In

7 Syawal 1436H - Hari Pernikahan Dan Kenduri Dia

Fahada. Lama dah kenal dia ni. Sejak tahun 2009 kot. Lepas dia dapat kerja lain kami still contact.

Jadi nak meraikan pernikahan dia sebab tu kami sampai ke Sungai Petani. Dan sebab itulah cuti raya Encik Sebelah panjang sekali..aku takde cuti....memang tak kerja katanya.

Jadi pagi2  kami pergi tapi dengan keadaan teragak2 tapi aku tetap nak pergi. Teragak sebab Aqlan masih sakit perut. Tapi keyakinan tinggi jadi sampailah kami ke Masjid Taman Ria.

Masa sampai semua tetamu dah duduk. Pengantin tengah kena test nikah. Oklah tak lewatla sangat.

Fahada dinikahkan dengan sekali lafaz je. Alhamdulillah. Selesai. Dialah yang terakhir kawin dalam geng2 serumah dia.

Selepas majlis memangla bergambar sikit dan kami ingat nak pergi cari makanan je. Tapi bapak dan mak dia suruh kami datang rumah makan tengahari. Lama lagi tapi kami pergi jugalah dah diajak berkali2tak elok tolak. Bapak fahada ni pulak suka naaa borak dengan Encik Sebelah. Dah macam kawan2 pulak. Maklum kami warga belia..tua..





Makan tengahari lauk kampung yang special. Lagi sekali bapak fahada ni beria tunjuk lauk Kedah suruh kami cuba. Yelah kami cubalah ni...adoi ramah mesra dan aki jadi serba salah lak. Sekali dia pun duduk semeja dengan kami. Aku lak baru nak gosip dengan fahada. Haaa husband fahada meja lain. Lawak. Tapi bila tengok seorang bapa tu makan dengan anak dara dia yanh baru dinikahkan dan sedikit nasihat dan usikan amat deep memori tu. Nape aku tak ambil gambar..time tu punya memori susah nak dapat dah. Anak aku lak biasalah dah pakai sandal asyik ke hulur ke hilir. Lantai pulak masih berpasir.

Lepas dah habis makan kami balik. Bapak dia pesan suruh datang malam sebab makanan lain dan lagi banyak. Amboiii.

Malamnya kami pun datang lambat dan hampir tak datang je sebab aqlan masih sakit perut. Tapi dengan izin Allah bila pergi dia langsung tak mengadu semua. Dia mana tahu mengadu. Of coz lah melalak terus bila sakitnya datang.

Kami datang makanan pun tak banyak lauk. Tapi ada sate. Sedap. Aku tak enjoy makan sebenarnya sebab Aqlan. Kalau tak aku memang tibai habis. Bukan senang nak dapat makan lauk kenduri sedap. Jauh pulak tu.


Sakit perut pun kalau nak ambil gambar senyum je..ke sengih?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

5 Syawal 1436H - T+ Hotel, Sungai Petani, Kedah

Pagi selasa kami bertolak ke Penang dulu. Asalnya tak mahu pergi. Encik Sebelah nak pergi makan laksa zaman sekolah kat stesen keretapi Bukit Mertajam tapi tutup pulak. Jadi kami pun calling2 ajak makan sekali kat kedai mamak tepi Giant Seberang Jaya. Kami pun pergi rumah kak ted dulu amik dia dan suaminya. Anak2 semua takde. Yang bongsu nak duduk rumah je.

Lepas makan nasi kandar baru pergi balik rumah kak ted nak tukar lampin Aqlan. Lepas asar baru pergi ke Sungai Petani.

Jadi inilah rupa bilik hotel kami untuk 4 hari 3 malam. RM70++ semalam. Bayar RM300 je. Tanpa sarapan.

