In Family Birthday

Selamat Lahir Ke Dunia Cucu Saudaraku Yang Ke-11

Group whatsapp family haji dollah tak henti2 sejak malam tadi. Siapa tertinggal baca maybe kena baca ribu2. Kalau malas terlepas info penting.

Anak sulung kak pa dan abang musa dah selamat lahirkan cucu sulung diorang hari ni. Ya baby merdeka...senanglah bila sambut Birthday takyah cuti.

Nama masih rahsia kata Ahmad, suami si Yuhana. Hehe..

Dilahirkan pada jam 3 lebih pagi tadi..sihat anak lelakinya...masa cek doktor asyik ingat perempuan tapi sebenarnya tak nampak sangat. Cucu sulung buat kedua-dua belah keluarga kak pa dan besan.

Selamat menjadi ibu..Doktor Yuhana Musa.😂😂😂bau baby sangat wangi ok..nanti Nana Neng datang lawat k. Love you muah muah..


Update..
Jam 7 malam kami sampai rumah kak pa. Cepat je keluar hospital. Baby sihat sangat takde masalah. Maknya yang kepenatan. 14 jam sakit. Adoi..

Aqlan suka baby ni. Masa dalam baby cot asyikla dipanggilnya baby...baby..ok Aqlan..awak tu pakcik saudara tau.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Tips

Corong Memudahkan Kerja Menuang, Sebagai Contoh - Minyak Kotor

Sebenarnya aku pun puas memikirkan tajuk yang sesuai. Hahaha. Kalau sesiapa perasan, tajuk entry blog aku jumlah perkataan sama dengan bulan berapa ia ditulis. Sekarang bulan 8, maka 8 perkataan aku tulis. Esok bulan 9 dan sampai bulan 12 pandai2 lah aku nak buat tajuk yang sesuai. Tahun depan entahla idea gila apa pulak..tahun lepas ikut bulan Hijrah.

Pasal corong iaitu mende alah yang aku lupa tu..aku ada lagi satu untuk kegunaan membuang minyak kotor. Aku dah tak buang minyak kotor ke dalam sinki. Dulu aku mengaku aku buang. Tapi bila difikirkan untuk kesejahteraan alam sekitar tak patut buat camtu. Sinki pun boleh tersumbat. Jadi...

Botol minyak yang dah kosong jangan dibuang. Simpan untuk buang minyak kotor. Hehe.



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Hujan Lebat Diwaktu Pagi Setelah Sekian Lama Kekeringan

Lepas subuh turun ke dapur keluarkan ikan dan daging kisar. Plan nak masak apa dah bincang sejak semalam. Sambil2 cuci pinggan hujan turun dengan lebatnya.

Kemudian naik balik atas katil berkelubung sejuk. Hahaha.

Hari ni masak kari ikan bawal emas dan begedil. Sebab buat begedil lagi untuk memenuhi permintaan suami. Kali ni memang takde daun ketumbar semua tu. Suami siap beli daging kisar dari Australia. Selagi mampu layankan aje kehendak suami. Aku suka je masak2 untuk dia makan. Lagi2 kalau ada segala mak nenek yang diperlukan. Kalau takde tu pandai2la kreatif masak. Jangan buat kari ikan tapi guna rempah daging sudah. Memang tak sedap. Hahaha..nampak sangat pernah buat.

Dah siap masak semua makan begedil dulu. Ratah2 je. Tapi tak banyak sebab nak makan nasi. Kali ni kari guna jenama Mak Siti. Kan itu hari jumpa mak, berpaket2 rempah diberinya. Bila nak habisla...

Plannya nak susun atur rak pantri. Dan rempah2 semua dah teratur dalam drawer. Dulu drawer tu letak segala senduk dan sudu garfu. Bila sekali tu ku buka ada lipas...terus aku tukarkan jadi tempat rempah ratus. Bekas2 ada dibeli di Ikea, ada yang botol kaca guna semula. Nak pakai Tupperware sayanglah. Ada juga bekas2 plastik mak bagi. Macam2 saiz tu pasal nak kena pandai susun. Nak labelkan kat penutup. Belum buat.

