In

I Am So Lazy To...?

Kinda things. La ni macam ikut mood pulak. Bukan ikut aturan yang dah otak fikirkan. Patut ada buat tu ini tapi malas ya amat kali ni....

Pagi masak nasi lemak.


Pastu settlekan potong2 kertas.


Baju aqlan dah separuh jalan nak kena tetas balikkkk tu jadi malas.. sebabnya tang lengan tu tak cun... tak suka tengok. Nak tetas memang malas sangat2. Tapi kalau teruskan jahit nanti lagi menyampah tengok. Kena siapkan jugak sebab nak tengok anak beranak pakai sedondon.

Hujung minggu ni opah Aqlan sampai..haha telekung belum siap tang dagu...tunggu kain nak jahit renda bagai...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Aqlan Shah

Birthday Aqlan Dah Nak Dekat

Dalam kepala nak buat kek..nak buat baju..nak buat hiasan. Nak tema roket. Sebab sekarang suka sangat roket.

Tapi disebabkan kami mahu jimat cermat, tahun ni kami buat DIY je. Hehehe..jadi scroll la benda2 kat internet kan banyak DIY. Tinggal ko rajin ke tak..

Juga kali ni cadang makan sesama sendiri je. Begitu lah rancangannya. Sebab tahun lepas dah buat besar-besaran tahun ni kita buat kecil-kecilan jelah ye Aqlan. Sama macam first year. Beli kek sebiji je.

Apakah aku sedih? Tidak. Aku seorang yang rasional. Aku juga sangat berkira supaya kami tidak membazir. Bukan kedekut ya. Allah telah tegur kami dengan ujian ini. Jadi kami lebih berwaspada.

Tahun lepas birthday Aqlan petangnya hujan turun dengan lebat. Habis semua alas meja basah lenjun. Tetamu2 pun ada yang lambat sampai. Tapi alhamdulillah makanan cukup. Siap ada lebih dan ditapau bawa balik. Suka je orang datang ziarah kami..tapi hehehe memang penat. Dari abah dia...opah dia atok dia mummy dia..even ibu dia sendiri penat gila. Macam lepas kawin kan anak pulak. So tak mampu pulak badan nak buat all over lagi. Tu pun katering dan ada sweet table ditempah. Kalau buat sendiri pun tak larat. Sementelahan Aqlan masa tu perlukan banyak perhatian.

Tahun ni dia makin besar so oklah kot nak DIY. Ada jugalah dia patahkan ubat stapler tu.. koyak2 sikit...biasalah nak menolong aje...


Adakah aku mampu membuatnya? Hahahaha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Makan Tengahari Di Sukiya Da:men

Adik ipar belanja makan hari ni. Alhamdulillah.

First time Aqlan makan aiskrim sendiri. Sekali bagi dalam cawan. 2x dalam kon. Sudahnya gigit wafer je banyak.

Masuk Popular jap cari bahan nak buat surprise untuk Aqlan. Hehe cuba berhemah. Bukan masa untuk membazir. Tapi kalau otak dah datang idea kreatif tu mulalah angan2 dia panjang. Dalam fikiran tengah loading mana bahan2 kreatif untuk buat kraf yang aku beli dulu2. Banyak je..tapi kat mana tu?

Balik singgah 99Speedmart beli roti kat sini murah tau..kurang 20 sen untuk roti putih Gardenia. Hihi..


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Puding Raja Pekan

Selain dari belanja makan ikan patin Go'Bang, adik ipar juga belikan puding raja Pekan. Siap ke rumah yang buat jualan. Fresh from dapur katanya. Kami dua orang dapat sebekas besar. Ku tengok harganya RM35.

Tengahari sambung makan ikan patin lagi. Adik ipar beli banyak.

Bila malam makan Pizza Domino's. Pun adik ipar belanja. Ya alhamdulillah terima kasih pada Allah atas rezeki makanan yang banyak..