Bantal 4 je. Takde tambahan dan takde kusyen

Ada benda asas ni aku dah ok. Takde kettle susah woo tapi kat luar bilik kami ada machine air sejuk panas Coway. Okaylah tu

Takde meja jadi rak ni kami letak beg2 kami yang ringan

Ini jelah mejanya untuk letak beg

Takde almari. Hanger disangkut diluar bilik air


Bilik air..hurmm aku cuma komplen pasal kepala paip air ni je. Bila ditanya katanya semua bilik dibuat begitu. Kau tak dapat tekan dari kepala paip kena pusing kepala paip utana kat tepi which is leceh bila nak bersuci 

Shower yang best. Puas mandi woiiii. Ah ya sabun mandi tekan jelah kat dinding dah tersedia. Takdela boleh nak bawal balik dalam botol2 kecil tu. Haha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

1 Syawal 1436H - Aidilfitri 2015 Kami

Pagi raya dah 2 tahun kena tinggal kat rumah sebab ada Aqlan yang masih kecil. Yang kalau dibawa ke masjid mungkin akan mengganggu jemaah lain nak solat. Jadi lepas mandikan dia..aku mandi..solat..bagi susu dan tidurlah dia.
Budak kecil suka duduk atas sejadah. Kalau solat tu tempat sujud boleh berubah sebab dia suka baring. Lepas tu nak baca doa. Lepas tu.....Meh kita selfie. 

Juadah kami bermula dengan teh o panas. Lemang pulut jagung, ketupat palas pulut jagung, rendang paru dan kuih muih. Aishh aku memang tak masak apa pun kali ni. Aku buat air je.

Kemudian sibuk bergambar tiga beranak ni sebelum Pak Uda dan keluarga datang. Pak Uda ni abang mama selepas Wan Nyah. Cucu dia ada seorang baya Aqlan nama Hazran. Jadi adalah kawan main sekejap.
Kurta by Darwishrichdesign.
Blouse by Musso
Skirt by M&M
Shawl by Marshmallow
 
MamyPoko Pants. Hahaha..



Jam 1 macam tu kami ke Penang nak jumpa mak kat rumah kakak. Borak2..masak makaroni cheese untuk Aqlan..dah solat semua bagai tido. Memang sangat mengantuk.
Game terbitan Toca Boca sesuai untuk dia. Dah boring kasilah main. Jangan kasi berjam pulak. Anti social nanti.

Lepas isyak baru balik Taiping semula. Pastu menyinggah kedai mamak Nasi Kandar A Rahman makan nasi goreng kampung. Suap sikit ke Aqlan.
Nasi Goreng Kampung ada kacang. Menarik...sedap pulak tu.Teh tarik dia kaw giler.

Balik rumah bagi Aqlan makan butterscotch gardenia pulak. Last2 muntahhhhhhh...ya muntah banyak atas skirt raya mama dia... dan aras karpet opah dia...Terusla mandi....dan basuh kain..

Begitulah kisahnya. Tenaga kalau tak cukup memang tak boleh menanggung. Kesabaran juga perlu tinggi. Ya Allah...tolong hambaMu ini. Sayang anak mama..

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

27 Ramadhan 1436H - Nak Packing Untuk 12 Hari Perjalanan

3 beranak. 12 hari. 3 negeri.

Baju Aqlan la paling banyak. Pek dalam plastik ikut negeri. Kau ada buat macam aku?

Kami 2 orang lak masih belum pack. Nak kena tidurkan budak kecil ni dulu. Dia ni asyik tidur lambat je akhir2 ni. Semalam 2.30am baru tidur dok teman mama basuh kain sidai kain bagai. Last2 lentok atas sofa.

Insyaallah jadual perjalanan kami yang belum tentu bermula jam berapa pagi Khamis ni berjalan lancar.

Aqlan baju raya 9 helai. Maybe kena basuh untuk dipakai balik pada hari ke 7 dan berikutnya. Banyakla kalau dah satu hari 3x tukar baju dan belum termasuk comot dan kena tukar baju lagi. Ah ye ada pulak beg plastik terisi baju spare.

Lampin pakai buang dan susu mak nenek semua tu nak kena angkut. Dah tu susu susah nak dapat. Air Ribena lagi..pinggan kutleri Ikea semua pun nak angkut. Belum kemas dah terasa sesak kereta tu nanti..

Camnalah orang yang ada anak kecil yang rapat2 tahun kelahirannya?

Zaman kita dulu kita beza dengan adik 5 tahun. Pakai kain lampin je..tak muat duduk atas seat dudukla kat tengah tempat letak kaki tu. Tak pun beriba sepanjang perjalanan.

Tapi kami tak balik kampung dah lama sangat....arwah nenek sebelah mak meninggal masa aku umur 7 tahun. Arwah nyayi sebelah bapak memang dah takde masa kita lahir.

Mak kita pun tanak balik rumah dia. Jadi kita balik Taiping rumah mak mertua, jumpa mak kat rumah kakak di Penang dan hadir majlis kahwin di Sungai Petani. Last sekali Encik Sebelah punya meeting di Penang.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Berpindah Ke Ampang Dan Pandai-Pandailah Hidup Sendiri

Lama juga aku duduk dengan kakak aku kat Bangsar tu. Kemudian tahun 2007 bulan 8 aku dapat offer kerja tempat lain tapi still kat Ampang. Lantaklah asalkan aku dapat kerja baru dan tangga gaji yang baru. Berapa lama nak tahan dengan gaji RM1300 tu. Bapak aku pun pesan kau jangan duduk free bayar sikit kat kakak kau. Yelah aku pun bayar ikut jumlah yang mampu. Tapi aku selalu bayar RM150-RM200 sebulan. Yelah dahla tumpang tidur. Makan pun tumpang. Tapi kadang2 aku tak makan kat rumah sebab aku sedar diri ni.

Bila dah dapat kerja baru gaji aku dapat RM1900 sebulan. Aish banyak beza tu. Aku pun mulalah menyimpan duit nak beli kereta. Mak aku bising suruh beli. Aku pun sebelum gaji masa tu dah start bayar PTPTN potong gaji tahun 2005 dan beli polisi insuran juga tahun 2005. Jadi mula2 aku dapat save duit aku beli laptop dulu harga RM2400 brand Lenovo. Sebab kalau dah beli kereta komitmen 9 tahun lama tu..

Ermm peristiwa aku kena pindah awal2 lagi dah kena tipu dengan lori driver dan owner. Aku dah cakap barang aku berapa je 1 tan pun ok dia hantar 3 tan dengan 4 pekerja. Habisla duit kena bayar RM400 untuk lori dan RM120 untuk pekerja. Sebabkan muka pemandu bangsa India yang gangster dan pekerja Cina yang tak hilang pun peluhnya aku rugi RM520. Aku takut diorang datang cari aku dan belasah. Kawan yang tolong pindah pun tak boleh tolong kawtim. Nasiblahhhhhh.

Jadi aku duduk bilik sewa rumah kedai RM200 sebulan. Pergi kerja naik bas bayar RM1 je. RapidKL dah ada. Lagi syok boleh guna pergi balik. Jaga tiket baik2.

Tahun 2008 aku beli kereta yang pertama. Ada yang kedua ke? Dahla tak kerja sekarang ni. Haha. Beli MyVi sebab keluarga aku punggung lebar. Senang balik kampung banyak barang boleh lipat seat belakang. Gigil tangan ni masa sign nidokumen. Mimpi berhari2 maklum je ambil perjanjian riba. Kereta RM45k. Down payment dalam RM7K. Alhamdulillah mak tolong sikit. Kena faedah RM14k. Bila dikira balik aku bayar semua RM60K untuk MyVi First Auto. Takdak abs ok.

So memandailah beli minyak dan maintenance. Nasiblah ofis aku kat Ampang Point tu je. Full tank 2 minggu baru habis. Kalau weekend tak ke mana bileh 3 minggu. Tapi sangaplah kan duduk bilik dahla housemate semua tak bercakap sesama sendiri.

Pindah lagi...macam2 hal berlaku. Banyak nota aku tulis untuk dapatkan total spent.

Memori banyak. Nak tulis ni pun niatnya kalau ada fresh grad yang baca...yang keadaan kewangan macam aku...maka pandai2lah mengawalnya.

Bab pindah memang kena cerita lain je. Banyak sangat kisah pindah randah ni. Ni pun aku nak kena pindah lagi. Ahhhhhh.. Sekiranya berhijrah tu lebih baik dari Allah untuk aku apa lagi redha jelah.


Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

26 Ramadhan 1436H - Masa Mula-mula Kerja Lepas Grad Tahun 2004

Masa mula2 bekerja aku menumpang tinggal di rumah kakak aku di Bangsar. Lebih tepat kuarters pegawai KTM. Masa tu anak kakak aku berjumlah 7 orang. Aku sempat jaga kakak dalam pantang, dia lahirkan anak 29 Februari 2004 dan aku dapat offer kerja 15 Mac 2004. Anak sulung dia nak ambil SPM tahun tu. Jadi memang tiada siapa yang jagakan dia sangat. Tapi sebab dah 2 minggu ok kot lagipun dia dah ada pengalaman. Boleh camtu?

Kakak aku ni pada mula tak setuju aku pergi kerja tapi aku cakap susah aku cari kerja tak dapat2. Ni dah ada orang offer kira dah baik. Itupun sebab ada orang tolong hantarkan resume aku. Senang cerita guna orang dalam. Lebih tepat masa aku jadi volunteer kat Petrosains ada pakcik bahagian maintenance yang minta resume aku nak hantarkan ke HR ofis dia.

Masa tu aku memang banyak hantar resume tapi takde siapa menjawab. Yelah aku habis belajar Oktober 2003. Graduation day aku hanya pada bulan 8 tahun 2004. Takde pengalaman..fresh grad. 0 okay.

Aku pun bantai pergila walaupun aku minta gaji RM1800 tapi dapat RM1000 je. Alasan aku fresh grad la. Aku ingat lagi bos HR tu cakap kat aku. Yang GM tu memang nak pakai orang. Aku iya kan jelah. Desperate gitu...umur dah 27. Ah aku memang habis belajar lama tapi tak pernah repeat sebab aku pergi banyak sekolah. Sekolah biasa..sekolah pondok...sekolah agama...matriks...universiti.

So hari aku bermula jam 830pagi dah kena ada kat ofis di Wisma Central. Jadi pagi2 aku akan naik PUTRA-LRT dari Bangsar which is very convenient sebab aku just turun kat KLCC dan menapak sikit pergi bangunan sebelah. Masa tu tambang RM1.60 ke RM1.80 sehala. Bangsar-Pasar  Seni-Masjid Jamek-Dang Wangi-KLCC. Masa tu KL Sentral tapak pun takde. Perjalanan dalam setengah jam. Jalan kaki dari rumah kakak aku 10 minit. Naik stesen tunggu tren bergantunglah. Selalu 4-5 tren berlalu sebab penuh. Haa kalau macam ni memang azab..Jadi aku suka keluar rumah jam 7pagi..

So aku selalu jadi orang terawal sampai. Sudahnya aku diberi kunci pendua untuk buka pintu ofis hampir setiap hari. Ni pun gila gak sebab diorang percaya kat aku walaupun baru....

Bila balik kerja masa balik jadi lebih lama. Orang ramai. Boleh jadi sejam. Pastu jadi penat nak jalan kaki balik rumah sebab atas bukit. Hoii kalau hari hujan lagila mencabar.

Ada hati tren rosak aku kena naik bas. Aishhh pening gak sebab tambah masa. Pulak kena tukar kat bus stand Klang. Pastu cam biul2 sikit  cari bas ke KLCC.

Haa macam ni dah bertambah belanja
tambang. Sebab masa tu aku guna pas tren RM65 sebulan.

Bulan 10 aku kena transfer kat Ampang lak. Lagi laa  bertambah tambang. Aku pun kena ambil  pas bas+tren. Harga tak berapa ingat masa awal2. Takde pun. Aku guna touch n go je rasanya. Bila dah ada tu dalam RM100 sebelum last aku beli dah kena caj RM125. Tapi dah tambah boleh guna STAR-LRT. Memang takdelah bas RapidKL ada Intrakota dan Cityliner je. Naik bas Metro cepat je tapi benci sebab dia suka tunggu lama2 nak kasi penuh penumpang. Kena sediakan syiling naik Intrakota 90sen. Kalau ko masuk singgit dia tak pulangkan. Benci je. Kadang ada pakcik baik tu dia pulangkan. Tapi dia pun tak kose nak sediakan syiling. Zaman tu pakai syiling emas singgit.

Memang benci sangat bila tren rosak. Aku ada pengalaman la masa tu KL Sentral dah siap. Ada manusia terjun atas trak. Nak bunuh diri. Bongok betul. Menyusahkan kamila....dah kena naik 3 bas. Letih ok. Memang sampai lambatla kalau kes camtu.

Selalu aku memang sampai awal. Masa kat Ampang tu masuk kerja jam 9 pagi tapi aku tetap keluar awal. Tak boleh harap sangat bas kat Ampang Park ke Ampang Point tu. Selalu penuh dan terkejar2. Lagi kena tahan dengan polis trafik kat simpang Jelatek Perkeso. Paling teruk 17 minit kena tahan. Hampeh tul. Still aku manusia terawal dan dapatlah pegang kunci.

Ada sekali aku sampai awal tapi tertinggal kunci jadi aku tunggulah. Pastu MD sampai..bos HR tak sampai lagi. Hahahahaha..tu yang aku nak gelak. Sebab bukan kewajipan aku bukakan pintu ofis. Dan cleaner pun tak datang kerja hari tu, cuti. Aiii rumah memasing dekat semua lambat sampai..aku dok Bangsar kot. Pastu aku buat dek je..ko HR ko lah wajib ada kunci.

Masa balik aku leh jadi 2 jam. Oh pergi kerja 1 jam. Gilalah..dah jangan tanya masa bulan puasa dan hari Jumaat. Aku memang tak mampu beli kereta sebab gaji akhir aku kat company tu RM1300 je walaupun dah 3 tahun lebih kerja. Kontrak lagi.

Jawatan akhir aku...Akaun Eksekutif. Jaga 7 akaun projek. General cost accounting. Multi task.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

24 Ramadhan 1436H - It's My Birthday!

Dah 38 dah. Aishh cepatnya. Baki umur ada berapa lagi ye...hurmmm..

Hari ni pergi shopping raya kat KWC je. Nak ke PWTC shopping tengok feed macam sesak nafas tu nanti.

Kebanyakan baju beli kat Musso. Oh jatuh cinta dengan fabrik dia sejak membeli di Angsana tahun 2013. Masa tu belum pregnant pun lagi...kain cotton dia...terbaik. Sesuai dengan cuaca Malaysia.

Selepas tu kami makan di Homst TTDI. Takde bunga cam dulu2 dapat kat ofis. Sekarang ofis kat rumah je. Haha. Hadiah pun dah dapat Khamis lepas.

Makan soft shell crab with salted egg yolk dan garlic asparagus. Aku memang suka pun makanan ni. Disudahi dengan Sago Jelly Mango. Memang kena sangat. Gambar memang tak ambil sebab dah kebulur. Kami masuk kedai makan dah nak jam 9 malam.

Apa pun budak kecil sentiasa menghiburkan hati. Dan Encik Sebelah yang sentiasa memahami. Love both of you. Peluk ketat2..peluk ketat2.



Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

22 Ramadhan 1436H - Advance Birthday Present Dari Suami

Surprise surprise! You surprised me! I even never ask for it for my birthday present because yeah the price is ridiculous.

Beberapa bulan lepas kami tengok minyak wangi ni di Mall2 besar. Baunya sangat menggoda. Tapi harganya memang fikir 10 kali.

Sudah terbiasa dengan Clinique range..nak tukar2 wangian juga.

Terima kasih Encik Sebelah. Dah lama tak tidur sebelah sepanjang malam..eh eh..sebab selalu akan ada budak kecil menyempit. Naik atas turun badan kita macam gelungsur. Belum lagi dia main laga kepala dengan kepala atau dagu kita. Lasaknya anak ni...bila dah jumpa port dia terus lena..nak alihkan sangat nanti terjaga.

Ok apa cerita ni......sebab bila Aqlan dah besar dah tak boleh panjat2 badan mama. Tak boleh tidur sekatil dengan mama. Kena belajar tidur katil lain. Bilik lain. Biar jadi berani dan tabah. Sekarang memang manja. Manja sangat.

