In Paid Survey

Cek Dari Global Test Market

Pertama kali aku dapat cek dalam USD. Fuiyohhh cepat juga aku dapat. Sebab kalau ikut pengalaman Zcat dia lama baru dapat. Aku pun terkejut masa dapat semalam. Teruja weh $50 x 2 cek. Ahahaha...kaya kejap..


So inilah aku masuk survey ni dah lama. Bula dah cukup 2400 points baru aku claim. Selalu jawab kadang2 ke na tendang je. Takpe 5 point pun aku perlu. Hahaha..

So bagi kat Zcat suruh bank in hari ni tapi kena reject sebab tak sign belakang cek. Eh peraturan baru ke...ikut pengalaman aku kerja dulu tak pernah macam ni...maklum dah setahun tak kerja Maybe ada rules baru berkenaan perbankan. In fact semalam aku nak bank in kat maybank cheque deposit pun gagal sebab kena masukkan amaun. Aku dapat dalam USD susahla..manalah aku tahu berapa nilai hari2. Kan berubah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Advertising

Kerana ZTE Dia beratur Pagi2

ZTE Blade v7 Lite telah membuat jualan istimewa pada hari pelancarannya 15 May 2016 lalu di Plaza Low Yat.

Aku dapat tahu pasal berita ni pun dari blog ben ashaari sehari sebelumnya. Jadi aku tunjuk pada Zcat. Kot dia berminat sebab hp dia dah sakit sejak kena air tumpah dalam beg..

Excitednya dia esok tu pagi2 bangun pergi Low Yat. Aku siap suruh dia buat apa yang diminta. Hashtag...like FB page dll. Dia juga ada tujuan nak ke sana nak baiki ipad yang pecah skrin sekali lagi...dan tab Aqlan yang pecah skrin separuh sebab aku terpijak..ok tak sengaja malam2 buta aku angkat aqlan pastu tak nampak...so tab tu tak mampu nak menampung berat kami berdua. Aku siap dengar bunyi krakkk dan tanya apa ek? Esok tu baru tahu apa terjadi.

Tapiiiii bila dia sampai sana orang dah 50 orang. Masa tu jam 10.30am. Dia pun terus beratur la kan..sebab ZTE bagi peluang beli 50% diskaun hari tu aje untuk 300 pelanggan pertama. Jualan hanya start jam 12.30 tengahari. Sangap la kan..nasib aku tak ikut.

Kemudian dah dapat beli baru dia beli dan settlekan benda2 lain.

Mula2 dia pakai tu banyakla komen dia. Lama2 baru dia kata ok. Maklum orang IT ni kehendak dan keperluan dia tak sama. Dia nak fully use. Macam aku....laju dan ambik gambar cantik sudah. Hahaha. Yang lain2 ada je tak habis teroka walaupun dah 3 tahun pakai smartphone.

So thanks tu Ben, hasil dari entri blognya laki aku dapat jimat banyak....

Tapi aku buat entri ni bukan semata2 sebab nak citer sangat...yelah ni pasal pembelian Zcat...kalau aku lainla..ni kan blog aku...hahaha...sebabnya ialah....

Aku tak tahu ni berita bila or suratkhabar apa..sepupu Zcat la snap dan bagi dia gambar melalui phone masa diorang berjumpa di kenduri kawin Sabtu lepas. Tak pasal2 laki glamour masuk sokabar. Hahahaha..bukan main menyengih ya sebelah amoi. Lelaki yang pakai kopiah tu pembeli pertama..laki aku nombor 50. Nasibla muka masuk advertising ZTE. Hehehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Review

Kuih Tart Nenas Sedap Gila

Aku peminat tart nenas sejak kecil. Dulu2 tolong mak masak. Buat terap2 je dan isi filing nenas. Bila keluar tart gulung mak aku tak buat jenis tu...mak beli...so berakhirlah masa2 aku buat tart dengan mak.

Aku suka tart jenis rupa lama. Bulat2 dan diletakkan jem nenas diatasnya. Tart gulung aku kurang gemar tapi kalau banyak inti aku makan banyak jugak. Hahahaha.

Jadi Zcat tempah tart ni dari kawan IG dia. So aku ikut dia pergi collect di Sri Damansara. Tart ni dijual dengan harga RM37 dan bilangan dia sama ada 49 atau 54. Kenapa macam tu? Jangan tanya... makan je...inti nenas menggunung tu.



Selain dari beli nenas kami juga dapat ketupat kacang soya bersama sambal sotong. Yang ni free je..tapi kalu nak beli harganya RM47 ke RM49. Sedap wei tapi aku tak boleh makan pulut banyak nanti pening.


