Thursday, March 31, 2016

Sample Kotex Tiba

sampai sudah sample untukku. aku bukan buat review, tapi ya aku suka dapatkan sample dan cuba. bila dah cuba dan seronok dipakai aku akan beli dan war2kan pada sesiapa yang aku rasa nak hebahkanla. most probably aku akan akan cakap kat blog ni. haha sebab aku dah tak bekerja, ya memang makin kurang aktiviti sosial aku. tinggal aku nak join ke tidak je...

aku tak dapat gunala buat masa ni memandangkan baru je lepas minggu period. selepas 3 bulan tak period aku kadang2 bercerita juga pada laki. dan kalau mak mertua pun kata tak payah nak cepat2 dapatkan anak kedua jadi ko sendiri fahamla. hahahaha..so bila period, aku lebih kepada lega la takdela aku kena jumpa doktor. hahaha. teruk betul. ya aku punya cycle period sangat teruk. paling lama tak datang period 8 bulan. masa tu aku sekolah lagi. doktor cakap takde apa2 pun. kadang2 kita rilek tapi orang sekeliling suka takut2kan atau bagi tanggapan negatif. sebab tu aku suka avoid negative person. sudah2la cakap tak membina tu, senang jumpa doktor. most of the reason gangguan emosi. mampu 8 bulan emosi?

baik jangan lupa catatkan tarikh period tu. dulu2 takde apps kan aku tulis dalam buku sejak first aku kena period...umur 13 tahun. now aku update kat apps je. baru2 ni aku tengok balik kalendar tahun 2013 bulan 6. aku dianggarkan untuk tidak mengandung sebab aku period 2 bulan sekali tahun 2013. sekali.....zasssss aku sedar aku mengandung masa kandungan dan 17-18 minggu. nasib kau selamat nak...Alhamdulillah.

aku tak suka guna Kotex sebenarnya sehinggalah aku dah melahirkan anak. so aku nak cuba apa best Kotex Odor-Care ni.




please girl, tukar pad 3-4 jam sekali untuk elakkan jangkitan kuman. dan bau yang kurang enak tu. teringat zaman belajar dulu2....adududududu macam2 cerita dengar dari kawan2.

Wednesday, March 30, 2016

Bobbins Dah Tiba

sepatutnya, fabric ruler, gunting zig zag dan bobbins sampai bersama. atau aku harapkan sampai bersama2 sebab beli in one payment. tapi memandangkan lain2 tempat negara asal pengeluarannya, maka semuanya sampai berasingan.

jadi bobbinsla yang paling akhir padahal ia lah benda yang paling aku hendak guna sangat masa nak menjahit. asyik2 habis benang dan bobbins sedia ada tak cukup jadi aku asyik hempap benang kaler tu atas kaler tu yang lain. kemudian mulalah....





okay sebagai OCD, aku lega. hahaha...

erm nak tunggu laci la pulak. tapi belum cari dan beli pun. kehendak tu dah lama simpan.

Tuesday, March 29, 2016

Monday, March 28, 2016

Dapat Berkongsi Kegembiraan

Dapat Berkongsi Kegembiraan
alhamdulillah. tak pasal2 aku dapat duit bonus dari bonus yang diterima adik ipar. katanya tak tahu nak bagi apa, jadi bagi duit.

untuk orang tak bekerja macam aku, dapat duit cash kat tangan sudah cukup besar maknanya. dan maknanya janganlah membazir sangat.

sempat juga dia tunjukkan kat aku apa dia beli bila dah terima bonus tu. hehe..aku gelak je sebab dulu aku dapat bonus mesti beli benda besar2.

cerita pasal duit bonus yang aku nak tunjukkan usaha tu...aku beli peti ais & mesin basuh pada tahun 2009. itu sebab 1st time aku dapat bonus masa kerja dengan Nadin. tahun 2010 aku tak beli apa2..yang besar...tapi aku pindah rumah bujang sewa sorang2 pada hujung tahun tu...kira pakai bonusla duit deposit. tahun 2011 aku beli TV & sofa Ikea...2012 sebab aku nak kawin jadi duit aku banyak habis kat hantaran dan baju kawin. sobs. hahaha.  jap 2013 aku dah pregnant tapi tak sedar...berapa kali mahu cerita daaa....tahun 2013 aku beli S4 dan settlekan PTPTN aku..diskaun 20% mahu aku tak rebut..lega mak...2014 aku dah melahirkan anak dan badan aku mengembang jadi ya aku banyak shopping baju yang nursing friendly. gila kau.. aku beli baju dynaz tak fikir banyak sebab masa tu baju dia je famous nursing. sekarang berlambak butik muslimah buat baju nursing. 2015 aku beli tudung segera Hijabiza secara borong. dah....so 2016 apa aku beli dengan duit bonus adik ipar bagi?

