Memaparkan catatan dengan label Family Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Birthday. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2020

,

سلامت هاري لاهير

Selamat Hari Lahir


Untuk encik sebelah saya, encik zcat yang ke 49. Tapi dia kata ikut bulan Hijrah dia dah 50 tahun 6 bulan. 


Memandangkan tak boleh kemana2 aku order je kek untuk santapan kami berempat. Order tengok iklan di FB Penduduk Bandar Kinrara. Katanya free delivery sampai 31 Oct 2020. Jadi kita order la...

Alhamdulillah keknya sedap...yang kelakar masa tu aku cakap kat laki I expecting something. Kami laki bini memang berlawan2 beli barang online ya. Sekali dah sampai aku sibuk suap anak makan maka dialah pergi ambil kat gate. Semalam lagi aku dah bagitahu aku order dessert sebab aku tak masak apa2 untuk birthday dia. Mood takde ok. Dia suka je kalau aku masakkan bundt cake tu. Aku kalau takde mood masak kalau dipaksa..maka food tu kurang kasih sayang dan tak menjadi..haha..


Kena bagi dia tiup jugak

orchidbakery_rh

Pecan cake with butterscotch RM38 saiz 5. Comel dan sesuai untuk family kecik. Anak2 suka kecuali depa tak makan Pecan.

Cream puff 20 biji RM20

Dengan first born



Sabtu, 7 Mac 2020

,

عقلان شاه ده ٦ تاهون

Aqlan Shah Dah 6 Tahun 

Dah besar tinggi. Makan pun boleh tahan banyak. Dah pandai juga nak minta apa2. Tapi masih sopan, masih makan walau apa yang diberi tu tak menepati tekak rasa. Paling tak tahan dia akan cakap " i am full ibu".

So 5 Mac kami bagi dia kek kecik Secret Recipe je. Actually lava kek. Kecik la kan.





Kemudian kami balik Ipoh untuk sambut dengan opah dan atok dia pulak. So beli kek di King' s je. Dia yang pilih. Kemudian makcik dia buatkan oreo cheese cake pulak. Ada juga pulut kuning. Macam2. Kami2 je makan.. haha..kemudian Abah dia beli KFC juga sebab kami masih ada kupon 25%. Hah cepatlah kena habiskan sebelum end of March.







Ayin suka sangat dengan Aqeel.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh, hamba yang takut Allah dan mengikut sunnah Rasulullah ﷺ.

Ahad, 24 November 2019

,

Ulang Tahun Mak Ke-80

24 November 2019. 80 tahun dah umur mak kita. Kira mak kita lahirkan kita umur mak 38 tahun and last sekali adik bongsu umur mak dah 43. Bukan apa tengah bayangkan diri sendiri dengan umur anak2 bila mereka dah besar nanti. Aqlan masa umur kita 36, Aqeel - 40. Kalau umur panjang, Insya Allah.


Tahun ni sambut birthday mak di rumah kak Pa jugak kat Bangi. Alamat rumah kak Pa sebenarnya Kajang, tapi sebab UKM kat sebelah je..so panggil Bangi jelah. Hahaha.

Kek khas dibuat oleh Malik untuk mak angkatnya..mak kami lahhh

Masa kita sampai rumah kak Pa, kek dah dipotong. Kek belian Kak Ma di Secret Recipe. Tapi kak Ma pun dah balik masa tu so tak sempat jumpa dan bergambar.


Hasil Telegram

Masa sampai pun kita terus borak2 je dengan kakak2 dan anak2 buah. Kita pun baru makan nasi arab sebab mentua tak boleh makan lewat kena on time. masa sampai dah jam 3.30 petang camtu.

Last2 barulah makan sikit kuih kuih dan laksam. Ais lemon tea pun 2 cup jer..pastu kek coklat bawaan Malik.

Masa ni tunggu Malik..padahal sebenarnya mak nak ke Seremban dah nak tidur di rumah adik.

Depa ni pun tunggu nak balik Teluk Intan dah. Kak Ted dan anak sulungnya Ema.



aku makan sikit2 jerr





Sedap sangat ni

Malik, isteri dan anak2.



Mak mentua dan mak.

Kakak sulung, kak Dewi bagi hadiah tapi boleh pulak mak buat muka comel




1st time jumpa Nuh, cucu kedua Abang Bad

Dengan insan2 yang aku besar bersama ketika sekolah menengah di Kuala Terengganu..Kak Dewi banyak didik aku..banyak sangat aku belajar darinya sejak aku kanak2 lagi..haha asyik duduk dengan dia sejak umur 6 tahun ke 5 tahun tah..duduk kejap2 la..tapi kat KT 4 tahun duduk..dialah yang menghadap saat zaman remaja aku. Kami beza 16 tahun ok. Yang tudung biru Saadiah or Kaklong, kami satu sekolah Khairiah. Yang tudung purple Aiman or Kak Ngah dia sekolah biasa...ha la aku sekolah agamaaaaa...ehh manja sangat dia ni dulu dengan aku.



Punya banyak makanan family kak Pa dan Abg Musa sediakan 

Isnin, 21 Oktober 2019

,

Happy Birthday Orang Sebelah

Orang sebelah ni sambut birthday kat rumah jelah sebab tak dapat bawa kami keluar..memandangkan anak2 masih tak cukup sihat. Kami cuba jadi parents yang prihatin jangan bawak keluar anak2 yang tak sihat ke tempat2 awam.

So rancangan nak makan kat restoran 1st kami bertemu tu tak jadilah..sudahnya aku masak bread pudding je..sebab dia suka makan .. anak2 pun suka tapi diorang tak suka makan dengan kuah kastard.





Semoga Allah memberkati baki usiamu Encik Zcat. Kami tak dapat bagi hadiah jugak..apa pun tak dapat nak fikirkan..

Ahad, 13 Oktober 2019

,

Makan2 Hujung Minggu Dengan Family Adik Dan Mak

Oleh sebab adik nak datang hantar baju terpakai kat area rumah kami, alang2 sambut birthday anak ketiga dia yang ke-8 sekali. Jadi kami pun da ambik mak dari rumah abang di KD hari Sabtu lagi.


Pic dari mama Habib OTW datang

So sebab daging korban yang difrozenkan agak banyak maka kami masak sup la. Makan dengan nasi.

Adik aku tiba lewat dalam jam 3 petang. Sebab hujan, jem..dari Senawang. Dia pun kena stop kasi anak2 makan dulu sebab diorang dah lapar on the way ke sini.

Masak sup ni memang kami berdua laki bini akan buat bersama. Aku lebih kepada kerja2 menumis..  laki  lebih kepada bersihkan daging dan rebus dalam pressure cooker. Kalau aku sorang kena buat memang jadi berjam2 la sebab nak layan si Aqeel lagi. So elok pulak budak tu tidur bangun kejap2 sambung tidur lagi sampai jam 2 petang. Fuh lama..penat semalam kot..




So kami makan dulu..Masa adik aku sampai, laki aku pun dah tertidur sebab penat..weekend kena rehat tapi selalu bini dan anak2 nak jenjalan. Haha.

Elok sampai birthday boy tiba2 demam. Sianla si Habib. Dah terus terbaring. Tapi mama dia potonglah kek jugak. Dah beli kan. Laki aku pun turun tanya takde nyanyi ke? Birthday boy pun da demam camner.. dah melepek.


Lepas asar adik bawak ke klinik. Terus makan ubat. Banyak pulak ubatnya.

Lepas makan ubat dah ok sikit. Yang lain2 semua dok main dengan Aqlan. Main lego kat bilik. Siap tutup pintu tak bagi Aqeel masuk. Cian baby ibu..hehe. ada je lego besar2 tu..

Jam 6.30 depa makan la..hari ni dalam sejarah masak nasi 6 pot. Hahaha.. Puas hati jamu makan nasi dan sup daging. Ada kek lagi..minimal air limau masam2..Haha.

Habib berbaju oren. Yang depan ni Amiin. Geram betul tengok baby..Dah 5 bulan.


Pasangan UITM Shah Alam. Adik kerja gomen kat Putrajaya. Adik ipar pensyarah di UiTM Seremban. Dulu kat Lendu.


Lepas maghrib depa pun balik sebab Habib nak kena rest. Sian...

Tetamu datang bawa rezeki..balik bawak dosa2 kecil kita...seronok orang datang rumah. Sebab itu jelah masa aku nak berbual direct dengan orang. Kalau tak hari2 bual dengan anak2 dan laki which is syukurlah masih boleh bercakap aku ni. Dah jumpa orang nak bercakap banyak pulak. Hahaha.