Jadi inilah perjalanan hadiahnya. Dari sang suami yang baru balik meeting di Penang. Naik flight kat KLIA. Drive kereta. Park di sana. Balik dah lepas waktu berbuka. Makan isteri masak 3 ketul ayam saiz kecil je dengan sayur campur..tapi....kat tangan ada hadiah untuk isteri yang tengah muncung sebab gaduh dengan anak kecil yang kerjanya main kasut. Hurm penat.

Suami senyum2 je. Nah hadiah. Hadiah harijadi. Eh...eh....

Suami lupa nak tanggal tag harga..bertambahlah kita kena berjimat menggunakannya.

Love you..Encik Sebelah.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

20 Ramadhan 1436H - Dapat Gaji Dah.....

Dapat gaji dah....kalah orang gomen (kalau ikut masa).

Jadi surirumah ni macam2 boleh jadi. Kerja yang semestinya wajib dan tanggung sebagai isteri dan ibu. Masa bekerja dulu kelam kabut balik semua nak sediakan juadah. Nak cuci kain..nak mandikan anak. Nak kena prepare masakan anak.

Tapi sekarang dah tambah kena prepare makanan seisi rumah. Sebab dah tak makan kat luar. Encik Sebelah kata weekend i tak mahu u masak. Hihi. Kalau ada hari biasa tak mahu masak pun boleh cakap je.

Tapi aku suka je masak. Dan tengok mood aku juadah boleh jadi macam2. Sibukla.cari resipi kat internet walhal ada je buku2 resipi.

Untuk masakan Aqlan aku selalj ikut style Barat. Ye anak ni suka makanan barat. Jadi kita masak veggie patty. Kita masak mac and cheese. Kita masak pancake. Dan kita rasa bahan2 masakan diorang agak menyihatkan.

Tapi masakan Asia tentulah sup ayam dan Timur Tengah pula dia suka makan nasi beriani. Amboi kalau kasi nasi Saba tu laju je dia makan.

Eh berbalik pada dapat gaji...ah...kita dapat duit poket seminggu RM50. Itu memang dah diberi sejak jadi isteri. Tapi kali ni ada tambahan sebab jaga Aqlan. Hurmmm?

Walaupun tak sebanyak gaji akhir tapi adalah juga duit poket. Terus kepala ting ting ting nak beli itu ini. Which is mostly nak cantikkan diri yang dah tak bermaya ni.

Maybe pedicure dan medicure. Maybe urutan dan mandi kopi. Atau mandi susu. Argh takde geng la....

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In

16 Ramadhan 1436H - Dia Ngidam Durian

Dah sejak makan durian last week kat SS2 tapi sebenarnya tempat tu dah berpindah, minggu ni nak makan kat area rumah je. Dekat sikit.

Jam 11 malam kami p Tesco Ampang dulu. Beli apa yang patut dan baru pergi makan durian kat tepi jalan Taman Cempaka tu. Dekat2 dengan Petronas.

Encik Sebelah la yang nak makan sangat. Aku layankan aje.

Kami ambi hanya sebiji buah durian. Sebiji je. Kedek? Takdelah..nak lepas makan je. Tu pun dah kena RM50++. Aku makanlah beberapa ulas. Sedap weh..ada macam2 pilihan. Dia pilih Musang King.

Ok itu sebab makan sebiji je. Haha. Cukupla kang panas esok masih berpuasa. Dia macam nak lagi aku tanya balik. Kemudian tak jadi sebab isteri dia ni concern tentang kesihatan dia...

Dah umur 40+ kenalah jaga diri tu. Anak sorang je. Kecil lagi. Isteri pula tak lama lagi baru cecah 40 dan belum tentu boleh lahirkan zuriat lagi. Tambah pula tak kerja nak menanggung perbelanjaan balik kampung raya ni banyak.

Kami tetap balik kampung kat Taiping nun. Nasib baik Mak balik raya rumah kaka kat Penang so dekat jelah nak jumpa Mak. Tak balik Koyan lah tahun ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Weekly Popular

Comments

Cerita Lain-Lain