Sunday, March 27, 2016

Al-Quran Amazing Untukku

akhirnya Al-Quran Amazing ditanganku. dibelikan oleh cik suami pada 16 Jan 2016 yang lalu.



jom ramai2 baca Tafsir Al-Quran. kita kan bukan orang Arab nak faham bahasa dema kenalah belajar. aku dulu belajar la bertahun2 tapi tak berkomunikasi maka ingat2 lupa je. nak buat ayat lebih2 tak pandailah. kalau baca tu bolehla tahu maknanya untuk perkataan asas.

seronok bila dapat baca tafsir bersama keluarga. lebih rasa nikmatnya.

aku lambat start baca sebab aku habiskan bacaan Al-Quran pemberian guru suami. kena rotate untuk adil.


Saturday, March 26, 2016

Ke Ampang Lagi

ya aku dan Ampang macam tak boleh dipisahkan. terlalu lama duduk sana, berpindah randah...segala laluan rahsia banyak juga aku tahu untuk time2 peak hours. datang laki dalam hidup....dia je drive la...dan co-pilot dia ialah waze. hurmmm...

niat nak jumpa bekas pengasuh aqlan tak kesampaian. yang ada cuma anak dia. laki aku berat sangat dengan keluarga ni. jadi hubungan kami masih kekal. aqlan je yang tak ingat.

lepas tu kami ke Bukit Indah sebab laki nak makan popiah dan aku gatal nak cuba makan kat #neighboursampang. kafe hipster pertama kot kat situ. bila dah nomnom dan rasa overpriced sangat maka memang tak datang lagila.....tak tahulah 5 tahun kemudian.




patutnya kami nak pergi cari attire untuk Zcat pulak. kami ke Quill Mall tapi akhirnya beli baju tidur Aqlan dan drawing box. dia tak sihat nak balik jelah. mood pun dah ke laut sejak tahu pasal menu untuk dinner nanti...

Friday, March 25, 2016

Menghadapi Budak Muntah

Menghadapi Budak Muntah
ah siapa suka kena muntah budak? dah jadi mak2 ni ko hadapkan ajelah tak payah nak geli2. sebab masa kita baby pun tah berapa kali mak atau adik beradik kita handle kita bila kita membuang tu.

aku dulu anak buah aku muntah aku tak boleh nak handle. sebab aku nak termuntah sekali. taktahulah aku loya sangat tengok budak muntah ni..sampailah aku menghadap Aqlan, aku control diri gila2. jangan nak tambah muntah pulak ya.

so kami ke Chilli's Paradigm Mall. nak makan nachos dan triple dipper dan of course kids food yang murah...free flow air boleh minum sampai kembung.

tengah2 syok makan, anak aku muntah....sebabnya kami biarkan dia makan sendiri. haaaa anak aku kalau makan sendiri suka laju2 kunyah dan telan. bila tak terdaya mulalah muntah. tindakan aku?

kalau ikut amarah memang kena anak aku tu. kat kedai kot...atas baby chair.....

tapi sebab ada laki aku yang sangat penyabar maka dia terus cakap jangan marah, sabar, lap budak tu.

jadi...aku punya step...

  • keluarka tisu basah.. lap segala muntah yang kelihatan. ko tak payah nak sayang duit kedek nak beli tisu basah antibacterial. sebab situasi macam ni anytime can happen. and it happened to us a lot. bakal2 ibu, sedia ya..
  • lap pada diri anak tu dulu kalau boleh. kesian dia sebab dia pun geli. ingat ya muntah itu najis. jadi bersihkanla betul2.
  • lap meja atau kerusi yang kena muntah, memanglah itu bukan rumah kau..tapi pekerja kat situ bukan di hire untuk jadi bibik kau...bersihkan najis anak.
  • informlah kat pekerja kat situ juga situasi anak tu supaya nanti diorang akan cuci bersih2 area kena muntah tu untuk next customer. kot diorang tak nampak nanti, orang lain datang ternampak mesti bagi bad reputation.
kemudian kami pun minta ditapau segala makanan yang tak dihabis makan sebab masih banyak...sepatutnya nachos tak boleh ditapau, tapi seorang pekerja wanita hari tu kata tapau jelah sebab masih sangat banyak, sebab lagi kalau tak diorang akan buang jugak which is membazir. kat sini aku dan laki memang impress dengan sikap mereka.

aku hanya buka baju anak kat area parking kereta, sebab masa tu kami tak bawa baju lebih. selalu bawak, apalah nak buat, lupa pulak. kedai2 baju pun dah tutup masa tu.

pasal aurat anak2 ni jagalah sejak kecil. memang diorang baby tapi kalau diajar sikap malu diroang pun tak suka membogel depan orang asing. aku pernah tengok depan mata aku 2 kes...anak perempuan lagi...umur pun dah macam masuk sekolah rendah. maknya biarkan ajak dia berseluar dalam lalu dalam kawasan orang ramai. Ya Allah ibu2 sekelian, tolong pelihara keaiban mereka agar mereka malu untuk membukanya bila dah baligh nanti.


Thursday, March 24, 2016

Gunting Zig Zag

Bila dah gila menjahit jadi macam2 alat jahitan nak ada. Tentulah aku ada senarai harapan untuk memenuhi keperluan menjahit aku. Tinggal mampu dan tidak je lagi nak beli tu.

Kali ni aku dapatkan gunting zig zag. Aha apakah kegunaan gunting ni?



Dah tentulah untuk gunting tepi kain jadi kain tu takla berbulu sangat. Sebab nak beli mesin jahit tepi masih belum mampu.

Hehe. Tunggu lagi satu barang sampai. Bulan April kot baru dapat. Adoiiii lamanya. Bercinta aku tunggu alat2 jahitan ni.

Terima kasih kat Zcat sebab belikan. Melayan aja permintaan suri dia ni. Hehehe. Jap rasa nak muntah lak.

24 Mac 2016

24 Mac 2016
Selamat hari lahir ke-18 untuk Sumayyah. Anak abang sulung aku yang ke-4 kot. memang aku tak ingat sangat sebab abang aku tu ada 10 anak.

The worst is muka dia pun aku tak ingat yang mana satu. Masa majlis kahwin kakak dia ramai yang pakai purdah..aku pun dah blur. iilah yang terjadi bila ahli keluarga sangat ramai. jangan jadi macam aku. tak ingat2.

Wednesday, March 23, 2016

Sampai Dah Dressku!

Ini gila. Sebab first time dalam hidup aku beli dress melalui online shopping. Ini sangat gila sebenarnya bagi aku yang super cerewet bila membeli pakaian. Lagila bila baju tu harga lebih seratus.

Dengan keadaan aku yang tak bekerja...ada hati juga nak pakai cantik2. Harga masih mampu setelah dikumpul duit sara hidup pemberian suami. Hahaha. Macam drama sangatla.

Ok. Aku sebenarnya nak pergi butik beli dress. Aku cari kat online dulu tapi tiada yang menarik.

Bila aku type Black & Tie Dress memang banyak ya yang keluar. Tapi memang sexy maxi la.

Kemudian aku ingat nak jahit kain kembang fabrik tulle. Sampai ke Summit aku cari kain tapi dah habis stok kata staff kedai Fantastic Fabric tu. Erhggghh terus aku geram aku beli baju siap online je.

Laki aku berapa kali juga tanya aku..dan aku pun berapa kali tunjuk baju mana aku nak beli. Ha laaa laki pun boleh tahan cerewet bila tengok aku beli baju. Dia pun decision maker jugak.

Sudahnya aku nak beli dari Zalora je. Tapi aku risau tang pergelangan tangan jika tiada butang atau zip ke..bukan apa kang kalau nak solat susah aku nak singsing lengan baju. Maka aku kuburkan dia.

