In Bapak

Hampir Saja Aku Memohon Untuk Masuk Navy Tapi Tak Layak

Habis sekolah Bapak suruh aku minta masuk Navy. Baca kat syarat2 pun dah tak lepas. Aku kan berkacamata. Rabun jauh.

Hari ni merupakan tarikh arwah Bapak dilahirkan 82 tahun lepas. Bapak masa hidup bila usia dah lebih cecah 63 tahun, selalu berkata ni baki umur subsidi. Sebab Nabi Muhammad S.A.W. wafat usia 63 tahun. Dan Bapak aku meninggal usianya mencecah 70 tahun. Dalam bulan Oktober juga. 5 Oktober 2004.

Masa aku dilahirkan, bapak aku dah pencen Navy. Jadi tak tahu ni tahun berapa.

Percutian ke KK tahun 1997.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Gathering Makan Luar

Aqlan Main Dengan Nenek Sampai Tak Terdaya Dah Nak Melayan

Redup je kan hari ni. Pagi2 jam 7.15 keluar jalan kaki dalam 2.5km. Balik buat kerja rumah macam takde apa2.

Masak tempe goreng pedas pastu ratah2 je

Lepas tu ke Farmasi Seri Petaling nak cari serum bulu mata. Angan kau nak bulu mata macam unta. Dapat...memang happy la..pulak2 dapat tahu banyak barang baby yang murah. Susu Karihome RM104 je..ah takyah pergi Manjaku dah. Kedai ni tak jauh dari rumah.  Lepas tu macam2 la beli kan..hehe.



Lunch di CIQ. Masakan Cina Muslim. Kemudian gerak ke Kota Damansara nak jumpa mak. Sebab esok mak nak pergi KT dah.





Zcat letak kami dan pergi jumpa kawan lama. Dia ada acara bowling di Alamanda dengan kawan2 sekolah tapi dia tak nak pergi pulak. Aku amik kesempatan rehat2 dan biar mak main dengan cucu last dia. Eh? Setakat inilah...mak sekarang tunggu 2 cicit  bakal lahir. Cicit ke 12 dan 13. Aqlan cucu nombor 51.


Main rebut kerusi dengan Nenek

Nenek dia bagi peluang kejap. Hahaha

Malam balik makan pizza tortilla Zcat masak. Sedap. Lepas tu layan bola dan kejap2 Gegar Vaganza. Haha. Aku boleh layan bola sebab diorang main cantikkk..


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

30 Oktober 2016

selamat ulang tahun ke-19 untuk Awee, anak bongsu kak ted...adik Ema yang last dan satu2nya anak lelaki kak Ted...eee dah besar panjang....dulu kecikkk je aku tengok..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Sebab Hujan Sepanjang Hari..Jalan2 Ke Sunway Putra Mall Je

Teringin nak pergi Sunway Putra. Salah satunya sebab sejak dah bertukar tangan...dulu2 kan The Mall sayup2 je. Dulu2 lagi pergi Yaohan..arwah bapak suka pergi sangat kalau ke KL. Lagi satu ada Toys 'R Us. Tapi semua tu dah tinggal kenangan..

Sampai2 je nak makan Sushi King. Lepastu jalan2 sorang shopping. Zcat dan Aqlan bertawaf. Aku sempat beli kat H&M untuk anak 3..sendiri 1 je. Mak mak sangat kan...actually aku kan dah banyak shopping online. Sudah sudahlah kan.. haha.

Dah habis tu nak kena balik sebab Aqlan dah penat sangat sampai aku kena dukung. Stroller dalam kereta. Dia dah start mengantuk.

Terlupa nak pakai Sunway Pals punya kad...

Masuk kereta kami ke KLCC pulak. Sebab Zcat ajak pergi La Senza. Hari ni je ada 2nd buy item dapat beli dengan harga RM11. Tapi tak beli akhirnya. Hahaha...ok sejak aku kena czer aku tak boleh pakai dah panties kat bikini line. Lagilah yang ada renda2 tu...pedih sebab renda2 tu macam sagat kesan jahit pulak. Tapi jangan ingat kesan czer tu terbuka ke apa..takde..Doktor Noraini yang jahitkan memang tip top. Siapa pernah kena czer tahulahh weii..

Eh sudahnya masuk balik M&S. Tadi dah masuk tengok bra tapi yang aku berkenan takde saiz. Aqlan bangun mintak cookie.. masuk balik sebab Zcat nak tengok seluar dia.

Tunggu laki try seluar sambil teman anak gigit biskut

Saya cadangkan beli seluar M&S yang seluarnya boleh adjust bila makan..hehe. Semalam tengok sale 2nd piece 40%. Ada tu beli dua additional 15% discount. 3rd pieces dapat 20% discount. Tapi kesian encik Zcat tak dapat beli..warna dia berkenan tu takde regular. Kalau slim fit tu berlambak. Sudahnya..moh balik.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Makanan Kat Skohn Canteen Ni Sedap, Memang Semua Patut Dicuba

Malam kami dinner kat Skohn lagi. Sedap kan dan satu lagi ada play area untuk budak2 main. Aqlan sampai je terus kat situlah dia berteleku.

Bila makanan dah sampai barulah dia datang nak makan. Dan...dan dan tu duduk atas kerusi untuk makan.

Hari Jumaat semua pasta diskaun 30%. Setiap hari bekerja ada diskaun untuk jenid makanan berbeza if tak silap pandangan mata aku. So aku dan Aqlan ambil jenis tu. Jimat kan dan masih sedap...

Ayam dia dahla tender..pastu juicy. Aku nak belajar masak macam ni lah..

Amik kau udang punyalah besar nak sama saiz roti dah..

Ni Aqlan punya. Sedap berkrim..yumss

Takde Kid's menu tapi takpe sebab Aqlan memang suka pasta.. cheese..so bantai je hidangan orang dewasa. Tak habis kami settlekan. Membazir kalau biarkan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Terjumpa Akaun Desktop Dating Zaman Sebelum Kahwin...Tak Boleh Blah

Apa citer...aku boleh log in akaun sosial yang dah bertahun diabaikan. Jadi sebab rasa kelakar dengan diri sendiri aku pun screenshot mana2 sebelum aku tutup akaun ni. Dah tak perlu dalam hidup aku sekarang ni.

Mula2 mesti gelak tang umur. Sebab dia automatik. Dah sah2 tunjuk umur sekarang. Tapi kalau tengok berat.....pitam..hampir 20kg beza tu. Hahaha.

Ada macam2 akaun sosial lain..aku nak pergi cari dan delete terus la. Nampak sangat desperate cari teman hidup. Ceh.. btw aku jumpa Encik Zcat dalam Yahoo Messenger ok. Well YM pun dah dibuang oleh Yahoo sebab tak berbaloi..Haha. Jodohku dalam talian..gitu.

Masa ni kerja di Nadin Ampang Point. Minggu merdeka jadi kami ada cat2 muka. Tahun 2007.




Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Blogger Tips

Do You Ever Heard About empowr? Try To Open It


few weeks ago i got an invitation to join this. but i ignore as i think this is another social media crap. sorry, even me so hate to using FB, but still got an account just for the sake of....you name it.

at first i was log in and already received $20. i don't know whether the money is on my social account or be hold by the founder. i still don't understand this, i even dunno how money streaming in. just check in for now i have total of $89.26. gosh...but yeah there are maturity days (90 days) before you can cash out.

below is copy of my balance..lets join..





www.empowr.com/anisazalea 

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Fashion Online Shopping

Nak Mewarna Kuku Tapi Takde Ilmu, Sudahnya Semua Kelihatan Comot

Ni sejak beli pewarna kukulah.. tapi jarang2 je pakai. Bila pakai tu selalu comot2 pada jari2 tepi kuku. Lepas tu mulalah nak kena cuci sikit supaya elok. Dah cuci eh terpadam sekali atas kuku. Akhirnya selalu ada satu kuku yang free dari pewarna. Haha.

Sejak pakai yang kopek2 ni kena pakai tebal2 sikit supaya senang nak kopek. Nak pakai hari2 takdelah susah pulak nak solat nak kena kopek. Aku ni surirumah bukanlah kerja aku nak mengopek pastu pakai balik 24 jam.😂😂😂

Kalau waktu period nak pakai pun takdelah sampai 1 hari. Tetap syok kopek2 masa mandi. Lebih mudah. Lagipun bila nak sediakan masakan tu tak seronok pun tengok kuku bewarna..satu hal sambil2 cuci pinggan mangkuk kalau lama2...pewarna tu tanggal juga. Hahaha.

Baru2 ni belilah satu coating untuk menghalang kecomotan waktu mewarna kuku. Coating ni akan mengering dan boleh tarik dengan tweezer macam tu je..


Untuk lebih mudah, bawah ni gambar2 dari web Althea menunjukkan cara2 penggunaan.



Jadi aku pun cubalah buat...

