In

SD Card Nak Rosak, Nasib Baik Sempat Selamatkan Hampir 5000 Gambar

Aku mula2 pun tak faham kenapa tak boleh delete gambar2 lepas dah dipindahkan ke PC. Tak boleh transfer juga dari internal to external. Senang bagi IT man la buat iaitu laki sendiri..

Selepas dia backup segala mak nenek dalam S4 aku barulah dia discover yang SD card tu tak boleh nak format pun dah. Katanya almost rosak la. Mean starting malfunction. Phew.

Kemudian dia pun bagi SD card dia, 32GB. Dia tahu bini dia suka ambik gambar..buat apa dia nak pakai banyak2 memori. Baik bagi bini yang kejap2 ambik gambar.

SD card baru ni bolehla pindahkan beberapa apps yang takpe je letak kat external memory. Internal aku dah nazak gak ada 1.5GB je dari 16GB. Running system S4 je dah 8GB. Selebihnya apa2 apps yang aku download untuk memudahkan hidup.


Untunglah bulan Dec ni banyak cuti kalau pandai pilih.. hehe..tapi aku tak perlu dah apply2 cuti ni. Kalau tak kenalah berebut cepat..hadapla ko closing account tu sorang2.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Tips

Susun Atur Dapur Balik Supaya Lebih Kemas Dan Sebab Dah Boring

Dah duduk rumah kan ada je benda tak kena kat mata. Alih tu alih ni. Suka2 hati. Tapi yang berat2 kena tunggu Zcat balik sebab tak mampu den.

Tapi ada satu tong air tu berat sangat aku tolak juga ke tepi sebab nak guna ruang tu. Lepas tu rasa senak kat perut. Orang beranak czer ni memang lain macam kan. Dulu2 aku selalu je buat kerja2 kasar macam cat siling rumah..gergaji kayu untuk buat kotak kayu tapi sekarang aku rasa kurang upaya sikit.

Zcat selalu pesan buat kerja jangan sampai memudaratkan diri. Aku kadang2 tak puas hati juga sebab aku dah biasa...tapi dengar jelah cakap dia...

Setelah kemas2 semua aku pun duduk kejap ambik nafas. Eh nak duduk tengok TV dan makan juga kan... Nak sambung balik lepas Isyak.

Masa Zcat balik kerja dan tengok aturan dapur dia pun happy. Mestilah happy..kalau tak happy jangan harap aku nak atur balik ke susunan lama...hahaha.

Pantry guna rak Ikea jerr


Lepas Isyak sambung balik.. sampai puas hati tapi nak sambung lagi esok benda dan area lain pulak...sakit mata aku tengok benda sepah2 ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar

Ambil Ujian Darah Sekali Lagi..Kalau Maintain 4 Takyah Makan Ubat

Rasa tahun ni berkali2 jugak pergi klinik kat Sg. Besi tu. Test darah setiap 6 bulan..ambil result sebulan kemudian..ambil ubat setiap 3 bulan..

Hari ni paling awal pergi. Nasib dapat kejutkan Aqlan dengan mudah sekali. Haha..siap alarm bunyi berkali2. Jam 8.01am dah keluar rumah. Ambil nombor jam 8.24am dan siap sebelum jam 9 pagi.

Dah siap semua pergi tukar tarikh appointment untuk result ke tarikh lain sebab tarikh yang dicadangkan tu ada hal..hal apa..? Haha next story bulan depan..

Dah siap semua pergi sarap kat Mak Jah. Kesian Zcat nak makan sup tak dapat2. Akhirnya kami makan lontong sahaja. Dah tu minum teh tarik....menambah sangat gula kan...lepas tu habiskan 700ml air kosong.

Sejak minum air kosong berkodi2 ni memang asyik ke tandas je. Bukan setakat lepaskan hajat kecil. Hajat besar pun sekali. Eh dah macam detox pulak minum air kosong ni. Takyah nak membazir beli pil2 detox tu. Haha. Aku takdelah perut memulas...alhamdulillah.

Balik rumah ngantuknya lah... sempat pulak tanam pokok pandan yang dah seminggu berendam dalam tin. Lepas tu tak boleh tidur pun.

Tengah fikir nak masak apa...kenyang makan lontong belum habis..tapi untuk dak Aqlan kena bagi makan jugak. Dia tu suka makan nasi. Makan roti telur pun tak habis tadi siap tapau bawak balik..kang ibu dia jugakla yang menghabiskan.


Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Public Amenities

Jalan2 Ke Taman Rekreasi Ara Damansara Amat Mendamaikan Sebelum Hujan Turun

Dah lama tak pergi park. Asyik ada je hal....cuaca pun tak menentu.