Duduk rumah sewa bukan boleh sebarang beli perabot. Sebab kalau kena pindah haru jugakan. Tapi aku macam nak ke Ikea lagi. Hahaha. Nasibla dapat laki suka shopping juga.

Kali ni aku goreng kentang dan lenyek. Sambil dibantu budak Aqlan. Suka dia tolong. Tapi aku pegang sekalilah sebab bukan kuat pun dia smash. Hehe.

Sedapnya kari. Simpan esok lagi sedap cecah roti. Lalalala. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Tips

Kalau Besar Sangat Packaging Botol, Kita Kecilkan Saiznya


Siapa suka bawak botol gedabak macam ni ke hulur ke hilir. Nak beli yang kecil tak jimat. Bila beli saiz besar, besar gedabak pulak. Kalau pergi travel buat berat beg je. Kalau bawak dalam handbag, hudohnya..

Saiz mulut botol untuk penanggal pewarna kuku ni pun memang besar. Setiap kali nak tuang sikit je kat kapas muka dia akan keluar banyak..untuk atasi masalah tertuang, aku pun pindahkan ke botol shampoo hotel. Tapi nak tuang ni bukan boleh macam tu je. Lebih baik pakai benda alah kaler merah kat atas tu. Apa namalah aku dah tak ingat pulak.

So bila dah guna botol kecil dan lubangnya kecil...masalah cara menuang selesai. Hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Gathering Makan Luar

Kalau Dah Jumpa Mereka Ni Macam Lupa Daratan

Ahad hari jumpa my girlfriends. Pelan2 pagi tu aku drive ke stesen LRT dan park. Laki tak dapat hantar sebab anak masih tidur dan dia pun baru dapat tidur. Semalam kan letih kejar Pokemon.

Aku pertama kali kot naik LRT baru. Jadi aku agak blur2 sikit. Bila tren datang aku takde nak masuk..tengok je. Haha. Pastu baru tengok jadual stesen tren.

Pagi2 malas nak pakai contact lenses.



Naik jam 8.41am. Jam 9.14 baru sampai Chan Sow Lin. Kawan aku pick up kat situ. Kat situ pun blur. Hahaha. Tahu tukar tren je. Sekarang nak kena keluar stesen plak.

Dah masuk kereta pergi jemput seorang kawan lagi. Kemudian bising tak tahu nak makan kat mana. Ngok ngek betul. Akhirnya pergi Bangsar dan pusing tah berapa kali cari kedai makan dan parking. Last2 masuk Raj makan roti sardin dan teh tarik. Amikkkk.


sabotaj je amik gambar diorang ni. Hahahaha.


Lepas tu masuk Bangsar Village tawaf semua tingkat kalau boleh. Tengok jugak koleksi YunaxHatta di FV. Munge2 sangat besar tak berapa minat. Suka je tengok2. Lepas tu tengok ada juga jual pewarna kuku boleh bawak solat. Ada nota kecil aku baca...


  • Boleh tembus air.
  • Halal.
  • Jika nak ambil wudhuk basahkan jejari dalam 30 saat dulu untuk pastikan air tembus. Kemudian baru berwudhuk. 
  • Sapuan setakat 2 layer je. Kalau lebih mungkin air takkan tembus jadi tak sah wudhuk.
  • Kalau was2 jangan teruskan pakai. (Untuk dibawa solat. Baik tanggalkan pewarna kuku tu - ikut kefahaman aku.)


Tapi ada 3 jenis warna je kat situ. Tak menarikla...harga murah sikit dari LACC. Sebotol RM55.80 kot.

Kemudian gatal2 sebut Uniqlo kat Fahrenheit harga jualan untuk last season murah..terus pergi. Masa tu kaki aku dah sakit. Pakai kasut baru melecet. Terus masuk kedai kasut under Parkson beli kasut Daphne. Sale RM59 je..kalau tak RM140 gitu.



Them baru masuk Uniqlo tapi aku malas nak try apa2. Tapi kat sini memang murah2 la pakaian2 last season.


Makan makanan Bangkok, Greyhound Cafe disitu sebelum masuk ke Lot 10. Sedap juga. Yang penting merasa kek Birthday Reen yang ke 40 la. Hahaha. Dah 40 wei.. tahun depan aku..tahun seterusnya Ann. Macam tangga.











Dah habis makan masuk Pavilion sebab nak solat. Senang sikit. Kemudian diorang ni nak pergi The Face Shop. Si Faizal asyik cakap kulit muka aku lain. Ye lah nak ngata aku..kan depan2 tu memang masing2 mulut dengan kawan2 direct je. Hahaha. Aku kan pakai The Face Shop dah setahun. Jimat masih belum habis. Lagi satu aku ni bukan pagi petang malam pakai. Ikut dan aku jugak. Hahaha. So kalau aku lebih rajin mungkin lebih flawless. Haha.

Selepas tu tapau makanan untuk anak. Dan balik. Laki tunggu di ofis dia. Senang sebab nak pergi jumpa Aishah balik pasal baju yang dibeli semalam.

Sampai rumah..mandi.. solat.. makan.. minum..tidur. Aqlan tak mahu tidur pun aku tak layan. Buat2 tidur. Last2 abah dia yang tidur baik punya.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar Online Shopping

Mencari The Sumbs Dan Karysma Di Shah Alam

Lepas zuhur baru keluar hari ni. Plan date ialah nak jumpa PS kita, Aishah. Kat mana2 je katanya asalkan di KL. Nak ambil baju. Boleh je di pos tapi sebab nak jumpa. Dia ni bekas kawan seofis. Lama sangat dah tak bertemu.

Suami terus bawak ke Shah Alam. Nak ajak makan di The Sumbs. Aku pulak apa? THE SAMBAL? Apa dia jawab balik takyah tulislah..

Pusing2 akhirnya baru jumpa. Boleh je parking luar dari area situ. Kena jalan kaki sikit. Suami ni dia jenis suka park kalau boleh depan2 kedai. Dia tak kisah bayar parking asalkan dia takyah menapak jauh dan kereta selamat depan mata.

Kami pun masuk2 area aircond. Kat luar panas. Elokla aku dapat duduk membelakangkan kipas, bahagia...

Aku mula2 pelik kenapa diorang ni makan dalam kotak? Agaknya tapau pasti tak jadi lepas tu makan dalam kedai. Rupanya itu memang konsepnya.

Laici Asam Boi





RM4.90 je churros ni..

Dahla saiznya besar dan sedap. Makanan sini memang murah. Kami pergi pun sebab suami baca kat Says.com


Selepas habis makan, ke Karysma pulak. Dah lama teringin nak pergi. Cawangan Shah Alam besar lagi dan luas sikit. So takdelah bersesak2. Barangan pun disusun lebih kemas dan teratur. Tapi masa cari jenis tali untuk dijahit buat piping sarung bantal, diorang ni macam nak tak nak je layan aku. Tapi aku tetap memaksa diorang bagi perhatian pada apa yang aku nak. Sebab mana orang sangat pun. Pekerja 5 orang. Pelanggan 2 je kot masa tu. Nasibla lepas tu dilayan juga. Hehe.

Kemudian ke KLCC bila dah confirm dengan Aishah. Sebab masa tu dia dekat Avenue K. Oklah kan.

Jumpa kat Starbucks je. Punyalah panas. Sampai Hazrey laki dia pun tanak duduk. Nasib dapat duduk dekat bar kerusi tinggi. Suami dan anak pulak dah pergi taman tangkap Pokemon. Haha. Dah last2 tu baru balik..



Dah 2x beli barang dengan Aishah. Dia PS untuk Bella Ammara, Creacion By Siti Nurhaliza, ButtonMyButtons dan Sugar Belle. IG rasmi almariebyanet.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Keperluan Aqlan Setiap Bulan, Beli Dimana Yang Murah

Anak ni umur baru 2 tahun 5 bulan. Tak lama lagi lagi cecah 2 setengah tahun. Dah makin tinggi dah macam2 karenah nak kena sentiasa sabarkan diri...hahaha.