Memang mula2 putih lepas tu tukar warna jadi clear

Angan2 nak buat french tip

Elok je aku nak kopek yang kaler putih tu...dengan pewarna kuku tertanggal sekali. Sebab apa? Sebab pewarna tu pun peel off jugak. So sebenarnya kalau nak pakai pewarna mesti yang biasa tu. Hahaha. Lepas tu aku dah malas nak pakai..saja try test. Ni pun kena tunggu Aqlan tidur baru boleh buat. Kalau tak... jangan harap.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Peluang Menangi Beg LV, MacBook Dan Ipad Dari Bandoru Store


Everyone! Take a chance to win fabulous prizes from Bandoru Store. The Grand Opening will be on 5th November 2016, Saturday.

Just share about the news...share and share.

Don't forget to click below

http://v.bandoru.com/ref/F3900608/

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Resipi

Nyonya Kari Ayam Permintaan Suami Dan Nasi Beriani Kegemaran Aqlan

Keluarkan ayam tapi tak tahu nak masak apa. Haha.

Belek2 resipi sambil tanya suami apa lauk sesuai untuk dimakan dengan nasi beriani. Dah lama tak masak guna beras extra panjang Kohinoor tu. Makin lama aku tengok makin menjadi2 pulak kutu beras ni.. siapa ada petua ha.?

Resipi Nyonya Kari ni aku ambil dari http://makanminumbest.blogspot.my/2016/06/kari-ayam-nyonya.html?m=1

Senang juga masaknya. Yang tak tahan bau tu satu rumah..

Nasi beriani pulak ikut je resipi belakang rempah beriani Adabi. Tapi takde gajus, daun ketumbar dan daun pudina. Asal boleh.

Jam 2 camtu kami dua beranak makan. Abah Aqlan makan malam karang la...hehe..dia nak pergi gym lagi lepas kerja..


Aqlan makan nasi je. Kari ni pedas...resipi korang pergilah kat link tadi yek..hihi.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Fashion Online Shopping

Unboxing Althea Pink Box, All Thing Are Black And White

Hari ni terima pink box Althea. Seronoknya. Tapi sebelum tu dinner dulu.

Sebelum isyak tak dan dan nak unboxing kotak pink. Walaupun tahu apa yanh di order tapi kegembiraan buka kotak pink ni lain macam sikit. Semua barang pun diwrap dengan buble wrap.




Haha aku beli semua packaging kaler hitam putih. Yang pencuci muka dan peeling wash tu aku suka sebab rasa happy tengok style printed font tu. Dan juga sebab murah..berbanding penjual online lain.


Okeylah yang ni kaler kaler..boleh guna untuk lips dan cheeks. Senang bawak satu je dalam beg. Kalau tak...berat beg dah macam bawak batu..😂😂

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Aqlan Shah

Semua Makanan Warna Hijau Aqlan Tak Mahu Makan Walaupun Sedap

First time sedar masa ke majlis birthday party Aurora, anak kawan suami. Ada cupcake yang ada topping buttercream. Aqlan tak tahan tengok asyik ambil dan bawa kepada aku. Bila disudu  terserlah warna kek berwarna hijau. Jadi dia tak mahu dan pergu ambil lagi. Sampai aku lost count berapa kali juga aku selamatkan kek2 tu dan letak balik. Kalau dia dah cucuk dengan jari dia takdelah aku letak balik..

Si bapa Aurora pun tak tahu warna kek ialah hijau. Jadi ada 2 lagi jenis kek lain. Tapi tu untuk dipotong semasa lagu happy birthday. Jadi Aqlan masih ambil cupcake. Akhirnya dia dah tak tahan dia hanya makan buttercream.

Pada hari lain kami ke Kueh di Shah Alam. Ni bukan Rumah Kueh Rita Rudaini tau. Hehe. Aku pun ingat tu kedai Rita mulanya. Nama je nak sama tapi bukan.. kami order roti jala. Sebab Aqlan suka roti jala. Sekali sampai warna hijau dan kuning. Si Aqlan memang tanak makanlah yang kaler hijau tu. Puas suap pun dia siap geleng2 kepala.

Ni menjadikan aku susah nak bagi dia makan sayuran.

Tapi semalam masa aku masak bolognese aku letak juga brokoli. Dan dia beria2 datang dan tunjuk sambil sebut brokoli. Bila suap makan elok pulak makan. Tapi memang aku sorok2 sikit belakang pasta. Ahhh pasal pasta spiral yang ada kaler hijau tu..memang dia tak makan kaler tu so aku kena habiskan.

Hari ni goreng cucur bilis dan taugeh. Makan pulak dia taugeh tu. Siap keluarkan dari cucur dan makan. Takpelah asalkan makan sayur walaupun khasiat sayur tu dah ke mana..

Berkenaan buah2an dia memang suka.. tapi memilih juga. 2 hari lepas dia rasa epal kali pertama. Dulu2 bagi makan tak nak. Maybe epal kali ni manis dan sedap elok dia ambil dari tangan abah dia dan makan2. Tapi memang tak habisla sebiji..


Aku buat cucur tak pernahnya nak constant. Asyik la lain2 je come out dia. Kali ni sedap pulak. Adakah sebab tu Aqlan makan? Hurmmm cerewet jangan sangatlah...please..

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Aqlan Shah

Bila Anak Pun Nak Main Masak2, Kena Cuba Sabar Banyak2

Hari ni masak pasta Bolognese je. Sambil2 potong2 bawang tu Aqlan datang dan cakap roket..roket..yelahhhh...sambil2 tu tangan dia pegang botol Ribena.

Sekali aku toleh dah takde bekas minyak aku. Berdebarnya..jatuh ke? Aku memang tak guna minyak tu untuk masak pasta. Aku guna olive oil. Botolnya lagi berat dan jauh sikit aku letak dari permukaan kaunter. Terus aku cari Aqlan. Dia sedang elok dalam bilik menjahit/komputer.

Aku tengok mujur bekas minyak takde tumpah. Dan tangan dia masuk dalam tu? Rupa-rupanya dia buat benda alah ni...



Aku post pictures ke abah dia. Abahnya suruh bersabar..katanya anak tu nak belajar. Bukan sikit minyak tu. Minyak baru pulak tu.

Ermm sempat juga aku cubit dia. Geram ni..

Read More

Share Tweet Pin It +1

7 Comments

In Makan Luar

Port Suki-Ya Yang Paling Best Adalah Di Da:Men Mall, USJ

Setelah diketahui sendiri Suki-Ya di Alamanda telah ditutup, hari ni laki ajak try di Da:Men. Lagipun kami tak pernah pergi mall baru ni. Sekelilingnya ialah The Summit, Giant dan dekat juga dengan Mydin Mall dan Segi Fresh.

Masuk2 parking tengok caj dia murah je. Weekend 2 jam pertama RM1 je..

Kami terus ke concierge nak tanya di mana Suki-Ya. Malas nak cari2 lagi. Haha.

Bila dah masuk restoran ingat nak duduk depan sekali je..sekali diorang suruh kami ke belakang supaya muat ketak baby chair. Kami pun ke belakang sekali..dan itu memang tempat terbaik. Sejuk dan lapang..dan takyah tengok muka orang. Haha. Suki-Ya sini agak terbuka jadi bila makan makanan berstim tu takdelah rasa kepanasan sangat macam di Alamanda dan 1Mont Kiara.

Lepas makan nak jalan2 tapi Aqlan buat perangai. Ke Segi jelah terus beli barang dapur. Dalam Da:Men ada je Jaya Grocer tapi harganya pun sangat tidak berjaya menarik hati. Haha.

Kemudian ada hati nak ke taman lagi tapi Aqlan dah lena pulak. Balik rumah jelah...

Nak ambil gambar banyak2 dalam Da:Men tapi hp habis bateri. Tipu betul bila caj terus 51%. Sebenarnya bateri hp mungkin minta nyawa baru. Kikikiki...dah 3 tahun aku pakai masih takde calar ye..baik2 pakai walaupun dah berapa kali terhempas. Tapi sebab cover baik punya yang ada cuma kemek kat hujung. Wawawawawa.








Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Public Amenities

Jalan2 Di Taman Tasik Hilir Ampang Sambil Tengok Kawanan Kuda

Syok pulak pergi jalan2 ke taman rekreasi. Sebelum tu pergi balik kedai2 area Me'nate sebab kasut Aqlan hilang sebelah jadi laki rasa jatuh kat situ. Sambil dia cari2 memang ada yang bagitahu kasut tu mula2 ada pastu dah tak ada....

Kami ke taman ni sebab tu paling dekat dengan jam dah tunjuk pukul 6. Kalau ikut hatiku nak pergi Lake Garden.

Kami pun jalan patah balik 2x. Tapi ke lengkung yang pendek sebelah kiri je. Sebab yang sebelah kanan ada playground. Tak larat wei kalau nak kejar Aqlan. Tengah2 pusing kali kedua...ada trak bawa kuda sampai. Aku pun pelik. Panggillah Aqlan dan abah dia tengok sebab diorang dah ke depan.

Rupanya diorang turunkan 6 ekor kuda dan dibawa ke belakang tent orang kahwin. Aku pun tak tahulah ke mana kuda2 tu nak dibawa. Tapi tengok Aqlan dapat lihat kuda equestrian oklah depan2 mata tu.






Kenapalah satu gambar kuda pun aku tak ambik....wawawawa..


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

Comments

Weekly Popular

loading...