Jaga perut laki. Bagi makan dengan air tangan sendiri. Tapi kalau ada yang nak belanja makan jangan menolak.πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Tutup Dapur Gas

Adik ipar belanja makan ikan patin Go'Bang Temerloh hari ni. Katanya masa bayar kat cashier, cashier tanya pernah ke makan di cawangan KL? Sudahnya tentu tidak..!! Cashier cakap takyah makan kat sana, ramai kata tak sedap. Entahla aku tak pernah makan cawangan KL. Memang ada je, tahu je tapi takde hati nak pergi.

Eh memang tak ambil gambar. Semua nak makan je...


Ini oggy. Dia memang suka duduk dalam kotak. Dia virgin. Hahahaha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Hobby

Jahit Kemeja Untuk Lelaki

Eh. Sebab tak tulis suami ialah kerana aku tinggal dengan 2 lelaki sekarang ni. Seorang suami dan seorang anak.

Selepas dapat mesej dari mama yang dia sah beli lagi 2 meter kain untuk kain telekungnya, aku pun oklah proceed dengan jahitan lain pulak. Kata mama lagi kain lebih telekung tu buatlah baju Aqlan. Kalau kain camtu aku suka buat kurta je. Senang pun sarung terus. Ahahaha.

Takpelah aku pun potong kain lain untuk buat kemeja suami. Semangat ni..mula2 ambil satu kemeja dia yang paling selesa dipakai dan buat pattern. Masa buat pattern ni kena betul2 ukuran. Aku suka pakai term inchi.

Kemudian pattern tadi letak la atas kain dan mula melakar. Tambahla 1 atau 2 inci ikut besar mana nak kelepet. Kemeja lelaki ni aku tengok jarang dijahit tepi. Meaning baju dikelim dari kain yang sama...macam mana nak cakap ek..pada pandangan aku basi kelim kena lebar la sebab nanti lebihan basi nak kelepet lagi untuk matikan benang2 kain dari terurai. Tapi kalau pakai kain cotton senang jelah...pulak2 gunting guna gunting zig zag. Haha.

Dah 2 hari menjahit baru jadi camni..sebabnya surirumah kan bukan boleh hadap jahitan je..kang kerja rumah lain terbengkalai pulak. Menjahit ni hobi je. Tapi kalau dah mahir mungkin boleh diguna sebagai pendapatan sampingan. Nak pergi kursus menjahit tu kena tengok weekend takde hal. Tiap2 minggu ada hal je. Apa ke hal?

Jangan minta aku jahit kemeja pulak ya..aku jahit ni salah satu sebab laki susah nak cari pakaian yang cantik sesuai dengan saiz badan dia. Apa ko ingat pompuan je nak cantik2? Yang dibeli siap selalu kainnya tak best.

Ok kali ni aku guna kain RM22 semeter tapi diskaun tinggal RM10 je semeter bidang 45".  Beli 3 meter baru RM30..Wuhoo..laki kena terima corak yang aku pilih untuk dia...hahaha nasib. Masa beli memang rambang mata tengok...nasiblah aku bersabar dan berhemah dalam berbelanja.


Ada lebihan kain, boleh buat satu kemeja untuk Aqlan lak. Aku takde. Tak aci betul. Next time beli kain banyak sikit biar semua pakai sama. Senang. Hahahaha.

Rasanya buat kemeja lagi senang dari buat leher baju kurung. Grrr.

Read More

Share Tweet Pin It +1

10 Comments

In Resipi

Ayam Madu Sedap Dimakan Dengan Nasi Ayam

Selepas ayam direbus selama 15 minit bersama hirisan halia lebar dalam 2-3 inci, marinate ayam tersebut dalam zip lock bag. Bancuhan marinate ialah:


  1. Satu sudu besar madu asli 
  2. Satu sudu besar kicap masin
  3. Satu sudu besar kicap manis
  4. Satu sudu besar sos tiram



Marinate selama 2 jam..lagi lama lagi sedap. Bila nak goreng api mesti sederhana dan balik balikkan ayam tu setiap 4 minit. Yums.


Read More

Share Tweet Pin It +1

9 Comments

In Hobby

Jahit Telekung Untuk Mak Mertua

Balik Ipoh last time, mama minta aku jahitkan sehelai telekung untuk dipakai untuk solat terawih nanti. Warna pilihan mama ialah baby blue. Warna ni memang sweet tapi sangat susah dicari.