Sudahnya kami tempah lagi 6 balang. Lalalala. Aku rasa inilah tart nenas tersedap gila yang aku pernah makan zaman ni. Jangan bandingkan dengan tart air tangan Mak. Lain tu. Memori tu lain citer.

Lepas tu jumpa mak kejap je...sayang mak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Fashion

Ke The Curve Ada Tujuan

Mengantuknya hari ni setelah 5 hari bercuti jauh dari rumah. Ikutkan dihati nak tidur sahaja..hahaha...kain basuh esok sahaja sebab masih tak berdaya dan ada rasa macam demam sikit.

Kami ke The Curve sebab gatal nak beli pewarna kuku dari jenama laccbeauty. Dah dibawa ke Malaysia dan boleh dibeli kat Le Tresor. Pewarna kuku ni dinyatakan telap air dan halal. So mesra untuk berwudhuk. Menggunakan bahan semulajadi. Vegan katanya. Jadi aku yang tak pernah pakai pewarna kuku ni tertarik nak cuba dan beli. Harga sebotol dinyatakan RM68. Tapi ada diskaun khas kalau beli 3. Ahhh itu semua aku dah tanya masa kat Terengganu lagi. Hehe.

So seperti biasa...kita nak satu je jadi share lah beli. Adik ipar nak satu dan kawannya nak satu. Ok aku dah kenan nombor 1981. Dah belek2  nak beli takde siapa layan kami. Aku mesej lagi  kat IG @laccmy..katanya pekerja pergi makan. Haish....so kami pergi Ma'cik Biryani sementara tu. Bila dia dah sampai dan kami dah pilih2 sambil test2 alahai kena bayar cash pulak. So nak ke ATM pulak. Jadi dah alang2 tu kami pergi solat dan makan dulu.


Aku tak beli warna ni. Tak menarik bagiku..
Lepas beli terua ke sebelah ada Guardian dan beli remover untuk pewarna kuku...pun share jugak. Hahaha..

Dah balik nak tidur. Letak kepala lelap baik punya. Zcat dan adik dia kena pergi kenduri kahwin anak sepupu diorang. Patut aku pergi juga tapi tak boleh bawak anak. Ahhhh takpelah aku tdo pun best gak..sambil2 cuci kain yang berlambak tu.

Hari ni jugak anak sulung abang Bad bertunang dengan orang Johor. Oh balik ke asal kamilah...tahniah.. gambar dari whatsapp family.



Malam diorang balik katanya ada je orang bawak budak. Siap ada kerusi kanak2 cap Ikea lagi..takpelah...aku bukan kisah sangat pun sebab penat masih ada..haha kemudian keluarlah cerita muka Zcat masuk paper. Tak tahu bila tu..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

28 Mei 2016

abang ipar, Abang Salim iaitu suami kepada kak Dewi menyambut ulang tahun ke-62 hari ni. alhamdulillah...inilah abang ipar paling tua dalam keluarga kami..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Percutian

CCM: Payang, Kuantan, Dan Temerloh

Last day sarapan pagi....ada nasi dagang. Tapi bila makan tu sedap lagi kak Ma masak. Ok aku pun pandai masak. Lalalala. Banyak tul songeh kan. First day breakfast makan kerabu, 2nd day nasi minyak..3rd nasi dagang. Hari2 bertukar menu berlainan, aku suka..yang pasti kopi wajib minum. BTW kelihatan dah penunggang2 kuda sampai dan berborak sakan.

Sebab nak gerak awal dan sambung shopping kat Payang jadi kami keluar awal. Jam 10.30 selepas bergambar buat kali terakhir dalam resort ni. Kalau ikut hati mahu aku terjun dalam kolam..











Kata Waze kami akan sampai KL jam 6 petang. Aha. Tengokla berapa jam kena tambah bila asyik menyinggah. Kata bercuti kan.

Mak mertua kirim beli serkup kedut2 tu lagi. So instead of beli tu je....tu je....adik ipar aku terpaku kat sebuah kedai batik once turun dari tangga tingkat 1 lepas parking area. Memang depan2 tu kat corner lot. Lupa lak nama kedai.

Kemain suruh owner ke pekerja ke turun2kan kain2. Aku dah gelak2 duduk atas bangku layan aircond. Bila dah dapat harga murah gilerrr aku pun terjebak. Ciss aku dah beli padahal masa hari Selasa lepas...apa lagi cari yang paling exclusive lah sebab harganya nak cecah RM400 sepasang. Coraknya satu je. Kau..... memanglah nak beli...kan. lagi satu sebab dia terima kad. Cash dah habis kami ni.




End up sampai 4 pasang kami beli. Nasib aku sepasang je. Adik ipar beli untuk mama sepasang..dia sendiri 2 pasang. Hahaha lepas ni aku yang pening cari tailor. Kain mahal takkan nak jahit sendiri. Berani kau!

Lepas tu cari keropok. Tanak beli keropok keping kena goreng sebab aku malas nak masak..akhirnya beli juga. Haishhhh...

Jam 11.40 camtu baru nak gerak ke Kuantan. Nak cari puding raja...patut cari Isnin lepas tapi kata kedai tutup..

Ingat nak Zuhur di R&R Perasing tapi Ya Allah seram tempat ni. Lagi2 malam. Ni siang pun tak berani jejak. Bangunan cantik tapi sunyi. Adalah beberapa kereta tapi memikirkan nak ke tandas tu....takpe kami ke Kuantan terus je.

Sampai di Kuantan puas cari Sri Affa Restoran. Tak jumpa walau dah pusing tempat sama mengikut Waze. Last pergi solat dulu dan elok je jumpa kedainya tapi di Kuantan Parade. Terus Zcat beli 5. Satu bekas RM7. Ya Allah bekas kecil je..kami rasa kalau dapatkan kat Pekan lagi murah kot. Terus makan satu bekas share 4 orang. Haha.



Pastu cari Mango Cheese Cake pulak di Kula Cakes. Hujan turun renyai2 so Zcat jelah turun pergi beli sampai 4. Satu RM7.40. Sedapnya..so untuk dibawak balik mereka bungkuskan dalam aluminium foil. Kami makan satu share 4 orang lagi. Hahaha.


Habis sudah kami menuju ke Temerloh. Jija dah terkena dengan pati  tempoyak Go'Bang Maju. Nak makam di Kuantan punya tutup pulak. Hahahaha aku gelak sebab dia cam gila nak pergi. Padahal dia benci ikan. Kes termakan ikan hanyir tak cukup masak zaman belajar dulu.

Sampai2 je kedai nampak puding raja lagi..berlambak pulak tu. Tanya harga RM10 satu..beli satu je sebab nak bagi Aqlan makan. Kat sini takde makanan yang tak pedas. Tapi dia tak makan. Oh rasa dia manis sikit. So aku tak berapa suka sangat kalau manis2. Kali ni sampai dalam jam 6.40 petang macam tu. Turn aku nak amik nasi habis pulak tengah tanak. Tunggu la lagi 10 minit kata pekerja. Adoi aku pun dah siap2 amik ikan takut habis. Hahahaha. Ok katanya tutup jam 11 malam.




Siap makan kami beli roti canai untuk Aqlan. RM1 sekeping. Budak tu dah sugar high la kot macam2 dessert dia makan hari ni. Habislaaaa...

Kami berhenti kat R&R Gombak untuk last station. Lepas tu balik. Nasib takyah pilangkan van malam2. Esok je pulangkan. Masing2 dah penat dan mengantuk giler.

Letih den menaip yo citer bercuti kali ni. Tulah instead of pergi Langkawi kami ke Pantai Timur. Dan hikmahnya ada ribut kat Langkawi Selasa lepas. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan gerakkan hati seorang ibu tentang keberatan hatinya. Walaupun pada mulanya sedih sangat kena cancel everything  yang dah kami plan dan bayar. Alhamdulillah selamat..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Percutian

CCM: Hari Ketiga Lepak Sahaja

Dah hari ke-3 duduk Sutra Beach tapi kami lepak tidur je banyak. Hahahahaha kemain kan bercuti kali ni malas betul nak kemana2. Tapi itulah satu je nak mandi kolam pun bila dah sarapan macam kenyang sangat. Balik bilik dulu. Tengahari sikit macam panas memang burn la kau nanti. Dah jam 3 ke 4 petang hujan turun pulak...itulah yang dapat dibaca pasal hari ni.

So lepas zuhur kami gerak cari lunch sampai ke area Mengabang. Amboi banyak betul Terengganu ni nama Mengabang dan Gong. Kami dapat makan dengan gembira..sebelum tu berialah parking van sampai 3x beralih sebab risau kena hempap buah kelapa!..


Jija nak laici berhenti kejap..

Lepas dah beli laici, tengah2 drive wiper tercabut keluar. Terus Zcat berhentikan van dan cari balik. Memang patah. So kena cari kedai bengkel kereta pulak...nasibla jumpa. Kena RM30 untuk saiz 24. Nasib sebelah je. Kata owner bengkel....hok ni last yang ada...

kat sinilah berhenti cari wiper tercabut. hahaha.

Kedai keropok yang sedap namanya keropok Bayu. Memang sedap okay. Keropok keping nak beli tapi tengok macam takde sample nak rasa. Orang beratur panjang. Nampak pekerja menguli tepung dan ikan sedang buat keropok. Ada yang direbus ada yang digoreng. Hujan dah turun renyai2 masa tu.





Sampai Sutra, masih hujan...tak dapatlah lompat kolam. Tapi dalam jam 5.30 petang akhirnya dapat jugalah. Aku memang tak masuk laut memandangkan keadaan muka bumi laut yang agak membahayakan aku yang tak pandai berenang ni.








Bila dah malam kami keluar cari dinner pulak. Konon nak pergi Pok Nong. Dah sampai tutup. Barulah nak tengok website pukul berapa operasi. Rupanya dari jam 3.30 petang sampai jam 8 malam je. Sudah cari makanan lain je. Google lagi mana kedai sedap...jumpa NR Cafe...oh tu dekat je sebelum kedai Pok Nong lagi. Patah balik dan makan kat situ je.


NR cafe

Aqlan pulak tidur jadi kami parking van tepi dan makan di meja yang paling dekat. Nak masuk dalam memang tak. So pekerja berialah mengelap meja. Dan ya ada semut api pulak main gigit2 kaki. Aku mula tak kena..asyik adik ipar je kena. Last2 kena gak gigit.

Kami tak tau nak order apa. Jadi aku nak makan ikan dan tanya apa jenis resipi siakap diorang masak? Sekali dengar Harimau Menangis terus aku order je. Nak order tomyam kelapa style Thai tu takde kelapa pulak. Bukan kelapa biasa ya...sian Zcat dia suka tomyam camtu.

Bila makanan sampai...kami makan jelah... sedaplah pulak...paling syok hirup kuat siakap Harimau Menangis. Ko mampu tahan diri? Istimewanya ada hirisan mangga didalam tu. Sedapnya patut korang order kalau pergi sini.





Untuk Aqlan tapau nasi goreng cina je. Balik biasa dia bangun dan lapar. Layan jelah permintaan budak Aqlan ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Percutian

CCM: Sutra Beach Resort, Merang

Hari ni bangun awal pagi sebab nak breakfast. Bila masuk restoran dia banyak meja dah reserved untuk Pulapol. Oh mujur dapat meja tepi pool.

Ada fog waktu pagi. bau asap sangat kuat sebab ada hutan terbakar kata pekerja di situ.


3 gambar ni dari hp adik ipar. Mentang2la duduk sebelah tingkap. Hehe.




Bila dah masuk bilik tu memang memerap jelah. Malas betul nak kemana2. Nak tunggu petang je baru ke laut. Bersantai sangat kami ni.

Dah petang Zcat dan adik dia keluar tapau keropok lekor dan diapers. Aku bawak ngam2 je. Risau habis pulak bila ditengok Aqlan punya penggunaan harian kat sini.

Jam 4 kami ingat nak pergi pantai dah tapi hujan siap guruh. So tunggulah sampai berhenti. Dah berhenti pergi pantai ombak macam menderu sangat aku pun risau. Dahlah tak tahu berenang baik aku masuk kolam.

Tunggu juga kak Ma dan anak2 dia sebab dia kata nak datang juga walaupun tadi dia dah call lagi sebab hujan masa dia masak bihun..aku cakap datang je. Hujan berhenti kita mandilah...hehe.

Kak Ma sampai dah lewat. Jadi tak lama la kami berpiknik. Anak aku nak kena masuk bilik. Kami pun penat sikit berendam dah lebih sejam. Tengah2 berendam tu hujan turun sekejap. Bawak Aqlan keluar....hurm tak puas hati budak tu.



gigih kak Ma masak untuk Jija sebab dah puas cari kedai yang jual tak jumpa.

aku makan banyak ni bolehlaa...sebab aku tak boleh makan pulut sangat.

chef hari ini. semua yang kak Ma masak sedap2 belaka.





Lepas solat dan bersihkan diri kami sambung lepak kat kafe resort. Makan dan borak sakan.

buku menu.






aku minum teh tarik je..sebab mengingatkan dah tapau bihun kak Ma.


anak saudaraku, Imran.

cerah sangat kak Ma oii..hehehe.

kak Ma tak puas borak..katanya nanti balik raya masing2 sibuk dengan memasak dan anak2 dan keluarga masing2...hehehe..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe