In Hobby Online Shopping

Beli 10 Buku Terbitan Buku Fixi Sempena MyCyberSale 2016

Hahah tamak. Tapi sebab aku tak boleh tahan... tak boleh...RM150 untuk 10 buku termasuk pos...tak boleh...aku memang mengumpul Buku Fixi tapi dah lama aku tak beli sebab dah tentulah aku kena save duit elaun laki bagi..

Imej dari IG Buku Fixi

Mula aku dah tengok Rabu...pastu aku fikir Khamis la beli...tiba2 keluar buku lebih baru...Horror Stories 2 by Tunku Halim. No 1 pun aku belum baca...hahaha... aku kalau suka satu buku aku habiskan terus. Kalau tak...berbulan2..atau bertahun macam buku Kasyaf tu. Dah sejak Aqlan belum ada lagi aku dah baca..tak habis2. Aku rasa aku tak suka font dialah.. haha..

Pastu....nak jadi cerita Buku Fixi call laki aku...ah ye sebab semua barang online aku suka diposkan ke atas nama laki..hahahaha... katanya buku tu akan dipos berlainan sebab masih ada kat publisher...wahhh kira aku macam pembeli terawal..gila kentang.

Sebelum aku beli buku2 ni aku list down balik buku2 yang aku dah ada. Kang terbeli 2...naya. tapi percayalah Buku2 Fixi ni ada je peminat sanggup bayar lebih kalau diorang nak sangat especially yang takkan diulang cetak atau cetakan terhad. Tu pasal laki suruh beli...ermmmm.

Kemudian bila laki balik katanya tanak bawak balik buku2. Sebab... aku ada order lagi 10 pada hari ni. So total 20 buku. Oh yeah aku memang gila buku. Lari wei duit simpan untuk epilator Braun 9. Apa citerrr...

Pastu dia kata oklah dia bawak balik sikit2 kira nak ugut akulah tu. Kemudian aku cakap....tahun depan jangan minta resit dengan I untuk tax relief. Hahahaha terus dia terdiam. Ya laki aku kuat mengusik tapi dia selalu terkena balik...hahahaha..

Enough story. Now aku nak kena menahan diri....Isnin ofis tutup.. selasa la baru nak dapat buku2 tu..alahai....buku2 yang tak terbaca pun ada lebih kurang 20 kot. Sebab aku ni jenis pilih ikut mood untuk baca. Aku tak suka paksa diri aku..aku kalau baca...imaginasi macam aku masuk dalam buku cerita. Macam hari ni aku baca Monarki..cerita dia....aduhh memang tak terjangkalah as you can expect from Fixi, semua buku dia diluar jangkaan..

BTW rasa macam nak let go buku2 cerpen. Sebab aku tak berapa suka cerita pendek2 ni..rak buku pun macam tak muat kalau sampai 20 buku ni..erkk..

Imej dari IG Buku Fixi.

Keuntungan aku setelah dicongak adalah berjumlah RM82.40 untuk 20 buku dan pos RM42.40. Yeehaaaa..

Thank you Buku Fixi. You are awesome!!!

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Online Shopping

Hai Lazada Malaysia, Cepatnya Kamu Mengepos Barang2 Pesanan Saya

Aku memang tak jangka dapat barang2 yang dipesan sempena mycybersale yang cuma 5 hari je tu dengan cepat. Sebab aku memang memilih perkhidmatan paling murah iaitu tanpa bayaran penghantaran. Kalau kena juga pun sebab berat. Jadi ya...bulan ni aku dan laki aku membeli-belah di Lazada agak berkali2 jugakla.

Mula2 sebelum mycybersale. Aku beli kinetic sand, bodyshaper dan lingerie 14 Sept lepas. Dan semuanya sampai dalam 7 hari bekerja.

Kemudian aku beli pulak rocket, face massager, pelapik tumit dan foot mask masa mycybersale minggu ni. Yang belum sampai cuma foot mask je..takpe sebab aku jangkakan semua akan sampai dalam October. Tapi bila Lazada dapat hantar lebih awal..tentulah aku sangat suka. Dan semua barang tiba dalam keadaan baik. Syok betullah.


Tunjuk kat adik ipar terus dia pun tergedik2 nak jugak...terus nak order dan2 tu jugak padahal aku belum try ni. Bateri mana...hahahaha. bateri kena beli sendirilah. Double AA.

Sesuai untuk elak tumit kaki pecah mengikut kefahaman aku sebelum membelinya. Tapi nak pakai hanya lepas aku dah pakai foot mask dulu.

Roket kayu boleh detached pilihan Zcat. Tapi aku yang orderkan. Ngeeee..

Last sekali aku nak order 6 in 1 cake stand. Yang ni minta laki orderkan esok sebab aku dah cuba buat malam ni gagal..kejap2 screen hp aku out...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Public Amenities

Jalan2 Kat Taman Rekreasi Bukit Jalil, Belum Habis Explore

Petang jam 6 camtu kami bawak anak jalan2 lagi. Minggu ni 2x dah bawak dia. Tapi tetap nak pegang mainan. Bila tak bagi ngamuk2 plak.

Jauh juga jalan2. Aku pun berpeluh2. Turun bukit naik bukit. Tapi satu gambar pun aku tak ambik guna hp aku . Aku lebih enjoy jalan2.

Tapiiii sebenarnya ada jugak suruh laki ambil gambar kami satu sebab masa tu nak kena naik bukit. Ada pokok buluh cantik terlentok. Ni dia belum forwardkan gambar lagi...

Gambar2 ni dari whatsapp dengan laki..haha dia pulak yang beria2.



Balik laki beli aksesori untuk mesin basuh. Buat masa ni mesin duduk dalam bilik air bawah sebab area asal masih belum settle problem mak menti. Makan umpan je tapi tangkap tak dapat2 jugak..

Malam Aqlan kelihatan penat..hehe barulah dia tak terlompat2. Kalau takkkk adoi letih layan dia.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Makan Luar

Mendobi Buat Kali Terakhir, Lepak Kat Garage Coffee BK5

Hari ni satu bakul je. Dah siap2 makan lewat petang tadi, lepas isyak baru pergi.

Tak ramai orang macam last Friday. Lega juga hehe.

Layan minum caramel coffee..mata buntanglah lepas ni.

Laki cakap murah sikit caj dobi. Tapi sebab minum kat kedai kopi hipster harga macam bayar last Friday punya cucian juga. Haha..

Air dia sedap...boleh datang lagi. Laki minum pina colada. Betul ke tak aku eja tapi ada nanas la dalam tu. Sedap...kata2 dari laki cerewet.




Ni pun sebelah kedai dobi jugak. Haha senangnyalah.

Percubaan nak buka pintu gagal. Abah dia nak simpan kain yang dah siap di dobi.


Layan ikan cencaru bakar lewat petang tadi..cecah tu suami buat. Balik kerja terus dia ke dapur. Aku lak tunggu nasi siap masak je masa tu.



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar

Hanjyuku Cheese Tart, Apasal Lagi Best Sangat Memakannya Kan?

Aku memang hantu tart sejak sekolah. mana2 tart aku nampak aku beli. Bermula dari tart telur yang harga cuma 40sen sampailah kemain mahalnya....

tapi tart Hokkaido ni aku tak pernah bayar. aku tahu makan je...laki sukala melayan..

tart ni full dengan inti. jadi bila makan satu cukuplah dulu. nak tambah lagi satu dah hilang keseronokan makan tart.

setahu aku tart ni 6 biji RM30. jadi makan satu..satu...satuuu....Aqlan pun suka makan.




Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Bila Dah Bertahun Tak Pakai Bodyshaper Terasa Senak Perut

Pakai 6 jam 50 minit je. Patut pakai 8 jam. Tapi bila dah mandi petang tu malas la pulak nak pakai balik. Siap dah bilas dan gantung nak pakai esok pulak.

Anyway masa mula2 nak klimkan kat perut dan dada, macam aku salah beli saiz ke....tu belum lagi masa mula2 sarung di kaki masuk je yang peha rasa ya Allah muat ke?

Memang muat ya. Aku pakai saiz 4XL. Tu je saiz yang paling maksimum jual di Lazada. Dan memang tulah saiz yang sesuai dengan berat badan aku.

Ada orang bila dia rajin pakai sekarang dia nak ke saiz 3XL. Minum kena banyak. Takpe...takde masalah nak ke tandas..memang unik buatan bodyshaper ni..senang wei nak ke tandas. Suami siap pesan, pakai masa kat rumah sudahlah. Harap istiqomah ya.

Jam 6 siap masak kari udang. Makan nasi pun tak banyak. Kari udang pedas gila. Tanpa santan. Truly Indian style.


Udang tu masak 3 setengah minit je. Jangan nak lebih2 ya..

Jintan putih, jintan manis dan halba ialah kunci keharuman kari selain dari daun kari.

1 cawan air atau 250ml sudah mencukupi. Kuah akan pekat. Dan rasa manis udang.

Bawang shallots India ialah bawang terbaik untuk masak menumis. Bau aroma satu rumah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Family Birthday

26 September 2016

selamat ulang tahun ke-24 untuk Siti Mariam yang merupakan isteri kepada anak kak Ma, Illyas, menantu sulung dalam keluarga abang Baharom.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Wishlist Untuk Tahun Ni..Kalau Tak Berjaya, Tahun Depanlah.

Aku ni jarang buat wishlist. Sebab aku ni praktikal orangnya. Aku susah juga nak dipengaruhi untuk membeli barang. Kalau nak beli barang yang harga mahal aku akan survey lama....aku pergi kedai2 online, website, blog, reviews dan selagi daya aku dapatkan maklumat barulah aku fikir nak beli ke tak. Paling ekstrem aku akan tengok sendiri barang tu di kedai.

Aku dah berjaya beli bodyshaper. Hahaha...berat aku naik lepas dapat anak ni boleh tahan....lagi satu nak betulkan shape badan yang menggelebeh.

Mula2 aku tengok iklan di IG bawah nama Islalisa Corset. Ada macam2 jenis. Pilihan menarik. Sebabnya yang utama korset dia ada lubang khas untuk membuang..Marketing dia baik punya. Siap boleh tukar kalau tak suka. Tapi ada tempohla. Kat situ aku dah krik2...sebab korset ni dah macam pakaian dalam.. aku pentingkan hygiene okay. The rest malas aku nak cerita.

Aku juga pergi ke Mark's and Spencer. Ada dapat kad diskaun 10% untuk bodyshaper dan bra sehingga April ke May 2017. Sesiapa pun boleh ambil kad tu. Tapi kena ke  kedai tulah sebab diorang akan ukur badan kau dan tulis sikit maklumat saiz kau dalam kad diskaun tu. So kat situ aku nampak bodyshaper dia pun dah ada butang untuk dibuka kat bahagian genital untuk mudah ke tandas. Dah trend kot. Dulu2 mana ada benda2 ni. Gila payah nak ke toilet nak buka seluar shaper tu je dah berpeluh2. Haha. Aku memang suka M&S punya produk sebab aku dah beli dulu. Tapi dah 4 tahun kot..tapi harga dia memang mata kau buntanglah sikit. Produk bagus kan.

Cosway ada juga tapi aku tak minat dah. Dulu memang aku ada beli bodyshaper dia..murah je pun harganya..so sebab sebenarnya kecewa dengan pengurusan baru.. lagilah aku takde mood nak belek2 dah katalog dia macam dulu2..walaupun aku masih VIP Member. Dah tak dapat RP...

Last2 aku tengok kat Lazada. Harga bodyshaper aku nak tu murah seh....sama pulak dengan Islalisa tu kalau tengok dari segi gambarlah. Kau tau jelah kalau beli barang2 kat Lazada, masukkan kod khas ko dapat diskaun berbaloi2. RM79 je aku beli. Tapi bayar dalam RM60 lebih. Lalalala...tapi masa dapat kat tangan aku, pembungkusan dia mudah je. Takdela cantik2. Cara2 nak pakai pun takde. Atau pun cara2 penjagaan. Ahhh yang penting sama je.

Sumber google. Ni contoh bodyshaper ultra slim yang dijual di Lazada dan orang2 lain..

2nd thing aku nak beli ialah epilator. Aku pernah beli dulu jenama Wizzit. Sakit wooii. Takat guna kat armpit bolehla...

So selepas buat kajian....aku nak beli Braun Silk Epil-9. Bukan takde nombor 3 atau 5 atau 7. Tapi kalau ikut review terbaru nombor 9 la paling banyak dapat A+. Ni mengikut pengguna yang dah biasa buat wax, brazillian wax dan sebagainya. Harga memang pitam. So nak tunggu harga turun..hahaha...diskaun pun takda semalam dah pergi tengok di Harvey Norman...paling murah kat Harvey Norman la. Lazada mahal...11th Street laaaaagi mahal. Takpelah aku nak kumpul elaun sikit2la. Biar puas hati...

Braun Silk Epil-9579

Pesan kat diri sendiri, kalau handbag...kasut ratus2 kau sanggup bayar..apa kata untuk keselesaan sebagai seorang wanita tu kau beli Braun Epilator ni. Demi untuk kesihatan jugak. Banyak faedah akan didapati.

Pada sesiapa yang baru nak guna shaver kat armpit tu hentikanlah. Sekali guna...menyesal selamanya. Sebab aku tak pernah guna seumur hidup. Aku guna tweezer je..berbulan2 baru tumbuh balik dan halus je..lagi satu tak hitam dan kasarlah. Pakai tweezer elektrik memang best sebenarnya. Takdelah terkial2. 

Satu lagi takyahla pakai roll on ke kat armpit jugak. Pun mengundang kehitaman..dan baju pun rosak..kalau nak pakai jugak aku cadangkan Kiehl's. Mahal satu tiub 75ml RM70+ kot tapi boleh tahan 4-5 bulan. Ni testimoni produk by laki aku. Aku memang tak pakai tapi aku share jelah dengan korang..hehe. Sebabnya aku sendiri lihat bukti depan mata. Baju2 kemeja laki aku semua elok tang ketiak tu. Korang tau jelah negara kita kan panas...berpeluh2 tu memang dah biasa...

Aku juga nak beli kasut sneakers untuk jalan2. Pakai kasut flat pun kaki melecet. Ni kes jalan2 jumpa gegerls hari tu lah. Tak sedar diri dah jumpa kalau boleh 12 jam terus. Aku masih suka brand Skechers sebab sesuai dengan hujung kaki yang lebar dan tapak kaki jenis Arch.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Fashion Review

Boleh Terjebak Dengan Pewarna Kuku Cap BK Pulak Dah

Ni semua kes adik ipar akulah.. ajak pergi GM Klang sebab nak beli pewarna  kuku boleh kopek2. Aku siap tanya tak rosak ke kuku tu? Dia kata tak...senang je kopek dan senang nak apply kat kuku.

Layan jelah ke GM.

Aku beli rak untuk barang2 kecil. 25 laci RM25. Murahnya laaa.. pastu beli telur yang ada mainan untuk Aqlan. 4 biji RM15.

Adik ipar aku...bila aku jumpa dia balik...21 botol pewarna dia beli..

Ok mula2 aku cari dengan dia. Yang 7ml 5 RM10.60. Yang 15ml sebotol RM16. Sekali bila dah berpisah shopping, dia borong RM5.40 je sebotol. Tak tahulah kedai mana satu. Masa tu kelam kabut sebab GM tutup jam 7 malam. Aku pun pening dah 4 tahun tak datang. Banyak sangat.

Balik rumah kami main cat2. So bila ada warna yang sama, sebab sebelum ni dia ada beli online botol kecil 7ml satu RM6...dia bagi aku 4 botol. Akekekeke...




Tapi lepas guna memang puas hati warnanya. Paling senang nak apply cuma lambat sikit kering. Sapu tebal2 sikit supaya senanb nak kopek balik. Dah tu aku pakai ala kadar je..untuk puaskan hati masa cuci aku still gosok dengan acetone iaitu penanggal pewarna kuku. Maklum aku nak jaga kesucian hadas. Aku rasa kena pakai base kot untuk jaga kuku. Letak minyak dulula..pilih minyak yang mesra kulit. Aku pakai almond jelah.

Aku rasa cam perempuan2 sangat pakai cat2 kuku ni. Hahaha memang aku tak pakai sangat. Ni semua macam lipstik. Lepas pakai bila nak solat kena cuci habis.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Mendobi Sambil Makan Tomyam Dan Lauk Lidah Lembu Herba

Kami pergi mendobi lagi....lalala.. bila dikira2 kalau tiap2 seminggu sekali pun dah habis cecah RM30 untuk cuci dan dry, memang kopak la siapa yang selalu buat. Baik korang beli mesin basuh macam Electrolux yang ada dryer sekali tu..untung...walaupun kos permulaan memang lebih RM2k.

Mesin basuh kami dah siap dibaiki kat kedai. Belum ambil lagi sebab perang dengan mak menti belum settle. Pandai pulak diorang ni makan tapi tak kena perangkap.

Nak menunggu mendobi semua ni lama, baik makan kat kedai sebelah. Kami makan kat BK3. Dekat je dengan stesen LRT BK5.

Aku order tomyam campur dan telur bungkus. Zcat order lidah lembu herba. Erk lidah?

Sekali bila makan...ya ampun sedap betul. Apa nama kedai aku lupa, nanti kalau pergi, aku hafal la nama kedai tu...haha.

Zcat cakap yang sebetulnya kalau order nasi daging masak merah, patut guna lidah. Tapi orang sekarang dah tak buat. Bagi daging yang liat2 adalah.

Tapi.....harga lidah ni memang mahal ya. Kami tak pandai masak. Dannnnnn ni first time aku makan lidah seumur hidup ni. Dannnnnn kalau dah macam ni expectation aku, memang susahla..sebab Zcat cakap orang ni masak memang sangat sedap sebab dia dah biasa makan lidah. Jadi kalau nak makan kena datang sini je...

Masa ambil order staff tu tanya, mendobi ke kak..? Hahahaha aku pun gelak2. Nampak sangat siapa datang kedai dia sebenarnya mendobi kat sebelah.

Ok harga lidah masak herba ni ialah RM12.90. Depa ni orang Kelantan campur Siam kot. Masakan dia sedap wooii... harga makanan average biasalah tapi masih boleh diterima akal. Telur bungkus tak berminyak. Tomyam dia sedap tapi bukan sedap gila bak hang. Haha lain orang lain rasa lidah okay. Sebab laki aku memang suka tomyam. Jadi dia lebih suka tomyam putih.

Lidah Lembu Herba. Ada sos cecah lupa nak snap pic.

Telur Bungkus

Tomyam Campur

Nasi goreng cina untuk Aqlan...sedap wei RM5 je murah kot...lauk banyak.

Sampai sekarang aku teringat masakan lidah tu. Dahla dihiris nipis. Makan krap krup bunyi. Terbaik bak hang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar Review

Stesen Makan Di Puncak Jalil, Harga Berbaloi2 Untuk Dicuba

Ni cerita dah hampir 2 minggu lepas. Tapi baru teringat nak cerita. Nampak sangat takde apa nak cerita. Hahaha.

Disclaimer. Aku punya entry bukan berbayar. Tapi aku memang suka review makan2 sedap. Sebab aku sentiasa ada penyokong tetap, my Zcat San. Dari sejak berkenalan dulu dia tahu aku suka tulis blog, jadi dia selalu bawa aku pergi try test makanan. Ada kedai2 kami pernah pergi dah ditutup juga. Tak tahulah apa masalahnya. Jadi kalau pergi balik entry2 lama pasal makanan aku akan terkenang2 jugakla. Aku juga tak berminat nak cerita pasal makanan yang aku test tapi tak sedap. Bagi aku lain orang lain tekak. Yang pasti aku tak repeat dah lah..hahaha. Kalau sedap aku share la kat mana..

Kami malam tu nak makan apa tak tahu apa dah. Kat area kami duduk bukan banyak restoran pun. BK5 banyak restoran hipster. Adalah yang aku dah pergi try.. sini tak lama lagi dah nak jadi macam seksyen 7 Shah Alam atau macam kat Bangi Sentral lak. Kemain banyak naik.

Kat Puncak Jalil banyak kedai makan. Kalau kedai tomyam tu..berlawan2 dengan kedai mamak. Tutup, buka baru.

So Zcat ingat nak makan tomyam dia pun pergi masuk Stesen Makan. Sekali nan hado. Menu lebih kepada bakar.

Aku pun order nasi lemak sotong bakar dan laki order nasi lemak lauk ikan siakap bakar. Mula kami order benda lain, tapi dah habis. Orang makin ramai. Kedai ni bangsa Cina yang masuk makan pun boleh tahan. Kata Zcat, kalau Cina masuk kedai Melayu, maksudnya sedap. Ok laki aku memang ada darah Cina. Jadi aku terima kenyataan dia.

Nasi lemak dia sedap gila. Malam tu aku share makan dengan Aqlan. Sebab dia suka nasi lemak. Tapi bagi dengan telur jelah. Air pun kami order sirap dan teh o ais je. Ikan siakap pun sedap.

Actually laki aku dah dapat lama ikan dia tapi tak sampai2. Bila ditanya, staf yang layan kami cakap, dukacita nak cakap, nasi habis baru nak ditanak. Kami dengar macam wow dan tergelak. Itu pasal minta nasi lemak.

Korang tahu berapa harga semuanya? Ni sebab laki aku main tanya2 lepas bayar.



Semuanya RM19.50 je. Aku pun macam haaaaaa?

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Ajar Anak Motor Skills Dengan Non Toxic Kinetic Sand

Kinetic sand ni dah lama aku teringin nak belikan untuk Aqlan. Tapi tunggu umur yang sesuai. Patut umur 3 tahun ke atas tapi aku macam tak sabar sebab aku nak alihkan perhatian dia daripada ipad semata2.

Order dari Lazada je. 2kg kinetic sand, 14 acuan dan satu bekas boleh tiup angin sebagai base. Harga RM37.90 tapi ada kos pos sebab berat so kena tambah RM6.40. Aku beli barang online semua sampai ofis laki. Sebabnya walaupun aku ada kat rumah tapi laki galakkan guna alamat ofis dia. Jadi barang ni dah sampai petang Isnin, Selasa baru ambil.







Puas juga mengemas bila dia keluarkan pasir dari bekas tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Nak Hantar Kain Pasang Untuk Buat Baju Di RackZone

Bertahun dah tak buat tempahan baju pada tailor. Tapi kali ni selamba hantar kain batik yang dibeli di Pasar Payang kepada tailor yang tak dikenali. Aku fikir sebab mudah je. Nak pergi senang.

Aku memang boleh jahit baju sendiri. Tapi bagi kain yang harga mengancam tu baik hantar pada yang pakar. Laki aku cakap janganlah jahit sendiri..bila aku kawin dengan dia tiba2 dia bagi aku kain sari India yang memang dia beli disana ketika bujang. Dia ni suka beli barang. Beli kain tu untuk isteri, tapi tak tahu siapa bakal isterinya. Pandang ke depan sangat2. Kemudian ada sepasang kain sutera Cina pun dibeli kat sana. Dia bagi mak dia, mak dia bagi aku pulak. Dah 10 tahun ke lebih dia simpan. Katanya, mama tak sesuai pakai kau ambillah.

So sekarang aku ingat nak hantar kain2 ni sebab aku puas hati dengan jahitan kain batik yang aku hantar. Tempahan RM65 untuk baju kurung moden. Tapi sebab batik tambah RM10. Ingat nak bergaya Raya Haji lepas tapi takpelah...aku tunggu siapa punya kenduri seterusnya baru aku pakai.




Bilalah nak pandai jahit zip sorok. Puas aku tengok kat youtube.

Sukalah jahitan sembat dia
Kalau mahu serius aku nak ke kelas menjahit. Sekarang aku menjahit suka2 je.

Ok RackZone ni di Komples Diamond, Bandar Baru Bangi. Berdekatan dengan Tabung Haji. Sila masuk belakang lot2 kedai area Warta. Sekarang dah Kompleks apa tah..

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In

Mesin Basuh Tak Berfungsi, Guna Mesin Dobi Layan Diri

Patut tukang baiki mesin datanglah hari ni. Tapi petang. Cuaca pun mendung je. Baju pulak dah menimbun.

Untuk elak lebih banyak pakaian kena cuci, Zcat pergi hantar ke dobi selepas Maghrib. Ah suami, kamu sangat memahami. Saya mana mampu basuh guna tangan dah. Kalau dah 10 hari punya pakaian.





Kenapa banyak sangat dan lama sangat tak cuci kan..6 hari bercuti. Hari pergi tu pakaian sikit sangat, dah 7. Balik lagi, ada 3 hari tambah timbun kain sampai semalam sebab aku jatuh sakit. Memang tak mampu buat apa2. Hari Ahad, adik ipar dah tolong hantar laundry baju2 Aqlan sebab baju dia tak banyak especially baju tidur. Terus dry clean.

Jadi semalam total mendobi kata laki dalam 24kg. Bayar dalam RM30 lebih. Aku memang tak mampu nak ikut. Masih ting tong.

Bila dia balik, aku pun terus lipat kain sebab dah dry clean juga. Baju suam2 katanya. Lipat perlahan2 sambil berbual banyak perkara.

Pak mertua masuk hospital bahagian ICU Ahad lepas. Semalam dah buat pembedahan selepas kena heart attack. Zcat mungkin nak balik ziarah naik keretapi je. Aku mungkin tak ikut balik. Badan aku entahlah masih lagi tak sedap. Aku pun rindu mak..dah lama tak jumpa. Mak pun rindu Aqlan.

Ya Allah, tolong kami semua...

Ni pulak cerita pagi semalam... mak menti panggilan mak kepada komuniti ni. Nakal ni duduk dalam mesin basuh. Mana tak bulat, tumpang makan cat food yang mahal. Siap angkut masuk dalam tub mesin basuh. Ayat laki tak boleh blah masa dia nak hantar keluar binatang ni.."comel. Gebu.." laki memang tak bunuh depa ni. Dia pergi hantar jauh2 dari rumah.


Susulan dari itu...mesin basuh kita isytihar rehat sebentar..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Cuba Buat Kerja Rumah Yang Mudah Dan Ringkas, Tapi..

Hari ni gagahkan diri nak membasuh kain baju. Kan campak2 je dalam mesin basuh. Tapi bila pergi tengok mesin, terbantut niat sebab ada tinggalan Cik Ti.

Bila dah buang keluar, aku cuba pula cuci drum mesin menggunakan sabun khas dari Cosway. Mesin tu airnya dah penuh tak jalan2 pulak. Apakah.. siap lepas sejam dua aku tengok mesin tu airnya dah tinggal separuh. Bocor ke...

Aku mencuci lingerie pakai tangan je. Guna sabun khas. Pun dari Cosway. Biasa aku guna sabun tu..tapi hari ni kepala tinh tong kot aku pakai sabun detergen paling power.. which is tak eloklah untuk fabric lembut dan berenda. Tapi semua dah terlambat sebab aku cuma sedar aku salah guna sabun bila nak membilas..

Baik aku baring jelah macam ni. Kepala pun masih ting tong.

Ubat RM94..banyak sangat nak kena telan oi..

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Kita Ni Bila Dah Jatuh Sakit, Bukan Main Lembiknya

Hari ni tak larat2 pun gagahkan diri ke klinik juga. Ke NadiIman jelah sebab suami boleh park depan klinik. Jalan beberapa langkah dah masuk.

Hari ni dapat doktor lelaki pulak. Doktor perempuan yang biasa dilihat cuti bila weekend kot.

Lepas dapat ubat, kami ke Subang Parade sebab aku nak makan bubur Uncle Lim. Permintaan kemain walaupun sakit2.

Lepas makan separuh minta bungkus. Aku rasa lemah memang tak daya dah. Kepala pening terhuyung hayang. Sempatlah ke tandas lepaskan hajat. Letihnya kena CiBi ni...Allah, kena banyak bersabar aku ni. Ujian peringatan.

Balik rumah minta suami belikan 100+. Doktor pesan minum air banyak2  sikit. Dah dehydrated.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Bila Jatuh Sakit, Kita Sabar Dan Redha Atas UjianNya

Tak kemana2 hari ni. Aku hanya berbaring atas sofa sejak semalam. Badan sakit2. Bisa. Kepala pening. Anak tak dapat diuruskan. Alhamdulillah ada suami yang take control dan memahami. Aqlan tu nak bertepek dengan aku kalau aku baring atas katil. Sebab tu aku pilih sofa.

Semalam tidur sekejap bilik mama tapi aku tak selesa sangat. Jam 4 pagi masuk bilik terus ke tandas dulu. Tak tahulah food poisoning ke apa.

Ujian Allah untuk aku. Aku memang jarang sakit. Tapi kalau dah jatuh sakit, memang rupa keadaan aku teruk sangat.

Suami ajak pergi jumpa doktor. Tapi aku nak berjalan pun tak mampu. Makan je ponstan dulu. Berdenyut2 kepala den. Ni pun ada hati nak tulis blog. Katanya separa diari..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Selamat Hari Malaysia Dan Tenangnya Bila Dah Pulang Rumah

Kami bertolak balik sebelum waktu zuhur. Mama sempat masakkan udang goreng, bawal goreng dan asam pedas. Tapi aku sememangnya hari ni dah tak boleh makan sangat. Badan aku lemah semacam. Semua anggota badan rasa tak sedap. Terlebih makan ke..terkurang air ke atau mungkin gangguan tidur.

Khamis sampai rumah waktu asar. Sempat jamak sebelum tu di Plaza Tol Subang. R&R penuh kereta. Tak mampu nak redah.

Masuk rumah terus kemas barang makanan. Sebelum tu aku sempat menyapu daun2. Hahaha. Naik bilik, mandi dan berehat. Ya aku letih sangat. Bahagian kiri badan dari kepala sampai kaki lemah sangat2. Tak sure nak keluar ke tak walaupun laki ajak keluar..hurmmm.

Beli kat R&R Bukit Gantang manis..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

16 September 2016

selamat ulang tahun ke-16 untuk Nur Habibah, anak bongsu kak Dewi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Jalan2 Sekitar Bandar Ipoh, Acara Makan Tak Habis2 Lagi

Pagi ni minum Koko + Kopi. Kemudian ke luar ke bandar Ipoh nak tengok2 mural arts di dinding2 bangunan lama. Mana yang mudah ada parking kami berhenti.

Baru sampai first stop, Aqlan dah tidur. Haha. Jadi aku je keluar dulu dan sebab parking sebelah tempat tu jadi kami keluar ambil gambar kejap. Bagilah chances kami nak bergambar. Haha.




Kemudian kami balik sebab cuaca makin panas. Badan aku pun dah rasa semacam. Baik mandi dan tidur sekejap.

Lepas asar kami ke Mydin. Mak mertua nak beli koko. Kemudian nak sambung ke Kamdar dah tak dan jadi cancel. Balik jelah mandi lagi. Panas weii.. balik rumah ada dokong satu kampit plastik kau..


Lepas isyak kami ke gerai yang kak ipar jadi tukang masak kat situ sekali lagi. Haha. Gerai ni kat jambatan Razaki. Arah ke Taman Golf.





Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...