Thursday, December 31, 2015

19 Rabiulawal 1437H - Cukup Setahun Aku Berblog Menggunakan Takwim Hijrah

1 Januari 2015 yang lalu ialah bersamaan dengan 10 Rabiulawal 1436H.

Jadi tahun ni 2 kali sambut Maulidur Rasul iaitu pada 12 Rabiulawal = 3 Januari dan 24 Disember 2015.

Apa entry esok nak guna ya..

Layan gambar makanla.. mak mertua yang masak. Aku goreng tempe je tapi takde gambar pulak. Hehe. Gambar2 dari handphone suami.

Daging masak kari dalca.

Sambal belacan cabai burung

Ikan kembong ke mabong ke aku makan je..

Semoga Allah mengabulkan permintaan kami berdua. AMIN.

Wednesday, December 30, 2015

12 Jam Lagi

Penat. Lapar. Dahaga. 12 jam lagi ke? Kalau kira2 balik rumah dan keluar semula tak sampailah 12 jam. Tapi hampir tu adalah.

Jam 2 petang pergi klinik. Lepas tu pergi Pasar Segar Segi. Siap buat member. Dah bayar baru nak buat..kan dah rugi. Takpe lain kali guna. Bayar fee RM10 setahun. Berbaloi ke? Hurmmm dah selalu sangat dapatkan barang keperluan dapur kat sini jadi okaylah. Maka wallet suami bertambag kembung dengan kad2 ahli.

Balik rumah mandi2 solat bagai keluar balik leoas maghrib. Kali ni pergi Ikea Cheras. First time. Tak ramai orang. 20 minit dah sampai. Okaylah sebab tak ramai takla cranky.

Siap dah ambil barang sikit masuk kafe makan meatball dan kepak ayam. Sedap pulak. Sambung ambil barang dan bayar.

Hurm tengok harga sofa. Hatiku berat nak sofa baru je dari pergi repair sofa lama kos dah RM2000. Kalau beli lagi satu sofa jenis Ektorp 3 seater baru RM995. Hurmm....fikir lagi...sofa lama nak taruk mana pulak.

Pastu dokla mikir projek nak buat rak drill on wall.

Dah dah...beli rak buku satu yang berharga RM59 dan meja menjahitku. Yay.

Udah balik..lapar..haus..semualah..esok je sambung kemas rumah.

Kita dah kena halau balik. Tapi nak juga naik cart Ikea walau ada stroller. Masa ni dah jam 10 malam. Habis bayar jam 10.30 malam.

18 Rabiulawal 1437H - Saringan Kesihatan Di Klinik Kesihatan Sungai Besi

Dah lama tak buat ujian kolesterol. Rasa last time sebelum kahwin kot. Eiii lama beno. Masa last buat tu kat Klinik Kesihatan Ampang. Dalam 5 something la. So doktor tak bagi ubat, suruh kawal sendiri.

Aku dulu dah beberapa tahun juga tak minum air gas. Kemudian bila aku start berkawan dengan suami, berkahwin dan beranak mulalah aku minum air gas. Ehem...

Patut hari Rabu boleh je terus buat tapi kena datang pagi2. Dah datang petang. Jadi aku dapat appointment hari lain la.

Cucuk jelah. Tekanan darah ok. Gula pun ok.

Jomlah pergi beli groceries. Hari ni panas sungguh cuaca.

Saturday, December 26, 2015

14 Rabiulawal 1437H - Kemas Rumah Part Berapa?

Entah banyak sangat dah part. Delay lama benar. Dah kalau sampai setiap minggu keluar macam mana nak kemas. Itu satu hal. Kalau suami pergi kerja, aku tak mampu nak kemas seorang diri dengan "bantuan" anak tu. Jadi suami ambil cuti panjang sampai awal Januari 2016.

Kami bersihkan bilik tidur mama dan ruang rehat di tingkat atas. Apabila dah siap kemas, ruang tu layak juga dibuat tempat tidur untuk tetamu. Kami juga asingkan pakaian untuk diberi. Lagi. Ya. Lagi. Apabila suka beli pakaian baru, pakaian lama masih elok dan tak mahu dipakai elok diberi pada orang kurang kemampuan. Pakaian buruk dan lubang2 kita buat kain buruk.

Esok kami sambung tingkat bawah. Adoi dah 3 bulan pindah pun belum settle.

Ada banyak barang perkakas dapur. Hadiah2 cenderahati perkahwinan. Cenderamata kenangan beli kat tempat2 pelancongan. Alat2 jahitan. Mainan. Beg2. Barang elektrik jadi ganda dua.