Kemudian aku tengok kak Poplook bahagian Wedding & Celebration. Aku kenan satu black dress fully lace. Aku tengok Jumaat. Dah aku ingat nak order Isnin..dah sold out. Padanla muka kan.

Sudahnya aku pergi new release jelah. So aku jumpala sehelai. Tunjuk kat laki dia approved. Dah..senang aku bayar..tunggu je sampai ke ofis laki. Aku malas dipos ke rumah walau aku ada kat rumah. Hahaha. Kotnya tertido naya je nak kena amik kat pejabat pos.

Maka sampailah dress aku.. dan syukurla muat je cuma labuh. Hopefully bila pakai kasut tinggi tu cantik jelah terletak. Tengok takat mana aku boleh tahan dengan kasut tinggi tu. Hahahaha.



Tuesday, March 22, 2016

Parking Ikut Dan

perangai parking ikut dan ni memang menggeramkan. dah ada peraturan ikutlah. apasal susah sangat ke?

tapi kalau kereta mainan nak parking ikut dan.....kena banyak bersabar.

parking kat area aku nak tidur

parking kat kereta mummy dia

Monday, March 21, 2016

Hadiah Untuk Aqlan

Bila dah ke Ikea adalah idea nak bagi apa kat Aqlan. Pulak2 masuk je Ikea sampai kawasan budak2 dulu. Aqlan pun pandailah ambil macam2 nak main. Panjat katil.

Sampai tempat karpet aku pun nak beli jelah memandangkan harga pun tak berapa mahal sangat. Lagipun bolehla dia main kereta2 dia kat situ. Kalau tak katil dan kepala katil jadi tempat display mainan dia.


Aku dulu2 buat sendiri bandar aku menggunakan daun pintu rumah yang tak dipakai lagi sebagai asasnya. Bangunan dari kotak2. Seronok nak buat untuk anak tapi tak berkesempatan.

Sunday, March 20, 2016

Saturday, March 19, 2016

Jack-Jack Dipinjam Kawan

hahaha...takde bahan nak cerita, kucing pun jadi.

so si jack-jack yang sangat tua ni dah 2 tahun tak bersenggama. adoi....tiba2 kawan laki nak pinjam dia untuk dibersamakan dengan kucing betinanya yang masih virgin...mampu ke ayat aku ni mengundang sangat...

si tuan kucing punyalah excited menunggu jack-jack ni sampai si betina ready on. adoi....aku masih rasa nak gelak bila teringat pasal cerita jack-jack.


Ciss jack-jack ko memang pantang kan..



Friday, March 18, 2016

Bean Bag Lazada

Bean bag telah menguasai ruang depan tv. Beli 2 RM150. Kalau ikut harga ada satu RM73 dan satu lagi RM79. Selepas menggunakan diskaun dapatlah RM150.

Camna korang dah shopping ke sempena birthday Lazada?


Potong Rambut Aqlan

Rambut aqlan maki panjang makin kerinting. Walaupun aku suka tapi aku benci juga bila ada orang fikir dia perempuan. Selalu la aku pakaikan dia baju dengan seluar pendek. Kalau perempuan dah tentu aku pakaikan dia gown.

Jadi aku potong sendiri lagi. Tak ke kedai. Potong belakang dan tepi je. Kasi dia main air..aku pun zap zap zasss.



Thursday, March 17, 2016

Adik Datang Melawat

masa birthday aqlan, yome datang bawak CPU dia problem. mengetahui abang iparnya pakar IT, sanggup dibawaknya dari Seremban. haaaa..

jadi hari ni dia datang nak ambil balikla. dah siap pun lama dah. ingat kami nak hantar pada Sabtu lepas, tapi pakcik isterinya pula meninggal dunia, jadi mereka semua balik ke Serting la. minggu ni pun kami dah ada hati nak terjah rumah yome tapi dia nak keluar 4 hari pulak. so aku pun ok je dia inform kata nak datang lepas zuhur or asar or maghrib.

rupanya hari ni dia ambil cuti bawak anak2 tengok wayang. yelah anak2 dah pandai tengok. anak aku tengok TV pun bukan nak perhati sangat. hahaha..

sebab dia pun bagitahu nak makan last minute, jadi apa yang ada jelah. so ikan bakar cencaru, dan telur goreng jelah aku masak. mak mertua dah siapkan masak udang peria.



seronoknya aqlan bila sepupu2 datang, sibuk dia nak kacau diorang makan. seronoknya budak2 tu datang dapat main2 permainan aqlan. aku bukan kisah. tak mahu anak kedekut mainan. tapi budak biasalah time tulah dia nak pegang semua mainan dia. dah kami hantar anak2 buah ke tingkat atas mainlah puas2. macam2 mainan ada. kat bawah ada kereta2 je.

Wednesday, March 16, 2016

Tab Untuk Aqlan

Bulan ni banyak betul Aqlan dapat hadiah. Aku juga yang masih belum belikan apa2 untuk dia.

Let me think what should i buy? Or maybe i should create something for him?

Ok sejak iPad abah dia retak beratus tu dan sudah pun dibaiki, kena caj RM230, maka untuk mengelakkan perkara berulang maka abah dia bawak balik tab hari ni untuk dia. Beli kat Lazada je RM159.  Sekali Lazada buat sale sempena tahun ke-4 so ada yang boleh dibeli pada harga serendah RM90. Tapi takde gambar Cars la.



Adakah ia memberi kesan buruk pada anak apabila memberikan mereka gajet pada usia yang sangat muda?

Aqlan bila aku lihat tabiat dia dengan tab hanya khusyuk bila kat rumah tapi aku selalu je ambil dari dia kalau rasa dah lama.

Kalau ke luar atau ada benda lain dia akan abaikan tab. Dia tak peduli sangat. Tab macam isi masa senggang dia.

Dan dari tab dia belajar banyak perkataan baru.

Baru2 ni dia tengok kalendar. Tapi tentulah payah nak ingat kan.

Yang pasti ABC khatam. Warna asas dah cam. Nombor 1 hingga 10 sudah. Kenderaan banyak disebut car aje.  Baru kenal truck. Plane.

Jangan tak tahu cakap Melayu sudah. Tiba2.

Tuesday, March 15, 2016

Customer Pertama Telekung

Customer Pertama Telekung
hahaha...aku tak pastilah apa yang menyebabkan mak mertua dana dik ipar aku nak juga telekung abaya tu. mungkin sebab bila aku pakai depan diorang, diorang rasa senang. untuk aku sendiri aku dah malas nak ikat2 kain - sebab aku solat guna kain pelikat bukan milik laki memang aku beli sendiri, sebab kain telekung kan putih - jadi jarangla kalau dibuka kain yang dipakai kalau rasa kotor. ada juga kes getah kain solat makin longgar...ni kes bila pinjam meminjam....badan tak sama saiz kan loose la getahnya...

jadi aku rasa telekung abaya ialah penyelesaian untuk aku bila travel. tapi aku tak fikir mencantumkan telekung dan abaya sebab aku tak suka imaginary pada dada tu. membusung kat situ..tidak dan tidak...

jadi untuk mak mertua aku jahitkan dulu untuk dia sebab dia ada duduk rumah seminggu ni. senang aku nak main adjust2. adik ipar aku takpe....sememangnya dia duduk dengan kitorang.

mak mertua aku ni cerewet juga bab buat tempahan untuk dia...hahaha...macam jumpa diri sendiri tapi dalam usia berbeza. ok dah nak sambung..

Monday, March 14, 2016

Ke Kamdar Lagi

selepas aku tunjukkan telekung abaya aku yang separuh siap tu kat mertua dan adik ipar terus diorang pun nak jugak.

aku pun nak ke Kamdar la beli kain untuk diorang.

dah alang2 laki pun nak suruh jahit kurta. okayla sayang....hahahah sungguh geli panggil laki sayang. cam nak muntah.

kami ke Kamdar Kajang lagi. sebab laki suka, parking depan kedai. terussss naik dah pilih kain takyah pening kepala kalau macam ke Kamdar Jalan Tar.

kain ada diskaun 10%. untunglah....tak tahu sale kan. maybe sale cuti sekolah?





Kain cotton ni sangat bagus. Harga pun kalau kau beli pakaian dah siap guna kain ni memang sakit hati juga. Sebab kain ni RM18.90 semeter. Aku nak beli sebab mak mertua dan adik ipar pun minta tolong jahit telekung abaya lepas tengok aku punya. Tak jarang. yak panas.

lepas tu cari lace border untuk dijahit pada telekung. puas cari kat bandar Kajang tak jumpa.

last2 pergi Bandar Baru Bangi. kat seksyen 4 kedai Kharysma Store

terus aku jatuh cinta dengan kedai ni. pengsan la.......Melayu punya lagilah aku nak menyokong kan. lama jugak aku membelek lace kat situ. macam ada beratus2. pinar mata tengok wei...

kemudian kami singgah rumah kak cupa dan jumpa mak. sukalah mak jumpa Aqlan. hehehe.

Sunday, March 13, 2016

Menjahit Telekung Abaya

Menjahit ni seronok. Mungkin juga terapi bagi aku. Hahaha bila dah start menjahit aku tak peduli perkara lain. Jadi aku suka menjahit sama ada selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Waktu lain tak free la.








Saturday, March 12, 2016

Hampir 3 Tahun

Hampir 3 Tahun
Aku punya rambut lambat tumbuh. Last sekali potong masa mengandungkan Aqlan. Aku potong pendek betul time tu sebab aku tak kuasa nak handle rambut aku.

Kali ni aku rasa aku nak potong sebab tak tahan bila nak cuci lambat kering. Aku pun tanyalah mak angkat mana kedai Melayu perempuan sahaja.

Tak jauh pun kat belakang Giant Seri Kembangan je. Nama kedai tu D Zahra Hair and Beauty Spa. Aku datang, buka tudung, zap zap zass kenalah RM20. OKlah kan. Lega sikit.

Friday, March 11, 2016

Ikan Bawal Emas

Sejak makan ikan bawal emas kat rumah kak pa aku kenan betul dengan ikan tu. Sedap. Berlemak.

Jadi aku suka makan ikan bawal emas masak kari. Phew rasa dia...sedap sangat2. Ikan ni harga dia boleh tahan juga. Sebab tu kalau masak kena hati2. Jangan mentah atau terlebih masak. Kalau tak menyesal.

Gambar warna tak cantik. Tak kisahla yang penting sedap dimakan. Selalu aku guna susu bila masak makanan macam kari. Kali ni aku guna santan. Oh santannnnnnnnn....

Thursday, March 10, 2016

Searching Black & Tie

Suddenly laki balik dan cakap dinner company dia theme black and tie. Aku pun terus menggugel apakah hitam dan ikat yang dimaksudkan. Hehehe.

Black and tie ni lebih kepada formal dress la. Smart dan kemas. Jadi sejak itu asyikla aku melihat online shopping website untuk lihat pilihan yang ada. Hahaha. Memang susah aku nak beli online sebab aku ada perangai nak try dulu.

Takpe. Hari ni kita settlekan anak dulu. Nak beli suit untuk dia tak berbaloi je. Jadi aku beli long pants dan white shirt yang cantik sudah. Pada fikiran..lepas dinner boleh guna untuk raya or ocassion formal lain. Lalalala.

Dah alang2 laki ajak ke Sogo...maka di Sogo lah aku shopping. Tapi tak sempat nak lama2.

Seronok juga nak menyemartkan anak bila ada ocassion macam ni. Hahaha. Mak nya pun nak pakai cantik2 juga..
Vincci je. RM49 saiz 7.5 pheww jimat banyak bila ada sale.

Wednesday, March 9, 2016

Projek Telekung Abaya

selesai majlis Aqlan baru aku boleh hadap balik projek ni. yelah aku ni kadang2 nak menukang. kadang2 cuba resipi baru. kadang2 nak kaler2. kali ni nak jahit2. hahaha...

dah berhari2 aku memikirkan design telekung abaya ni. siap cari ada tak orang buat. ok memang ada dijual ya...hahaha berjaya tak aku melakukannya sendiri?

sumber - http://emerald.com.my/dir/index.php?route=product/product&path=59&product_id=77

sumber -  http://emerald.com.my/dir/index.php?route=product/product&path=59&product_id=77

yang pasti telekung abaya aku lain sikit. dan memang pattern pun tak sama. lap peluh...laki sokong...
haaaa sungguh bersemangat aku sekarang.

Tuesday, March 8, 2016

Ipad Jadi Penyelamat

Ni kisah budak kecik bawak ipad sambil tengok sambil turun tangga. Macam expert sangat kan.

