Jumaat, 3 Ogos 2018

, ,

Bila Ada 2 Anak

Aku masih bertatih nak coop dua orang budak laki ni. Seorang dah 4 tahun seorang baru 2 bulan. Seorang dah boleh disuruh dan pandai cakap..yang baby memang semua kena buatkan lah. Kang kalau pandai sendiri aku pulak yang terkejut2.

Jadi masa untuk menguruskan mereka berdua jadi lama. Mula2 kena settle adik dia dulu. Lepas mandi dia akan senyap seketika. Jadi waktu ni kena settle abang di bilik air. Suruh mandi sendiri, dia siram dinding je.

Kemudian kalau adik masih diam aku pulak mandi. Kelam kabut. Aku memang tak sempat nak pakai pilis ke param ke. Apatah lagi bengkung. Boleh kira dengan jari berapa kali je aku pakai. Sudahnya benda2 tu tinggal berhabuk. Ada masa aku sempat belek diri kalau baby tidur lepas dimandi dan disusukan. Masa tu tengok muka kat cermin pun dah kira bagus. Jeragat..perut buncit..kesan czer..semua kalau boleh cek seminggu sekali pun jadilah. Especially luka czer. Memang elok takde terbuka ke berair ke bernanah tapi kena tengok jugak. Pedih2 dalam kulit tu..

Lepas mandi nak masak. Masak nasi dulu apa2 hal. Selalu aku masak nasi dan ikan goreng je. Ikan goreng minyak tohor guna minyak zaitun. Ikan tu sapukan garam dan habbatus sauda. Aqlan boleh pulak makan. Nak masak kari memang takla ye. Baby ni bagi timing. Done masak elok dia bangun nangis. Kadang2 tak dan masak. Makanla biskut dan oat. Petang baru masak. Yang kesian ke anak sulung. Dia selalu makan benda rapu macam biskut dulu. Takpun roti paling tinggi mesti ada cheese slice atau jem.

Kadang laki sempat belikan lauk aku masak nasi je. Tengoklah mana dan. Nak suruh aku ikut diet wanita berpantang memang dah ke laut. Hahahaha. Masa ada penjaga pantang bolehla dia masakkan. Now semua dah kelam kabut. Aku pulak tak boleh perut kosong. Susu jadi problem, baby pun affected. Oh yeah anak aku dah boleh diberi susu badan sepenuhnya. Dia dah tak perlu susu formula lagi. Tapi ada satu tin susu tak buka pun lagi. Yelah ingat tak cukup so sediakan..habis 2 tin susu je. Tu pun tin ke 2 tu ada la 4 sudu lagi kot.

Aku selalu kasihan pada Aqlan. Dia banyak bersabar. Kadang baru nak manja2 dengan aku, adik dia dah melalak. Aqeel ni perlukan perhatian lebih. Dia lain sikit maybe sebab dia dendam duduk hospital lama. Jadi nak menempel je dengan aku. Hahaha. Takpelah yang penting kamu sihat. Kita sudah harungi hari2 yang mendebarkan. Hari2 yang berlalu tu jadikan kenangan jelah.

Berbalik pada nak siapkan dua orang budak ni bila nak keluar lagilah. Tapi bila ada laki kat rumah bolehla aku buat benda2 lain jugak. Macam lipat kain, basuh  pinggan mangkuk. Eh nak keluar takde masa sangat nak iron2 ni. So aku selalu pakai tudung Hijabiza tu. 2 lubang, sarung dan gerak. Haha. Nak pakai bawal ke shawl ke takde masa nak lilit2 apatah lagi berpin2 bagai. Lagi baby kecik ni kadang2 muntah atas kita. Ah malas dah...

Kalau dia tidur lama syukurlah...

Lepas mandi dia sangat happy.

Aku selalu jadi orang terakhir bersiap. Kadang dah siap, baby kena cek lagi diapers dia. Kot membuang. Kang nak tukar dalam kereta tak selesa jadi cek semua all okay baru gerak.

Bila laki jagakan anak, kita ke kedai dengan anak sulung. Masa ni kelam kabut masuk kedai cari barang tu tak boleh nak belek berjam2 macam dulu2.

Haaaaa...kat kedai makan kenalah take turns. Aqlan walau pandai makan sendiri tapi selalu lambat dan tumpah2 jadi abah dia suap. Aku jaga baby dulu. Siap makan takle lalalala kena terus bangun dan blah. Sebab baby akan meragam. Dia suka tengok2 keadaan sekeliling tapi dalam keadaan kita dokong dia dan berdiri. Kalau dia baik dia rilek je dalam carrier sambil mata tengok atas kiri kanan. Bawah taklah. Haha.

Bila ada peluang shopping  bersendirian sementara laki jaga anak2 di kedai makan. MR DIY aku tengok organizer untuk peti ais.

Nak bergambar 4 orang memang payah.

Bila laki jaga anak.

Dah masuk kereta kalau abah dia nak ke kedai runcit pulak kita tunggu je. Lagi lama tunggu lagi budak ni meragam dah. Dia tak suka kereta stop..dia kalau boleh nak bergerak je. Haha..camner nak hadap jem balik kampung? So conclusion dia takyah balik kampung.

Kami juga berfikir banyak dengan jemputan kahwin ke reunion ke...banyakkkkkk.... sebab baby masih belum bersedia. Dia kalau suasana bising no hal. Tapi bila dia bangun dia nak dodoi dan jalan2 aku pulak yang letih. Tambah pulak berat badan bertambah naik setiap minggu. Lahir 2.5kg, sebulan 3.4kg. 2 bulan dan 5.2kg. 3 bulan esok? Lengan mesti kuat nak dokong. Sebab tu kemana2 bawak carrier dan kaki stroller. Ye boleh pisah2. Tu pasal beli.

Jadi aku memang tabik pada ibu bapa yang boleh settlekan anak2 dengan cepat. Lagilah anak yang lahir rapat2. Aku jarak 4 tahun kot. Tu pun....

Alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan dan kesabaran nak jaga budak2 ni. Kadang2 tak tahan sabar tapi selalu pujuk diri sabarlah mereka akan segera besar. Jangan buat benda bodoh yang akan disesalkan seumur hidup. Mostly kita memang tak tahan bila anak tu menangis tanpa henti. Penat dan sangat geram. Tapi bersabarlah. Pujukla budak tu. Sebab tu sebelum dia naik high note at peak kita dah angkat dan pujuk2. Kasi susu ke dokong ke cek popok ke apa2 jelah..asalkan dia diam. Bukan buat benda bukan2. Sabar..sabar banyak2...ni untuk aku ni...aku nak anak 2 kan..memang dapatlah...

*dulu pernah ditanya bapak aku, nak anak berapa? Aku cakap 2. Dia kata mana boleh ko tentukan nak anak berapa. So aku cepat2 jawab 5. Eh..padahal dalam hati masa tu memang aku nak anak 2 dan takut gila nak beranak. Sebab tu lambat kawin. Eh...eh..

6 ulasan:

  1. Membesarkan dan mendidik anak-anak, memang perlukan kesabaran yang bukan sedikit. Setiap peringkat umur, ada sahaja cabarannya. Syukur juga anak-anak kita sempurna sifat zahir dan batin. Ibu-ibu yang punya anak istimewa, lagi besar cabaran mereka...

    BalasPadam
  2. semoga budak2 sentiasa sihat dan membesar dengan baik :D

    BalasPadam
  3. Comelnya anak-anak akak. Susah nak besarkan anak lagi-lagi zaman sekarang. Semoga Allah bagi kekuatan. z

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la. Cabaran makin banyak. Macam2 berlaku zaman akhir ni.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.