Kali ni kami ke Ara Damamsara. Niat asal nak ke Setia Mall park tapi ada event besar jadi batalkan niat. Kami nak feeling2 rumput tu. Nak jalan2 tanpa gangguan dan distractions.

Dekat park ni ada je taman permainan untuk kanak2. Beria elakkan Aqlan sebab tak mahu dia pergi main. Haha. Kami nak dia jalan2. Sebab kadang2 tu bila dia main kat playground kena lebih berhati2 which is malas nak kejar2 dia..haha..kalau dia lari2 kat padang ok..kami kejar. Haha.

Padang dia tak popular kot sebab tak ramai orang pun. So seronoklah... dalam 40 minit je kami spent masa sebab dah start nak hujan..baik selamatkan ahli keluarga..hihi.





Sebelum tu kami makan kat Hayaki, Shah Alam. Authentic dan murahlah...makanan sedap...!!! total harga makanan termasuk air dalm RM32 je.




Malam makan steak masak sendiri kat rumah sebab nak kena puasa untuk ujian darah esok.


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Best Product Review

Kalau Dah Kulit Sensitif, Macam2 Produk Muka Dicuba

Aku ni kategori sensitif kulit sejak kecil.

Masa remaja kulit muka aku pulak sensitif. Tak boleh berpanas. Terbakar sunburn semua. Jumpa doktor bagi krim je. Sapulah hari2. Masa awal baligh jerawat pun naik tak banyak. Lebih kepada sunburn. Kalau 5x ambil wudhuk..5x la menahan pedih muka. Dan gatal merenyam. Sapu lidah buaya. Tak kenal pencuci muka dan krim apa pun. Muka suci gitewww.

Aku mula pakai pencuci muka umur 16 tahun kalau tak silap. Ke 17 tahun. Aprikot Nutrimetics. Siap jadi member. Kadang2 beli Ginvera. Kak Ma la masa tu ajak2 aku start pakai pencuci muka. Suka beli yang murah2 je. Kadang2 tu beli 2 murah so share dengan kak ma.

Aku seumur hidup tak pernah pakai Fair & Lovely. Zaman aku sekolah kat KT ramai kawan2 pakai. Masing2 nak putih. Maklum duduk KT dekat angin pantai muka burn all the times. Aku masih pakai pencuci muka yang aku rasa mampu beli. Ala dulu2 pakai Johnson&Johnson Clear Gel tu. Ambil set lagi..haha. ni aku teringat kawan aku Pinah. Kalau pergi Mydin borong toiletries dengan dia..hurm macam2.

Dah kat Matrik aku rasa Ginvera Aloe Gel la paling terbaik. Masa tu aku rasa produk dia mahal la sebab aku kan student. Tapi disebabkan kulit muka aku dah semakin flawless..haha siap ada kawan2 lelaki tanya pakai apa? Sebab diorang pun problem kulit muka boleh tahan.

Dah kerja macam2 la aku pakai. Nak cerita banyak sangatla..

End up sekarang aku pakai It's My je selepas kehabisan The Face Shop. Sekarang kulit aku dah kering. Masa remaja dulu combination. Umur meningkat macam tulah...

RM10 Je kat Althea

RM12 je Althea jugak

Sabun kunyit Marini NaturalΓ©magic RM10 kat The Labels Tesco Damansara



Apapun produk Korea dan Jepun memang teratas dalam pemilihan aku..hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

25 November 2016

alhamdulillah, Mariam isteri kepada Illyas anak sulung kepada Kak Ma telah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 10 malam. nama akan dikhabarkan kemudian...cicit mak ke-12..πŸ‘Ά cucu kak ma yang ke-2

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Aqlan Shah

Hari Ni Malas Masak...Tapi Rebus Pasta, Ramen Dan Sup Cendawan

Ye walaupun masih ada udang dan daging steak yang boleh je dimasak tapi sebab malas tu datang maka kita makan Ramen je.

Untuk Aqlan kita bagi dia makan pasta dan sup cendawan. Sebab itu antara makanan favourite dia yang senang sangat nak disediakan.

Zcat pun pergi kursus hari ni jadi dia maybe makan apa yang disediakan oleh penganjur kursus.

Dah puas main tidur jelah kan. Budak...

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Review

Minyak Herba Asmak; Penawar Asma, Rawatan Tradisi Bagi Semua Peringkat Umur


Korang pernah dengar pasal Minyak Herba Asmak tak? Atau pernah tak cuba guna minyak asmak yang dikeluarkan oleh syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd.? Dan kalau korang beli baru-baru ni, kotak minyak ni boleh buat tabung...aku mula2 musykil juga..bila dah find out baru macam woooooo...tapi aku tak boleh bagi pada Aqlan sebab dia tu suka koyak kertas!!..baik aku sendiri je menabung! kata kuat shopping online! hahaha..



Testimoni Ahli Keluarga

Setelah menyapu dan mengurut sendiri pada laki (yang ada sejarah asma dalam family) selama 8 hari hari berturut-turut, terdapat reaksi yang positif daripada dia sendiri. 

Setakat ni laki tidak pernah diserang asma yang teruk, tetapi ada masa-masa tertentu ketika kami berdua sedang bercakap dan bergelak ketawa, tiba-tiba dia akan mengangkat tangan dan meminta untuk tidak bercakap. Dia akan mengurut dada dan situasi itu boleh bertukar menjadi senyap sunyi terutamanya ketika sedang memandu kenderaan. insert bunyi krik krik..

Pada penggunaan pertama, selepas sapuan dan urutan mengikut cara yang disyorkan, Zcat berasa lebih mudah bernafas dan kurang bersin serta batuk pada waktu bangun tidur. (Urutan dilakukan pada setiap malam sebelum masuk tidur, sejak hari tu sampai la ni hari-hari nak kena urut...dah sedap sangat la tuuuuu...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜ŠπŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€). 

Sapuan dan urutan difokuskan pada bahagian tongkeng, leher, dada, batang hidung (Zcat mengalami masalah lubang pernafasan dan kadang-kadang mengakibatkan aliran keluar masuk udara tersumbat), dahi (stress), betis dan pergelangan kaki (pernah terpelecok beberapa tahun lepas dan baki sakitnya masih ada meskipun telah menjalani rawatan tradisional Cina dan moden).

Pada hari ke-8 iaitu semasa artikel ini ditulis, tongkeng Zcat sudah tidak berasa lenguh-lenguh lagi, kesakitan dileher telah berkurangan dan dapat bernafas dengan lebih baik. Malah dia berasa lebih sihat gembira dan tidur macam taknak bangun2 lagi..(kebiasaan susah nak tidur dan ganggu mood dia esok...cer bayang kalau dia bad mood)

Untuk Aqlan, setiap hari juga aku sapu pada bekas gigitan nyamuk kat tubuh badannya dan keadaannya beransur sembuh. Lepas satu dah sembuh ada pulak yang baru...kan suka teman sidai dan angkat kain..pantang pintu rumah dibuka...dah kena gigit pandai pulak masuk rumah balik..haha,,

Aku juga ada menyapu minyak asmak dan mengurut ibu mertua yang sememangnya merupakan seorang pesakit asma. Oleh itu aku harap minyak asmak ni sedikit sebanyak menjadi sebahagian penawar asma untuknya. Bagaimanapun sekali je aku dapat urut kerana Mama telah pun pulang ke kampung. Jadi aku bercadang untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak untuk Mak dan Mama kesayanganku.


Untuk pengetahuan koranglahkan...Nama “ASMAK” dipilih kerana ia membawa maksud “kemuliaan” di dalam bahasa Arab. Selain itu, dalam sejarah Islam, wanita yang bernama Asmak adalah antara wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Minyak Herba Asmak ini diperbuat daripada:-

·        Minyak Zaitun,
·        Minyak Kelapa Dara,
·        Habatussauda,
·        Pati Gamat dan
·        Herba Terpilih



Antara penggunaan Minyak Herba Asmak yang disarankan;

1.    Asma, 
2.    Semput, 
3.    Lelah,
4.    Batuk,
5.    Kahak,
6.    Selsema,
7.    Gigitan Serangga,
8.    Luka,
9.    Terkena Api 
10.  Sakit Perut,
11.  Bengkak,
12.  Lenguh,
13.  Buasir,
14.  Sembelit,
15.  Senggugut,
16.  Membantu Melancarkan Darah,
17.  Sakit Kepala,
18.  Migrain,
19.  Resdung,
20. Sakit Gigi,
21.  Strok dan 
22. Ulser.

Sape yang beli minyak ni jangan risau kalau tiba2 tertanya camner eh nak pakai?? korang boleh tanya penjual tu balik atau kepada agen2 berdaftar. Diorang pasti senang hati bagitahulah...

Cara-cara guna Minyak Herba Asmak yang dicadangkan:-

Hanya perlu sapu di leher hingga dada, dari tengkuk hingga ke belakang sekerap mungkin untuk permulaan dan boleh hentikan bila sudah sembuh. Kena rajin dan istiqamah guna dan kesan boleh dilihat seawal hari pertama sehingga 30 hari bergantung pada kesihatan individu dan cara penggunaan. 

Minyak ni pun satu best tak berminyak dan berangin sikit lepas pakai. Bila dah beberapa second tu kan...boleh feeling2 nyaman jer...hahaha..


KEISTIMEWAAN Minyak Herba Asmak adalah;

·     Ia telah menjalani proses R&D yang agak lama bagi memastikan minyak ini selamat dan berkesan lebih cepat.
·     Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat, lebih suci, tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
·     Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.
·     Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit, sebab itu ramai pengguna yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.
·     Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.


Sesuai Untuk Orang Dewasa, Kanak-kanak Dan Juga Bayi!

Selain daripada orang dewasa, minyak ini juga sesuai sebagai penawar asma pada bayi. Sudah tentu sebagai seorang mak-mak, hati aku ni mudah sikit tersentuh bila tengok seorang anak kecil mengalami batuk yang berterusan. Alhamdulillah setakat ini Aqlan tiada tanda-tanda asma walaupun ada sejarah keluarga.



Memang minyak ini sesuai untuk semua peringkat umur, tetapi pada bayi, jangan pakai hentam urut diorang yang bertubuh fragile ni.... sila ikut cara-cara penggunaan yang dicadangkan memandangkan bayi tidak boleh diurut sesuka hati!

Video dibawah ni menunjukkan 5 tanda-tanda anda diserang penyakit asma. Sila tengok kot2 ada sesiapa yang korang kenal ada tanda2 ni...aku sendiri pun kena perati anak dan laki sendiri...



Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :


Hotline HQ : 
019 - 970 8897

Website Rasmi Syarikat : 

Website Minyak Herba Asmak : 

Instagram mham.sdnbhd :

Facebook Page 




Youtube : 

Pastikan Yang Original!!!




Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Family Birthday

24 November 2016

selamat ulang tahun untuk Mak yang ke-77.

tengahari tadi aku call Mak ada kat Koyan. katanya nak pergi merayap lepas tu. katanya lagi dia dah tua umur dah 70 lebih, but aku cakap, walaupun Mak dah 77 tapi Mak masih kuat berjalan.

Mak juga kata anak saudaranya iaitu sepupu aku, Baha anak Mak Ana dah meninggal dunia. Mak Ana pulak keluar masuk hospital.

syukur pada Allah kerana Mak masih bersama kami hingga ke hari ini..melihat keluarganya yang makin membesar dengan 11 anak, 11 menantu, 51 cucu dan 11 cicit, 2 cicit otw.

Mak selalu nak masak special bila birthday anak2 je, bila birthday Mak sendiri, Mak buat tak tahu. Mak suka makan masakan anak2..katanya masakan sendiri dah tak lalu makan. aku pun ajak Mak tinggal dengan aku sekali sekala..boleh aku masak sedap untuk Mak. tapi Mak menolak.

aku rindukan karipap Mak..Mak dah tak larat buat kot. dulu2 Mak call suruh datang makan aku sibuk dengan kerja dan kehidupan kononnya...aku tak suka jammed ke arah Kota. tapi bukan selalu aku tolak ajakan Mak. kadang2 je bila aku rasa penat. sekarang aku free tapi Mak dah tak kuasa nak masak.

pada sesiapa yang masih ada Mak dan Mak kau tengah rindu dan ajak kau datang makan, baik kau pergi sebelum menyesal.

aku sebenarnya bersyukur sebab tak pernah minta Mak jaga anak aku. biarlah Mak berehat. puas dah melayan karenah cucu2nya. aku dulu pun lambat kawen, puas dah Mak jaga aku.



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Family Birthday

23 November 2016

ulang tahun ke-23 untuk Haiyana, anak perempuan kedua abang Shuib.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Blogger

10 Tahun Sudah Aku Menulis Blog Dengan Pelbagai Cerita Untuk Ingatan

Tak sangka dah 10 tahun menulis blog.

aku cuma sertai Nuffnang pada January 2010, itupun setelah diperkenalkan oleh Mimy. so sedikit sebanyak aku belajar menulis blog sperti aku sedang bercerita dengan seseorang atau beberapa orang.

cerita2 aku tak up to date sehinggalah aku buat keputusan untuk tulis blog apa yang terjadi pada hari tu. sebab aku nak ingat balik bila2 aku nak search. ya itu semua hanya bermula pada tahun 2015.

banyak pengalaman dapat dari blog ni..

yang paling aku suka jumpa blogger lain. tapi ya aku ni kekok sikit mula2. dan ya Mimy juga yang kenalkan aku dengan blogger2 terkenal lain. fuhhhh dasyat diorang berblog. rasa aku kecik sangat. hahaha..maklum aku berblog suka2 hati.

setakat ni aku telah claim 2 tiket wayang dari Nuffnang dan juga sekeping cek yang amaunnya tak besar mana sebab aku ni sedar blog aku biasa2 je...

tapi aku tetap berbangga sedikit sebab ada artikel2 yang memasuki first page Google Search. haha.

contohla guna keyword ni..

1.  SUSU KARIHOME


2.  NUTOX RANGE


3.  HANTARAN MERISIK



4.  MANA NAK BELI SUSU KARIHOME


5. ARENAA STAR HOTEL


pada tahun 2015 aku telah tulis tajuk blog mengikut tarikh takwim Hijrah. pada tahun 2016 jumlah perkataan pada tajuk pada blog mengikut bulan. so kalau bulan 11 ni, sebelas perkataan la aku type. kadang2 sakit juga nak fikir apa tajuk nak tulis.

tahun 2017 tak tahu apa pulak plan aku dengan blog ni. yang pasti aku memang suka tukar template. daripada tak tahu apa2 sehingga aku dah fahamlah cara nak edit CSS tu. syok dan mengkhayalkan sampai tak tidur satu hari, ya..so aku faham nerd IT man...macam laki aku tulah...

OKAYLAH moga bertambah kenalan dan boleh jumpa depan2 mata..bukan asyik main sorok2 dan komen kat blog...hahaha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Blogger

Malam Yang Suram, Cuaca Redup, Suasana Sunyi Dan Mata Pun Mengantuk


aku memang takde mood nak tulis blog...aku juga dah lama delay jahitan2 yang aku patut siapkan... kemalasan melanda diri. jadi aku browse website jelah...

http://www.dailymail.co.uk/home/index.html
http://www.mynewshub.cc/

takpun main game..

https://www.youtube.com/watch?v=6F656entn74
https://www.microsoft.com/en-us/store/p/candy-crush-jelly-saga/9nblggh67bn1

pasal online shopping pulak kena rehatkan sementara aktiviti tu sebab hari ni dah habis banyak duit untuk servis kereta...semalam habis untuk air-cond dan bateri kereta..yelah sebelum pergi jenjalan cuci2 mata Malaysia. hehe.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Family Birthday

21 November 2016

selamat ulang tahun kelahiran ke-9 untuk Iqlima, anak bongsu abang choi..anak yang ke-10.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In Gathering

Sambut Birthday Serentak Untuk Dua Orang Yang Aku Sayang Sampai Bila2

Hari ni kami keluar awal..lepas zuhur...makan kat Nandos Sunway Giza. Nak makan tempat lain sebenarnya tak jumpa..dah ke situ jelah.

Lepas tu nak cari kedai kek untuk surprise mak. Mak punya birthday 24hb November hari Khamis ni..mak pulak nak balik Koyan Selasa ni. Buat awal la..

Tak jumpa kedai kek kami ke Giant Kota Damansara. Aku masuk cari kedai kek kot2 ada . Dah nampak JCo Donut aku pun terus masukla..amik 24 donut bite size dan 6 normal size kenalah RM35.

Elok je parking kat area rumah Abang Lut, nampak kak Dewi pun baru sampai. Hehe. Rezekilah..

Elok masuk rumah kak Dewi nak masak Koay Teow dan goreng keropok. Kepala tong gas pulak rosak...abang lut yang baru keluar tadi mak suruh balik. Kami semua dah cuba sebenarnya tapi tak jalan. Bentuk kepala untuk saluran gas tu pelik.

Kami ni kepanasan sebab aircond kereta rosak. Jadi aku sampai2 masuk je dah cabut tudung. Haha..panas lit lit.

Jadi kami makan donut dulu. Pastu abang lut ada beli kuih muih lupa nak snap dah kena kerumun dulu. Lepas tu makan aiskrim. Haha.

Jam 6 baru dapat makan koay teow goreng kak dewi dan keropok udang. Yums.. lepas tu mak ada tunjuk barang2 aku satu bekas. Malasnya nak angkut balik. Mana nak letak..ermmm... barang2 zaman sekolah sampai universiti. Banyak noooo..


semoga panjang umur dan diberkati baki umur; Kak Dewi 55, Mak 77.










Sampai rumah anakku menangis sampai muntah makanan yang dimakan tadi. Sebabnya kena angkut masuk rumah masa tengah syok tidur. Aku pulak pergi angkat kain dia ingat aku nak tinggalkan dia..itu pasal menangis macam ke hapa...

Lepas settle mandikan anak terus minum Vanilla Coke. Motifnya aku kepanasan, mengantuk dan penat. Haha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Resipi

Masak Buttermilk Pancake Lagi, Sebab Mudah Disediakan Dan Anak Suka Makan

begitupun, lempeng buatan Mak sewaktu zaman membesar tetap dalam ingatan. dan aku ni sedang cuba ingatkan anak aku pasal aku masak lempeng sedap untuk dia..tapi dia kecil lagi..hihi.

video

konon2 nak buat macam dalam video professional la....tuang orange syrup atas pancake.


dengan:-

  1. 1 cawan tepung
  2. 200ml susu segar
  3. 2 sudu besar gula
  4. 1 sudu kecil baking powder
  5. 1 sudu kecil bikarbonat soda
  6. 1 biji telur
menghasilkan 8 keping penkek. tapi sila gunakan sudu penyukat 60ml atau bersamaan 1/4 cawan


suami hantar mertua balik Ipoh naik kereta diorang. lepas tu dia bali sini semula naik ETS. aku tak ke mana2 sebab hari ni suami tak bagi keluar jalan2 naik kereta...ada hari dia okay..ada hari hati dia berat...dan instinct dia selalu betul,,,(dah berapa kali berlaku)..jadi kami pun dudukla rumah 2 beranak...lauk pauk banyak tinggal nak masak...so rajin tak rajin masak ikan merah goreng dan sayur sup labu air.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Family Birthday

19 November 2016

selamat ulang tahun ke-55 untuk Kak Dewi, kakak sulung kami anak kedua dari 11 orang adik beradik. Kak Dewi dah ada 6 anak, 4 menantu dan 9 cucu.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Gathering

Mencari Kain Ela Murah Dengan Mertua ...Dari Kamdar Ke Gulatis Kajang

Mak mertua nak tempah baju dengan tailor yang aku hantar sebelum ni, RackZone. Tapi dia tak mahu beli kain mahal2 sebab nak try test dulu. Aku ok je sebab result baju aku cantik je buatannya. Hihi.

Maka kami pun ke Kajang. Mula2 nak ke Jakel Shah Alam tak jadi.. so ke Kamdar jelah..senang... datang2 terus park depan kedai.

Puas kami pusing2 cari kain yang sesuai. Bila tanya seorang pekerja yang macam Bangla ni dia cakap dia baru tak tahu sangat. Aku pulak mintak nak tengok kain polyblend. Hehe.

So end up aku jelah beli kain untuk lining. Ada kain pasang sari India dan broked sutera Cina. Ni semua kain2 yang dibeli suami zaman dia bekerja di luar negara. Masa tu beli je...tapi nak bagi isteri yang tak tahu siapa calon. Haha..pandang jauh sangat ya.

Sebab tak breakfast dan lapar aku ni...suami bawa pergi kami semua makan dulu.

Kemudian kami ke Manjaku jap..tapi tak jadi sebab panas sangat nak parking terus suami bawak me Gulatis. Terus ke tingkat atas. Takde orang jadi staf layan kami lah. Kekeke. Aku rimas tak juga sebab staf tak macam kat Jakel tu...ke hulur ke hilir membontot sampai tak sempat nak feeling2 ko. Kena paksa rela je..i tak suka. Yang kat sini bila kami bagi tahu nak beli kain murah2 je sebab nak test baju...terus dibawanya pergi.

Sebelum tu mama dah cakap nak Korean Silk. Sekali..sepasang dah nak RM200. Mama ni memang semua baju2 dia elok..kain bagus. Tapi kali ni dia nak try test dia nak kain murah je...so kami pun ke bahagian kain sepasang RM78..2 pasang RM150. 4 pasang RM200. Terus aku kata ok gak tu..sebab kainnya elok jugak. Yang penting takyah iron. Aku kan malas. So tak pasal2 aku share beli kain dengan mama. Padahal aku takde hati pun sebelum ni..perempuan kan..pantang diskaun..terus..

Sesudah pilih kain..nak pilih shawl ke? Memang tidak...nanti...

Kemudian terus je balik tak jadi nak ke RackZone sebab aircond kereta dah buat hal..cuaca pun sangat panas..kami dah berpeluh2. Tapi aku tetap boleh tertidur dalam kereta sebab mengantuk sangat...haha..

Kain sari India. Beli kain lining kaler ijoooo..

Kain sutera broked China lining beli pink..lantak asalkan tak gatal badan aku.

Ni another kain batik sutera Terengganu yang beli bulan 5 lepas. Buat baju belum juga..

Ni lah kain beli kat Gulatis. Laki cakap yang bunga sakura tu jadi baju raya tahun depan. Aku bayar sehelai je..yang lagi sehelai tu mak mertua belanja..hehe.

Aku rindu juga nak shopping dengan mak aku macam zaman aku bujang dulu...mak aku lagi kuat berjalan dari mama..2 minggu sekali mesti dah jalan2 ke rumah adik beradik aku yang lain. Haha..kalau nak bawak mak jalan2 kena buat appointment dulu...

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Gathering

Mertua Datang Tinggal Seminggu, Macam2 Agenda Nak Buat Bersama Untuk Mereka

Mertuaku datang sejak Ahad lepas. Dan katanya nak balik Ipoh semula hari Sabtu ni. Jadi macam2 perkara nak buat supaya diorang tak kebosanan la kat sini.

Bermula hari Ahad, kami makan2 di Nandos.

Hari Isnin suami bawa ibunya jumpa doktor di Putrajaya dan ke Shah Alam untuk ke Mehnaz. Beli barang2 dan makanan Arab kat situ. Kan famous dan murah.. suami pun sempat shopping minyak kelapa, madu, kurma dan macam2 lagi untuk kami sekeluarga. Malam aku masak pancake. Dan suami ke gym.

Selasa, aku tak masak apa2 kecuali nasi goreng. Suami belanja KFC untuk diorang. Malam keluar dating dengan suami kat Ikea. Hehe. Balik tu beli nan garlic dan cheese di TTDI. Mak mertua teringin nak makan.

Rabu aku masak nasi tomato dan ayam masak merah je untuk jamu. Suami ke gym lagi..jadilah 2x je seminggu buat masa ni. Semua pun sebab instructor jugak.

Aku plan nak masak kek buah kukus ni tak jalan2 lagi plannya. Ada je hal. Haha. Padahal dah tahu laki dan mak mertua suka makan kek buah. Aku perlukan aura okay....yang pasti aku dah beli mangkuk kaca kat Ikea harga RM5.90 tu. Ermmm tak sabar nak pakai nak uli2..kekeke.


Beli 2 terus semalam. Laki kata kenapa nak 2? Aku jawab sebab murah. Sebelum tu aku dah amik yang harga RM19.90 dan ada muncung khas untuk mudah dituang..tapi letak balik bila jumpa yang ini.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Makan Luar

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 15112012-15112016, Kami Pergi Ikea Damansara Jer

Selamat sudah 4 tahun berkahwin. Haha. Ada seorang anak...jadilah dari takde. Tu pun ada je yang tanya2 bila Aqlan nak ada adik...eh biarkan budak tu seorang dulu.

Lepas Maghrib, mak mertua offer jaga Aqlan bagi kami pergi dating berdua. Laki buat pilihan banyak kat aku, tapi aku sebenarnya lebih pentingkan masa berdua tu. Tak payah nak beria sangatla makan. Lagipun bulan 10 lepas kami dah makan sedap banyak sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mengikut bulan Hijrah. Cuma masa tu ada Aqlan sekali. Hehehe.

Ada sebab ke sana. Mula2 nak ambik barang yang ditempah di The Labels kat sebelah MarryBrown Tesco. Kemudian jalan2 sikit dalam The Curve dan tengok kedai Poplook. Laki aku yang perasan dan suruh aku pergi masuk untuk tengok2.. wahhhhh..tapi tak beli apa sebab nak rushing ke Ikea lagi. Haha.

Hari ni kurang sikit rasa meatball dia

Almond Cake 

Yang ni memang sedap

Eh dah kurus sikit encik Zcat ni

Style mata lebam. Lampu salah. Hahaha. Aku pun malas mekap. Kelam kabut keluar rumah tinggalkan Aqlan yang dah nyenyak tidur

Kami makan dulu lepas tu barulah nak beli barang2 untuk mertua bawa balik. Semua pun kena cepat sebab masa tu dah jam 9.30 malam. Hahaah Ikea tutup jam 10. Saja je kan terhegeh2.

Dah dapat apa dicari, barulag nak balik. Masa bayar tu memang jam 10 malam. Lalalala..sian juga aku tengok cashier tu. Muka dia penat. Aku tengok perut dia besar sikit macam tengah mengandung. Patutla cantik je manis. Hehe.

Dah keluar tu banyak pintu dah kena tutup. Kami parking kat The Curve so laki pergi sendiri ambil kereta sebab jauh dan berat nak bawa barang2. Aku pun tunggulah..

Takde satu teksi pun masuk kat tempat tunggu tu. Nampak kat seberang di bangunan The Curve je. Ada satu keluarga omputih pun shopping agak banyak barang2 Ikea, panggil Uber. Sebabnya tiba2 datang satu kereta Alza dipandu seorang Cina. Tak mungkin ahli keluarga.. gaya Uber driver sangat. Nasib takde drama dari pemandu teksi ke.

Perkahwinan tu bukan fancy live je. Ada turun naik. Ada gembira sedih. Lebih baik fikirkan apa yang positif dan sentiasa menyokong dan mempercayai pasangan anda. Back to basic..Allah yang plankan apa yang terbaik untuk kita. Selalulah minta2 dariNya.

Terima kasih atas semua ucapan di IG. πŸ’›πŸ’›πŸ’›

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Resipi

Resipi Pancake/Lempeng Sedap Gebu Gebas Dan Mudah Bersama Orange Syrup

Lempeng ialah makanan yang selalu dihidangkan pada waktu sarapan pagi. Ni adalah antara makanan yang pertama aku belajar masak zaman dulu2. Kalau ikut resipi mak memang mudah tapi selalu finishing result aku buat kadang lembut kadang keras kadang tak cukup lemak manis..maklumlah mak kita suka campak2  je...dah pro sangat.

Zcat dan mak mertua suka lempeng resipi mak tu tapi memandangkan aku selalu buat tah hapa2..hahaha jadi aku cuba cari resipi yang sedap macam dimakan di Pancake House baru2 ni. Kelembutan dan maple syrup dia..perghh sedap betul.

Kenapa aku tak ambil gambar macam yang omputih buat tu? Stack tinggi2 dan curah orange syrup? Sebab tak dan la..dah kena ngap2 dengan mertua, laki dan anak. Haha..takleh nak buat apa dah. Makan panas2 sangat sedap.

Ada banyak resipi kat web. Tapi aku pilih yang ni sebab katanya ada bahan kat rumah. Meh aku tulis kat bawah ni apa yang aku dah inspired kan. Hehe.

Resipi asal boleh tengok di http://cookingbride.com

Buttermilk Pancake

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu teh baking powder
  3. 1/2 sudu teh baking soda
  4. 1/4 sudu teh garam
  5. 2 sudu besar gula
  6. 1 biji telur dipukul
  7. 200ml susu segar Marigold + 2 sudu besar jus perahan lemon = menghasilkan buttermilk
  8. 1 sudu besar minyak masak 
  9. 100ml susu segar Marigold


Cara2

  • Menggunakan satu bekas: campurkan tepung, baking soda, baking powder, garam dan gula.
  • Satu bekas lain: campurkan telur, buttermilk dan minyak masak. Kalau ada buttermilk sendiri tak payahla buat macam aku buat. Resipi buttermilk tu pun aku cari kat google je ada macam2 jenis campuran, tapi susu campur lemon sangat sesuai dan paling senang. Guna mixer memang cantik..kalau takde kacau guna whisk sudah.
  • Kemudian campurkan pada adunan tepung dan kacau sebati. Sekiranya adunan macam berketul campurkan susu segar sedikit demi sedikit ikut suka kadar kecairan yang dimahukan.
  • Menggunakan kuali pan, panaskan dan guna 1 sudu teh olive butter. Apa2 butter pun boleh. Guna sudu penyukat berukuran 60ml atau 1/4 cawan. Hasilnya saiz yang sesuai sangat. Kalau guna sudu penyukat 1/3 cawan adunan pancake akan memenuhi saiz pan. Hehe.
  • Bila dah nampak bubbles pada permukaan adunan yang dimasak tu flipkan. Sebab kalau lama lagi hanguslah pancake sebelah..


Orange Syrup

  1. 1 cawan gula putih
  2. 1 cawan Sunquick Oren


Cara2

  • Masukkan bahan2 dalam periuk. Api sederhana ke besar kemudian sederhana balik.
  • Masak hingga mencapai kadar kelikatan yang disukai. Aku masak sampai melimpah syrup tu..habis kena lap dapur masak. Kalau takde Sunquick guna oren juice pun boleh. Tapi hasilnya memang lain2. Aku pulak pakai lebih dari 1 cawan Sunquick sebab tinggal lagi sikit je nak habis sebotol kecil tu.


Syrup ni sangat panas ya. Sila sejukkan sikit sebelum masuk dalam botol kaca untuk tahan lebih lama.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Bila Dah Kenyang, Nandos Pun Tak Pandang..Tapi Nasi Lemak Hero..?

Kisahnya mertua akan sampai tapi tak tahu jam berapa..jadi Zcat dah masak kentang bakar yang disumbat cheese. Mahu tak kenyang. Aku pulak sebelum tu dah makan bihun pemberian kak pa semalam.

Calling2 semua kata jumpa di Nandos Citta Mall. Aku minum air kosong jelah..tak mampu dah nak telan apa2. Aqlan makan nasi je.

Nasib pak mertua sihat dah selepas pembedahan jantung 2 bulan lepas. Si Aqlan ni asyik nak main lasak2.


Kemudian kami berpisah...alahai nak pergi Hero kat Nova Saujana bertentangan jalan je..masa tu dah start hujan rintik2.

Elok masuk Hero, hujan lebat sangat. Aqlan muka dah penat sebab puas jalan dalam Citta Mall, masukkan dia dalam stroller. Upah Kinder Joy satu supaya dia diam.

Shopping barang dapur kat Hero ni best. Bersih sangat. Lepas tu tak ramai orang..boleh feeling pilih2 barang. Haha.

Kemudian aku dah start lapar balik. Lalu nak beli burger mini. Dah beli...laki bagi kupon free nasi lemak dari Hero. Sebelah keluar tu ada tempat makan2. Aku pun terusla nak makan nasi lemak...memang sedap sangat nasi lemak ni..bernilai RM3.20. Shopping barang2 je dah jimat total RM20 untuk semua: diskaun, parking yang diberikan wang tunai untuk bayar dan nasi lemak free...seronoknya lah...


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain