Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan

Rabu, 11 Disember 2019

,

Big Bowl Ice, Melaka

Aku hampir2 dah lupa kedai aiskrim ni.  Tiba2 laki ajak singgah sebelum keluar tol. Kesudahan tak dapat cendol, maka makanla ice cream bowl.


Memang makan sorang takkan habis..





Soalan pada diri sendiri 



Kuyu dah mata lepas lawat muzium tadi


Mango durian for us

Boleh je kalau nak add on apa2. Tapi kami ambik apa tertera je kat gambar menu.

Oreo for Aqlan 

Sedap tapi lama2 muak.. I prefer vanilla




Isnin, 9 Disember 2019

,

Durian King Klebang, Melaka

Orang asyik pergi makan minum coconut shake kan, kami pergi durian king lak. Hari Isnin, takde orang pun hanya kami sahaja masa drive thru tu. Pastu tiba2 nak makan dan minum je sementara anak2 masih tidur dalam kereta. So parking berdekatan dengan meja makan jadi bolehla dating kejap. Keke..


Hujan masih turun renyai2. Gerimis gitu. Kami pun pesan air dan tart durian. Haaa amik..nak rasa kan.

So layanla gambar2 pasangan nak berdating ni kejap..





Durian King Klebang














Air durian dan tart durian



Sekeping RM3.50

Tunggu masak 15 minit ye.

Mula2 ingat nak bungkus makan dalam kereta

Last2 makan jelah. Memang terasa duriannya..marvellous. 

,

River Cruise Melaka


Naik river cruise dah jadi benda wajib kalau ke Melaka. Especially bila ada budak2. Aku dah tak ingat berapa kali naik. Maybe 4x dah. Malam sudah, siang pun sudah..panas sudah..hujan pun sudah. Hahaha.

Ok hari kedua lepas makan sarapan kat McD Melaka Mall...sampai ke sudah terlupa tak dapat macaron lagi dah balik baru teringat jadi geram pun berpanjangan...3 keping sepuluh ringgit lebih kot..hari pun tak mengizinkan buat aktiviti luar atau lawat kawasan tanpa bumbung, jadi kami pun naikla river cruise. Mula2 ingat tak ramai.. sekali masa menunggu tu tiba2 je dah ramai pelancong China datang. So penuhla kerusi menunggu nak naik bot.






Rasa cantik pulak masa ni. Hahaha.




Tiba masa kami pun naik. Mula2 ok lagi budak2 ni..pastu nak berdirila. Nak dukungla..last bila dah hujan turun lebat mulalah kena duduk tengah2 sikit sebab tempias. Pelancong2 pun turun kat pirate ship tu jadi kami pun dapat duduk la lebih luas hehe.



























Laki cakap nilah muka aku bila dah tua2 esok. Kira dah ada bayangan la..hahah


Kemudian kami balik apartment dulu solat siap2 sebelum keluar balik. Harap hujan berhenti bolehla pergi mana2..tapi still hujan dan budak2 pula tiba2 tidur je kepenatan. Haish mana nak pergi ni?