In

Kalau Jumpa Mak, Macam2 Dia Bekalkan Nanti

Tujuan sebenar jumpa mak nak jemput dia bawak pergi rumah kak pa. Ada buat makan2. Yang mak ni tak tahu cerita dia cakap "Dia takde rumah, balik kampung". Puaslah aku menerangkan sebenarnya kak pa start buat jamuan makan petang bukan pagi. So kalau pagi kak pa takde kat rumah ke aku memang tak tahu cerita. Haha.

Disebabkan mak dah kekenyangan lepas balik kenduri jiran abang aku, dia tak mahu pergi. Aku pun ok jelah...mak aku ni tak boleh paksa. Dia tanak...maka dia tanakla. Haha.

Lepas tu aku periksa handphone mak yang terbaru tu. Aku pelik asal aku call masuk voice mesej. Rupanya simkan celcom masuk hp nokia iaitu hp lama...memangla tak boleh pakai hp tu. Yg hp baru tu pulak abang aku letak no maxis dia. So bila mak nak guna takde kredit. Yang celcom postpaid register atas nama aku..haha...Rupanya mak tak reti guna hp baru. Ada auto lock tu abang lut menyampah sebab mak tak reti nak unlock. Asyik tunjuk kat aku paparan kekunci nokia bagus..ehem..

Setelah dibetulkan semua keadaan yang boleh mendatangkan teka teki apasal tak jawab call dan ada je call? Aku pun nak beransur balik. Hampir je nak suruh laki betulkan hp mak yang baru sebab aku pun tak jumpa settings auto lock tu..ermmmmm. aku berjaya atasi dan ajar abang dan mak aku cara nak guna..lalalala...

Sebelum balik mak aku bagi macam2...mak kan memang macam ni.

Petaiiii banyak ni buat sambal yumss

Macam tahu aku suka masak2 kan. Ni mak dapat hamper ke abanh aku dapag aku taktahulah..

Mug dapat masa farewell jadi trainee kat KTMB tahun 2003

Ni abang aku bagi 2 biji je..erkkk apasal sikit sangat dahla limau ni susah nak cari.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Ambil Wudhuk Dari Kolah Masjid Lapangan Terbang

First time ke masjid ni seumur hidup. Masa tengok laki melangkah ke tempat ambil wudhuk aku kata bestla ambil dari kolah. Celup2 tangan.. ratakan air..




Ingat kat tempat lelaki je ada kolah..sekali kat tempat perempuan ada 2 kolah juga yang sangat besar dan panjang. Aku pun tengok air kolah bersih je. Tak nampak pun tahi cicak terapung ke. Masjid ni bersih. Tandas pun bersih. Walaupun masjid lama tapi sebab ada nostalgia macam duduk asrama dulu2.

Biasa kalau air kolah penuh dan hujan kami selamba masuk mandi dan berendam dalam tu. Takde istilah geli. Pandailah kau jangan nak terkencing pulak ya.

Sebelum tu Shopping barang dapur dan toiletries kat Hero Nova Saujana. Kan esok last day buku kupon member. Yang paling aku suka tempat ni kat bahagian barang basah macam ikan dan segala hasil lautan tu terjaga rapi dan bersih. Syok gila datang shopping kat sini..

Pastu minum kopi free sedap. Ehehehe...malam buat sandwich roti je. Dengan segala sayuran segar dan kepingan daging yang dihiris nipis. Ahhhhhhh.... memang takdelah gambar.

Masak sarapan pagi yang membawa ke makan tengahari.  Keropok ikan parang tu sedap sangat...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Sambung Cabut Rumput Dan Kemas Rak Kasut

Hari ni start lambat. Dah jam 6 baru nak buat...memang lambatla...

Semalam punya kerja..

Dah cabut rumput dan tarik pokok2 yang menjalar aku sapu daun2 kering. Jiran sebelah pun sibuk keluar sambil2 nak borak..  banyak daun kan sambil sibuk sapu daun jugak. Ha laaa deoan rumah kami ada sebatang pokok besar dan rendang. Port cleaner tu berteduh. Juga jadi port pekerja am pembersihan kumpul sampah dari rumah lain kat situ. Angin je aku tengok tapi aku tak tegur cuma selalulah aku ngomel dengan laki aku. Pokok ni sekali keguguran baik punya..

Lepas tu aku kemas kasut2 aku. Masuk dalam hanging drawer beli kat Ikea. Sekali keluarkan dari kotak2 banyak kasut kerja kaler hitam. Dah tak kerja malas nak pakai. Lagi satu kaki dah kembang. Aku selesa saiz 7 1/2. Kalau 8 lebar. Kalau 7 ngam2 bila petang sakit dah kaki kalau jalan lama. Kalau 6 memang kena bagi orang je. So banyak kasut nak kena sedekahkan. Selalu bagi anak2 buah je.

Projek seterusnya nak kumpul baju2 tak muat atau tak nahu pakai dah..tapi biasalah ada juga baju tak muat tapi taknak bagi sebab ada sentimental value. Hahaa...siapa ada perangai macam ni sila bagitahu. Hahaha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Sekali Sekala Cabut Rumput Mahu Lenguh Tangan

Dah lama tak cabut rumput. Last sekali sebelum bulan puasa.

Bila periksa pokok2...ada yang hidup segan mati tak mahu. Pokok pandan dah nak togel. Pokok daun kunyit pun keluarlah daunnya pastu tak mekar sangat. Pokok daun kari kena serang dengan serangga abis aku patahkan satu dahan sebab tak boleh guna langsung. Tinggal sedahan je. Pokok daun limau purut ok...serai aku pangkas sebab dah tinggi sangat risau pulak..

Dah settle sebelah..tunggu esok sebelah. Haha..tak larat nak habiskan. Sebab aku start jam 5 petang camtu. Jam 7 baru habis. Pastu tak elokla pulak nak stay kat luar waktu maghrib kan..




Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Burger McDonald's Celebrating Brazil For Olympic 2016

Hari ni last day puasa 6. Masak pun takde mood. Minta laki belikan nasi ayam je.

Malam lepas maghrib kami ke McDonald's nak makan burger terbaru. Itupun lepas tengok IG kawan jam 5 petang camtu. Teruss berselera.

Kami ke plaza tol LDP je. Ada yang dekat rumah tapi mahukan ketenangan. Haha.

Aqlan pun tak mahu duduk atas baby chair. Siap duduk menyandar. Cozy betul.

Aku amik saiz besar pastu tak habis. Pedas gila. Tapi macam nak repeat. 1/4 lagi laki tolong habiskan. Yummeh...nangisla makan burger Rio ni..untuk atasinya makan sundae mangga ya. Sedap dan sesuai sangat.






Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Resipi

Resipi Nasi Mediterranean - Salin Dari TV Al-Hijrah

Tak tahu nak masak apa dah buka puasa 6 hari ni. Tengok apa bahan yang ada teringat ada rakaman rancangan Prof. Dr. Muhaya di TV Al-Hijrah.

Nasi dimasak dengan cara sangat ringkas jadi aku tertarik. Lagi satu lauk semua masuk terus. Tak payah nak masak 2-3x..ingat aku rajin sangat. Aku tak tahu siapa tetamu yang masak tu tapi aku nak komen sikit kat cameraman... kenapalah tak shoot masa diorang masukkan bahan2 dalam periuk. Ni shoot muka tetamu dan Prof.  tu. Aku suka tengok MKR sebab cara shoot kepada cara masakan tu. Jadi ya....silalah..aku pun bukan rajin tengok rancangan masakan Malaysia. Selalu aku layan kalau ada Chef Wan atau Shersean. Ya kamera dari atas tempat tinggi memang penting.

Oklah aku salin pun sebab aku dapat rewind beberapa kali. Kalau tak....sebab cari kat google semua yang masak macam nasi Nandos tu. Kalau ikut Chef Wan.. hehe nangis nak sediakan bahan. Kata nak masak apa yang mudah didapati..

Ini yang aku masak hari nilah... sebab Zcat lepas makan dia suka sangat. Siap bertambah2..anak aku pun makan. Tu je yang penting.


  1. 1 1/2 pot Beras Faiza Kohinoor basuh dan toskan.
  2. Ayam fillet 10 keping potong saiz boleh ngapp terus.
  3. Untuk perapan ayam masukkan 1 sudu besar cajun, 2 sudu besar jintan manis, 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam. Perap ayam dan buat benda lain.
  4. Bawang besar sebiji potong dadu.
  5. Bawang putih 3 ulas hiris.
  6. Minyak sapi 2 sudu besar untuk goreng ayam setengah masak dengan api kecil. Siap masak angkat dan letak tepi.
  7. Menggunakan periuk nasi yang sama masukkan butter dalam 50gm untuk masak bawang2.
  8. Masukkan beras dan kacau sebati.
  9. Tambahkan serbuk kunyit satu sudu kecil untuk warna. 
  10. Pindahkan periuk nasi ke dalam bekasnya untuk dimasak seperti biasa..25 minit.
  11. Masukkan air 2 cawan. Kalau masak 2 pot air jadi 2 1/2 cawan. Gitulah seterusnya.
  12. Kacau sebati dan masukkan garam bukit satu sudu.
  13. Dah siap masak masukkan daun ketumbar.
  14. Lebih meletup makan kalau ada sos pencicah campuran tomato, daun ketumbar, lemon dan garam. Yang ni Zcat buat dia pakar. Semua bahan tu dia blend je.
Ada la lebih sikit untuk sahur esok. Kami makan 3 orang cukup sangat.



Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Gathering

Sambutan Birthday Anak Sebagai Alasan Jumpa Kawan2

Aku kan memang tak minat sangat pergi birthday party budak2. Tapi tu sebelum aku ada anak la. Aku rasa krik2 sangat bila dijemput tapi anak takde pun. Hahahaha..tapi kalau ahli keluarga takkan aku tak pergi kalau dah diajak.

Jadi bila dah ada anak kan ada yang jemput datang birthday party anak dia, aku cubalah pergi. Alasan aku nak jumpa mak atau bapak budak tu je. Hahaha. Dah mak pak budak tu kawan aku...

Hari ni aku ke birthday party merangkap open house seorang kawan lama masa kerja stagno dulu2. Dulu2 kami semua bujang trang tang tang...ada kawan tapi mesra semua tah ke mana2. Hahaha. In the end hampir semua kawin dengan orang lain yang bukan dikenali ketika di stagno pun.

Move forward, hidup diteruskan..

Shawl resepsi kain beli kat Gulatis tahun 2012
Baju dan seluar beli kat MonoKL Bangi


Bukan selalu pakai lipstik pink. Maybelline matte ni aku suka.

Aku dan Mimy. Wanita agam Stagno. Hehe.

Yang maintain si Irna. Mimy dah start diet dan aku makan selagi boleh. Hahaha.

Aku dan Irna mak si Putra tu..2 tahun juga umur budak tu sebaya Aqlan

Bihun dan daging tetel sedap gila

Mee kari sedap sangat2

So di party ni ada bouncy castle. Si Aqlan tidur jadi dia bangun masa keluar kereta blur2. Hahaha. Bila dah ok baru dia nak join budak2 lain. Jadi cerita dia galak sangat masa orang lain pergi tengok acara potong kek dia tersembam...dah benjol..nangis dan muntah sikit. Haiiiii terusla kami nak balik. Bawah ni semua muka sebelum kejadian. Adoiii.





Blend la kamu dengan kaler bouncy castle ni. Hahahaha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Fashion

Open House Jangan Makan Banyak2 Nanti Mengantuk

Pesanan ni untuk diri sendiri atas apa yang berlaku hari ni.

Tudung beli dari Neena tahun 2016. Begitu juga kasut yang dibeli di POM dan handbag di kilang Hush Puppies.
Baju beli kat Ampang Park tahun 2015.

Jam 2 kami bertolak ke rumah kawan sekolah Zcat di Damansara Perdana. Kena parking kat luar dan guard bawa kami sampai ke dewan Emerald. Walaupun agak jauh tapi Aqlan tetap bersemangat.

Dah sampai dewan yang kecil je, kena tunggu turn nak duduk kejap. Sambil2  tu bolehla berbasa-basi. Dah ada yang bagi tempat duduk kami pun start nak makan. Aku ambil beriani dulu sebab Aqlan suka nasi ni.

Lepas dia dah makan nasi baru boleh makan dengan aman. Tapi sebab lapar, aku suap dia...aku suap mulut aku..kejap lagi Zcat pulak suap mulut budak tu. Haha.

Beralih pulak makan nasi impit 5 kiub kecil yang dah siap dipotong2 dan lotong. Tadi dah makan beriani 2 senduk, ayam goreng lada dan kuah dal. Kemudian nak makan roti jala 2 keping je mampu..

Yang anak kawan Zcat sorang ni aku tengok dia makan cupcake velvet macam dah nak masuk 10 kek. Kemain berselera. Perut dia pun dah ada buncit. Haha. Siap bapak dia cakap eh sudah...satu ni RM3 tau..kena bayar..kata budak tu...ye ke? Lebih kuranglah aku dengar. Aku pulak sampuk eh kek macam ni satu RM4.50 la. Pastu aku tengok dia makan lagi benda2 lain...fuiyooooo..nasib muka jambu...haha.

Tengah2 minum teh tarik super sedap sambil makan kek cawan berintikan lobak dan kacang, Zcat datang dengan bubur pengat durian...haishhh apa lagi... mahu aku ambil sesenduk. Yang bagusnya bubur tu diletakkan di bahagian desserts. Tak ramai nampak. Aku pun tak nampak masa ambil kek.

Kemudian kawan dia dari Johor tu makan laksa Sarawak pulak. Kami teringin nak makan sebab rare kot..tapi dah kenyang. Ni semua salah nampak beriani je. Bila dah ambil banyak takkan nak buang..makanlah pastu mulalah dah kenyang.


Masa ni dia dah start cium2 tangan nak ajak balik.

Overall semua makanan dia sedap la. Tak tahu siapa caterer dia. Gambar makanan satu pun takdak...hahahah punyalah asyik makan satu...kalau dengan kawan2 Zcat ni aku pun segan nak bergambar. Kah kah. Depa macam biasa asal jumpa je macam reunion kecil. Haish bilalah aku nak jumpa kawan2 sekolah menengah ni.

Kemudian ke Desa Pinggiran Putra lak. Ni open house kawan sekerja lama Zcat. Tapi sebab dah kenyang dan sampai pun lambat, makanan dah habis pun tak kisah sangat. Minum air dan makan biskut bangkit je. Tu je mampu.

Balik rumah nak rehat je. Dah macam ular sawa kekenyangan pulak. Nasib tak tetas baju. Alhamdulillah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Family Birthday

21 Julai 2016

Selamat ulang tahun ke-53 buat Abang Musa, suami kak pa. Ada 3 orang sebaya umur 53 tahun ni. Tahun ni dapatlah dia cucu pertama, Insyaallah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet, Kulim, Kedah.

Lepas Aqlan dah bangun dan solat maghrib dan jamak isyak terus kami ke Kulim. Aku masa tu blur2 juga sebab Zcat langsung tak cakap nak pergi mana. Ikuy jelah ek..

Dah sampai tu yang tempatnya cam kat ceruk kampung, hujan renyai2 jadi kami diturunkan di wakaf menunggu. Sementara Zcat pergi parking kat tempat disediakan.

Kami pilih duduk bersila...ada je yang pondok boleh duduk atas kerusi. Bukan apa...senang nak kawal Aqlan la.

Aku pun tak tahu nak order apa.. last2 order beriani kambing. Zcat makan roti sup tulang dan Aqlan makan naan cheese.




Dia pulak nak duduk atas meja








Cendawan ni sedap...tapi tak larat makan sampai habis..




Overall makanan dia sedap2. Boleh datang lagi rasa yang lain pulak.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Percutian

Ke Penang Naik Haval M4 Tak Penat!!

Zcat selalu ke Penang untuk urusan kerja naik flight je. Tapi kali ni ajak aku sebab boleh pinjam kereta Mama...sebab Mama tak ambil lagi keretanya. After 1000km dan lepas servis kali pertama baru Mama akan bawak2 di Ipoh la.

Ye memang kami ada pergi juga ke Penang tu naik MyVi. Tapi kereta dah lama...dan power pun 1300cc je...so penat dia lain macam. Aku zaman2 anak dara dulu selalu jugak ke Penang bawak Myvi ni dengan Mak aku. Puas berjalan tapi penatlah badan..yag drive dengan yang menumpang sama je. Haha.

Yang Haval M4 ni aku memang tak bawakla. Zcat je bawak. Aku kereta orang lain susah sikit nak bawak. Aku selesa bawak kereta aku je walaupun...kereta aku dah masuk 8 tahun. Alhamdulillah Zcat hantar servis selalu dan every 2 years tukar tayar.

Untuk perjalanan jauh dan lalalala kereta ni selesa dari segi pemanduan. Tapi dari segi space..aku tetap suka Myvi. Kalau duduk belakang, sempit sikit tang nak letak kaki tu. Boot dia pun lagi kecil. Kereta ni sesuai untuk orang takde anak ramai. Tapi kami anak satu ni pun rasa tak muat barang2 kami kalau pergi jalan lama2. Car seat pun kena letak tengah sebab kaki Aqlan tak selesa nak belunjur. Yeah orang bujang dan berdua je memang sesuai. Kereta ni power ya. Harga pun mampu milik.



Sampai Penang, Zcat tolong check-in di The Light Hotel dan dia tinggalkan kami sebab nak ke pejabat terus. Kami pulak kena duduk sejam tunggu bilik siap. Aku sampai kena masuk restoran sebab Aqlan nak makan kek coklat dan kehausan. Kata nak call kalau bilik siap...akhirnya aku yang kena tanya..haiii...dah tu tak kuasa dah nak pergi lounge dan minum welcome drink sebab dah minum teh tarik RM9 ya.





Untuk gembirakan anak, aku dan Aqlan ke pool terus lepas dah letak barang. Bila hujan, naik tunggu bawah bumbung. Hujan berhenti sambung berendam balik. Nak ke kolam dewasa takla sebab kali ni aku kena control sendiri anak aku yang sukaaaaaa sangatt air kolam.

Asal nampak telefon mesti nak guna. Kemudian aku cepat2 tarik wayar sebab risau dia call tah siapa2 nanti.

Helo...swimming pool level berapa?

I nak tukar baju berenang dah ni.





Masa hujan kami berteduh. 


Dah balik mandi terus tidur dia. Tak sempat minum susu dah. Penat sangatlah tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe