Memaparkan catatan dengan label Jahitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jahitan. Papar semua catatan

Rabu, 6 November 2019

, ,

Tukar Lamp Shade Lampu Berdiri IKEA

Semata2 nak ke IKEA beli lamp shade baru memang tak lah. Lagipun rasanya boleh buat sendiri..macam senang je.

So aku pun buatla menggunakan seluar jeans lama yang tak boleh pakai. Actually seluar tu aku sayang tapi nak tunggu kurus balik macam lama sangat. Hahaha..

Guna bahagian kaki seluar.

penyepit baju digunakan masa nak kelim

TADAAA


Hei nampak tak kemas tapi nasiblah..


Aku suka ada jahitan asal seluar jeans 

Puas hati jugakla..

Sabtu, 16 Februari 2019

Beli Kain Baju Raya Suami Dan Anak2 Di Jakel Ostia Bangi

Aku suka pergi Jakel ni. Shah Alam tu rasa jauh sangat. Yang kat KL tu malas parking jauh2 san menapak. Ni sekangkang kera je. Park, terus masuk Jakel. Free pula parking..lagila..

Masa nak masuk parking tu nampak Telekung Nur Aisyah.. eh macam nak singgahla nanti nak cari telekung baru. Telekung pun nak ada baru. Bukan sebab nak raya. Nak lawa2 mengadap Pencipta.

Ok masuk Jakel terus keluarkan sampel warna kain nak beli. Kain baju aku dah hantar ke tailor. Anak2 punya baju aku jahit sendiri je. Laki punya nak tempah dengan kawan la. Aku tak pandai jahit baju Melayu lelaki dewasa ni. Susah pulak rasa..nak pergi belajar menjahit pun masih belum ada waktu yang sesuai.

Tengah2 bincang dengan staff tu sedar2 Aqlan dah hilang. Panik la aku padahal tadi dia pegang tangan aku. Aqeel abah dia dokong dalam baby carrier. Puasla aku naik cari sampai tingkat atas sekali. Staff2 tanya aku macam nak tolong cari kain aku jawab cepat je..anak saya hilang. Wei Jakel ni besar weiii
..besar gilaa...aku boleh jadi gila weii..last2 laki call kata Aqlan dah turun jumpa dia..dia pakai baju kuning. Beberapa orang budak aku jumpa pakai baju kuning gak. Aduhhh tanya staff pu  diorang tunjuk2 camtu je..bila aku cari tak jumpa. So Alhamdulillah la Aqlan tahu cari abah dia..aku jumpa je dia balik terus aku marah tapi tak jerit2 la cam pompuan gila. Jaga air muka anak dan laki ok. Pandai pulak budak tu salam cium tangan aku mintak maaf. Ok tu abah dia suruh.

OK lepas tu terus beli kain cepat2. Aku dah malas nak jalan2..selalu aku ada gak perangai jalan2 beli kain tak perlu hahaha..

Beli untuk anak kain cotton. Aku kain licin2 ni failed nak jahit. Nak potong tu yang paling susah. Nak kena beli rotary cutter jugak ni. Laki mula2 tanak kain baru. Nak cari kain sampin je. Tiba2 jumpa kain yang agak murah dia kata  oklah. Banyak diskaun kot. So beli lah...sampai kat tempat kain reja...kain lebihan tulah..nampak pula kain jenis songket dalam 0.8m je. Terus grab sebab rasa sesuai untuk budak2. Ehehehe. 1 meter RM5.50 je. Mana nak dapat kalau beli dari kain ela. Settled bayar terus balik. Laa terlupa pergi beli telekung..


Sob...sob..bukan tak tahu jahit telekung tapi nakla juga telekung ada renda ke kerawang tu kan.. memang kan..

Sabtu, 12 Januari 2019

,

Refashion Trend

This will be updated (hope so) always.

Sejak aku follow #Refashion kat IG, sungguh aku takde dah beli baju siap yang baru. Aku ulang pakai apa yang ada je. Aku rasa baju2 lama patut diberi nafas baru. Kita buat fesyen barulah. Tapi nak buat kena tengok masa yang sesuai. Mula2 kena ada idea. Kalau takde idea pergi #refashion dan steal the look. Haaa.. dah ada tu nak menggunting pulak. Pun kena pandai kalau tak kain tu tak cukup ke atau habislahhh bukan Refashion dah terus jadi kain buruk. Eh.

Baju ni dah lama. Zaman kerja dulu dan masa pregnantkan Aqlan kot beli. Pastu timbul kesedaran. Baju ni memangla kain sejuk tapi melekap kat badan. Dan bukaan tangan yang besar tu buatkan lengan selalu kelihatan. Maka kita nak Refashion dia la..apakah yang akan jadi....tunggu. Jadi ke tidak?

Rabu, 16 Mei 2018

Salam Ramadhan 1439H Dan Selamat Berpuasa Kepada Semua Muslim

Sebab2 takde inai di jari...


Bukan tak mahu balik kampung untuk mengundi tapi...keadaan kesihatan diri tak mengizinkan. Namun dalam hati kita tetap mengundi mereka yang tidak mementingkan diri.


Gambar sebelum admit pagi tadi. Now dah selamat bersalin.

Tuler baju nursing pertama kita buat. Lama lagilah nak sambung menjahit.



Tahniah dah jadi bapak sekali lagi kepada anak lelaki.

Hari ni kita puasa jam 7 pagi sampai 8.30 malam. Esok kita start "raya" sebulan.

Ahad, 26 November 2017

,

Unboxing Singer 14HD854

Okey hari ni baru nak buka kotak dari ezbuy. Punyalah menahan diri sejak Rabu lepas. Selalu tak pernah menahan kali ni menahan bukan main lama. Salah satu sebab tak boleh buka depan anak. Dia excited kang aku pulak yang marah2. Haha..benda mahal ni ok. Dia tu semua benda baru dalam kotak dianggap barang dia. Excited lebihhh.

Jadi upacara buka kotak ni dalam bilik menjahit la. Buka sorang2 tanpa anak dan laki. Depa 2 orang tu dah khayal duduk depan TV. Itupun sebelum tu budak kecil nak join masuk bilik tapi aku suruh dia join duduk dengan abah dia. Hahahaha.

Masuk bilik siap kunci ok...adoii aku sampai termimpi2 dapat barang bukan oringinal. Mimpi macam betul pulak tu. Tu la tahan lagi diri nak buka kotak. Gila kalau tak dapat barang original mahu nangis la...mesin jahit tepi jenama Singer ni harga termasuk insurans, dan penghantaran semua RM1116.42. Ni mesin jahit tepi 4 benang dengan 2 jarum. Macam2 hal berlaku lepas dah bayar...malas cerita la.. in the end dah dapat kan. Syukurlah...

Aku beli Singer tapi kenapa kotak dia Sinry? Tu pasal aku termimpi2 dapat yang fake...

Invoice dalam bahasa Cina la..

Free benang dan segala mak nenek alat jahitan. Malas pulak nak buka dan susun satu2 ambik gambar...

Kemudian baru aku nampak kotak Singer...heeeeee

Kat plastik je English. Manual dalam bahasa Cina. Takpe aku dah download siap2 manual English dari Lazada

Dah siap pasangkan benang ko..4 warna lagi..

Ni masih dalam kotak. Cuba angkat berat gila..tunggu laki setup meja jahit la baru dapat tengok sepenuhnya. Ok dalam kepala otak dah macam2 projek menjahit nak buat. Alhamdulillah. 

So ya kenapa aku beli kat ezbuy? Memang aku dah survey harga siap2 dari kedai di Bangi, Lazada dan 11th Street. Semua mahal dari harga yang ditawarkan di ezbuy. Ni pertama kali aku beli dengan ezbuy. Dah harga mesin lain..penghantaran pun caj lain sebab mesin ni berat ya. Aku juga bayar insurans in case barang rosak ke hape ke kan...pastu bayar juga caj hantar ke rumah dalam RM8 sebab tak kuasa nak collect dari diorang di Cheras. Dalam pada lepas aku dah buat bayaran tu memang risau kalau tak dapat barang...satu barang ni naik kapal laut. Mula2 aku dah bayar penghantaran naik kapal terbang. Bila diorang emel cakap kena naik kapal aku pasrah je sebab lama..aku tak dapat refund bayaran naik kapal terbang tu ya dan diorang tanya aku nak refund harga mesin balik atau proceed. Sebab naik kapal laut lama la nak dapat. Aku kata proceed je. Masa proses proceed ni je dah makan masa seminggu kot. Hangin aku dengan Apps diorang takleh reply. Nak suruh reply kat situ juga. Pastu aku dah marah2 sikit masa emel kat diorang tu barulah depa fwd emel aku ke pihak ezbuy Malaysia. Tu pun beberapa hari baru akhirnya diorang proceed je thru email bukan Apps. Aku dah ngamuk hahaha...dah la time tu aku tak sihat..jadi aku punya mood lagila....

In the end dapat juga akhirnya..hehe...berbaloi simpan duit2 ni. Now nak simpan duit balik nak beli apa pulak?

Oh ya masa nak pilih beli ni ada beberapa option. Ada yang bagi free barang ada yang tidak. Harga sama je..so pandailah2 klik gambar yang dapat free barang. Kalau tak rugilah.

Isnin, 11 September 2017

,

Apa Cerita?

Kali ni mood ke laut Terengganu atau Kuantan dah menjengah. Jadinya mood nak type cerita kat sini cam takde...haha.

Kemas baju dulu..sorting mana patut. Cuba kurangkan bagasi sebab kali ni berjalan dengan mak. Dengan kereta yang boot nya comel tu maka semua orang kena bawak apa yang patut je.

Sempat lagi ke nak buat alas tidur dalam kereta dan alter seluar laki 2-3 helai..? hurmmm

Tepek gambar 10 Sept lepas la.. kat SACC Shah Alam.

RM8. Kat Mr.DIY pun harga sama..kedai RM2 takde pulak saiz besar ni. 


So kalau aku jahit baju camni leh jual la eh? Masa lalu kat kedai terus nampak baju sama dengan aku buat. Terus aku bulat mata tengok harga jualannya.

Rabu, 30 Ogos 2017

, ,

Kalau Tak Puas Hati, Alter Je

Tahun ni aku banyak menjahit baju. Samada baju untuk laki, anak, diri sendiri dan mak mertua.

Since mak mertua tak puas hati dengan jahitan tailor di Bangi tu, disuruhnya aku jahit baju2 dia. Tu pun kadang2 aku juga yang control jenis kain apa dia nak beli untuk aku jahit. Aku tanak jahit kain lembik2 dan licin2.

Satu - sebab aku susah nak potong. Dua - aku takde mesin jahit tepi jadi nanti berbulu2...benci pulak aku tengok. Sebab aku pentingkan kesempurnaan. Mesin jahit aku ada 3 jenis jahitan tepi tapi sebab 2 benang je jadi aku rasa tak best. Haha...ada niat nak beli mesin jahit tepi. Gigih kumpul duit tiap2 bulan. Patut dah dapat beli pastu gatal kan ada je shopping.

So adalah beberapa helai baju aku dah buat dah pakai dan aku tak happy. Sebab aku rasa macam besar sangat..dan macam2 alasan lain. Since aku memotong kain ikut baju2 aku yang sedia ada, bila aku rasa kecik aku akan bagi basi kelim besar. Tapi in the end terbesar sangat.

Baju ni asal ada 2 poket tepi dan lebih kembang. Aku potong dan ngam2 je dengan saiz badan. Jangan badan makin melebar sudah.

Asal baju ni potong serong 45°. Pastu aku rasa bila pakai nampak gemuk sangat. Sebab tu tak upload sangat gambar bila pakai baju ni. Pakai pun baru 2 kali. Heheheh. Ok..orang baju XL tak boleh pakai baju potongan kembang ya. So lupakan babydoll pattern walaupun teringin sangat nak buat.

Kimono robe ni dah siap sebenarnya tapi cam besar sangat jadi aku potong lagi bagi kecil. Ni pakai dengan seluar lebar ke skinny lawa ek? Ok ni kain mertua belanja di Gulatis. Nangis nak potong kain lembik. Jahit double la jawabnya elakkan berbulu.

Maka gigihla aku memotong dan menjahit balik hari ni. Dah siap2 tu ada rasa gatal2 nak potong kain baru..adalah beberapa pasang. Tapi kepala aku dah takleh nak fokus...baik aku stop dulu dan buat keje2 lain seperti tulis blog. Hahaha. Kalau aku teruskan juga maka aku akan rosakkan kain.

Jadi ya aku ni moody sikit. So mak mertua yang suka bagi sokongan sedikit sebanyak aku dapat memahirkan diri untuk menjahit blouse2 dia ikut contohlah. Aku masih tak reti nak amik ukuran. Tu kena study lagi.

Jadi kalau siapa nak tempah baju dengan aku kena faham mood aku. Haha maaflah sebab kalau takde mood memang takde kasih sayang karang pakaian tu. Ingat masak je kena penuh kasih sayang?

Ni tempahan yang ke-6 oleh mak mertuaku..butang baju contoh ada 5 je kot. Aku bagi 9 supaya takla terbuka2 baju tu kan. Harap Mama sukalah...aku dengan dia ada perangai lebih kurang sikit sebab kongsi bulan harijadi..elok pulak bunga terletak je kat butang2...