuk. Nasibla masuk yang betul kan. Ingat nama pengantin.

Masuk2 je dah di offer ambil gambar dulu. Orang tak ramai masa kat situ. Maka kami pun just tunggu satu keluarga je. Kami dapat copy gambar..itu pasal laki sangat happy. Biasa dia tak peduli. Ohhh patutlah. Yang kita ni cepat je nak cari kawan tu. Dah ambil gambar tulis autograf siap tepek gambar kat buku. Haiii berapa cost ya tapi sangat menarik la. Yelah bukan kita ingatan pun siapa tamu yang datang kalau dah ramai2. Lagilah aku ni ha..kawan makcik pengantin lelaki je pun.





Sampai meja makan jumpa si Ann dan Faizal. Diorang pun dah nak gerak sebab lakinya kerja jam 3 petang. Bagi Aqlan makan nasi beriani dulu. Pastu Adzman pastu baru aku.



Dah habis semua barulah jumpa Reen nak bergambar. Sibuk betul dia. Anak kakak dia kawin dia yang kena uruskan. Ke hulur ke hilir tak menang tangan. Takpe nanti anak sendiri nak kawin senang cerita.

Balik rumah kita rehat2 jelah.

Friday, November 27, 2015

15 Safar 1437H - Ke Ikea Lagi

Tak pernah jemu. Lagi2 selagi tidak dipenuhi wish list. Haha.

Ok kali ni pergi tak rancang. Elokla kita masak2 dan2 Adzman cakap malam ni pergi Ikea nak? I kena beli barang untuk mama sebab esok dah nak hantar barang2 ke Ipoh.

Okay diawalkan sehari pulak dah. Takpe..Vertigo dah hilang. Dan dan tu jugakla bersiap lepas maghrib terus pergi Ikea.

Kami tetap suka Ikea Damansara. Buat masa ni.


Biasalah nak beli rak besi je untuk mama. Dah macam2 sangkut.

Gambar barang2 Ikea dari website Katalog Ikea Malaysia.
RM59 

Mula2 dah angkut balang kaca. Eh tengah murah..semalam dah tengok kat website kan. Aku nak letak tepung. Ada macam2 tepung. Buat cucur bawang je pandai. Hahaha. Buah melaka bila nak buat tah.

1.1 liter RM7.90 saiz tepung pulut..tepung beras..tepung ubi

2.2 liter RM16.90 saiz tepung gandum muatla kot.

Kemudian sampai kat toys..hurm ambil satu set kereta mainan kayu. Bagi pulak budak Aqlan tu turun dan pegang. Terus. Heyyy suka sangat kereta tanak lepaskan langsung. Pegang ketat2. Ambil pun marah.

RM29.90 tu untuk 3 ni ya. Aku suka bulldozer. 

Nampak pulak meja dan 2 buah kerusi kayu RM99. Erm rembat jugak. Memang aku nak belikan kerusi meja untuk Aqlan biar dia asyik mereka model kereta dan bangunan. Main masak2 pun boleh. Erm main doktor2 dia tak suka.
RM99. Pakai satu kerusi dulu la. Satu lagi buat spare. Kami tak muat nak duduk

Kemudian barulah nak ambil rak besi mama. Oklah mama cakap nak gantung jubah Uncle.

Line pendek je. Orang tak ramai. Semua pergi Cheras kot. Bagus.

Orait sebelum balik bungkus barang kaca. Makan aiskrim dan beli biskut jem. Air gas apatah namanya yang keluar ketika Krismas sahaja pun dibeli. Aku tak suka sangat rasanya.


Masa ni dah jam 10 lebih. Tapi masa sampai tadi pun senang tak berasak nak cari parking. Leganya hoiii.

Balik rumah panaskan balik lauk ayam yang dimasak jam 6 petang tadi. Tiba2 api padam. Gas habis pulak. Mujur la ada tong gas berisi dari rumah Ampang nun.

Sambung masak dan makan dengan terung goreng. Yums.

Thursday, November 26, 2015

Macam2 Plan Tah Mana Satu Yang Jalan Dan Siap Dulu

Kadang2 plan ni datang macam tu je. Bila tak tulis lupa. Macam idea. Tak dibincangkan mulalah keluar ayat apa ek kita cakap hari tu..tah dah tak ingat.

So untuk aku yang semakin ada penyakit lupa ni yang aku tak suka pun sebab nampak sangat otak tu tak menyerap dengan lebih baik...hurmm hurmmm.

  1. Tempah sarung sofa yang baru. Dah 2 bulan aku pindah dah 2 bulan juga tertangguh. Ok aku nak contact http://dthukang.com/home/ dan #Wanzasofa. Aku nak kaler biru royal dengan piping putih tu laki aku nak. Kusyen kaler maybe kuning atau kaler2 ocean. Ya langsir sliding door pun nak kena sesuaikan. Dinding kaler krim. Dark blue maybe cun kot. Berangan adalah percuma.
    Image from Google
  2. Susun meja menjahit. Mesin jahit dah ada. Mejanya tak ada. Mesin dalam kotak asal. Kaki mesin untuk menekan tu dalam kotak IT dan laci mesin dalam kotak jahitan. Baik belum keluar lagi. Meja nak beli meja Ikea harga RM99 tu. Laki cakap nak letak mana..pakailah meja desktop Jija. Meja desktop tak sama dengan meja jahit. Meja tu ada tingkat2. Laki kata boleh bukalah. Tapi aku berkeras nak meja Ikea tu sebab dia panjang senang aku nak potong2 kain atas tu.  Nak letak kat mana kata laki?  Haaa aku nak letak dalam bilik bawah ke kat ruang tv atas? 
  3. Susun atur dalam bilik2. Buat masa ni bilik bawah penuh dengan barang tak kemas. Ada 2 meja komputer tu sebab laki suruh guna satu jadi meja jahit. Tapiii meja kaca. Adik ipar punya. Dia sayang meja tu sejak belajar katanya. Before this kami plan nak jualkan. Dia kata RM500 ada sesiapa ke nak? Tapi tempered glass. Bilik atas yang kecil ada katil 2 tingkat tu bilik mama memang tak diusik. Bilik lagi satu besar sikit bilik Jija. Kami dok master bedroom memang dah settle kemas. Cuma nak pasang sikit rak untuk walking wardrobe kami. Nak tukar langsirnya yang juga penutup wardrobe tu. Bilik bawah mama cadang jadikan bilik tamu. So kalau tamu datang diorang takyah segan2 sangat. More privacy. Ada bilik air bawah takyah share dengan bilik air atas. Kami ada bilik air sendiri.


  4. Jap..bilik kami perlu tukar langsir juga. Aku bosan tengok langsir kaler hijau. Most of furniture kaler coklat. So aku nak balance kan warna. Ada beberapa idea aku tengok.
    Image from Google 
  5. Aku juga nak beli drawer yang cantik untuk baju berlipat. Aku dah jumpa kat Ikea tapi kaler putih tak sesuai dengan tema kami. Ada coklat tapi agak mahal sebab ya aku suka dia tertutup sendiri bila ditolak.
  6. Anak aku akan ada bilik sendiri bila dah 2 tahun. Yaaa berdoalah adik ipar kawin cepat. Kalau tak..dia dudukla bilik mama. Aku tak tahan dah dia sepahkan mainan. Berapa kali dah terpijak dan terus zaassss aku hangin 1 badan. Aku nak dia bebas dalam biliknya. Walaupun dia masih kecil tapi angan2 aku nak pisah tidur cam style orang barat. Tanak aku tidur dengan anak sampai budak tu sekolah. Kawan aku ada buat ya...tidak dan tidak.
  7. Rak buku di ruang antara tangga turun naik. Ok dah cantik letak rak. Tak sangka pulak aku banyak sangat buku. Termasuk buku2 zaman universiti. Zaman sekolah jangan tanya semua dah disedekahkan. Aku dan buku memang tak pisah. Buku laki dah banyak kena makan anai2. Hurm anai2..
  8. Stor kami ada bawah tangga. Buku laki punah dimakan anai2 kat situ. So nak simpan barang tak pakai kena dalam plastik container atau dalam kotak tapi kena sarung dengan plastik. Dah pack. Tinggal nak susun. Tapi banyak sangat nak kena fikir balik kalau tak bilik bawah jadi tenpat simpan.
  9. Rak buku Ikea nak beli lagi 2 kot untuk buku2 laki. Letak kat ruang tv atas. Sebab rak besi sekarang aku nak ambil letak makanan siap makan. Sibuk je atas meja penuh. Aku suka meja tu tempat makan je. Kerepek ke biskut ke sila letak tempat lain. Semak. 
  10. Ada banyak benda nak dikemas dan dibuang di porch. Aku nak laki belikan ampaian mudah alih stainless steel yang harga dalam RM300 tu. Laki approved aje. So takyah pakai tali2. Tapi dia juga dah beli tali2 sebab hari tu aku punya idea nak buat ampaian silang. Cuma aku tak berdaya. Yup dia nak baiki motor dan basikal adik dia. Senang nak pergi masjid. Aku nak buang dawai di pintu masuk grill. Dah berapa kali sagat dan tarik kain baju aku. Dah tak function. Kucing dah besar kot. Aku juga ada hati nak cat balik grill pagar dan pintu rumah.
  11. Rumah kami ni sewa je...nak buat lebih2 tak guna gak kata laki aku. So cepatlah baiki atap bumbung yang bocor tu. Asal hujan lebat je bocor. Eiiii
Sebenarnya kalau adik ipar aku kawin dan pindah keluar bersama barang2 dia lebih senang aku merencana rumah tu. Well aku kenalah bersabar banyak.

Wednesday, November 25, 2015

Flatlay Kononnya

Aku tak pernah buat post flatlay. Hari ni nak buat. Konon nak letak ala2 kat majalah fesyen. Angan2 sangat.

Handbag MonoKL RM45 Bangi Sentral
Blouse MonoKL RM65 Bangi Sentral
Shawl RM20 Promotion Space Giant
Kain skirt motif batik RM35 KWC
Lepas ni versi pakai kat badan pulak. Haha.

13 Safar 1437H - Ada Vertigo?

Sakit telinga ni sejak Ahad lepas. Kalau dah sakit memang nak baring je. Especially kalau pening sampai kepala migrain. Dok menahan je ingat biasa2 je tapi sampai ke hari ni masih ada . Hurmmmm jom pergi klinik kata husband. Baik sebelum jumpa doktor kita bersihkan telinga dulu.

Cek telinga kanan. Takde infection pun. Kemudian doktor kata mungkin Vertigo. Iaitu sejenis penyakit yang meyebabkan diri kau rasa bergoyang. Aku diminta berdiri. Rapatkan kaki dan tutup mata...serta merta aku bergoyang. Haaa.

Kalau sekali sekala tak apa katanya. Perempuan biasa kena. Kalau kerap sangat better buat scan. Krik krik..



Ok lepas ambil ubat balik kita berehat.. Memang taklah memandangkan cuaca panas baik aku cuci baju 2 round. Jam 5 dah mendung semula. Hujan setiap hari kan. Lebat atau tidak. Tapi hari ni siap guruh. Ermmm layan telinga berdenyut atas katil la. Husband pun MC. Tak sembuh2 sakit sejak minggu lepas.

Kifarah dosa.

Monday, November 23, 2015

11 Safar 1437H - Review Pencuci Botol Susu Bayi

Aku memang beli pencuci botol susu sejak Aqlan dilahirkan. Bagi aku rendam atau rebus dalam air mendidih tak cukup. Perlu pencuci juga untuk hilangkan kesan susu pada botol especially kalau dah berjam tak cuci. Memang melekat la dirt tu. Steriliser ada je tapi ketika Aqlan masih menyusu badan je aku rajin guna. Yelah botol banyak guna simpan susu kan. Sekarang 2 botol susu je buat tukar2.

So setakat ni aku baru guna 3 jenis ni je.

Yang biasa aku guna dan terbaik bagi aku ialah keluaran Cosway. Pekat dan ekonomi. Handy pun satu. La ni aku simpan sebotol mudah nak bawa pergi travel. Cuma satu harga dia mahal. RM19.60 untuk 300ml. Jadi aku suka beli banyak2 bila ada sale. Dan kalau renew membership lagila aku buat stok sebanyak yang mampu.




Yang Baby Kiko ni kira murahla. RM15 untuk 750ml. Dan juga kurang pekat sikit berbanding Cosway. Botol pump ni senang boleh refill je. Aku suka beli kat AEON bila member sale memang berbaloi sangat.




Yang Sleek ni aku baru je test. Sebab yang first aku suka tu takde sale. Haha nak tryla murah. 1000ml RM17.90 je beli. Sekali cair je. Aku pun sedih. Oh memang tak beli dah la lepas ni.

Kena isi 24ml baru rendam botol susu tu dalam air panas. Cair ni.





Dah Pandai Mencangkung

Budak kecil ni dah berapa kali kita suruh duduk bila nak cuci punggung dia. Selama ni dia berdiri je sambil pegang kepala paip. Sibuk nak pegang getah paip. Masukkan jari kecil dalam lubang getah paip jadi air pun memancut kat dinding la kat kita la.. eiii geram betul.

So hari ni dia dah pandai dengar arahan duduk mencangkung bila nak cuci punggung dia. Kan senang kerja mama.

Hadoi...dahla mama sakit belakang kalau membongkok lama2 sejak kena cucuk morfin tu.

Lepas ni boleh ajar dia cuci punggung di a sendiri.

Kadang2 dia pun bosan dalam rumah aku bawak dia keluar waktu sidai dan angkat kain.



Sunday, November 22, 2015

10 Safar 1437H - Sotong Masak Hitam Resipi Kak Dewi Ku

Sotong masak hitam.. hurmm hurmmm..

Mak mertua teringin nak makan lepas tengok rancangan Chef Wan di TV. Laki pulak cakap aku pandai masak ke boleh masak? Hahaha bajet yakin kena ada.

Untuk memasak sotong kali ni aku pun dok berwasap bagai dengan adik beradik dalam group. Nak call mak..kak ted cakap tepon pas asar je nak tidur. Because mak masak paling sedap kat dunia. Kan.

Tup tup kak dewi balas terus bagi resipi. Alahai cepat2 copy text ke laki punya wasap. Sebab kami ni kalau terlepas conversation boleh jadi beratus2 nak kena baca. Nak scroll balik memang tak kuasa...

So hari ni hari bertuah. Aku pulak dah selsema dan sakit sangat dalam telinga. Laki tanya nak masak ke makan luar? Aku nak masak la jugak..dah beli sotong weiii. Sotong dah seminggu. Minggu lepas lagi mak mertua dah datang ambil darah. Minggu ni datang lagi ambil result pulak. Nasibla peti ais bagus. Frozen kan aje sotong dalam Tupperware for frozen food series. Aku bukan penjual Tupperware tapi satu keluarga suka menggunakannya sebab dah diajar mak sejak dulu kala.

Resipi ni copy paste je dari group. Kang ada tertinggal type kang...


  • halia hiris mancis....bwg potong 2...hiris... serai..potong serong....bwg putih hiris mancis...cili merah hiris serong....tumis hg wangi...masukkan sotong..balik2kan..boh garam..sedikit gula..msk sebentar je...kalau lama sotong jd liat....


Aku tak masukkan gula sebab aku pakai 2 biji bawang Holland. Dah manis asli kot.

Aku guna sotong dalam 21 ekor..kots. harga dalam RM28. Laki beli kat Segi fresh.

Serai 2 batang. Bawang putih 3 ulas. Cili merah 2 setengah batang. Halia 2 inchi.

Potong style kak dewi tulis. Panaskan minyak sikit je buboh. Campak2 tumis sampai kuning2 bawang tu masukkan sotong. Gaul2 masukkan garam...tutup api. Api kecik je weh...

Mak cakap kalau nak pedas masukkan sikit cili boh. Kak dewi pun cakap leh je letak cili padi. Tapi......mak mertua ada gastrik. Tak boleh makan pedas. Lepas masak diorang siap dok meratah dulu.. oklah tu kan approval dari laki dan mak mertua..yeahhh.


Thursday, November 19, 2015

7 Safar 1437H - Sup Ayam Dalam Periuk Tanah

Entah dah berapa kali masak sup ayam. Sebab dia favourite Aqlan..kita layankan aje. Kadang masak hampir setiap minggu sampai kita yang muak. Budak Aqlan ni suka makanan berkuah. Dia akan makan banyak which is mak dia boleh tarik nafas lega. Tak cukup makan kang berat dia 10kg jelah memanjang.

Periuk tanah ni beli dekat Cosway. Harga masa beli RM99. Masa mula2 masak sup suka buka api sederhana. Sudahnya luar periuk macam burn sikit. Sekarang dah pandai sikit buka api paling kecil je. Takdelah hangus ayam dan kentang. Kuah pun tak kering cepat. Makanan pun sedap sesuai dengan rempah ratus asal. Yelah kalau dah kering air, masukkan air baru dah lari rasanya tu.

Hahaha itulah orang tak pandai masak. Kena all over again repeat until top notch.

Masak sup main campak2 je

Api mesti paling kecil

Tutup periuk better ada lubang supaya bila mendidih tak melimpah

Selepas sejam baru masukkan garam. 15 minit kemudian tutup api. Makan.

Wednesday, November 18, 2015

6 Safar 1437H - Restoran Periuk Belanga

Kami dah lama tak keluar rumah. Kami tu aku dan Aqlan la. Dah seminggu tau. Malam ni kami nak pi keluar makan. Masuk kereta ke aku cakap hi kereta rindu kat awak.

Suami nak makan kat kedai Lau Wan. Ye ke betul ejanya. Dengar lawan je. Pusing2 cari dah pindah ke Selera Wawasan. Pusing 4x takde parking. Suami sedih. Dah 2 minggu dia nak makan kat situ. Ada ke baby seat?

Akhirnya kami pergi ke area Giant asal. Pusing2 nampak macam2 restoran. Ada Jemari, Mohd Chan dll. Sudahnya nampak Periuk Belanga sebelah Mohd Chan. Nak try la.

Masuk je macam biasa nak duduk bawah kipas. Ada baby seat kayu. Masukkan je Aqlan pasangkan Ipad. Dia nak layan Youtube. Walaupun ada wifi free tapi ipad cam buat hal. Tiba2 Aqlan menangis sepuas hati. Sekuat2nya. Ipad kena rampas dan aku marah dia.

Untuk elak lebih panjang esaknya aku angkat letak sebelah kerusi aku. Biar dia diri situ. Suami siap nak cancel order. Dis rasa macam budak ni pelik sangat menangis. Adakah dia nampak sesuatu yang menakutkan. Hurmm. Aku anggap tidak. Baca2 ayat Quran sikit. Sapu belakang kepala.

Sambung Ipad. Ok je. Eloklah berdiri sepanjang masa. Aku rasa seat baby tu kayu maybe ada yang buat dia tak selesa. Sebab nangisnya teruk sangat.

Makanan sampai. Kami pun gembira. Total burst RM45. Ada GST tau.

Kami makan:

  1. Tomyam putih kurang pedas lauk sotong
  2. Sup sayur
  3. Ikan tenggiri masak cili
  4. Kerang rebus
  5. Telur dadar tanpa cili
  6. Telur dadar dengan cili
  7. Nasi 2 pinggan
  8. Sarsi float
  9. Kedondong asam boi
Sian suami dia sakit tekak tak merasa sangat. Jadi katanya nak datang lagi.










Overall makanan dia sedap. Tapi sup sayur dia sayurnya sikit ja..dan sebenarnya aku minta ikan keli berlada dapat ikan tenggiri. Makan jelah. Alhamdulillah.