Aku memang impi rumah style ranco je atau ranch. Atau ada orang panggil rumah setingkat.

Bila dah berusia lutut pun lenguh panjat tangga. Kesian pada ahli keluarga yang sakit2 lutut atau dah berusia. Kita pun akan sampai saat itu juga. Jika Allah izinkan.

Anak turun naik tangga satu hal. Asyik nak kena jaga.

Esok ya..tak sabar nak set up bilik menjahit. Arghhhhh.

Jack jack pun dah tak kuasa tengok kotak2.

Friday, December 25, 2015

13 Rabiulawal 1437H - Berjalan-Jalan Selama Hampir 12 Jam

Hari ni banyak cerita. Plan banyak. Apa yang berlaku pun banyak. Sebab blog ni dah macam diari jadi senang nak ringkaskan sahaja.


  1. Tengok Mono.KL ada sale YES2015. Aku pun tergedik2 nak pergi. Suami pergi solat Jumaat, aku try beberapa helai pakaian kat sana. Sehelai shawl separuh segera jatuh sampai RM15. Aku beli 2. Sehelai skirt kembang RM20 dan 2 helai baju dalam RM100. 
  2. Aku solat zuhur kat Shell. Nak masuk tandas tunggu lama sangat last2 aku fed up aku blah.
  3. Ke KLCC sebab adik ipar nak pergi Mark's and Spencer beli season food yang hanya dijual di sana sahaja. Tiada di cawangan lain. Orang sangat ramai. Nak makan kat Koryo-Won pun dah ditutup sekejap. Akan dibuka semula jam 5.30 petang. Pergi beli seluar anak kat Poney. Gila murah siap buat kad ahli free. Suami ajak makan Nutty Coco. Aku layan mint. Tukar diaper kat Isetan dan solat asar. Sebelum solat pergi toilet tingkat 4 takde bidet. Ada air pancut dari belakang je. Pergi tandas concourse orang queue panjang. Makan kat Koryo-Won. Masuk tandas Isetan bawak kad member ya. Bersih gila. Puas hati. Solat Isyak. Nak balik dah, anak berak pulak. Pergi baby room KLCC je.
  4. Pergi lawat rumah kawan adik ipar yang bersalin last 6 Disember. Borak2..minum air teh bunga dan makan sunkist. Balik. Semua penat macam nak pengsan kaki berjalan jauh sangat.


Melalui maklumat dari staf wanita bertudung yang melayan kami, ada beberapa makanan yang dimarinate dengan alkohol. 



Ini dah nak habis baru ambil. Sup daging part ribs.



Ini siput kat rumah kawan adik ipar tu. Nasib anak tidur.  Kalau tak mesti dah dibuat main. Dulu rumah mak aku pun ada buat hiasan siput ni. Tak tahu mana pergi dah.



Thursday, December 24, 2015

12 Rabiulawal 1437H - Maulidur Rasul Dan Majlis Kahwin

Aiyyy setiap minggu ada majlis kahwin. Selama 4 minggu berturut2 kami ke majlis kahwin.

Sempena dengan Maulidur Rasul, anak perempuan bos suami mengambil keputusan untuk bernikah pada hari ini. Kami tak ke majlis nikah. Kami ke majlis makan di Restoran Al-Rawsha cawangan Shah Alam.

Sampai jam 12 macam tu. Masuk2 je dapat parking dalam sebelum tali merah diangkat. Kami ke tingkat atas dan hadirin dah penuh tengah beratur ambil makanan. Jadi kedengaran la suara2 mengatakan peletakan meja hidang itu salah. Mengundang jammed betul2 depan tangga.

Kami terus ke meja paling hadapan. Masing2 beratur 10 minit baru dapat ambil makanan. Macam2 lauk. Ada kambing, ayam dan daging. Aku kalau pergi kenduri memang jarang ambil ayam.

Makanan lazat2. Minuman dan kuih-muih pun okay. Ada cendol. Huish itu aku rasa ambil dari luar bukan bawah restoran. Tempat cendol pun ceruk nun..





Dah kenyang makan kami balik. Hujan pun turun.


Wednesday, December 23, 2015

11 Rabiulawal 1437H - Kakak, Mahu Potong?

Pagi ni bangun bersemangat. Dah hilang sakit kepala. Minum kopi King Chek Hup sambil tengok HGTV. House Hunters la. Kejap2 tukar fyi, tengok rancangan ala2 renew or relocate. Akhir2 ni rancangan nilah yang banyak dilihat. Bahaya.

Sudahnya kalau melayan je baik buat kerja lain yang dah lama plan.

Tali ampaian lama aku dah tanggalkan. Banyak dah start melondeh. Aiii tak sabar nak berkebun menengok laman macam ni......

Semasa tengah mengikat tali2 ampaian ni, tiba2 datang seorang Bangla tanya "Kakak, Mahu potong?". Aku hanya menggeleng kepala. Aku dah berapa kali alami situasi ni. Tapi aku tak pernah katakan ya. Pertama aku keseorangan masa tu. Suami tiada bersama aku. Kali ni aku tak mahu sebab aku dah plan nak cabut rumput tu dan nak berkebun sikit. Hahaha. Jangan hangat2 tahi ayam sudah. Ya aku perlu berkebun supaya jadi tabiat yang baik untuk anak aku lihat. Dia tu mesti suka sangat kalau dapat duduk luar.

Sesudah siap diikat kemas, masuk rumah dan tengok TV semula. Dah berpeluh2 tengok anakla pulak.

Ok siap mandi semua barulah lega.

Terima berita kematian lagi. Kali ni jiran depan rumah kami. Pakcik Raja Ismail. Aku selalu pergi main dengan anak arwah masa kecil2 dulu. Last jumpa arwah masa raya tahun lepas kalau tak silap. Tahun ni tak balik raya Koyan.

Arwah ni kuat berkebun juga. Dulu pagar rumahnya daripada pokok2 pagar je. Sekarang pakai pagar besi. Banyak kecurian.

Mak kat Koyan sempat jumpa arwah semalam. Kata Mak semalam arwah datang berbual dan membayangkan akan "pergi". Arwah takde sakit apa2. Sangat sihat orangnya.

Mak kehilangan anak buah kesayangan minggu lepas. Minggu ni jiran depan rumah pula.

Apalah perasaan Mak aku sekarang. Kalau aku pun boleh sentap dengar kematian agen insuran aku, apa lagi situasi yang dihadapi Mak. Semoga  Mak tabah. Dan roh arwah bersemadi dalam redha Allah. Amin.

Semalam aku baru tengok IG Kakcik pasal kehilangan besan beliau. Alfatihah.

Tuesday, December 22, 2015

10 Rabiulawal 1437H - Kentang Bakar Buatan Suami

Hehe..

3 hari sakit kepala. Bukan vertigo. Macam migrain sebab berdenyut2. Makan pil sebiji dan tidur.

Suami balik dan masakkan kentang bakar. Ermm sedap.

Kentang russet (USA potato) paling sedap digunakan. Kentang biasa tu tak best sangat.

Mentega minyak zaitun 1. Sos masam dan mentega minyak zaitun 1. Aku suka gabungan kedua-duanya. Tambah beef bacon dan spring onion.

Yang ni sos masam sahaja. Tak umphh sangat

Monday, December 21, 2015

9 Rabiulawal 1437H - Double Chocolate Viennese Swirls by Mark's and Spencer

Aku susah nak kudap biskut sangat. Maksudnya aku dah kurang makan berbanding zaman remaja. Atau zaman membesar senanglah cerita. Haaaa dah besar dah pun. Cukuplah. Hahahaha.

Tapi once aku jumpa dan try biskut yang aku suka...kerja nak repeat beli je. Dan makan sikit2, ala2 kedek. Menyimpan.

Biskut ni aku makan dah kotak ke-5 ke-7 tahlaaa..aku beli 1 je dulu. Bila dah suka tu mulalah asyik beli. Tapi ya aku tak pernah bayar. Tahu beli tapi yang bayar samada laki atau adik ipar aku. Bagus tak? Diorang ni pun dok la melayan karenah aku. Haaa.

Ada sekali biskut ni takde atas rak Mark's and Spencer KLCC. Adik ipar aku pulak dah ketagih juga...sampai cari kat tempat lain. I mean mall lain la. Tah kenapa masa tu biskut ni semua cawangan yang kami pergi minggu tu takde. Last2 hari diorang dua beradik tu patut pergi Zumba kat Empire Mall nak sangat masuk kelas Ucop, sekali orang lain yang jadi instructor, terus cancel pergi beli biskut ni. Haiii...

Sape suka biskut ni? Dah terkena jangan salahkan aku pulak sebab share kat sini. Hehehe.





Share makan dengan Aqlan.

Sunday, December 20, 2015

8 Rabiulawal 1437H - House Warming BBQ Party

Kami dijemput untuk house warming party rumah baru Tasha and Rudy di Shah Alam. Tema pot luck. So masing2 bawak makanan ya.

Suami bercadang bawak nenas. Nak grill nenas. Oh lately ni dia suka tengok resipi online dan masak. Mostly malam la. Lepas balik kerja dia pun bekerja kat dapur. Ringkas tapi yummeh.

Jam 6 lebih baru kami bertolak. Start jam 5 petang tapi sebab si Aqlan masih tidur kita pun baring lagila...hoii rasa bahagia Ahad ni, sebab boleh tidur lama. Memanjang berjalan setiap minggu. Letih dah. Hehehe.

Kami sampai je ayam sedang dibakar. Erm..minum air sedap dulu. Soda lemonade.

Seterusnya...layan gambar jelah.




Swing jangan tak swing



Ketam bakar

Dah tu sempat lagi buat tour dapur. Ok aku admit dapur dia cantik. Ada pulak island table. Ehemm kat situ jelah kami makan pizza last2.




Island table yang jadi idaman. Hurmmmmm. 

Doh guna tepung suji dan tepung gandum. Style Jamie Oliver.

Laki bini masak ni. Tuan rumah sediakan Pizza sedap giler.

Patut tour tingkat atas tapi dok menunggu pizza ke 3 masak

Nenas grill. My husband sediakan. Perghh semua dok puji dia. Sedap dimakan dengan daging medium rare dan pizza. Macam next time nak buat lagi.

Habis makan kami duduk luar ramai2 sambil minum nescafe panas. Dan dengarlah plan kawan2 nak melancong. Erm kami belum buat keputusan nak ikut ke tak. Nak kena tinggal anak. Nak kumpul duit. Bila ditanya aku cepat2 cakap ikut husband sebab dia menanggung kita sepenuhnya sekarang.

Rafiq berbaju putih tengah planning sambil cerita pengalaman dia.




Benjol dah anak bujang ni..adoiiiii. kata diorang biasalah budak2. Anak2 diorang semua dah besar. Anak kami je masih kecil.

Suddenly...terbuka cerita Hani pun dah retire 2 bulan lepas. Aku baru juga tahu Tasha dan retired 3 bulan lepas masa reconstruction MAS. Tu pasal dia boleh concentrate renovate rumah bagai. Memang terkejut Hani berhenti. Sebab dia lawyer kat Bloomberg. Tanya suaminya Amin camna? Happy. Ya kami orang perempuan memang suka duduk rumah tengok anak2 membesar. Aku tak nafikan memang bergelut dengan kewangan kalau gaji kecil tinggal di KL-Selangor ni. Terpulang pada cara berbelanja juga sebenarnya. Pilih hidup sederhana. Sentiasa doa nak senang bukan nak kaya. Sebab kaya ni bahaya. Boleh jadi istidraj.

Kami minta pulang dulu sebab anak kami dah mengantuk. Puas hatilah budak tu main2 sampai dapat benjol kan. Kesian anakku.

Thursday, December 17, 2015

Restoran Samila Thai Cuisine, Puncak Jalil

Hari ni tak masak. Masak maggi tomyam cup je. Malam dah lapar.

Husband ajak pergi Puncak Jalil. Banyaknya kedai tomyam. Sampai satu kedai kami berhenti sebab boleh parking sebelah meja makan je. Aqlan tidur jadi kami tak mahu ganggu dia. Jadi enjin kereta di on kan sepanjang masa. Siap cek ada kunci pendua. In case kan. Banyak sangat kes anak terkunci dalam kereta. Tapi kami tak kunci sebelah pintu. Tetap berjaga2.

Nak minum air berasaskan soda tapi belum ada. Pelayan pun terangkan apa yang takde dalam menu. Ok je..

Kami order macam2 tapi...masakan sekejap je dah sampai. Takdelah nak menunggu dampai setengah jam. Sambil tunggu tu main Neko AtsumΓ© dulu. Hahaha.

Kami pun makan dengan tenangnya. Sebab Aqlan tak perlu dilayan. Kalau tak selalu kena rotate la makan.

Masa husband bayar agak lama. Dia balik cakap kena dengar kisah sedih owner. Apa yang sedihnya?

Hari ni baru first day beroperasi. Buka pun lambat. Banyak makanan belum ada. Maafla kalau ada makanan tak mengikut selera. Semua sekali RM33.50. Air RM7 sebab gelas besar. Sup ekor RM10. Tu je paling mahal dalam bil kami. Boleh datang lagi try makanan lain pulak.










Ehhh aku tak rasa kedai baru sebab makanan cepat sampai dan sedap. Kena je tekak aku. Takdela blunder ke hape kan. Itu yang penting. Tenang dan rileks. Cuaca pun baik hari ni. Sejuk2 tak..panas tak. Very nice.