OTW Balik rumah kami singgah Kamdar IOI Puchong untuk lihat kain. Takde. Kemudian bila weekend kami ke Kamdar BBB, Gulatis, Gio dan Meena. Semua takde. Akhirnya minta mama beli jelah kat Kwong Fatt tu..harga semeter RM25. Mama beli 4 meter. Kirim balik pada adik ipar yang balik ke kampung minggu depannya.

Aku pun mulalah cari renda yang lebar tapi takde warna yang sesuai. Jadi aku putuskan beli satu beg tu dalam 15 yard atau 13 meter lebih..kata staff kat Karysma la. So aku cadang nak jahit double renda tu sebagai hiasan di telekung.

Bila dah buka kain rupanya lebar 45" jadi tak cukup untuk kain. Kalau 45" kena beli 5 meter baru cukup sepasang. Aku pun cakapla dengan mama takyah la pakai kain..hehe sebab mama pun selalu ke masjid pakai seluar panjang dan stokin. Lagipun nak beli lagi 2 meter dah RM50. Kain tak murah...kain lembut alahai sejuk2 je.

Dah settle potong dan jahit telekung tinggal nak attach dagu je... Nak perfection kalau boleh. Mertua cerewet sama lah hal dengan aku. Kekeke.


Muka bulat. Hahahaha.

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Resipi

Homemade Play Dough

Akhirnya tercapai juga nak buat play dough ni. Punyalah senang tapi punyalah malas nak start kan..

Mulakan dengan gambar di bawah..

Dah siap dibungkus sebelum masuk peti ais.

Tepung gandum dan garam

Masukkan air dan minyak

Buat doh asing untuk diwarnakan. Nampak tak butir garam?


Pakai apa kaler yang ada

 

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Makan Luar

Jemputan Makan Steak

Sebenarnya tak tahu apa yang bakal dihidangkan oleh kawan kami. Masa datang semua bertutup dengan aluminium foil. Kecuali wedges.

Masa sampai, Shahrin masih tengah memasak. Aku pun duduk la dulu..bagi chef sudahkan apa yang telah dimulakan. Hihi.

Bila penutup makanan dibuka maka terserlah la hidangan.. 3 jenis steak, dressing yang pelbagai. Ada dibuat ada dibeli. Dan semestinya daun salad. Yums.

Mulakan makan daun2 dulu ya sambil dressing dengan sesame roast by Kewpie. Perghhhh sedap.








Haha satu lagi hidangan steak tak ambil gambar sebab aku shoot video dan upload kat IG.

Dalam bab ni aku memuji la.. lelaki memang handal memasak! Cuma diorang ni tak boleh nak masak hari2..kecuali chef la. Tapi yang tak tahu masak tu mungkin saja je simpan bakat terpendam.

Bagi aku yang baru masak dengan rajin sejak berhenti kerja ni, memasak sebenarnya mudah. Tinggal rajin dan malas. Bahan2 dan peralatan masak kena betul. Tu jelahhhhh...

Read More

Share Tweet Pin It +1

6 Comments

In Makan Luar

Restoran Tasik Idaman...Terapung..Goyang2..Hehe

Dah lama tak pergi makan kat kedai. Laki pun kesian tengok aku memasak hari2. Ehehehe ada orang nak belanja makan...kita gantung semua peralatan memasak. Tapi tengahari tadi harusla juga masak sikit buat alas perut...

Laki aku masakkan bubur gandum dan aku masak chicken chop untuk Aqlan. Budak tu bukan makan bubur gandum. Apalah...hehe..bubur gandum abah dia buat bukan main sedap. Boleh buat jualan. Kekeke.

Kami sampai restoran ni jam 6.30 petang. Orang tak ramai pun lagi. Adalah 2-3 keluarga je. So senang terus pilih ikan dan segala haiwan yang berkenan.

Aku memang tak ambil gambar pemandangan restoran ni. Sebab sibuk kejar Aqlan yang asyik sebut water water...kami nak makan kat atas jalan tar je tapi dia nak jugak naik atas bahagian terapung. Goyang2la...hehe.










Total burst RM96. Yang paling mahal ialah ikan siakap tu. Yang paling sedap sotong goreng tepung. Nasi putih 3 pinggan order. Tamak kan sebab ingat dapat ciput. Sekali banyakkkk so satu tu bungkus bawak balik je esok boleh buat nasi goreng.

Air teh aku memang kaw kaw terbaik punya...laki aku macam biasa minum teh o ais je.

Sambil makan layan pemandangan dan mata kena perati anak 24jam. Sebab ada hati nak masuk dalam kawasan yang boleh celup2 tangan kat air tu. Haish....bahaya..angin sepoi2 bahasa memang terbaik.






Atas ni gambar2 sebelum makanan sampai...lepas dah sampai  makanan memang ngap2 jelah..habis makan pergi singgah solat Maghrib dan Isyak kat rumah kak pa..dapatlah bawa balik kurma dan minum air zam zam fresh. Untungkan abang ipar kerja kat Mekah. Takyah nak valet doa sangat. Kalau nak minta kirim doa kat abang ipar tu..free2 je dia offer. Dah satu minggu berapa kali dia buat umrah. Tabahnya kakak aku kan dia disini, suaminya di Mekah sejak tahun 2012 kalau tak silap akulah..ke lebih lama..haaaa..

Sampai rumah aku siapkan satu blouse. Ahahah sempat ko tadi amik baju di RackZone dan ke Karysma tadi beli barang2 jahitan.. kata hobi.



Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Masak Sendiri

Sebelum Tidur Jangan Lupa Cium Pasangan Anda

Pasangan halal ya. Suami isteri.

Dengan ciuman mungkin memberikan pasangan anda tidur yang lebih menggembirakan. Kalau ada yang berlaku perkara selepas tu yang lebih menggembirakan lagi baik. Kekekeke....

Hari2 peluklah sekejap untuk menambahkan keintiman dan kemesraan. Takyah cakap I Love You hari2. Pasangan yang cakap hari2 tu memang bukan pasti kami. Haha. Kami brutal. Tapi dalam hati kadang2 ada bunga2 juga. Kah kah.

Berbual sambil2  nak tidur tu bagus juga..boleh wrap apa cerita hari ni..Especially bagi pasangan yang bekerja. Yang macam aku cerita pasal anak je...apa buat.. apa perkembangan. Dah pandai apa..kalau laki aku masih lagilah kisah staff2 ofis yang dibuang..yang cari kerja lain.. selain tu isu2 semasa pun boleh jadi topik. Cakap sampai tertidur. Hahaha..kalau sorang dah tertidur yang belum tertidur akan mula on hp dan main game or tengok movie. Aku scroll 9gag lah. Takpun turun pergi menjahit. Masa tu je aman sikit dari gangguan Aqlan.

Yang terbaik bermaafan sebelum tidur..mungkin ada dosa hati. Kadang tak ucap tapi dalam hati geramnya aku kan..mungkin ada sangka buruk. Semoga Allah memanjangkan jodoh kita masing2 dengan pasangan kita. Moga hidup lebih diberkati dan lebih bermanfaat. Amin. Good nite ya..hehe..


Sempat buat kueh onde-onde malam2 tu. Haha. Teringin punya pasal.

Read More

Share Tweet Pin It +1

8 Comments

In Masak Sendiri

Pelbagai Masakan Ayam Dimasak

Minggu ni banyak kali makan ayam. Sebabnya harga ayam lagi murah dari harga ikan. Bila dengar ikan termenung pun naik naik RM25 sekilogram kat Kedah nun..alamat makan telor ayam jelah macam ni. Eh hehe..teringat pulak kecil2 dulu makan telur ayam goreng sebiji dengan kicap dan nasi putih je jalan. Selalu mak memang masak ikan termenung tak pun ikan selar.

Hari ni masak kari ayam. Pakai susu kotak je. Santan pun sekilogram RM12. Uhuhuhu.. kalau yang cair sikit tu 250ml dalam RM3. Pakai susu kotak yang beli banyak2 masak 7E buat promosi..sekotak RM1. Jimat banyak gila kot...nak dekat 40 kotak dibelinya.

Semalam bihun je. Hari2 makan nasi tak boleh juga..

Kelmarin pulak nasi ayam. Ha ni nasi ayam anak suka sangat makan. Kalau nak tengok dia makan banyak kena masak nasi ayam selalu. Akibat lupa asingkan kulit ayam, nasi ayam masak style Melayu. Kalau tak masak nasi ayam Hainan la..kegemaran laki.

And day before pulak nasi Mediterranean. Ku potong2 kecil je ayam masuk dalam nasi tanak sekali. Senang...

Rasa muka cam ayam lak minggu ni...πŸ“πŸ”πŸ£


Bersyukurlah sebab masih mampu makan nasi dan lauk ayam. Ada orang makan nasi dengan garam je. Tapi elok sebenarnya makan tu tabur sikit garam tepi pinggan buat cicah. Jadi masa masak tu jangan buh garam banyak2. Adjust ikut keperluan sendiri. Garam pun bukan elok masak lama2..sebab tu kena masukkan garam last sekali sebelum tutup api. Baru berfaedah garam tu.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Makan Luar

Makanan Mesti Cuba Di Penang

Sudah berapa kali ke Penang. Dah macam balik kampung pun ada. Kalau ke sana lama2 kalau tidur rumah kakakla..kalau tidur hotel semalam dua sudah. Mostly ke sana atas urusan pekerjaan laki. Jadi untuk elak makanan hotel yang samaaaaaa je tu atau untuk tidak menyusahkan kakak masak, hahaha aku suka spaghetti aglio olio dia, maka kami pun JJCM la...

LAKSA JANGGUS KAK TIMAH BALIK PULAU


Sejak terkena tu, aku dan laki suka pergi ke sana bila ke Penang. Memang jauhla kalau duduk rumah kakak tapi pedulikan aje. Haha. Laksa ni sedap. Boleh pilih nak sikit ke banyak. Makan sampau licin kuah ya. Yang bagus kat sini surau pun ada. Jadi kau order, kalau dah masuk waktu, pergi solat lepas tu balik solat makanan dah siap. Itu pengalaman laki. Sebab masa tu aku "cuti". Katanya tandas semua bersih. Bagus! Kedai tutup hari Rabu. Start buka jam 3.30 petang.

NASI LEMAK LIVERPOOL

Bagi penggemar nasi lemak macam aku, boleh try sini. Kedai ni memang bawah flat. Kaler merah pasukan bola ni. Masa aku datang lauk banyak dah habis sebab sebelum tu teman suami dan abang ipar makan kat nasi kandaq.



NASI KANDAR DEEN

Nasi kandar menjadi kegemaran laki. Bila datang Penang dia geng pulak dengan abang ipar yang hari2 makan kat situ pun takpe lepas balik kerja malam. Kenapa malam? Haaaa...laki cakap kenapa rasa waktu siang lain sebab bila dia ada kerja kat sana dia pergi lunch. Abang ipar kata malam orang orang lain masak. Air tangan berbeza okay..so datang sini kena tabah ya.. beratur panjang kot..lepas tu nak dapat meja makan bersih pun kena bertabah sebab orang non stop. Staff depa ni tak cukup.



Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Zcat San

Jack Jack Dalam Kenangan

Well ini kisah seekor kucing yang menjadi kesukaan laki.


Masa tu aku tengah tengok TV. Adik ipar turun nak bagi makan kat Jack Jack. Selalu dia bagi makan aku dengar dia cedok makanan kucing dan ada cakap2 sikit pastu blah. Tapi kali ni lama. Mungkin ada bagi ubat. Tapi lama tu semacam. Dan kemudian macam dibiarkan lampu dapur terbuka. Aku pun pelik tapi cakap dalam hati lupa tutup kot.

Kemudian laki aku pulak turun dan pergi ke belakang buka pintu. Aku pun pelik eh bagi makan lagi ke..nak tegur tapi takpelah..

Pastu dia datang tengok aku dan depakan tangan dua2 belah sambil pergelangan tangan dipusingkan buat isyarat takde. Aku tanya apasal? Dia tanya lak balik apasal apa? Aku tunjuk isyarat yang sama sambil tanya "apaaaa?"

Dah sedih pulak. Keluar airmata cakap Jack Jack dah mati.

Kucing ni duduk di bahagian area belakang sahaja sejak jatuh sakit 3 Oktober 2016. Masa tu dia start berak2 kat dapur dan aku marah betul. Bukan takde pasir diletakkan khas untuk dia membuang.

Kemudian satu hari dia diasingkan duduk kat porch. Selalu akan ditukar ganti duduk dalam rumah dengan anak dia Oggy. Aku tengok one day tu dia dah bleeding dan bau busuk. Lalat pun hurung. Kenapa ek?

Aku memang tak jaga kucing2 ni. Aku cuma hadap diorang datang cakap hey. Aku tak suka bela kucing. Kucing2 ni dah memang ada dalam rumah Kinrara bila aku berkahwin. Ikutkan ada 3 iaitu seekor tu bini Jack Jack tapi dah mati masa aku masih tinggal di Ampang. Siap beranak pinak tapi ada yang mati dan ada yang diberi pada orang lain. Jadi bila dah takde bini Jack Jack selalu dipinjam untuk mate dengan kucing betina lain.


Rupanya dia dah jatuh sakit. Ada jangkitan kuman kesan dari bergaduh sampai luka2. So masuk klinik dan sejak tu dia duduk belakangla. Aku pernah tengok dia sekali sebab masa tu aku nak ambil stok barang toiletries kat belakang. Situ memang ada rak Ikea dan segala mak nenek stok barang cucian aku letak.  Dia tengah landing atas rak Ikea tu dan tiba2 datang dengan kon kat leher. Eh eh aku pun cepat2 tutup pintu.

Kemudian aku citer kat laki. Dia tak sanggup tengok kucing tu. Dia risau sedih.

So hari2 berlalu dan memang hari2 aku dengar dia dok mengiau bila aku kat dapur. Sampailah start satu hari tu dia macam bunyi berdengkur yang sangat kuat. Aku ingat hari tu je. Sekali hari2. Hingga kadang2 aku rasa kuat sangat bunyi macam ada manusia berdengkur yang tumpang tidur belakang rumah.

Kemudian adik ipar bawak jumpa doktor lain yang lebih prihatin. Dan ubat2 yang diberikan lebih baik. Bunyi macam recover. Dah kurang dengkur dan lama2 hilang. Malah bunyi ngiau dia dah lebih manja dan macam dah sihat. Aku pun ingat dia akan ditukarganti duduk dalam rumah semula macam dulu2.

Tengahari masa masak aku dengar dia berdengkur kuat balik. Dan hari pun  berlalu hinggalah diberitahu dia dah mati selepas check terakhir jam 11 malam.

Kenangan aku dengan Jack Jack paling diingati ialah dia suka sangat naik atas perut aku masa aku kandungkan Aqlan. Sibuk nak tidur sekali atas sofa. Asal aku landing je dia mesti datang nak manja2. Nak tidurlah..nak suruh pet pastu keluarkan kuku2 dia eh...sambil buat bunyi2 manja. Dia dok cengkam kulit aku dengan kuku dia kadang aku pun geram. Lepas Aqlan lahir dia selalu lari2 la dari aku sebab rasa Aqlan tu dah take over. Haha. Tapi bila Aqlan takde je atas riba aku..mulalah dia datang nak tidur..nak duk atas perut. Ada sekali Aqlan tidur atas sofa dengan aku, Jack Jack datang dan naik atas aku. Aku panggil ni kucing emo. Sebab kadang2 datang emo dia cakar jugak aku. Jadi risaulah dia cakar Aqlan takut kena penyakit bawaan kucing sebab Aqlan baby lagi. Bila Aqlan makin besar dan suka kejar2 Jack Jack, lagilah kucing tu emo dibuatnya.




Sebenarnya kami memang fikir dia akan mati sejak jatuh sakit tu. Panjang jugak nyawa dia. 4 bulan dia bertahan. 15 tahun dia hidup. Kata laki kucing tu sepupu dia yang bagi. Kucing paling hudoh. Tapi bila dah besar handsome pulak.

Esok pagi laki nak tanam kat padang area rumah je. Lepas ni dah takdelah 2 ekor kucing yang asal bertemu gaduh tahap gila. Makin ngadalah si Oggy tu. Tu lagi penakut dengan kedatangan Aqlan.

Artikel dibawah berasal dari Honey Vets Berkenaan Penyakit Dihidapi Jack Jack. Sebagai panduan kepada pemilik2 kucing lain.


17 perkara tentang Sporo yang patut anda tahu;

1) Kuman Sporo terdapat pada tanah. Maka, dalam situasi 
negara membangun, di mana tanah dikorek sana dan sini, 
jumlahnya adalah lebih banyak.

2) Kucing paling mudah dijangkiti kuman Sporo apabila mereka 
mempunyai luka di kulit.

3) Kucing juga boleh dijangkiti Sporo melalui organ pernafasan mereka juga, terutama hidung dan peparu.

4) Luka kucing yang dijangkiti Sporo tidak akan sembuh dengan 
hanya diberikan antibiotik.

5) Luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran limfa.

6) Ubat antifungus yang boleh membunuh Sporoboleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati.

7) Rawatan antifungus Sporo mestilah diberikan bersama suplemen 
untuk melindungi hati, bagi mengelakkan kerosakan hati sepanjang tempoh rawatan. 

8) Sporo boleh menjangkiti manusia, dan manusia boleh mati akibat jangkitan ini.

9) Rawatan Sporo mengambil masa minima 3 bulan, jika dengan hanya pemberian antifungus sahaja.

10) Kucing yang mengalami jangkitan AIDS kucing dan virus Leukimia adalah sukar untuk sembuh dengan baik dari Sporo, walaupun dengan rawatan intensif.

11) Kucing yang mengalami masalah kencing manis juga mempunyai kadar pemulihan dari Sporo yang sangat lambat.

12) Seekor kucing yang dijangkiti Sporo mampu menjangkitan puluhan ekor kucing yang berada di sekelilingnya.

13) Manusia boleh dijangkiti Sporo dari kucing yang dijangkiti, dengan hanya satu cakaran sahaja.

14) Surgeri pemulihan Sporo adalah rawatan alternatif 
kepada Sporo, selain hanya memberikan antifungal. Dan sekaligus mempercepatkan kadar penyembuhan.

15) Rawatan antifungal kucing Sporo adalah lebih berkesan jika kucing turut diberikan suplemen Omega 3 dan Omega 6.

16) Rawatan kucing Sporo memakan belanja yang tinggi. Ini belum 
lagi termasuk kos diagnosa.

17) Kucing Sporo mesti diasingkan dari kucing sihat yang lain sepanjang rawatan dijalankan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In Aqlan Shah

Bila Datang Mood Mengemas Mainan Anak

Aku memang kadang2 tengok mainan Aqlan bersepah geram je. Tapi lama2 sakit mata nak kena kemaskan juga. Dia ni kalau kita kemas dan ajak dia tolong dia akan join la. Mesti nak buat sama2. Kalau suruh dia sorang2 buat bolehla sekali sekala.

Dia ni memang suka bawa mainan dia merata2. Kejap kat atas kejap ke bilik jahit..kejap bawak masuk kereta. La ni aku rasa baik pindahkan semua mainan dia ke bawah. Lantak. Aku bukan selalu menerima tetamu. Senang pun aku nampak dia main depan tu sambil aku ke hulur ke hilir buat kerja2 rumah.

Banyak mainan kereta dah hilang tayar. Sebab dia ni bajet2 mekanik. Hahaha suka sangat dia cabut tayar dan pasang balik.

Masa mengemas ni aku pulak yang rasa macam main2 sebab dia sedang tidur. Hihi.

Apa lagi aku buat?

Mudah kan buat macam ni.



Belum sorting


Aku susun elok2 dengan penuh perasaan gembira.

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

Weekly Popular

Comments

Subscribe