Sekali tergolek aku dengar dari bilik bawah. Cepat2 pergi ambil dia. Sempat golek 3 mata tangga dari tempat ipad jatuh.

Kesannya dapatla benjol kat dahi dan sedikit sangat luka.

Berdasarkan ipad...laki aku assume Aqlan jatuh atas ipad. Aku rasa ipad tu terbalik bahagian skrin mencium anak tangga dan retakla ia....

Jeng jeng jeng. Sudahnya abah dia cakap nanti beli lain je untuk dia. Tapi bukan ipad la.

Ok ipad tu memang la laki punya. Tapi sejak bagi anak pakai dah jadi macam budak tu punya pulak. Asyik tengok Youtube belajar itu ini. Banyak pun ipad ni membantu anak aku mengenal benda2.

Kami pun ada beli dia buku2 dan barang2 mainan yang digunakan untuk merangsang otak dia. Seperti koleksi makanan. Jadi takdelah semuanya dihujung jari je. Kadang2 dia datang pada aku sambil bawak buah oren dan cakap Orange. Ya....anak cakap Inggeris aje. Ada sebelum tu puas kami fikir dia cakap apa...rupanya dia tengok Youtube bahasa Perancis.

Dah takde ipad...handphone aku la jadi mangsa Youtube dia. Ipad tu bukan tak boleh guna tapi sebab keretakan sampai ke skrin dalam jadi kena perbaikla.


Monday, March 7, 2016

Kalau Sinki Tersumbat

Geramnya sinki buat hal lagi. Macam2 dah laki guna untuk hilangkan sebab sumbatan. Kita akan fikir lemak ayam dan minyak. Sampah2 kecil yang tersumbat.

Lalu dicurahkan dengan Mr. Muscle 2 botol terus. Dengan harapan masa majlis Aqlan takda masalah sebab nak masak2 bagai dengan tetamu pasti ada yang terlepas ke dapur nak cuci tangan..walaupun dah tersedia powder room.

2 hari sinki tak buat perangai. Masuk hari Jumaat dia buat balik. Camna ni. Sabtu nak buat majlis. Terpaksa tangguhkan dulula.

Mak mertua datang cakap paip tadahan sinki tu bocor. Erkk mungkin perlu diganti the whole set. Which is tak sempatla Sabtu tu kan.

Ahad mertua balik. Kami pun masih tak larat. Hoiiii nak patah pinggang masing2. Majlis anak umur 2 tahun je. Kalau dah 25 tahun nanti camne.

Isnin barulah laki sempat nak menukar paip bagai. Maka aliran dah bertambah baik. Seronok banyak nak buat kerja dapur.

So korang kalau dah sinki tu buat perangai sangat tukar je. Tapi nak jimat kena tukar sendirilah. Kalau pakai plumber aku memang tak tahu caj berapa.




Sunday, March 6, 2016

Buka Hadiah Aqlan

Budak Aqlan dapat hadiah bukan tahu apa nilai dan ertinya. Aku juga yang tak tahan nak buka hadiah tu. Hehehe. Bukan apa..aku pun tak beli apa2 hadiah lagi untuk Aqlan jadi lepas tengok apa yang orang lain bagi baru aku nak beli apa yang patut. Boleh tak mak dia macam tu? Praktikal sangat.

Laki dan adik ipar tak kuasa nak buka hadiah2 tu. Jadi aku bagi Aqlan pilih mana dulu. Jadi yang dipilihnya adalah yang berada dalam kotak berilusi sebuah bas.

Kotak hadiah tu dah lama dia aim. Sebab dia aim bas la.

aqlan said thank you aunties & uncles yang bagi hadiah dan duit dan yang sudi datang bawak anak2 jadi bolehlah aqlan bergembira satu hari tu

i need to open this


cepatlah mama

ball!!!

bola pun jadilah
tapi sebenarnya aqlan beria korek dalam kotak bas tu. korek sampai habis nak tengok ada bas tak? kesiannya ya. esok suruh abah belikan bas.

lepas tu dia tak peduli dah kotak bas ni

hadiah2 lain kami ada yang buka ada yang tutup balik sebab tak sesuai lagi. tunggulah masanya yang sesuai.