Masa masak2 nasi Mediterranean untuk lunch, tinggalkan dia layan youtube di PC. Dah habis masak nak ajak naik tengok bilik tu penuh dengan kismis. Satu bekas buat taburan..suruh dia kutip semua sekali..tahan diri ni..tapi kena piat sikit tu ada gak. Sebab dia ni suka gelak walau kita marah dia.

Hari ni buka drypantz baru. Dapat hadiah t-shirt. Tapi cam besar..setakat ni diapers ni memang elok sangat. Takde rash..takde kebocoran dan kering. Dulu2 nak bertukar pun laki asyik soal siasat. Dia tu semua suka mempersoalkan. So aku beli pek yang paling kecil dulu untuk test.

Sebelum ni Aqlan pakai pet pet lama juga. Hinggalah beberapa kali kes cepat sangat kebocoran dan tape mudah terbuka. Dah besar pakaikan jenis pants sebab selalu nak kena kejar2 dia ni. Nak mandikan kena kejar..dah siap mandi kadang2 lari juga.. selalu tak sebab dia kesejukan. Nak lari pakai tuala memang tak lajulah.

Note untuk diri sendiri, bila beli diapers jangan beli yang buat sale gila2. Sebab dah kena 2-3 diapers tu tape rosak..cam dah tak berkualiti.



Biasa beli RM30 je..kalau kurang lagi bagus. Max beli RM32. Kalau lebih cari kedai lain. 

Ni kalau paling murah dapat RM25. Kalau kena RM28 ok je lagi. Sebab sangat bagus 12 jam ok. 

Beli kat Mydin RM103.90. Usha kat Big Pharmacy sebelum dah RM110. Nangis..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Fashion

Meriahnya Raya Puasa Tahun Ni..Nampak Hijau Aje

Ni entry lapuk sikit. Sebab aku duk kumpul bahan iaitu gambar2. Entry ni jugak khas sebab ramai pulak aku tengok ahli keluarga dan kenalan berbusana HIJAU. Hijau kan salah satu warna di syurga..hijau kan Nabi Muhammad suka..Hijau kan menyejukkan pandangan mata. Go go team hijau..tiba2.

So aku nak publish entry ni berdasarkan  whatsapp yang aku dapat. Erk nak delete gamba2 dari hp pun satu. Asyik space running out je. Ya Allah bagilah Anis ni smartphone Huawei P9 yang baru. Nanti boleh ambil gambar super cantik dengan Leica lenses. 😆😆😆

Btw ada juga yang tak pakai hijau aku tepek kat sini. Senang 10 tahun lagi boleh cek muka masih sama ke dah berubah. Hahaha.

So ni family members.

Abang Shuib, Kak Lilis, Putri dan Afiq dari Singapore.

Aishah, Abang Bad, Kak Hasni, Hadziq, Huda dan Ammar dari Cherating.

Imran, Abdullah, Abdul Aziz, Fatimah, Kak Ma dan Sofiyyah.

Jabir, Yati, Adeeb, 

Masyitah, Tolhah dan Luqman

Ni pulak gambar kawan2 sepejabat dulu2 la.. masing2 tak kalah hantar gambar raya..

Keluarga Fairus dan Nadia. Dua2 kerja satu ofis pastu bercinta pastu kawin. Tapi masa kawin diorang dah tak kerja seofis la. Masing2 dah kerja tempat lain.

Keluarga Rizal. Lama dulu pergi majlis kenduri kahwin dia di area yang ada sawah padi terus jakun ambil gambar banyak2 feeling model postcard. 

Keluarga Hambali. Ibu pada anak2nya dah meninggal lama sebab kanser. Sedih aku bila ingat balik. Isteri baru ni tahun lepas baru diorang menikah.

Keluarga Nazri. VMD personal. Kadang2 ambil gambar kahwin, kadang2 jual nenas Sarawak kat aku.

Keluarga Encik Shahrin. Hehe kami memang panggil dia encik ya..otai bangunan ni. Jangan main2.

Keluarga Zura. Dia ni dah lamaaaaa sangat tak jumpa sejak2 kerja kat bukit.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain