Memaparkan catatan dengan label Makan Luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan Luar. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2020

,

لاين ڤرمينتأن كاون

Layan Permintaan Kawan

Bulan 8 birthday kawan baik aku Reen. Kemahen plan jumpa pagi balik tengahari. Sudahnya nak dekat 7 jam jugak..

Jam 9 baru aku keluar rumah sebab Aqeel bangun pulak. So kena la layan dan tidurkan dia balik. Lepas tu baru aku bersiap dan naik tren. Jumpa Reen kat stesen tren berdekatan rumah dia, then pick up aku dari situ.

Kami ke TTDI. Aku nak makan Dotty's je sebab dia kata nak ke Naelofar. Ok dia ingat Publika masih ada kedai Naelofar tapi sebenarnya cuma ada di Isetan KLCC, TTDI dan Sogo. Mereka akan buka butik di 1 Utama tak lama lagi.

Dah sampai Dotty's menunggu pulak siap bergambar tapi takde staff pun attend kami..mengintai tengok penuh.


So akhirnya kami drive ke Little Rimba. Tunggu juga tapi ada staff attend so happy la sikit.



Sorry takde kek. Punyalah kenyang makan brunch.




My fav dah RM15 ya.


Kat sini biskut arab dia sedap nak mati tapi dah RM20 sebekas. Dulu2 RM10..aku makan sejak mengandungkan Aqlan.



Kat Naelofar kami masuk butik yang Luxe tu. 1st time..selalu aku ke HQ. So memang sangat luas. Happy sebab orang pun kurang 20 kot. Aku beli anak tudung je sebab teringin nak cuba pulak. Sebelum ni beli innerneck best je.



Balik tu tatau nak ke mana dah salah jalan akhirnya ke IOI Puchong. Hahahaha...yeah Reen hantar aku balik la nampak gayanya. So sambungla teman dia shopping lagi. Aku kat sini sesat2 ...hahahah...giler ni kali kedua aku masuk mall lepas PKP kot.

Kami masuk DeFacto, Elianto, AEON.



Tapau nasi ayam kemudian baru balik rumah..

Ahad, 1 Mac 2020

سلڤس اچارا اسمك

Selepas Acara Asmak

Disebabkan kami tidur semalam di Genting maka esoknya tu kami mandi kolam la. Acara budak2 nak menembak kawan2 baru. Adoi..

Waktu sebelum syuruk



pemandangan dari tingkat 18


Nak pujuk masuk kolam.

 
masa mandi2, Aqeel panggil " ayah..ayah...kedengaran macam tu lah.." 

Aku pun pelik kan dah bahasakan Abah..tapi dia panggil kami laki bini babah. Hahahahahaha..langsung dia tak sebut Ibu ke aku tau tak..huntungla babah dapat nama.


Sejuk..siap bawak towel dari bilik. Pool towel kan kena pulang kat area pool.

hello..baju aku jahit sendiri beli kain reja je kat Jakel.


Aqlan sejak beli tripod ni suka benar dia tekankan butang siap set timer

suka lak dengan tudung waarna semi instant ni. Kain dia best cuma kalau takyah iron lagi best. Dasar pemalas.

Tunggu barang diangkat


ni tengahari ya tapi cuaca nyaman



Masa kami dah nak sampai bawah tu ada la tersadai sebuah kereta rentung. Semalam masa sampai takde. Maksudnya lepas kami naik tu lah berlaku kebakaran kereta sampai rentung. Tak dan pulak ambik gambar. Tapi setiap kali tengok scene macam tu kami akan terangkan pada Aqlan, mesti berhati2 bila bawa kereta. You must know how to escape fire..bla bla...

Kami makan roti je alas perut. Lepas tu kami balik cari Nasi Lemak Saleha. Eh dah pindah bangunan tapi selang satu je. Oklah kenyang sikit makan nasi lemak....

Masa mula2 makan nasi lemak ni kami selalu drive thru je kat Bandar Baru Ampang. Depa pacak payung jual tepi jalan di tapak pasar malam. Kami lepas ambik Aqlan dari pengasuh dia mesti singgah beli 3 ke 4 bungkus. Masa tu harga sebungkus RM1.30 kenyang makan...sedap..sambal dia masih maintain.

Saya tak makan secara sikit2. Saya lapar. Hahaha. 





Malam nak makan laksa langgaq tapi memang Allah tak izinkan. Dah habis food. Lambat tiba. Tapi ni dah 2x datang food dah nak habis. Tinggal yang tak sesuai untuk anak2.

Pujukla diri...masukla 7E. Hahaha.

Sempat lagi jumpa my lovely PS ambik barang kirim beli dekat dia.. hahaha...

Jumaat, 7 Februari 2020

,

سري جاتي ، جالن ڤوچوڠ أوف جالن كلڠ لاما ١، كوالا لومڤور KFC

KFC Sri Jati, Jalan Puchong Off Jalan Kelang Lama 1, Kuala Lumpur

KFC ni berdekatan dengan Masjid Abdul Rahman Bin Auf. Selalu laki solat terawih kat sini. Katanya cepat sikit. Kalau ke KFC ni kami selalu drive thru je. Tapi kali ni kami masuk dalam restoran untuk makan. Sebab kenapa.....kenapa.....?

Sebab laki dapat kupon diskaun 25% jadi kena makan dalam kedai. Elokla kami sampai lepas isyak orang masih belum ada..kami macam jadi 1st customer pulak. Staff yang cuci lantai pun baru siap buat kerja.

Dapat meja jauhhhhhh dari orang. Aku tengok susunan meja pun tak rapat2  eh seronokla jadi rasa luas.

Puas hati makan KFC dengan diskaun 25% pergh...siapa bagi... Allah bagi melalui tangan hambaNya iaitu bekas kawan sekolah laki. Last week diorang ada reunion. Tiber makan ayam KFC rasa sangat sedap. Memangla sedap sebab semua masih panas2. Kami order Zinger Burger all time my favourite.. Chicken, Nugget. Haa nugget takdak diskaun. Takpela. Nugget budak2 makan.




Tudung alter..asalnya tudung 2 loops. Pastu aku jarang pakai sebab warnanya memang mengancam mata. Hahaha..so aku buat tudung potongan scallops. Puas ikut step cikgu kat youtube. Tapi menjadi.. tq cikgu tak kedekut ilmu. Free je..

Bukti Hijabiza


Duck Face original